Ikuti Blog ini

Ceramah Perdana Gempur Judi Di Bachok Malam Semalam



Dato' Omar, Yang Dipertua PAS Bachok memulakan ucapan pembukaan dan alu-aluan kepada para hadirin yang hadir dan juga pada penceramah jemputan yang sudi menghadirkan diri dalam ceramah malam tadi.

3 penceramah utama malam tadi ialah Ketua Pemuda DAP - Saudara Anthony Loke, Ahli Parlimen Machang - Saudara Saifuddin Nasution dan juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Haji Husam Musa.

Gempur Bachok sebab Senator Islam dari Bachok usulkan supaya KERAjaan luluskan lesen judi sukan. Senator ini adalah seorang Islam tetapi telah bertinda menghina Agama Islam.







Ketua Pemuda DAP Saudara Anthony Loke...

1 - Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana turut membantu DAP dalam PRK Sibu. PAS Kelantan paling banyak menghantar wakil untuk membantu DAP di Sibu.

Paling manis, ketika Ceramah Malam terakhir dalam tempoh kempen PRK Sibu, Tuan Guru Haji Hadi turut berada 1 pentas bersama para pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat dan pada malam itu Pakatan Rakyat telah berjaya menghimpunkan tidak kurang dari 10,000 hadirin.

1 angka yang tak pernah termimpi oleh Pakatan Rakyat tapi atas sikap kerjasama ke 4-4 parti komponen Pakatan Rakyat, segala yang mustahil tidak lagi menjadi mustahil.

Hari pengundian merupakan hari yang paling mencabar dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini. SPR sedaya upaya cuba memenangkan BN dengan pelbagai tipu helah.

Tak pernah dalam sejarah peti undi pos menjadi peti undi yang terakhir sekali dikira tapi berlainan sekali dalam PRK Sibu. peti undi pos menjadi peti undi yang terakhir dikira padahal undi pos telah dilakukan beberapa hari sebelumnya.

Pada sebelah malamnya, TV mengumumkan bahawa wakil Pakatan Rakyat menghalang SPR dari membawa keluar Peti Undi Pos ke pusat penjumlahan padahal apa yang berlaku sebenarnya ialah, SPR sendiri tidak mengeluarkan borang 15 untuk ditandatangani oleh wakil Pakatan Rakyat.

Tanpa borang 15, SPR bila-bila masa sahaja boleh menipu jumlah undi yang telah dikira kerana borang 15 merupakan borang pengesahan jumlah undi yang telah dikira.

Antara lain, DAP yang dikatakan sebagai Parti Chouvenis Cina turut menolak sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi sukan.

Judi bukan budaya masyarakat cina. judi adalah 1 penyakit merbahaya yang akan merosakkan seluruh institusi keluarga, ekonomi dan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan.

Kalau Cina tolak judi, apa asasnya kepada BN meluluskan lesen Judi..? kepentingan kantung parti atau kepentingan rakyat..?




Saifuddin Nasution...

Jarang berceramah tanpa "buah tangan" berupa slideshow, fakta yang cukup lengkap dan bukti yang tidak dapat dicabar.

Yang datang mendengar, jarang pulang dengan "kepala pusing' sebaliknya ramai yang akan pulang dengan ilmu dan pengetahuan.

Kalau Pakatan Rakyat berjaya ambil alih Malaysia, bakal Menteri Penerangan Pakatan Rakyat kena timba ilmu dengan Saifuddin.

Lesen Judi Sukan..?

Perkara pertama yang dilakukan Najib apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia ialah meluluskan 12 lesen judi. kenyataannya yang kita tidak tahu ialah - dalam setahun, bukan 12 lesen judi yang ditambah sebaliknya 12 lesen judi untuk setiap 1 Syarikat judi di Malaysia.

Di Semenanjung Malaysia pada masa ini terdapat 3 Syarikat Judi manakala di Sabah dan Sarawak pula terdapat 3 Syarikat Judi. kesemuanya di Malaysia terdapat 6 Syarikat Judi.

Maka 6 x 12 = 72 lesen judi telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Hebat kan..? selama ini kita ingat ianya cuma 12 lesen judi, rupa-rupanya semua sekali ialah 72 lesen judi - 12 untuk setiap satu Syarikat Judi di Malaysia.

Malaysia Boleh..!

Align  Center





Dato' Haji Husam Musa...

1 - Lesen Judi Sukan.

Bila sebut lesen judi sukan, kita fikir ianya sekadar Judi Sukan Bolasepak Piala Dunia. hakikatnya ialah lesen judi sukan ini meliputi semua sukan yang ada, bukan sekadar sukan bolasepak tetapi meliputi semua sukan-sukan yang ada. baik bolasepak, hoki, badminton dan samua sukan-sukan yang ada.

Kalau berminat dan ada permintaan, sukan dam haji pun boleh dijudikan, sebabnya - lesen judi sukan telah siluluskan, yang ini kita jangan lalai. semua aktiviti sukan akan jadi perhatian bukan sebab kualiti sukan itu, sebaliknya sebab judi.

Judi sukan ini amat merbahaya kepada semua yang hidup kerana ianya akan melibatkan semua masyarakat kerana ianya dijalankan secara "online". anak-anak sekolah boleh saja berjudi dengan menggunakan handphone, cuma perlu online kemudian dah boleh bertaruh. aplikasi yang telah sedia ada iaitu bank online akan lebih memudahkan urusan pertaruhan.

alam masa tidak sampai 3 bulan, tak mustahil anak-anak sekolah akan jadi kaki judi, lebih-lebih lagi kalau nak online pada zaman ini amat-amat mudah. handphone 3G dah jadi barang keperluan terpenting baik untuk kita yang sudah bekerja ataupun pada anak-anak sekolah.

Malaysia akan jadi negara judi terbesar. kata pemimpin UMNO/BN, lesen judi diluluskan supaya KERAjaan dapat kawal aktiviti perjudian, hakikatnya bagaimana nak kawal..? kenapa tak akui sahaja bahawa KERAjaan cuba mencari talian hayat dari segi kewangan dengan memungut hasil cukai judi..?

Jangan kata 'kita lulus sebab Malaysia Negara berbilang kaum" sebab dengan kita hari ni Ketua Pemuda DAP yang mewakili Parti DAP yang dikatakan sebagai parti untuk kaum cina juga hadir dan telah menyatakan bahawa DAP menentang sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi sukan atas faktor judi adalah aktiviti yang tidak bermoral walaupun bagi masyarakat yang bukan beragama Islam.

Apa alasan UMNO/BN selepas ini..? mengaku sahaja UMNO/BN kemaruk duit cukai dari aktiviti judi.

Sempadan Negara Semakin Mengecil..?

Ya... dulu, kita ada Singapura, tapi Singapura dilepaskan keluar dari Malaysia. kemudian Singapura tuntut Pulau Batu Putih, "kununnya" kita lawan, tapi sekadar hiasan, Batu Putih kita lepaskan dan apa yang kita dapat ialah "win win situation".

Seterusnya kita serahkan 10 kilometer persegi wilayah kita beserta hasil minyak dan gasnya kepada Brunei, itupun dikata "win win situation".

Pemimpin besar negara ini bukan bodoh, tapi mereka-mereka ini tidak cerdik. kalau cakap bodoh, akan ada yang marah... jadi kita panggil "tak cerdik" cukup kalau dia faham. kalau dia tak faham, kita terpaksa panggil dia "bodoh".

Terbaru pula, tanah KTMB diserah kepada Singapura. senang-senang kita serah pada Singapura.

Lepas ni apa pula..?

APCO...

KERAjaan Malaysia bayar kepada APCO sebanyak RM77 juta sebagai bayaran kepada khidmat nasihat APCO bagi memperbaiki imej KERAjaan di mata dunia.

Untuk ejen Yahudi, UMNO/BN sanggup berhabis sebanyak RM77 juta, tapi untuk Negeri Kelantan, wang royalti kita yang sepatutnya KERAjaan Pusat bayar, tidak pula dibayar. ini contoh KERAjaan yang mendahului rakyat.

Rakyat Dah diHULUkan, Zionis diUtamakan. itu slogan yang sebenarnya.

Kita patut tolak UMNO/BN bukan sahaja di Kelantan, malah diseluruh Malaysia. KERAjaan gila seperti UMNO/BN ini tidak pernah fikir kepentingan rakyat, yang ada dalam fikiran mereka cuma poket mereka dan anak beranak mereka.






terima kasih kepada abang topeng perak
a.k.a perisik rakyat...

sumber dari FB Topeng Perak

Lesen Judi: Umat Islam Bangkitlah!

PM ke 6 : Bapa Judi Negara
PM ke 6 : Bapa Judi Negara
Masa Depan Islam di Malaysia Amat Kabur Bawah Pemerintahan Bapa Judi Negara

Perjumpaan tubuh Gerakan Membantah Judi

Satu perjumpaan akan diadakan di Shah Alam Selasa depan untuk menubuhkan Gerakan Membantah Judi (GMJ).

Ia akan menggabungkan NGO, persatuan penduduk dan wakil-wakil parti politik yang mahu menyertai GMJ.

Perjumpaan tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan akan berlangsung di bilik Gerakkan, Tingkat 22, Pejabat SUK Selangor.

Pengerusi majlis tersebut, Azmi Abdul Hamid berkata gabungan tersebut akan membantah judi bola sepak yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat.

Pemberian itu dibantah oleh banyak pihak termasuk Dewan Pemuda PAS yang akan mengadakan demonstrasi di seluruh negara Jumaat ini.

Ia juga akan menempatkan anggotanya di semua premis judi untuk mengedarkan risalah membantah pemberian lesen judi bola sepak oleh kerajaan. -MK


Umno-BN Persenda Islam Dalam Isu Judi

Yang halal itu jelas, yang haram pun jelas. Di antara kedua-duanya syubhat. Oleh itu jauhilah syubhat kerana ia mendorong kepada dosa.

Demikian asas hukum dalam Islam. Hakikat ini tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa jua yang mengaku Mulsim. Ini adalah seiring dengan konsep amar makruf nahi mungkar – mengajak kepada yang baik dan berusaha mencegah yang mungkar. Ia adalah asas pembentukan keluarga, masyarakat dan negara.

Namun bagi pemerintah Malaysia, kaedah dan peraturan ini tidak lagi terpakai. Oleh itu tidak sukar bagi sesiapa sahaja untuk memutuskan bahawa laungan bahawa Malaysia sebuah Negara Islam adalah batal. Malah, ia boleh dianggap sebagai satu tindakan untuk mempersenda dan menggunakan kesucian agama Islam untuk kepentingan politik semata-mata.

Apabila perlu mendapatkan sokongan dan undi daripada rakyat beragama Islam, Umno-Barisan Nasional (BN) dengan yakin merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Negara bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam.

Maka dibahas dan diancam sesiapa yang meragui hakikat ini dan diperte-gaskan dari masa ke semasa, mana-mana pihak yang mempertikaikan perkara ini adalah melakukan pengkhianatan kepada negara.

Bagaimanapun bagi kita, ancaman itu sebenarnya bertujuan melindungi kebimbangan bahawa jika kredential Islam tercabut daripada Umno-BN, maka akan larut sokongan rakyat kepada parti yang sudah berselindung di sebalik retorik itu selama lebih 50 tahun.

Tidak kira apa latar belakang, pemimpin-pemimpin Umno-BN nampaknya mereka setelah sekian lama berjaya meyakinkan rakyat Melayu-Islam khususnya akan keIslaman parti mereka walaupun hakikatnya tidak selalunya demikian.

Keadaan ini menjadikan masyarakat Melayu-Islam leka. Bagi mereka kepercayaan akan keIslaman Umno-BN adalah tulen. Meskipun ada perbalahan berhubung beberapa perkara dengan beberapa pihak lain yang juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya, Umno masih memonopoli pemikiran rakyat bahawa ia adalah parti yang memperjuangkan Islam.

Keyakinan ini diterjemahkan dalam sokongan yang diberikan kepada Umno dalam 11 pilihan raya umum (PRU). Bagaimanapun dalam PRU-12, Mac 2008, keadaan mula berubah. Ketidakjujuran Umno-BN mula terserlah.

Nilai-nilai kemanusiaan dan keadilan adalah asas ajaran Islam. Apabila Umno-BN melencong daripada asas ini, rakyat mula menolak parti usang itu. Bagaimanapun penolakan itu belum cukup kuat untuk menumbangkan pemerintahan Umno-BN. Ini menjadikannya lebih galak.

Bagi Umno-BN, apa pun kempen dan propaganda pembangkang tidak akan memudaratkan kepentingan mereka. Lantas, mereka masih memerintah secara unilateral dan tidak menghiraukan pandangan pihak lain apabila membuat keputusan dalam sistem pemerintahan negara.

Malah keyakinan yang kemudian bersarang menjadi keangkuhan Umno ini de-ngan sendiri mensudutkan ulama-ulama yang mendampingi parti itu ke suatu kotak ketakutan.

Mereka tidak berani bersuara kerana bimbang kedudukan akan tergugat jika beralih daripada pemikiran kerajaan pusat.

Lantaran itulah kita lihat pemimpin-pemimpin Umno-BN hari ini tanpa segan-silu membuat keputusan semberono tanpa menghiraukan pandangan umum.
Malah kita perhatikan yang lebih berbahaya ialah sikap Umno terhadap pengarahan yang dibuat oleh Allah aza wajalla. Konsep halal haram tidak lagi jadi landasan keputusan pemimpin-pemimpin Umno. Begitu juga dengan kaedah amar makruf nahi mungkar.

Ini semua ditolak ke tepi. Bagi Umno, rekod politiknya sudah memadai untuk meyakinkan rakyat bahawa setiap keputusan yang dibuatnya adalah untuk kepentingan mereka.

Lantas bertunjangkan alasan songsang bahawa kegiatan keganasan, jenayah dan juga demi menjamin rakyat tidak ditipu oleh sindiket judi, cara terbaik untuk menangani masalah ini ialah dengan menghalalkan punca kegiatan zalim itu. Justeru Kerajaan Umno-BN mula membuat keputusan bahawa skim pertaruh-an sukan, terutama bola sepak, perlu dihalalkan. Maka lesen pun dikeluarkan kepada Berjaya Corporation bagi mencapai maksud ini.

Oleh itu, jelaslah betapa keputusan itu melanggar hukum Allah. Allah haramkan judi, tetapi Kerajaan Umno-BN menghalalkannnya. Malah apabila ditegur, ia hanya membatukan diri. Bagi kita ini soal akidah. Sengaja melanggar hukum Allah bererti menentang Allah.

Jika demikian, akan gugurlah syahadah kepada Allah. Rakyat Melayu-Islam harus sedar ini adalah kemungkaran yang terbesar. Jika tidak diperbetulkan sekarang, akidah seluruh umat Islam Malaysia tergugat.

Pilihan kita jelas, engkar hukum Allah adalah kufur. Kufurkah Malaysia yang selama ini mengakui negara Islam? Rakyat boleh mengubahnya. -SK

Saksi Kes Tembak mati aminulrasyid ditangkap polis

Hari ini Bukan sahaja MP Shah Alam malah seluruh rakyat satu malaysia mempertikaikan mengapa Azamuddin Omar saksi Utama kes tembak mati seorang remaja di seksyen 11 aminulrasyid iaitu azamuddin Omar di tahan oleh polis.Apa kah muslihat di sebalik semua ini,alasannya ialah untuk membantu siasatan pihak polis tetapi kini di lihat Azamuddin telah di tahan selama berhari - hari.

Adakah ini semua sekadar untuk mengubah keterangan dan membebas kan mereka yang bersalah? persoalannya mengapa Azamuddin yang di tahan sedangkan pihak polis boleh datang ke rumah dan mengambil kerterangan dan juga menjalankan soal - siasat di rumah mangsa.

Tambahan pula Azamuddin yang pada ketika ini akan berdepan dengan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada hujung tahun ini jadi penahanan tersebut akan menyebab kan penumpuan remaja terbabit terhadap pelajaran nya agak terjejas.

Keadaan ini semua agak membingungkan kerana baru beberapa hari lepas Azamuddin telah menerima ugutan bunuh dari beberapa individu yang tak di kenali(Mungkin Polis Kot..) dan kemudiannya dia terus di tahan di balai polis selama berhari - hari.

Apakah makna ini semua?

Kalau sekadar nak menjelaskan bahawa parang dalam kereta kakak allahyarham dan persoalan mengapa dia melarikan diri itu semua boleh si soal - siasat di rumah tapi kini timbul tanda tanya adakah Azamuddin kini menjadi mangsa ugutan untuk mengubah keterangan kerana hal ini telah kerap kali terjadi.

Setiap Mangsa atau saksi yang di tahan di balai akhirnya di lihat telah mengubah keterangan,andai saksi enggan maka drama ugut - mengugut pun terjadi dan akhirnya berakhir dengan kejadian saksi mati dalam tahanan.Ini telah kerap kali terjadi dalam banyak kes sebelum ini dan di laporkan seramai 1805 orang mati dalam tahanan dan ketika di soal siasat.

antaranya ialah;

Persoalannya apakah ini yang terpaksa di lakukan terhadap Azamuddin semata - mata untuk melindungi kezaliman pihak polis.Semata - mata mahu menukar keterangan maka angka kematian semasa dalam soal - siasat mesti tambah.

Serah Memorandum Bantah Lesen Judi Bola Ke Pejabat Menteri Besar Berjaya Juga !

KUANTAN - Program Penyerahan memorandum bantahan "Lesen Judi Bola" yang diadakan hari ini berjaya mencapai matlamatnya. Penyerahan itu yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang di pejabat MB sekitar jam 11.00 pagi tadi.

Turut mengiringi beliau semasa penyerahan memorandum itu ialah YB Choi Siew Onn (DAP), Ram Ponnusamy dan Hj.Zahari (PKR) dan Ustaz Suhaimi Said (PAS). Seramai hampir 100 orang penyokong telah mula berhimpun di perkarakan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I sejak awal pagi lagi. Turut kelihatan beberapa orang anggota polis yang mengawal keadaan termasuk juga dari Cawangan Khas (SB). Sekitar jam 10.30 pagi, Dato' Tuan Ibrahim memberikan sedikit ucapan kepada mereka yang hadir.

Antara lain beliau mahu semua rakyat tidak kira apa jua fahaman politik, agama dan kaum agar menyokong bantahan ini. "Kita sudah terlepas dari tanggunjawab apabila ditanya oleh Allah di akhirat kelak" katanya. Selepas berucap, kelihatan Ketua Polis Daerah Kuantan (OCPD) Tuan Jasmani Yusof bertemu dengan Dato' Tuan Ibrahim. Atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis, maka Dato' Tuan akhirnya bersetuju hanya wakil parti sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut di pejabat MB. Kerjasama pihak polis amat baik dan dihargai.

Malah, mereka juga turut mengawal keadaan sekiranya berlaku kekecoahan dan sebagainya. Selepas menyerahkan memorandum, semua pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir telah bersama-sama mengedarkan risalah bantahan tersebut.



[Apapun, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak polis yang berjaya mengawal keadaan dengan baik. Ramai yang hadir disitu pada mulanya agak kecewa kerana tidak dapat bersama-sama pimpinan untuk berarak ke pejabat MB. Turut kelihatan hadir dalam program pagi tadi ialah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. P

ada malam ini pula, program solat hajat dan ceramah perdana tentang isu ini akan diadakan di Putra Balok. Penceramah undangan ialah Exco Pemuda PAS Pusat (Suhaizan Kayat), Peguam Fadzli Ramly (PAS Pahang) dan Ustaz Suhaimi Said (Ketua Pemuda PAS Pahang). Orang ramai dijemput hadir]. -Pahang Daily

Say No To Sports Betting

Datuk Seri Azizan: Ada Banyak Lagi Rahsia Pentadbiran BN Yang Tidak Didedahkan

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tiada apa yang boleh diselindung UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu mendedahkan beliau pernah cuba dipujuk oleh pemimpin parti itu untuk meninggalkan Kerajaan Negeri.

"Jangan jadi tidak tentu arah dan tuding jari kepada orang lain setelah apa yang mereka buat terdedah. Itu yang saya nak ingatkan," katanya.

Menurutnya, tidak ada sebab bagi beliau ataupun Pas untuk menjadi juara dengan mencetuskan isu lompat parti melibatkan wakil rakyatnya sendiri kerana kerjasama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di Kedah ketika ini amat kukuh.

"Tidak ada makna untuk kita buat lagu (macam) tu. Kita berada dalam keadaan kukuh, nak cari pasal buat apa?" katanya.

Azizan berkata, Pas juga tidak terniat mahu memerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat dan DAP melafazkan ikrar taat setia di depan umum pada 22 Mei lalu seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Tohmahan kononnya kita buat wakil rakyat PKR dan DAP macam daun karipole, cari bila nak guna, lepas guna buang, itu tuduhan jahat. Depa (BN) sudah gelabah," katanya ketika diminta :mengulas kenyataan Mahdzir dalam :Sinar Harian: 25 Mei lalu yang mendakwa, isu lompat parti melibatkan tiga ADUN PKR dan seorang DAP dicetuskan sendiri oleh beliau untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya beliau mampu menyelesaikan masalah dalaman PR dan mentadbir Kedah dengan baik.

Mahdzir berkata, Pas Kedah yang diterajui Azizan mencipta isu lompat parti, cuba menyelesaikannya dengan memaksa keempat-empat ADUN PKR dan DAP melafazkan ikrar taat setia dan akhirnya, dilihat sebagai juara dan penyelamat daripada kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terpaksa dibubarkan jika keempat-empat mereka iaitu Lim Soo Nee (PKR-Kulim), S Manikumar (PKR - Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR - Sidam) dan Lee Guan Aik (DAP - Kota Darulaman) jadi lompat parti.

Azizan berkata, apa yang dibangkitkan itu tidak timbul langsung.

"Saya tak mahu timbul masalah dengan sesiapa. Saya tak pernah sentuh peribadi sesiapa dan saya minta, janganlah saya pula dituduh buat perkara yang saya tidak buat," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah mengingatkan, banyak perkara berkaitan pentadbiran Kerajaan BN dahulu yang beliau tidak dedahkan.

"Jangan ganggu pentadbiran saya berlebihan hingga saya terpaksa buat apa yang sebenarnya saya tidak mahu buat. Banyak perkara saya simpan sebenarnya," katanya.-GB

Pilihanraya Sudah Lama; SPR Masih Kabur Istilah Rasuah


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/spbn.gifParti Islam Semalaysia (PAS) merasa pelik SPR baru hendak merujuk dan hendak belajar istilah kesalahan dalam pilihanraya berhubung dengan perbezaan janji piliharaya dan rasuah dalam pilihanraya kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurut Datuk Wan Ahmad Timbalan pengerusi SPR, pihaknya banyak menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu.

Ia mempunyai kaitan langsung dengan seksyen 10 kesalahan Akta Kesalahan pilihanraya 1954


Pas yakin, SPR begitu resah dengan laporan kesalahan yang dilakukan oleh “bapa SPR” iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden Umno/BN telah membuat janji sewaktu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau diundi.

Beliau menyatakan, 'kalau Robert Lau dipilih pada hari Ahad 16 hb Mei 2010, pada hari Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan.' Ini merupakan satu kempen yang berupa rasuah dan ugutan. Nampakanya senjata makan tuan berkenaan dengan akta ini.


Pas mengharapkan bahawa SPRM kena menyiasat Presiden Umno berkenaan laporan kesalahan yang melampau. Manakala pihak SPR cubalah bebaskan diri supaya menampakkan mereka boleh berjalan sendiri tanpa bergantung kepada tongkat sakti Umno/BN yang semakin reput.

Pengawai SPR perlu ingat supaya mereka bekerja untuk rakyat dan menegakkan demokrasi untuk rakyat di negara ini. Mereka akan pencen dan akan berhadapan dengan masyarakat apabila mereka tidak ada kuasa.

Biarlah ada keberanian bukan menjadi singa tua yang tidak ada gusi ketika berhadapan dengan parti pemerintah. Jika sekiranya SPR tidak boleh bebas, maka janganlah SPR diletakkan di bawah suruhanjaya, eloklah ditukar kepada
Jawatankuasa Pilihanraya Barisan Nasional sahaja.

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan Pas Pusat

Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini

Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harg
a petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Pada
sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak akan bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 dijangka berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.

Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.

- Reuters

Timbalan Naib Cencelor UITM ke MAIPP


2 Pimpinan Universiti (UITM) iaitu Prof.Madya Dr. Zaini Abdullah Timbalan Naib Cancelor ( Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof.Madya Mohd Zaki Abdullah Pengarah UITM Pulau Pinang kunjung hormat ke MAIPP bertemu Pemangku YDP MAIPP YB. Hj Mohd Salleh Man dimana YDP MAIPP Ust Hj.Ellias Zakaria sedang bercuti dan berada di luar negara.
Perbincangan banyak ke arah memajukan pendidikan di Pulau Pinang dan umat Islam amnya.

Kiriman. Pas Bukit Bendera

Ulangtahun Ke 5 Perobohan Masjid Bujal; Hanafiah Bertekad Meneruskan Saman RM1.6 Juta

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20009.jpgChukai, KEMAMAN – Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly bertekad untuk meneruskan tindakannya menyaman kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Daerah Kemaman kerana menahannya secara tidak sah lima tahun yang lalu.


“Esok 26 haribulan (dan) esok adalah sambutan 5 Tahun Masjid Bujal yang dirobohkan oleh Umno dan BN, dan lebih kurang dalam 2 minggu lagi, ialah sambutan kepada saya yang duduk dalam lokap selama 4 hari,

”InsyaAllah, saya akan tetap saman kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara (dan) Ketua Polis (daerah) Kemaman pada waktu itu, Wan Bari,

”saya tetap akan saman dengan RM1.6 Juta melalui Tetuan Haris (dan) yang akan mewakili saya ialah Tun Salleh Abbas,”tegasnya ketika ditemui selepas Majlis Penerangan Isu Semasa, disini semalam.

Katanya, InsyaAllah dengan doa orang ramai dan penyokong, beliau akan mencapai kemenangan apabila kes tersebut dibicarakan kelak.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana polis telah menahannya tanpa waran dan secara ‘menipu’ kerana katanya, beliau dipanggil ke balai polis adalah untuk berbincang tentang permohonan permit satu Majlis Forum tentang kes tanah.

Namun sebaliknya, apabila sampai dibalai polis, setelah berbincang, tiba-tiba pihak polis berkata, beliau telah ditahan dan disoal siasat berkaitan perobohan masjid Bujal.

Mengenang kembali tragedi yang menyayat hati, peristiwa merobohkan Masjid Bujal, beliau berkata ia dirobohkan pada jam 2.30 petang 25 Mei tahun 2005.

”Apabila kita (orang ramai yang berhimpun) keluar sahaja apabila (mereka) tidak berjaya jam 12 tengahari, tiba-tiba dipanggil pula jentolak daripada daerah Kemaman ini, (sedang) kita pun tak ada (waktu itu),

”waktu kita tidak ada itu lah dirobohkan masjid Bujal,”jelasnya dalam ucapannya.

Katanya, tindakan meruntuhkan masjid Bujal adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan kerana masjid tersebut didirikan oleh rakyat, bukan oleh kerajaan.

Menurutnya, dana pembinaan masjid tersebut adalah sumbangan derma dan sedeqah jariah yang dikumpulkan daripada orang ramai, bernilai lebih RM100,000.

Oleh yang demikian, beliau menyifatkan pelbagai kejadian yang melanda kerajaan negeri dibawah Umno/BN sekarang ini adalah bala yang diturunkan oleh Allah SWT.

”Sebab itu saya katakan, (selepas masjid dirobohkan) kita (menunaikan) sembahyang hajat 40 hari 40 malam pada nama-nama berikut, Menteri Besar Terengganu ketika itu Idris Jusoh, dan juga (MB kini) Ahmad Said, dan Wan Bari, yang juga ketua polis daerah Kemaman,

”kita sembahyang hajat selama 40 hari 40 malam, supaya Allah taala menunjukkan kepada mereka-mereka tersebut kalau betul dia rombak (runtuhkan) masjid maka berilah peluang terbaik kepada dia,

”tetapi kalau betul kalau dia silap, memang ‘cpmfirm’ dia (mereka) yang runtuhkan masjid, maka Allah Taala akan beri, “ikut pandai lah” nak bagi lagu mana pun. ganjaran yang setimpal dengannya,”ujarnya.

Justeru, katanya, hari ini selepas 5 tahun, Allah telah menunjukkan kepada seluruh rakyat bukan sahaja yang berada di Terengganu, bahkan (kepada) yang berada di seluruh Malaysia.

”Banyak bangunan-bangunan di Terengganu ini runtuh dan negeri Terengganu secara automatik daripada Terengganu Darul Iman menjadi Terengganu Darul Runtuh. Betul ke tak betul?,”soalnya kepada para hadirin lalu bergema jawapan ‘betul’ oleh mereka yang hadir. -BO


Peta Malaysia Kena Ajust Semula Akibat Pemimpin Durjana...

Malaysia: Makin Lama Makin Mengecil...

Tanah KTMB dah selamat diserah kepada Negara Berdaulat Singapura oleh pemerintah Negara Malaysia juga berdaulat yang diiktiraf.

Baru je awal bulan hari tu kecoh bila orang yang sama berjaya mengecilkan Wilayah Sempadan Negara Malaysia dengan tindakan menyerahkan 2 medan minyak termasuk sempadannya sekali kepada Negara Jiran kita yang berdaulat iaitu Brunei.

Syukur juga Negeri Kelantan dan Kedah yang bersempadan dengan Negara Berdaulat Thailand berada dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. kalau tak, tak mustahil ada Negeri lain selain Sarawak dan Johor juga akan menjadi semakin kecil.

Yang menghairankan ialah, Pencacai-pencacai penjilat jubur UMNO/BN tak ada sekor pun yang berani berkokok padahal selama ini kita dimomok bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang mampu menjaga kedaulatan Negara Malaysia.

Blogger-blogger UMNO/BN senyap sepi. tak mungin mereka ini diam kerana sedang berzikir, mungkin sedang berzakar agaknya.

Pembela Negara Malaysia tak lagi mempertahankan kedaulatan Wilayah Negara Malaysia malah, 1 persatu Wilayah Negara Malaysia diserah kepada Negara-Negara jiran kita.

Hasilnya, Singapura makin luas, Brunei makin membesar, akan datang, tak mustahil jika Wilayah JDA dan juga CCA di sempadan Kelantan - Thailand/Vietnam akan jadi hakmilik ke2-2 Negara Berdaulat tersebut. tak mustahil ini akan berlaku kiranya UMNO/BN berjaya merampas Kelantan dalam PRU-13 nanti.

Aku teringat bila Kerajaan Negeri Perak dulu dibawah MB Dato' Seri Ir Nizar serahkan geran tanah 100 tahun pada kaum bukan MeLAYU di Perak, sampai sekarang isu ni masih dimainkan dalam mana-mana ceramah UMNO/BN.

Itu baru serah pada kaum bukan MeLAYU yang juga WARGANEGARA MALAYSIA yang memegang Kad Pengenalan warna biru.

Apa akan jadi agaknya kalau Pakatan Rakyat serah kedaulatan Wilayah Negara Malaysia macam yang UMNO/BN buat kebelakangan ni..? tak payah banyak la... bagi cenderahati berupa "sepasu" tanah dari Wilayah Negara Malaysia pun cukup la.

Agaka-agaknya berapa lama isu "sepasu tanah" dari Wilayah Negara Malaysia sebagai "cenderahati" ni akan dimainkan..?

1 hari..? 1 minggu..? 1 bulan..? 1 tahun..?

Aku agak, sampai dekat Padang Mahsyar nanti pun Pencacai UMNO/BN dok zikir lagi pasal isu ni...

Lesen Judi: Pengarah JAIS Dan Mufti Selangor Dibidas Kerana Membisu

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya nak desak JAIS dan pengarahnya untuk mebuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

"Dalam isu-isu yang jelas pihak umno dan BN bersalah, jelas kelihatan beliau mendiamkan diri," katanya.

Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.

"Sedangkan sebelum itu bising dengan soal menggunakan masjid untuk kepentingan politik.

"Kononnya kuliah dan tazkirah ringkas yang disampaikan (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) melanggar peraturan yang ditetapkan oleh JAIS, yang disokong dan diperkenan oleh Sultan.

"Maka digunakan (sebagai modal untuk) lagakan PAS, Pakatan Rakyat dengan Sultan, tapi bila saya dedahkan tentang isu sepanduk itu, JAIS diam," katanya.

Khalid juga berkata JAIS juga mungkin terlibat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.

"Kalau tak silap saya JAIS dan MAIS terlibat dalam menganjurkan program demonstrasi tentang isu kalimah Allah, sedangkan isu itu pada hukumnya adalah harus.

"Dalam isu judi bola sepak ini, hukumnya jelas (haram). Tapi mengapa JAIS mendiamkan diri.

"Kenapa tidak dianjurkan bantahan, naikkan sepanduk di semua masjid dan surau membantah tindakan kerajaan BN.

"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin). Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.

"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa?

"(Jadi) saya menyeru kepada kerajaan negeri supaya semak semula pelantikan beliau," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga mendesak mufti negeri itu supaya segera mengeluarkan fatwa berhubung pemberian lesen judi tersebut.

Katanya, beliau bimbang masyarakat akan menjadi semakin ghairah untuk berjudi sekiranya tiada fatwa dikeluarkan.

"Orang yang tak pernah berjudi pun mungkin akan berjudi juga akibat keghairahan promosi (perlawanan bola sepak) Piala Dunia," katanya lagi. -mk

GMJ seru seluruh rakyat sertai bantahan judi

KUALA LUMPUR : Sekretariat Gerakan Membantah Judi (GMJ) mendesak Kerajaan Malaysia segera menarik balik pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan bermula Jun ini.

GMJ yang berpusat di Kedah disertai oleh sayap pemuda ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP), Pemuda Gerakan serta 20 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Mereka membuat gesaan tersebut dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat wakil mereka malam tadi.

GMJ menegaskan, mereka akan menggunakan apa sahaja cara dan ruang yang ada untuk membantah keputusan yang disifatkan sebagai 'tidak masuk akal' itu.

"Kami juga menyeru seluruh rakyat negeri Kedah, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan parti politik untuk bangkit membantah keputusan ini," kata kenyataan itu.

GMJ kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein bahawa lesen judi itu diluluskan bagi mengawal aktiviti perjudian haram dan dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Sebaliknya mereka menegaskan bahawa kewujudan judi sukan ini akan menambahkan lagi kemusnahan institusi keluarga dan masyarakat serta meruntuhkan tamadun manusia walaupun mendatangkan perolehan lumayan kepada negara dalam bentuk kewangan.

Dalam kenyataan itu GMJ juga memberitahu mereka bukan mahu menghalang kemajuan sukan negara bahkan akan terus menyokongnya namun industri sukan negara akan hancur apabila ia terlibat dengan pertaruhan.

Selain itu, mereka berpandangan kerajaan wajib mendapatkan pandangan awam yang menentang kelulusan lesen baru di samping kewujudan lesen-lesen yang ada yang sudah terlalu banyak serta mahu kerajaan bertindak untuk mendapatkan sumber yang baik untuk membangunkan negara ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengulangi seruan kepada seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Membantah Judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini.

Beliau juga memberitahu, Pemuda Gerakan yang menyokong penuh bantahan itu sedang menunggu kelulusan daripada Gerakan Pusat untuk sama-sama menyertai himpunan itu.

"Pemuda Gerakan memang menyatakan kenyataan bersama tapi untuk himpunan mereka tidak boleh sertai sehingga mendapat kelulusan daripada Gerakan Pusat.

"Mereka bersama membantah tapi polisi parti itu kalau dapat permit baru boleh turut serta," katanya yang juga ahli parlimen Padang Terap. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .