Ikuti Blog ini

LIVE: Wacana Perdana - Islam Di Malaysia.

Penyokong Gerombolan yang hadir... Tak cukup corum lagi ni... Kepala demo depan SUK hari tu pun ada...

Nik Amar baru je mula berhujah sebagai panel pertama. Kata Nik Amar, Islam makin terpinggir di Malaysia. Bila ada isu-isu agama, para ulama dijadikan sebagai rujukan terakhir dan tiap kali juga pandangan ulama diperlekehkan.

Badan-badan agama hanya sebagai perhiasan. Undang-undang syariah pula hanya sebagai 'syarat' tapi dari segi pelaksanaan, akhir sekali.

Paling menakutkan ialah bila isu murtad dianggap sebagai isu kecil dan timbul trend melabel atau mewujudkan Islam baru, contohnya Islam HadHari. Ini amat mengelirukan umat Islam.


Dr ASri mempersoalkan pelaksanaan undang-undang syariah, pengurusan zakat, kelemahan pelaksanaan syariat Islam yang mengakibatkan yang bukan Islam 'tawar hati' kepada Islam.

Peranan ulamak juga dipersoalkan oleh Dr Asri. Ada ulama yang pentingkan harta, kerusi, pangkat, dunia, jawatan sehingga sekadar menjadi ulama bisu.

Hujah Dr Asri disambut dengan sorakan sokongan dari orang ramai. Dr Asri juga menyelar pandangan setengah pihak terhadap mazhab lain selain mazhab syafie.


Islam tidak ada masalah sebaliknya yang bermasalah ialah pemimpin yang memimpin dan dari kalangannya ialah orang Islam sendiri.

Alamak... Aku tak paham apa Nakhaie merapu da... Tiba-tiba dia naik angin... Nakhaie persoalkan antaranya kelemahan umat Islam dalam soal pembangunan Islam...

Senang cerita... Nakhaie ni terang-terang Assobiyah la... Ceh... Ni ustaz ke tukang pelaga kaum..?

Affandi persoal Pakatan Rakyat berpakat dengan DAP. seterusnya soalan dari Agus pada Affandi - apa hukumnya bukan Islam guna ayat Al-Qur'an dalam ceramah.

Jawapan Affandi - tak salah bukan Islam baca ayat Al-Qur'an cuma tak dapat pahala.

Soalan Agus pada Nik Amar - PAS kafirkan UMNO.

Jawapan Nik Amar - PAS pernah minta UMNO untuk duduk semeja dan bincang soal kafir-mengkafir tapi ditolak oleh UMNO. Nik Amar pula persoalkan UMNO flip flop dalam isu Islam HadHari. Dulu nak laksana, turun Pak Lah, Islam HadHari hilang.

Nik Amar juga persoal UMNO yang menggunakan PAS waktu susah tapi bila senang, UMNO makan kawan. Kesimpulannya, DAP lebih jujur dari UMNO yang mengaku Islam.

Agus tanya Nakhaie apa perbezaan pengalaman masa dalam PAS dan UMNO.

Jawab Nakhaie - PAS amalkan Islam sekular manakala UMNO amalkan Islam sebenar... Korang pikir la sendiri...

Suasana makin panas, Nik Amar dan Dr Asri dengan hujah yang konsisten, Nakhaie dengan Affandi pulak tak habis-habis dengan isu Pakatan dengan DAP dan jugak hudud.

Soalan balas dari Dr Asri dan Nik Amar gagal dijawab. Soalan dari Agus juga gagal dijawab sehingga Agus terpaksa memanjangkan soalan yang sama sehingga 2-3 kali kerana lain yang disoal, lain yang dijawab.

Hadirin semakin bersemangat.

UMNO cuma guna agama ketika nak makan dan nikah kahwin sahaja. Nakhaie tegaskan kalau nak lawan azan, memang tak terlawan dengan TPM (hujah Nakhaie tentang Islamnya pimpinan UMNO) dan Nik Amar tegaskan bahawa Islamnya pemimpin bukan pada hebatnya dia melaungkan azan.

Dr Asri seru Kerajaan Pusat kembalikan hak rakyat Kelantan dalam isu royalti.

Update 21:03pm.
Penyokong Gerombolan Yang Hadir... tak cukup korum lagi ni... kepala demo depan SUK hari tu pun ada...
Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan yang memenuhi dewan... yang mana lewat, terpaksa berdiri di belakang dewan dan juga diluar dewan. tapi tak payah risau sebab skrin besar disediakan untuk yang berada diluar dewan.

Update 21:39pm.
Nik Amar baru je mula berhujah sebagai panel pertama. Kata Nik Amar, Islam makin terpinggir di Malaysia. Bila ada isu-isu agama, para ulama dijadikan sebagai rujukan terakhir dan tiap kali juga pandangan ulama diperlekehkan. apa yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pusat ialah, meletakkan ulama hanya sebagai simbol agama sahaja tetapi peranan ulama sama sekali tidak digunakan dengan sebaiknya.

Badan-badan agama hanya sebagai perhiasan. Undang-undang syariah pula hanya sebagai 'syarat' tapi dari segi pelaksanaan, akhir sekali.

Paling menakutkan ialah bila isu murtad dianggap sebagai isu kecil dan timbul trend melabel atau mewujudkan Islam baru, contohnya Islam HadHari. Ini amat mengelirukan umat Islam.
Dr Asri sebagai panel ke-2 pula dalam hujah pembukaannya mempersoalkan pelaksanaan undang-undang syariah, pengurusan zakat, kelemahan pelaksanaan syariat Islam yang mengakibatkan yang bukan Islam 'tawar hati' kepada Islam.

Peranan ulamak juga dipersoalkan oleh Dr Asri. Ada ulama yang pentingkan harta, kerusi, pangkat, dunia, jawatan sehingga sekadar menjadi ulama bisu.

Hujah Dr Asri disambut dengan sorakan sokongan dari orang ramai. Dr Asri juga menyelar pandangan setengah pihak terhadap mazhab lain selain mazhab syafie.
  • "Saya tidak tahu apa itu 'Wahabi', yang saya tahu saya ialah Asri"
Tegas Dr Asri dan disusuli dengan sorakan takbir oleh para penyokong Kerajaan Negeri Kelantan.

Update 21:41pm.
Islam tidak ada masalah sebaliknya yang bermasalah ialah pemimpin yang memimpin dan dari kalangannya ialah orang Islam sendiri kata bekas ahli PAS yang pernah memegang jawatan tertinggi didalam PAS satu masa dahulu.

Alamak... Aku tak paham apa Nakhaie merapu da... Tiba-tiba dia naik angin... Nakhaie persoalkan antaranya kelemahan umat Islam dalam soal pembangunan Islam...

Kata Nakhaie lagi, semasa dia berada didalam PAS, tidak ada seorangpun individu bukan Islam berjaya di Islamkan oleh dirinya tetapi setelah berada didalam UMNO, dia berjaya mengislamkan lebih dari 7000 ribu orang bukan Islam.

Dalam hujahnya juga Nakhaie menegaskan bahawa ianya berlaku kerana PAS pada ketika itu tidak pernah mengadakan program seumpamanya untuk menarik golongan bukan Islam kepada Islam. hujah Nakhaie kemudiannya ditempelek oleh hadirin yang mempersoalkan kedudukannya didalam PAS pada ketika itu.
  • "Nakhaie pada ketika itu memegang jawatan tertinggi dalam PAS tetapi kenapa dia pada ketika itu yang mempunyai kuasa tidak mengadakan program seumpama itu padahal dia ada kuasa untuk melaksanakannya..? ini hujah "bodoh" kata hadirin pada Nakhaie.
Nakhaie juga dalam hujahnya mempersoalkan peranan bukan Islam yang lebih berjaya dalam beberapa segi dan umat Islam terkebelakang dibawah PAS.

