Ikuti Blog ini

BUKIT SELAMBAU : Kemalangan Ganesan Dedahkan Pembohongan Najib

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama makan diri. Itu pepatah yang sesuai untuk diungkap kepada kerajaan BN yang kononnya tiada lagi projek mee segera dilaksanakan untuk pilihanraya kecil.

Namun apa yang berlaku semalam di Bukit Selambau adalah bukti nyata projek mee segera masih diteruskan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dinaiki calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan terbabas dan tersangkut di bahu kiri jalan yang baru diturap di dalam rangka projek mee segera untuk pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau.

Ketika kejadian beberapa pembantunya turut berada dalam kenderaan terbabit. Kemalangan itu menyebabkan kenderaanya terpaksa ditarik oleh kereta lain dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dikeluarkan ke bahu jalan yang lebih rendah. Beliau bagaimana pun berjaya ke kampung berkenaan setelah menahan sebuah motosikal penduduk yang lalu di situ.

Ada banyak perkara yang terdedah melalui kejadian tersebut. Sebuah tulisan di dalam forum di lowyat menyatakan "God has spoken", manakala rakyat biasa pula melihatnya sebagai satu pendedahan pembohongan Najib Tun Razak yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Jumaat ini sebagai pendusta.

Pendusta kerana beliau sendiri yang mengumumkan tiada lagi projek mee segera untuk kawasan-kawasan pilihanraya kecil. Apakah kenyataan tersebut dikeluarkan lantaran terpukul dengan kekalahan teruknya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dimana kredibiliti Najib telah punah kerana semua projek mee segera telah dijawab dengan kekalahan yang amat mengaibkan beliau?


Bercakap bohong: ia adalah satu kebiasaan yang dilakukan oleh Najib. Berbohong kononnya tiada lagi projek mee segera. Berbohong konon Saiful datang untuk membincangkan soal biasiswa. Berbohong konon tidak pernah membuat sogokan untuk mereka supaya melompat parti. Berbohong konon tidak mengenali Altantuya. Berbohong untuk menutup kisah beliau meluluskan lesen judi sebaik saja mengabil-alih jawatan sebagai menteri kewangan.

Yang mengikut Najib nanti terimalah nasib seperti Ganesan di atas. Atau nak menunggu yang "lebih ummphh". Silakan.



Perletakan Jawatan Pak Lah Diterima Tetapi Yang Di Pertuan Agong Tangguhkan Perlantikan Najib?

KUALA LUMPUR [1.30 pm] - Ini satu berita panas yang pasti mendebarkan. Pihak kami baru sahaja mendapat satu berita yang paling eksklusif dari Istana Negara sebentar tadi. Ia berkaitan isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak.


Menurut maklumat Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan. Apapun kami masih menunggu maklumat lanjut berhubung dengan berita ini. Patutlah ketika keluar dari Istana sebentar tadi Najib kelihatan tidak ceria dan tidak mahu bercakap kepada pihak media yang sedang menunggu beliau.
Cuba lihat dua laporan terkini akhbar arus perdana berkenaan perkara ini.

Najib Razak Keluar Dari Istana Negara


KUALA LUMPUR (Berita Hairan) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.


Abdullah Ceria Keluar Dari Istana Negara


pak lah istana negara meet agung on final day 020409 01KUALA LUMPUR (Utusan Meloya) – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Negara pada pukul 10.55 pagi selepas meluangkan masa selama 55 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Abdullah menaiki sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif kelihatan ceria dan melambaikan tangan kepada kira-kira 80 petugas media yang menunggunya di pintu masuk Istana Negara.



[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini].

YB Anwar Berkempen di Rumah Panjang Nanga Kesit


Pagi tadi sekitar jam 8.45, saya hadhir di sidang akhbar di Pasar Lubok Antu. Dalam menjawab soalan para wartawan, saya tegaskan bahawa perubahan mesti dilakukan demi rakyat Sarawak.

Seharusnya kita terkesan dengan keluhan tuai Rumah Panjang Nanga Kesit betapa mereka, meski pun menyokong kerajaan dipinggirkan sepanjang pemerintahan BN selama berpuluh tahun. Jelas, wujud ketempangan dari sudut dasar pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

Semalam, salepas berjemaah Maghrib di Masjid Kampung Melayu, Lubok Antu, saya dijamu dengan hidangan istimewa talapia Iban di Bedok Cafe.

Sebelum itu, kami berkunjung ka Rumah Panjang Nanga Kesit dan disambut olih Tuai Rumah Jampang. Acara dimeriahkan dengan persembahan tarian pahlawan Iban.

Turut serta bersama saya ialah pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sarawak antaranya YB Gabriel Adit, YB Dominique Ng, YB Chiu Chee Seng dan juga calun kerusi Dun Batang Ai, saudara Jawah Gerang.

Saya menerangkan perihal tanah adat dan hasil bumi Sarawak yang dimanipulasi oleh BN sehingga mengenepikan hak rakyat dan membandingkan pencapaian ekonomi negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM


Pakatan Rakyat mohon YDP Agong tangguh pelantikan Najib


KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan pelantikan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, yang dijadualkan jam 10 pagi esok.


Dalam surat yang dihantar ke Istana Negara, Pakatan Rakyat memohon YDP Agong membuat penangguhan itu supaya beliau disiasat dan dibersihkan terlebih dahulu daripada pelbagai tuduhan yang dihadapkan kepada Timbalan Perdana Menteri.


Berikut disertakan surat yang dihantar ke Istana Negara:


28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430


Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah


Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Ampun Tuanku,


Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.


Ampun Tuanku,


MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS


Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa' sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno yang baru.


Ampun Tuanku,


Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.


Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Perancis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.


Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Baginda menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.


Ampun Tuanku,


Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.


Amin Ya Rabbal 'Alamin


Ampun Tuanku,


Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;


Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat


YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)


YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)


YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)




PRK P059 BUKIT GANTANG : 50 tahun bergelap & minum air hujan.





Sikap hipokrit dan diskriminasi Umno dan Barisan Nasional yang berlandaskan perkauman yang tebal hari ini didedahkan kepada dunia apabila calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana penduduk sebuah pulau dalam kawasan parlimen tersebut diabaikan serta dinafikan hak menikmati kemudahan asas sejak lebih 50 tahun di bawah pemerintahan Umno dan BN.

Sambil menyifatkan Pulau Pasir Putih yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Pekan Sungai Kerang di Trong, Taiping sebagai Lost World atau Dunia Terasing, Nizar melahirkan rasa terkejutnya penduduk yang rata-ratanya masyarakat Cina Hokkien terpaksa bergelap dan meminum air tadahan hujan selama lebih lima abad.

"Kita mampu membina Litar F1 Sepang yang menelan belanja lebih 300 juta ringit dan digunakan hanya tiga kali setahun dan kita landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke utara.
"Kenapa pula kita tidak membantu masyarakat di Pasir Hitam hanya kerana mereka berbangsa Cina. Ini adalah satu bentuk diskrimasi dan perkauman yang tidak lagi boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia," kata Nizar dalam ucapan ringkas yang disampaikan kepada penduduk di pulau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang itu sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam siri lawatan beliau semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Beliau yang tiba dengan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pasir Putih disambut meriah masyarakat China di situ yang mahukan perubahan besar dilakukan oleh Nizar sekiranya dipilih mewakili Bukit Gantang.

"Umno dan Barisan Nasional telah gagal memperjuangkan nasib penduduk Pasir Hitam selama 50 tahun. Saya berharap pada 7 April nanti seluruh masyarakat Cina di sini akan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya isu pengabaian dan diskriminasi ini boleh saya ketengahkan pada peringkat parlimen.
"Penduduk Pasir Hitam berhak menerima pembangunan yang setimpal seperti rakyat Malaysia yang lain," tegas beliau lagi.



Majlis 18SX bersama Tok Aji Zahid di Bukit Gantang


bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 03Duduk di depan tu, Menteri UMNO yang jaga agama. Selamba aje dia...

Majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 01Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."



"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. "Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.



Kempen Bersama Calon Parlimen Bukit Gantang.

Rombongan calon parlimen P059 Bukit Gantang hari ini melawat ke Pulau Sangga, Kuala Sepetang.

Setiap tempat yang disinggahi oleh calon, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutama dari pengundi kaum cina.









Ust. Nasa : FRU di guna untuk pasang poster BN


Ust. Nasharuddin didamping oleh Hj. Asmuni dan Dr. Hatta menunjukkan gambar FRU sedang mengawal petugas BN memasang bendera di Kg. Changkat Ibul.


BUKIT GANTANG :"liputan kepada calon PAS ditahap tidak membanggakan tetapi saya tetap ucap terima kasih" demikian antara kenyataan awal Pengarah Pilihanraya PAS Bukit Gantang yang juga Timbalan Presiden PAS, Ust. nasharuddin Mat Isa dalam sidang akhbar di Markas Operasi PAS di bini sebentar tadi.

Beliau juga menyatakan pendirian PAS untuk teruskan program yang diatur termasuk isu panas seperti altantuya, raja dan sebagainya kerana inilah waktu terbaik rakyat dengar isu dari pihak kedua..

"Dalam keadaan kepimpinan baru yang tinggal beberapa jam akan angkat sumpah tetapi demokrasi semakin sempit dan kita menyesali dengan salah guna kuasa pihak berkuasa dalam pilihanraya ini begitu ketara" katanya.

Ust. Nasruddin menjelaskan antaranya polis yang membantu BN pasang alat kempen, dengan bukti gambar yang ditunjukkan kepada wartawan.

Beliau juga mengulas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, ong ka chuan bersama Zambry yang kononnya akan menyerakan tanah kepada kaum Cina, namun tidak ada suara bantahan dari pemuda UMNO, sedangkan sebelum ini pemuda umno bangkit mencela dasar pemberian tanah kepada orang cina dan sekolah agama rakyat dan sekolah cina. Semalam pemberiaan tanah kepada orang cina tidak ada respon. kita bertanya kepada peminpin baru yang di lantik. soalnya.

Dalam sidang media itu beliau mewakili PAS merakam ucapan terima kasih YAB Nizar selama memerintah negeri ini dan banyak membawa perubahan, dan sikap beliau disenangi oleh rakyat adalah faktor mengekalkan kemenangan. Selain itu faktor almarhum Hj. Roslan shahrum yang memberi khidmat yang baik.

"Sokongan masyarakat berbilang kaum juga akan memenangkan calon kita, tema PAS For All akan diteruskan, inilah politik baru yang dilakukan oleh DS. Nizar.

Ust. Nasa jugta menegaskan "kami sedia bayar polis kalau boleh jaga kesleamatan pasang bendera.bagi saya adalah keterlaluan."

"Perakra ini akan dilaporkan, kita ada adveden yang jelas.sepatutnya layanah diberikan sama.'tegasnya.

Mengulas politik baru dijelaskan beberapa contoh yang dilakukan, seperti pilih ketua kampung, pemilihan ahli majlis dari NGO's, bekalan air percuma 10 meter padu,dan semua parti politk dibenarkan guna bangunan untuk rakyat.

Mengenai slogan "mohon restu rakyat", kita tidak menolak rakyat boleh memilih pemimpin rasuah, tinbul pertanyaan ada orang yang rasuah digantung tidak betanding, ada yang rasuah dibenar bertanding. Jawapan nya jangan berikan lagi sokongan kpd mereka.

"saya tidak nampak perubahan dari pemilihan umno, orang berubah tapi dasarnya masih sama, kalau ini lah restu yang diminta kita tidak memberi sebarang restu."kata Ust. Nasa.

Mengulas kenyataan Mohyiden ada angin perubahan dikalangan orang melayu, katanya "angin ini pada kita, itu kenyataan politik. sedangkan kesangsian rakyat kepada BN masih tinggi, terus menerus isu tidak dapat dijawab, kita mohon kerajaan saman akhbar asing tentang keterlibatan Najib dalan kes Altantuyya. Kita saman akhbar the herold bila dikaitkan Hj. hadi orang no, 3 pengganaas dunia dan ditahan di guatama, kita minta dibersihkan, kalaun tidak jangan pergi jumpa agong esok".

Kalau senyap seolah-oleh redha dalam Islam, seolah-olah kenyataan itu betul, ini akhbar antarabangsa, kalau boleh saman kalau petang ni, jelasnya.

Mengenai kempen Mahadhir di Bukit Gantang,kata beliau Tun adalah barang dikitar semula, tidak keluar tidak masuh, dia sendiripun tidak percaya kepad umno macam mana dia nak kempen, kita percaya tidak dapat memberi kesan kepad proses kempen.

menyatakan gambar bersamlama dengn wanita adalah bertaraf rendah.

Bukit Gantang: Siapa perlu berubah, rakyat atau UMNO


Dalam PRU ke 12 yang lalu, rakyat telah menolak Barisan Nasional dan memilih Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP. Lima buah negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat termasuk Perak dan Kedah. Kawasan Parlimen Bukit Gantang yang berada dalam negeri Perak telah dimenangi oleh calon PAS dan DUN Bukit Selambau yang berada dalam negeri Kedah, dimenangi oleh calon bebas yang kemudiannya menyertai PKR.

UMNO/BN yang kehilangan lima buah negeri itu telah menjadi seperti cacing kepanasan. Berbagai usaha dilakukan untuk membolehkan mereka mendapatkan semula kuasa. Mereka tidak dapat menerima kekalahan yang berlaku.

Perangai buruk dua anggota exco kerajaan Pakatan Rakyat Perak dari PKR telah dihidu oleh UMNO/BN. Kedua-dua exco ini berjaya dipujuk dan kemudian telah "dilembukan" oleh Datuk Seri Najib bagi menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Datuk Zambry Kadir dari UMNO, telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru, walaupun Datuk Seri Muhamad Niza dari Pakatan Rakyat masih lagi memegang jawatan Menteri Besar secara sah. Tindakan ini telah dilakukan oleh UMNO/BN secara membelakangkan Undang-Undang dan Perlembagaan.

Pakar undang-undang dan tokoh-tokoh politik termasuk dari UMNO seperti Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh telah mengkritik hebat tindakan tidak bertamadun ini, tetapi Datuk Seri Najib tetap meneruskan tindakan jahatnya itu. Pentadbir Kerajaan Negeri dan polis telah digunakan sepenuhnya bagi mempertahankan tindakannya itu.

Tidak cukup dengan tindakan tidak bertamadunnya di Perak, UMNO/BN terus membuat onar di negeri Kedah pula. ADUN Bukit Selambau yang juga Exco kerajaan negeri dari PKR telah diberi tekanan dan ugutan yang akhirnya menyebabkan ADUN itu terpaksa meletakkan jawatan exconya dan mengosongkan kerusi ADUN Bukit Selambau.

Secara kebetulan dalam keadaan Perak dilanda kemelut rampasan kuasa oleh UMNO/BN, berlaku pula kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang yang diwakili oleh PAS. Dengan ini pilihanraya kecil terpaksa diadakan di kedua-dua kawasan ini.

Semasa hari penamaan calon di Bukit Gantang baru-baru ini, Timbalan Presiden UMNO yang baru dinobatkan, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Berita Harian menyatakan, Barisan Nasional akan membuktikan pembaharuan dan perubahan dilaksanakan dalam tempoh singkat jika pengundi di tiga kerusi pilihan raya kecil di Perak, Kedah dan Sarawak memberikan kemenangan kepada BN.

Beliau juga berkata, pilihan raya kecil itu, khususnya di Bukit Gantang pada 7 April ini, sangat bermakna kerana ia berlaku ketika pasukan baru UMNO diambil alih Datuk Najib Razak selaku Presiden selain beliau sendiri sebagai timbalannya.
Dalam erti kata lain kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu, sekiranya pengundi-pengundi ketiga-tiga kawasan pilihan raya itu tidak memberikan undi kepada BN, kerajaan UMNO/BN akan kekal seperti dulu dan tidak akan buat perubahan secara cepat.

Siapa peduli kerajaan BN mahu berubah ke atau tidak. Kerajaan BN memang telahpun ditolak oleh rakyat dalam PRU 12 yang lalu. Dengan apa yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dipilih oleh rakyat, apakah Tan Sri Muhyiddin fikir rakyat Bukit Gantang akan memberikan undi kepada BN?

Kalau UMNO/BN tidak bersedia untuk berubah atau membuat perubahan, rakyat tidak rugi apa-apa tetapi UMNO/BN lah yang akan terus ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Untuk membetulkan UMNO/BN bukannya rakyat yang terpaksa berubah dengan memberi undi dan memenangkan BN tetapi UMNO/BN lah yang terpaksa membuat perubahan dahulu, dan kemudian barulah rakyat menilai semula kepada siapa undi yang patut mereka berikan.

Sekiranya UMNO/BN mahu rakyat memberi peluang kepada kepimpinan baru UMNO yang diterajui oleh Datuk Seri Najib, tugas pertama Datuk Seri Najib ialah mengembalikan semula amalan demokrasi di negeri Perak dengan memberi kepercayaan kepada rakyat untuk memilih mana-mana kerajaan yang mereka inginkan.

Dengan ini barulah rakyat boleh menilai apakah mereka perlu memberikan undi kepada BN atau terus menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Kehendak rakyat ini akan dimanifestasikan pada 7 April ini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.



Jentera PAS Terengganu Bertarung Sengit




http://buletinonline.net/images/stories/berita3/muslimattrg1.jpg
Kuala Terengganu – Jentera PAS Terengganu di Bukit Gantang akan meningkat dua kali ganda apabila gelombang terakhir tiba dalam misi memenangkan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS.


Setiausaha Kerja Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu (JPNT) berkata sehingga kini prestasi para petugas amat baik dan dapat menguasai gerakkerja di Unit-unit Peti Undi (UPU).

http://buletinonline.net/images/stories/berita3/muslimattrg2.jpg“Program-program rancak berjalan, sehingga ada unit-unit peti undi lain yang meminta bantuan dari jentera Terengganu,”kata AlGhazali yang dihubungi Buletinonline hari ini.

Ketua Kontinjen Kuala Terengganu, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah berkata jentera muslimat akan meningkat kepada 80 orang.

Beliau yang juga Setiuasaha Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, hari ini adalah merupakan gelombang terakhir kedatangan petugas.

Katanya semua petugas Kuala Terengganu berkampung di UPU Pengkalan Aur bersama-sama dengan petugas dari Kemaman.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Hanafiah Ramly@Mat optimis UPU Pengkalan Aur akan menang sebanyak 300 undi.

Beliau yang juga Ketua Lujnah Perpaduan Nasional Terengganu amat yakin mendapat sokong lebih 90% daripada pengundi-pengundi bukan Melayu.


Walaubagaimanapun katanya, pengundi Melayu masih kalah sekitar 150 undi.


“Pengundi Melayu telah meningkat sebanyak 5.5% kepada 45.5%, melalui semakan dan bancian, kita (PAS) masih kalah sebanyak 150 undi,

“Kita (PAS) mendapat jaminan lebih 90% pengundi bukan Melayu dari kalangan Cina dan India akan mengundi PAS,”katanya ketika dihibungi.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Yang Dipertua PAS Besut, Haji Hassan Salleh berkata jentera sokongan dari kawasan itu telah berjaya menembusi kubu kuat di Kampung Pauh dan Batu 11.
http://buletinonline.net/images/stories/berita3/petugaskttaklimat.jpg
“Kita telah berjaya mengadakan ceramah di kampung Pauh semalam dan hari ini kita sedang membuat persiapan kerja-kerja kebajikan,

“Esok kita akan memperbaiki rumah seorang ibu tunggal sekaligus mengadakan program Hi-Tea bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ Mohd ghazali,”ujarnya.

Menurutnya, seramai 17 orang petugas Besut yang berkampung di UPU Bukit Gantang dibantu oleh 10 petugas dari Kawasan Pasir Mas Kelantan.

Bekas calun PAS bagi DUN Jerteh itu berkata, walaupun ada rumah-rumah pengundi yang tidak memberikan kerjasama dan menolak kempen PAS, pihaknya sedang bekerja keras memastikan mereka akan terus dihubungi sehingga saat terakhir.

“Petugas muslimat akan terus menziarahi mereka dan menhantar risalah serta memberikan penerangan,”tambahnya.




Najib tidak bohong! mana ada projek mee segera!

Semasa pengumuman calon yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak di Bukit Gantang baru-baru ini, salah satu janji beliau ialah tiada lagi “projek mee segera”. Benarkah begitu?

BOHONG SEBOHONG-BOHONGNYA!!!

Inilah buktinya..

Dulunya brojek jambatan di Trong ini terbengkalai, tapi bila tiba pilihanraya ianya mulai diteruskan..Apakah ini bukan projek mee segera?

Dulunya brojek jambatan di Trong ini terbengkalai, tapi bila tiba pilihanraya ianya mulai diteruskan..Apakah ini bukan projek mee segera?

Projek mengetar jalan ada di mana-mana.. Apakah ini bukan rasuah dan bukan projek mee segera namanya?

Projek mengetar jalan ada di mana-mana.. Apakah ini bukan rasuah dan bukan projek mee segera namanya?

Semasa Najib datang ke Trong baru-baru ini, projek ini dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang sedang menjalankan kerja-kerja menyiapkan jambatan. Bila Najib balik, kenderaan-kenderaan tersebutpun ikut balik. Jadi, sebenarnyai projek ini projek tipu Najib dan rakyat.

Semasa Najib datang ke Trong baru-baru ini, projek ini dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang sedang menjalankan kerja-kerja menyiapkan jambatan. Bila Najib balik, kenderaan-kenderaan tersebutpun ikut balik. Jadi, sebenarnyai projek ini projek tipu Najib dan rakyat.





ISU KE BUKIT GANTANG : Shahrir - Spesis Jantan Terakhir UMNO

SSudah masuk lima hari selepas berlalunya pemilihan UMNO. Yang menang masih dibuai mimpi indah mendapat sesuatu ganjaran yang lebih besar di hari muka. Yang tewas masih berharap belas kasihan nakhoda baru untuk terus berkuasa.

Setakat ini cuma ada seorang saja di kalangan kepimpinan UMNO berjawatan Menteri/Timbalan Menteri/Menteri Besar yang tewas menunjukkan kejantanannya dengan berani meletak jawatan: Datuk Shahrir Samad. Yang lain: Mat Taib, Azalina, Syed Hamid Albar, Rais Yatim, tiga Timbalan Menteri dan empat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tewas tidak beri apa-apa komen atau beri komen bodoh-bodoh tak cerdik: tunggu dan lihat dulu!

Yang terbaru ialah Syed Hamid Albar yang juga memberi komen bodoh-bodoh tak cerdik: nanti saya pikir dulu selepas Najib menjadi Perdana Menteri.

Jadi menteri yang rambutnya semakin jarang itu masih mengharapkan belas ihsan Najib. Jadi menteri yang selalu cakap besar itu punya hati yang sangat kecil dan nampak masih enggan berundur, kecuali boss barunya nanti mengusirnya baru dia sanggup pergi.

Nampaknya kecuali Shahrir, semua Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dari UMNO yang tewas itu dari jenis mereka yang mukanya betul-betul tidak bermaruah, masih mahu pegang jawatan walaupun perwakilan sendiri sudah menolak mereka.

Benarlah kata orang UMNO dipenuhi pemimpin yang gila kuasa. Pemimpin yang gila kuasa ini tidak akan berundur secara sukarela walaupunh sudah tidak dipercayai pengikutnya lagi. Mereka masih berharap belas ihsan bossnya untuk terus memegang kuasa yang ada.

Pada 25 Mac lalu, Lim Kit Siang telah diusir keluar dari Dewan Rakyat kerana memanggil UMNO parti orang 'gila kuasa'. Kini Mat Taib, Rais, Syed Hamid, Azalina dan lain-lain yang tewas itu telah membuktikan tuduhan Kit Siang itu benar belaka, UMNO memang parti yang dipenuhi pemimpin gila kuasa!



Bukit Gantang - Hj. Nizar difitnah !



Musuh politik PAS dan Hj Nizar sudah semakin terdesak, rakyat Bukit Gantang sudah mual dan muak dengan BN. Mereka sudah turun habis-habisan dengan jutaan wang ringgit. Projek "mee segera" terus dilaksanakan kepada rakyat dan berbagai janji manis ditaburkan, namun tidak ada petanda baik untuk BN menang di Bk. Gantang.

Mereka perkudakan blogger-blogger yang bersama dengan mereka. Sebelum ini, blogger tersebut membuat ancaman bunuh ke atas Hj Nizar, menghina Hj Nizar dengan membuat aturcara kononnya Hj Nazir akan menghadiri majlis melapah daging babi, main telur anjing, merasmikan kuil dan sebagainya. Rakyat semakin benci kepada BN. Fitnah baru pula dihamburkan iaitu kononya Hj Nizar mempunyai girl friend yang akan dinikahinya nanti. Inilah fitnah jahat dari agen-agen upahan murahan UMNO BN untuk cubaan memburukkan imej Nizar supaya ditolak oleh pengundi. Tetapi kita percaya, UMNO BNlah yang akan ditolak oleh pengundi dan rakyat Bukit Gantang. (misbahul munir)



BUKIT SELAMBAU : Tuan Rumah Buat Repot Polis Pasal Rumahnya ada 40 hantu menumpang




Pada pukul 10.06 minit malam tadi satu laporan polis telah di buat di BALAI POLIS KUALA MUDA.Report tersebut di lakukan oleh HJ ABDUL LATIF B NAT NOOR di iringi oleh TIMBALAN KETUA AMK MALAYSIA(FARIZ MUSA).HJ ABDUL LATIF telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada SPR ketika di temu ramah oleh wartawan sebentar tadi.Beliau berasa amat kecewa ada pihak menggunakan alamat rumah beliau tanpa kebenarannya selama ini.Di dalam rumah HJ ABDUL LATIF terdapat 40 orang yang tidak di kenali yang menggunakan alamat rumah beliau.Di dalam rumah tersebut hanya beliau dan isteri sahaja yang mengundi,tegas beliau.

TIMBALAN KETUA AMK MALAYSIA(FARIZ MUSA) pula mengatakan AMK dan PARTI KEADILAN RAKYAT ada hak untuk membuat analisis dan sistem sehingga mengesan pengundi hantu,katanya lagi SPR telah di gunakan oleh pihak tertentu untuk mendapat kuasa dan menang pilihanraya.Jesteru itu FARIZ MUSA menyeru agar SPR TELUS dan MEMBERSIHKN SENARAI PEMILIH sebelum PILIHANRAYA 7 april 2009.

HARI INI AKAN DI ADAKAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA SPR DI PEJABAT DAERAH KUALA MUDA. SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI JEMPUT.



PILIHANRAYA KECIL : JUTAAN WANG RAKYAT HANGUS BEGITU SAHAJA

Dalam perjalanan pulang dari Bukit Gantang ke Melaka petang Isnin lalu, saya dan rakan bertembung dengan sederetan lori Polis dan lori treler panjang yang muatannya motosikal Polis trafik putih.

"Aik, tak cukup lagi ke motosikal polis trafik di Bukit Gantang, kan dah banyak tu, sampai satu traffic light 5,6 orang jadi Pak Pacak" dengus rakan saya spontan.

Saya menjawab " kan Bukit Selambau pun nak guna, sebab ramai 'penjenayah' dan 'peragut', kaki rasuah pun ramai di sana".

Itulah senario yang berlaku di kawasan PRK ini. Cuma saya tidak tahu keadaan di Bukit Selambau dan Batang Ai. Tetapi saya yakin di Bukit Selambau sama sahaja fenomenanya dengan Bukit Gantang. Cuma Batang Ai mungkin kurang sedikit kot kawasan pedalaman.
Selama 3 hari saya berkampung di Bukit Gantang, saya rasa pelik dan ajaib kerana bilangan Polis yang begitu ramai seperti juga di Kuala Terengganu. Apa justifikasi menyebabkan Polis 'memunggah' begitu ramai anggotanya ke sana. Hendak di katakan berlaku pergaduhan besar tidak ada kedengaran. Hendak dikatakan ada rusuhan jauh sekali. Jadi apa sebabnya? Saya rasa sangat pelik dan hairan.
Bayangkan khemah Martek, Subtek dan macam-macam Tek bertaburan di Bukit Gantang. Lori dan water cannon FRU berderetan di tepi jalan; lori, land rover, black maria, kereta peronda, motorsikal dan sebagainya menghiasi hampir sepanjang jalan di Bukit Gantang. Kenderaan tersebut semuanya memakai minyak, minyak dibeli dengan duit rakyat. Elaun anggota kena bayar. Kalau 5,000-10,000 anggota digunakan berapa banyak duit rakyat digunakan.

Khemah besar lengkap dengan generator, air-condition, tandas, bilik mandi, katil, bilik dan sebagainya semuanya mungkin di sewa. Berapa sewa? jangan tanya. Semuanya dibayar dengan duit rakyat.

Helikopter Polis juga digunakan. Bukannya ia pakai minyak RM1.90 seliter, ia memakai minyak yang mahal, semuanya rakyat bayar. Maintenance helikopter bukannya boleh dibuat di kedai motor Ah Seng, tetapi mesti dilakukan di hangar dan mesti di'approved'kan oleh License Aircraft Engineer yang kompeten.

Special Branch atau 'Barua' memang ramai. Setiap markas/pos PAS dipantau oleh 'Barua-Barua' ini. Semua 'Barua' dari negeri lain di bawa ke Bukit Gantang. Tempat kami menginap di Kampung Kuala Terong juga diintip 'Barua'. Malah setiap masjid dipantau oleh 'Barua'. Mungkin 'Barua' ini tidak sedar bahawa mereka juga dipantau oleh Raqib dan Atiq.

Semasa Ustaz Mutalib Maarof memberikan Tazkirah lepas Maghrib di Masjid Sg Bemban, 2 orang 'Barua' tanpa segan kepada Allah dan Raqib serta Atiq mencatat apa sahaja yang diperkatakan oleh beliau. Salah seorang 'Barua' itu datang dari Jasin. 'Barua' ini semuanya membazirkan duit rakyat dengan pembayaaran elaun dan sebagainya kepada mereka.

Semua anggota dan kenderaan serta prasarana ini dibayar dengan duit rakyat. Namun saya ingin mengajak para tetamu supaya memikirkan apakah tujuan mereka dibawa ke sana sehingga menghanguskan duit rakyat puluhan juta. Adakah untuk menjaga keselamatan atau untuk mengekalkan kuasa BN?

Rakyat 3 kawasan PRK ini mesti menolak calon BN untuk mengajar mereka tidak menggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya.

INILAH POLITIK LAMA YANG DIAMALKAN OLEH BN YANG TIDAK SERIK-SERIK SEJAK SEKIAN LAMA MEMPERKUDAKAN HARTA RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN MEREKA.

SAYA AKAN TUNTUT SEMUA INI DI MAHKAMAH ALLAH PADA HARI PERBICARAAN DAN PEMBALASAN NANTI.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .