KUALA TERENGGANU - Proses penyerahan borang pencalonan ditutup kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.
Tiga calon sudah menyerahkan borang masing-masing termasuk satu calon bebas iaitu Azharuddin Mamat berusia 46 tahun.
Sekarang tempoh bantahan dibuka kepada semua calon yang bertanding.
BERITA SEBELUM INI
FRU arahkan penyokong PAS jauhi pintu Stadium Negeri
Pasukan FRU yang tiba kira-kira pukul 10.05 pagi mengarahkan penyokong Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan pintu masuk stadium negeri bagi mengelakkan berlakunya kekecohan sekali lagi.
Biarpun yang bertindak liar adalah penyokong BN tetapi yang diarahkan tinggalkan kawasan pintu masuk stadium adalah penyokong Pakatan Rakyat.
Jumlah penyokong Pakatan Rakyat setakat ini dianggarkan melebihi 40,000 orang manakala penyokong BN pula kurang dari 10,000 orang.
Mereka tetap sabar menunggu sehingga keputusan calon yang layak bertanding diumumkan. Dalam pada itu, Kelab Penyokong PAS dari masyarakat India dan Cina juga turut serta mengiringi calon PAS, YB AB Wahid Endut ke Pusat Penamaan Calon.