Nakhaie agaknya masih berada dalam mimpi... dia tak sedar ke yang memegang kuasa di Pusat ialah UMNO dan sepatutnya UMNO lah yang bertanggung jawab dalam hal ni. kenapa nak salahkan PAS dan kenapa tanggung jawab berkenaan Islam nak diletakkan diatas kepala PAS padahal dalam masa yang sama, UMNO menuduh PAS sebagai Parti Sesat..?

Nakhaie jugak dalam hujahnya banyak membicarakan soal "melayu"....

Senang cerita... Nakhaie ni terang-terang Assobiyah la... Ceh... Ni ustaz ke tukang pelaga kaum..?

Agus tanya Nakhaie apa perbezaan pengalaman masa dalam PAS dan UMNO..? jawab Nakhaie - PAS amalkan Islam sekular manakala UMNO amalkan Islam sebenar... Korang pikir la sendiri...

Barisan ahli panel dan moderator kusyuk mendengar soalan dari hadirin dalam sessi soal-jawab.
Update 21:59pm.
Suasana makin panas, Nik Amar dan Dr Asri dengan hujah yang konsisten, Nakhaie dengan Affandi pulak tak habis-habis dengan isu Pakatan dengan DAP dan jugak hudud.

Soalan balas dari Dr Asri dan Nik Amar gagal dijawab. Soalan dari Agus juga gagal dijawab sehingga Agus terpaksa memanjangkan soalan yang sama sehingga 2-3 kali kerana lain yang disoal, lain yang dijawab.
Hadirin semakin bersemangat.

UMNO cuma guna agama ketika nak makan dan nikah kahwin sahaja. Nakhaie tegaskan kalau nak lawan azan, memang tak terlawan dengan TPM (hujah Nakhaie tentang Islamnya pimpinan UMNO) dan Nik Amar tegaskan bahawa Islamnya pemimpin bukan pada hebatnya dia melaungkan azan.

Umno membazirkan hasil kekayaan minyak selama tiga dekad kata Ku Li.


Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Perkauman Sempit Bukan Amalan Islam – Dato' Harun Din


PERKAUMAN sempit dan hanya memperjuangkan bangsanya dilarang dan ditentang Islam sebagai agama yang sememangnya mengakui kewujudan bangsa lain. Hal ini ditekankan oleh Timbalan Musyidul Am PAS, Dato' Harun Din .

Menurut beliau, Islam sendiri mengakui kewujudan bangsa lain dan sentiasa hidup dalam suasana tolong menolong dan bantu membantu.

“Dalam Al-Quran sendiri jelas disebut dan maksudnya : ‘Sesungguhnya kami jadikan kamu berpuak-puak, berkhabilah-khabilah dan berbangsa-bangsa untuk kamu kenal mengenali antara satu dengan yang lain dan sesungguhnya yang palin mulia diantara kamu adalah orang yang paling bertakwa’ ,” jelas Harun Din.

Beliau juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W sendiri menolak perkauman. Hadisnya juga ada menyebut :

‘Bukan daripada golongan kami orang yang menyeru perkauman (assabiyah) dan bukan dar golongan kami orang yang berjuang untuk perkauman dan bukan dari golongan kami orang yang bermati-matian kerana perkauman.’

Harun juga menegaskan dalam perjuangan Islam di Malaysia, siapa juga boleh menjadi pemimpin asalkan Islamnya terserlah. Islam sendiri katanya tidak meletakkan perkauman sebagai asas perjuangan.

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang kini memegang tampuk pemerintahan dilihat semakin mengamalkan sifat perkauman di Malaysia. Hal ini terbukti apabila Biro Tata Negara yang dikatakan menyusupkan sentiment perkauman kepada para pesertanya.

Terkini, Utusan Malaysia pula dalam ruangannya cuba menyiarkan rencana yang bersifat perkauman dan cuba menghina kaum India di Malaysia.

Kenapa Umno takut dengan senjata orang mukmin?


Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SETELAH menerima memo bantahan bertulis yang disampaikan oleh setiausaha saya , maka sahlah yang di luar pintu sana ada sekumpulan orang yang sedang berbuat bising.Saya tidak pasti sama ada mereka mendapat permit, katanya dari sasaran yang dihajatkan 2,000 orang peserta, tetapi rupanya yang tiba hanya sekadar 200 orang sahaja

Hairannya orang Umno Pasir Mas yang mengetuai penghantaran memo bantahan tersebut dan bukan Umno negeri. Kenapa boleh jadi begitu?

Mereka menggunakan topeng Jemaah Rakyat Perihatin Kelantan di kepala suratnya. Ini lagi pelik. Sudah malukah menggunakan nama Umno sehingga berselindung di sebalik JRPK? Jika tidak salah saya, ada satu lagi topeng yang selalu di gunaka oleh Ahli Parlimen Pasir Mas yang disebut Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Sudahlah begitu, senaskah CD yang ada disebut kononnya disertakan bersama memo ITU untuk dijadikan bahan bukti khutbah Hari Raya saya, tidak pula disertakan.

Belumpun saya meneliti butir kandungan bantahan itupun saya sudah dapat menyukat betapa tidak terutusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan yang kukuh lagi sah. Apa tidaknya, masaalah menantu saya di PMBK sudah beres, malah tajaan haji saya juga sudah selesai.

Setelah membelek memo dua muka surat yang ditandatangani oleh empat orang, manakala 18 lagi tidak bernama dan tidak bertandatangan, maka hati saya sudah tawar untuk membaca kandungannya.

Apapun, setelah membacanya sepintas lalu, terdapat dua tuntutan yang dibawa oleh mereka, iaitu; Pertama, meminta saya menarik balik dan memohon maaf di atas ‘doa kemusnahan ke atas pemimpin Umno’ yang tidak memberi royalti kepada rakyat Kelantan.

Kedua, mendesak saya supaya meletak jawatan Menteri Besar.

Menyentuh tuntutan pertama, mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno selaku orang nombor satupun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik.

Dalam hal ini, jika mahu menganalisa dan mengulas doa saya, maka ia hendaklah mengambil doa itu keseluruhan. Kenapa tak sebut doa saya meminta dan memohon kepada Allah SWT diperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri supaya menerima Islam yang syamil.

Dari segi Islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw sendiri yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

Jika kita membuka himpunan hadith dalam Ridhatus Solihin, kita akan berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini: "Wahai Tuhan, tolong balas bela, ke atas mereka yang zalim."

Maksud doa yang hampir sama ini juga turut terkandung dalam Qunut Nazilah berbunyi: "Wahai Tuhan, musnahkan golongan kafir dan munafiq".

Kita kena faham bahawa selain daripada orang-orang kafir yang melawan Nabi saw, orang munafik juga ramai. Mari kita bersama-sama menyemak dua ayat ini:

1. "Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga memasuki perbicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalu kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. - (Surah An Nisa’: Ayat 140)

2. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekalian sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka'. - (Surah An Nisa': Ayat 145)

Dengan ini tidak hairanlah di dalam permulaan surah Al-Baqarah hanya terdapat dua ayat iaitu ayat enam dan tujuh yang merujuk kepada orang kafir.

Yang selebihnya, yakni 13 ayat, iaitu ayat lapan hingga 20, Allah SWT merujuk terus kepada fiil perangai puak-puak munafik.

Jika diteliti sirah junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kita akan berjumpa dengan kisah bagaimana Bani Ri’lin dan Bani Zakuan yang membunuh pendakwah.

Sebagai reaksi balas di atas perbuatan terkutu ini, Nabi saw meminta supaya Allah SWT menurunkan kutukan ke atas kedua-dua ini melalui tujuh tahun kemarau yang panjang sebagaimana yang pernah Allah turunkan di zaman Nabi Allah Yusoff di Mesir.

Menyentuh tentang tuntutan kedua, musthail saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budah-budak nakal, bawah pohon jati di pintu masuk SUK.

Jika saya perlu meletakkan jawatan atas sebab desakan Umno, maka sudah tentu saya berbuat begitu semasa Tan Sri Annuar Musa menjadi Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sekaligus menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan tiga empat tahun yang lalu.

Akan tetapi, alhamdulillah, saya tetap masih duduk di kerusi ini sampai ke hari ini. Sebaliknya, pemimpin Umno itu pula yag ‘ghaib’ dari arena politik tanah air.

Saya kadang-kadang menjadi hairan memikirkan telatah orang Umno ini. Dalam Dun Kota Seputih misalnya, mereka cukup beria-ia untuk mempertahankan diri dengan menggunakan instrument mahkamah untuk mengelak dari memasuki pilihan raya.

Itu bagi kerusi dia yang selamat; itupun masih berdalih untuk diuji melalui pilihanraya. Sebaliknya mereka cukup ghairah untuk mendesak saya mengosongkan kerusi Menteri Besar sedangkan tiada apa-apa keadaan sedikitpun yang memaksa suasana atau menyalahi undang-undang yang membolehkan saya membuat pengosongan.

Kepada ramai pemimpin PR kita sudah lama dapat membaca bahawa telah menjadi ‘grand design’ mereka untuk mencipta suasana yang tidak tenteram di semua negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kita tahu itu. Bukan kita tidak tahu.

Secara logiknya, semua orang kena faham bahawa saya bekerja dengan Parti Islam SeMalaysia. Jika Umno yang mendesak saya, maka saya sewajarnya boleh bersyukur; bahkan berbangga kerana saya sudah dikira berjaya mengkucar kacirkan Umno. Mereka sudah keluh kesah.

Jik (katakanlah) saya terus dilarang juga untuk memohon kemusanahan Umno secara terbuka, maka saya masih lagi boleh mengangkat doa secara bersedirian.

Saya masih boleh meminta supaya umat Islam terus berdoa secara senyap-senyap agar Allah SWT menurunkan kemusnahan kepada mana-mana pihak, termasuklah pemimpin Umno yang menyekat Islam dan menyekat pemberian wang royalti itu dari melalui tangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Husam: Siapakah Nazri mahu nafi hak Kelantan


KOTA BARU - Kerajaan negeri akan menggunakan percaturan politik terlebih dahulu sebelum membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah meskipun dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“Kalau Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah hak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?” soal Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bulan lalu Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Kelantan tiada hak untuk mendapatkan royalti, sebaliknya boleh menerima wang ihsan.

Bagaimanapun baru-baru ini beliau mencabar Kelantan membawa isu itu ke mahkamah.

Husam berpendapat hujah di luar mahkamah akan memberi satu impak lebih besar yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menghukum tindakan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

“Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu,” kata Husam.

Selain itu, bagi Husam, sekurang-kurangnya subjudice tidak menjadi benteng memagari gerakannya daripada terus bercakap tentang penganiyaan kerajaan persekutuan dalam isu ini setelah ia menjadi kes mahkamah.

Kelmarin Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjawab cabaran Nazri berkata, kerajaan PAS Kelantan bersedia membawa kes tersebut ke mahkamah sekiranya gagal melalui rundingan.

Husam yang juga Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata usaha ke arah itu semakin mantap dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak antaranya penubuhan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).

Gegas ditubuhkan oleh Gabungan Badan Bukan Kerajaan Kelantan dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Negeri Terengganu.

Ia sudah pun menyusun pelbagai program siri penerangan kepada rakyat berhubung isu tuntutan berkenaan.

Difahamkan, bekas pengerusi Petronas Tengku Razaliegh Hamzah dijangka akan turut serta dalam sesi tersebut.

Kerajaan negeri membuat tuntutan royalti minyak pada awal tahun ini selepas menerima laporan Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu.

Sehubungan itu kerajaan negeri telah mengirim surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi tujuan tersebut sebanyak dua kali namun tiada sebarang jawapan sehingga pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk memberi wang ihsan.

Bagaimanapun kerajaan negeri mepertikaikan keputusan Najib.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .