Ikuti Blog ini

Orang Pas dan Umno, sila tengok video tok guru ini!

:

Tuan-Tuan yang ada pada hari ini tidak ada semasa kami ditendang dari Umno, tak rasa perit pedihnya. Saya masih terasa, parutnya masih ada. Sampai bila pun kita tidak akan bersama dengan Umno!

Kata Tok Guru lagi:
Ulamak ada banyak tingkat, royat satu ayat ulamak juga, royat banyak ayat ulamak juga.

“Beritahu walaupun satu ayat”.




Mengenai pemilihan kepimpinan PAS, saya setuju bertanding, kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Kata Tok Guru lagi, terpulang kepada perwakilan untuk pilih. Saya berasa yakin yang akan naik ini, setelah bersama saya 20 tahun pimpin negeri kelantan, Dewan harian, Exco yang bersama saya telah mempraktikkan Islam…

“Bersama saya praktikkan dari segi aqidahnya, pentadbirannya, bacaan politik, pertandingan ini ada Exco-Exco kelantan, saya berasa gembira kerana orang ini telah mempraktikkan Islam,” kata Tok Guru menjawab pentanyaan wartawan selepas merasmikan Sambutan 25 Tahun Kepimpinan Ulamak di Taman Melewar.



Konvensyen PAS Perak.


Presiden PAS, TG. Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang berdiri bersama Pesuruhjaya PAS Perak,Ust. Ahmad Awang, MB Rakyat Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, dan Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham, serta tidak kelihatan Pengerusi PKR Perak, Hj. Osman Abd. Rahman, bersama menyanyikkan lagu PAS.


Kelab Penyokong PAS Kaum India mengalungkan bunga malai kepada Presiden PAS..

Speaker dan YB. Kesavan berdiri menghormati nyanyikankan lagi PAS.


Presiden PAS bersalam dengan Speaker V. Sivakumar diperhatikan oleh ADUN PKR Hutan Melintang, Kesevan.

Presiden PAS, Hj. abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen PAS Perak

Kita sudah ada rakan bukan islam dalam PAS bersama rakan-rakan yang lain. PAS perlu menjadi parti yang kuat, tersusun dan tidak ada perpecahan antara Ulama dan profesional. Keduanyanya perlu saling membantu dan tidak ada pemisahan antara keduanya.Demikan antara ucapan TG. DS. Hj. Abdul Hadi Awang semasa merasmikan Konvensyen PAS Perak di sini sebantar tadi.

Jika terdapat orang bukan Islam datang ke Negara Islam untuk mendapatkan perlindungan, hendaklah menyampaikan Islam kepada mereka tetapi tidak memaksa mereka untuk masuk Islam, juga tidak dibenarkan menghantar mereka balik ke negara asal mereka yang dizalimi itu.

Islam tidak memaksa rakyat untuk menganut Islam, Islam tidak memunggah hasil-hasil negeri untuk kerajaan pusat. Sejak zaman awal orang bukan islam dibenarkan dalam bidang perniagaan termasuk perniagaan khinzir.

Dalam pemerintahan islam, orang Islam dikenakan zakat dan orang bukan islam dikenakan cukai.

Islam menerima cara hidup cara hidup, adat, ilmu yang baik agama lain, "kebijakasaan adalah barang tercicir kepunyaan orang yang beriman", "menuntut ilmu walaupun ke negeri cina." maka islam mengumpul tamuddun hebat didalam sejarah manusia. Percampuran itulah melahirkan pemerintahan yang berasaskan iman, adil dan aman.

Presiden PAS mengimbau Umar pada satu malam mendengar pada satu malam seorang ibu mengajar anaknya mencampurkan susu dengan air, kata ibu anak itu kerajaan umar tidak tahu, lalu anaknya berkata walaupun umar tidak tahu tetapi Tuhan Umar tahu. Keesokan Umar memanggil mereka meraka lalu Umar meminang anak itu untuk dikhawinkan dengan anaknya, dari itulah lahir kepimpinan Umar abdul Aziz yang adil.

Pembunuhan yang kejam dan kezaliman adalah dari kerajaan yang tidak mengikuti Islam. Walaupun islam memerintah sekitar 1300 tahun dan dijatuhkan tetapi ianya masih hidup untuk menyeleasikan masalah manusia hari ini termasuklah kiris ekonomi, rumah tangga dan sebagainya.Katanya.

Presiden PAS menegaskankKeruntuhan moral barat sehingga dibarat sehingga ada yang mewasiatkan harta kepada anjing, di Korea bekas persiden korea membunuh diri kerana keluarganya dituduh rasuah, Islam melarang bunuh diri, islam menyuruh kita melawan kezaliman itu , bukan menyerah kalah. Dalam islam ada aspek kebendaan dan spritual.

Beliaun juga menegaskanpPemerintahan di kelantan, terengganu dan tidak sampai setahun di Perak. Rakan PKR dan DAP beri amanah kepada PAS menjadi MB di perak.

Katanya apa yang penting kita mengeratkan hubungan antara parti "Allah mengasihi orang yang berjuang dalam saf yang tersusun rapi". Tidak boleh ada kerenganan antara kita sebagaimana saf sembahyang. Seperti susunan batu bata tersusun rapi, masing-masing dengan tugas masing-masing. Untuk semua peringkat termasuk kelab penyokong.

Tambahnya menyusun jentera parti bukan saja kita akan mencapai kemenangan, dan termasuklah mengisi kemenangan itu.

Islam mengajar tidak ada satu pemerintahan yang kekal di dunia, umno bukan kuasa besar dunia.

Harapan akhir Presiden PAS dengan seruan "Marilah konvensyen ini kita jadikan "chek and balance," mengukuhkan parti, ucap terima kasih dijemput berada ditengah program. mudah-mudahan kita ambil manafaat dari pertemuan ini.

Beliau juga menafikakan ada masalah dalam PAS "Kita tidak berkelahi, dia lalu tepi rumah kita dia dengar bising dia kata kita berkelahi, kita cuma pindah perabut sahaja.Ucapnya mengakhiri ucapan perasmian.

Imbas kembali - Insiden Sidang DUN Perak 7 Mei 09




Soalan : adakah sah perlantikan S. Ganesan (Speaker Haram) dalam sidang macam ini? sedangkan Speaker yang sebenar masih duduk di kerusinya...


Tuntut Pilihanraya Baru - mogok lapar tiga hari

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/mogoklapar.gifKUALA TERENGGANU - Perjuangan menuntut hak mengembalikan demokrasi diteruskan di Perak dengan tindakan 'mogok lapar' yang akan diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V. Sivakumar.


Kempen terbaru itu adalah untuk menuntut satu pilihanraya baru diadakan dinegeri Perak bagi mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan kepada rakyat negeri Perak.

ADUN Pantai Remis Ngah Kor Ming yang ditemui TVPas berkata mogok lapar itu akan diadakan bermula minggu depan sehinggalah DUN di bubarkan.


Manakala Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi media mengesahkan tindakan tersebut akan diadakan.


"Ya, ya... kami akan adakan (mogok lapar) mulai 26 Mei (hari Selasa)," katanya yang menambah bahwa, langkah itu telah lama diputuskan dan tidak ada kena mengena dengan keputusan Mahkamah Rayuan.


"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat... mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat) dan mendaftarkan diri mereka," kata beliau.


Namun katanya, tidak dapat di pastikan berapa ramai yang menyertai kempen selama tiga hari itu..


Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar "untuk mendapatkan kembali hak rakyat."


Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.


Lapan wakil rakyat dikatakan telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.


DUN Perak Dijangka Bubar Minggu Depan – Husam


Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan - Husam

Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan - Husam


Husam: DUN Perak Dijangka Bubar Minggu Depan



Dewan Undangan Negeri Perak diramalkan dibubar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang dijangka berlangsung pada hari Isnin atau Selasa depan.


Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa analisis beliau mengenai keputusan yang diramal memihak kepada Dr Zambry Abd Kadir telah menjadi kenyataan dan langkah seterusnya seperti beliau nyatakan sebelum ini ialah pembubarn DUN Perak.


“Posting saya tiga hari lalu telah ‘meramalkan’ Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.


“Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.


“Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur ‘pre-arranged’ dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.


“Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya,” kata Husam dalam tulisannya.


Husam mengajukan soalan adalah negara sudah bersedia menerima kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses yang beliau sifatkan sebagai “tabung uji di luar rahim” iaitu di luar Dewan Rakyat atau DUN.


“Khususnya Najib, sudahkah beliau bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?


“Tiga atau lima atau tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan,” jelas beliau lagi.


Husam meramalkan Dr Zambry akan mengadap Sultan Perak minggu depan bagi memohon DUN dibubarkan atas dasar mahu memulangkan mandat kembali kepada rakyat.


“Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya,” kata Husam.

Pilihanraya Kecil DUN Penanti Pertandingan Empat Penjuru Berlaku Di Penanti



BUKIT MERTAJAM - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan tiga calon Bebas.

Calon PKR, Mansor Othman, 59, dicabar calon Bebas, Aminah Abdullah, 56; Nai-Khan Ari, 41; dan Kamarul Ramizu Idris, 42. Pencalonan bagi seorang lagi calon Bebas, Mohd Saberi Othman, 49, bagaimanapun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak enam bantahan dikemukakan kepada SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Penanti, Roslan Yahaya, mengisytiharkan empat daripada mereka layak bertanding jam 11.58 pagi tadi. Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar di mana 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71
peratus lain-lain bangsa. Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari Barisan Nasional (BN) tetapi tewas dengan majoriti 294 undi. Pada pilihan raya umum 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, di DUN Seberang Jaya manakala pada 2009 beliau kalah kepada calon BN, Datuk Mohd Zain Omar bagi Parlimen Balik Pulau.

Antara yang menarik di Penanti ialah kehadiran semula calon Bebas, Kamrul Ramizu yang sebelum ini bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang menyaksikannya tewas serta hilang wang pertaruhan. Pilihan raya Penanti juga tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN) yang memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding.

N12 Penanti By Election









Hanya rakyat berhak tentukan MB, bukannya mahkamah

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.


ImageMenurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.


"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.


ImageBeliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.


"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.


"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.


Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.


Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.


"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.


Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.


Image"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.


"Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti," ujarnya lagi.


Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.


"Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan," demikian ujarnya.


Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.
-hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .