Ikuti Blog ini

PETANDA KEMENANGAN


Tiga calon disahkan layak bertanding dan pengesahan telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil P.36 Mat Razali Kasim pada jam 11.30 pagi.
.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot.
Calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Bermula dari pemilihan calon sehinggalah perjalanan proses penamaan calon pada hari ini memberi isyarat bahawa kelebihan memihak kepada calon Pas, YB Hj. Abdul Wahid Endot. Calon yang mempunyai rekod bersih dan boleh diterima oleh semua pihak serta diberitakan lebih 40 ribu mengiringi calon Pas dalam proses penamaan calon pada hari ini.

Umno sejak awal-awal lagi mengakui bahawa peluang kedua-dua pihak dalam pilihanraya kecil ini agak seimbang. Malah Ketua Penerangannya Tan Sri Muhd. Md. Taib, mengakui bahawa calon BN (Umno) bukan pilihan.

Tun Dr. Mahathir pula menyifatkan calon yang dipilih oleh Umno dalam pilihanraya kecil ini adalah yang paling 'buruk'.

Sama ada Umno ada strategi permainan psikologi dengan agak merendah diri tidak dapat dipastikan. Apa-apa pun adalah diharapkan Pas tidak terperangkap dengan sebarang taktik dan perang psikologi yang dilakukan oleh Umno. Gerak kerja tersusun dan berterusan perlu dilakukan. Setiap pengundi dari setiap jalan dan lorong serta pelusuk kampung perlu ditemui untuk menjelaskan visi dan misi Pas. Walaupun ada pengundi yang adalah 'umno totok' mereka perlu didekati, paling tidak pun dalam mesej menyampaikan dakwah.

Walau bagaimanapun saya cukup yakin Pas hari ini cukup matang berpolitik sesuai dengan usianya lebih setengah abad menelusuri perjuangan dakwah dan melalui pelbagai asam garam pilihanraya.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .