Ikuti Blog ini

BN Silap Catur Isu Anwar

oleh Mohd Rashidi Hassan

Barisan Nasional nampaknya sedang memperjudikan nasib mereka dengan percubaan untuk membunuh karektor peribadi Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video yang didakwa membabitkan beliau.

Kali pertama taktik kotor dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 1988. Kali kedua, takik yang sama diulang oleh Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Motif kedua-dua PM ini mudah, supaya rakyat tahu siapa Anwar dan selepas Anwar di’telanjangkan’ rakyat akan menolak Anwar.

Usaha untuk membunuh keperibadian Anwar dan menghapuskannya di persada politik negara, sudah tentunya merupakan suatu agenda yang difahami, iaitu untuk mempertahankan kuasa PM dan UMNO-BN.

Mahathir ketika menerajui UMNO-BN tidak menyangka rakyat akan bangkit sedemikian rupa selepas mendedahkan sepuluh salahlaku Anwar secara berleluasa dan menghukumnya bersalah, sebelum beliau dibicarakan di mahkamah.

Perkiraan Mahathir ketika itu silap. Tindakan jahat beliau dibalas dengan meletusnya gerombolan reformasi yang ditunjangi rakyat bawahan menentang keangkuhan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kesan daripada kesilapan Mahathir besar. BN nyaris-nyaris hilang dua pertiga majoriti pada tahun 1999 dengan undi popular yang jatuh menjunam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Pada ketika itu BN masih kekal berkuasa kerana mendapat dokongan ampuh dari kalangan bukan Melayu.

Amarah rakyat dalam isu yang berkait dengan kezaliman terhadap Anwar, korupsi, kronisme dan nepotisme pada ketika itu tidak menjalar di kalangan bukan Melayu.

Kekuatan BN selepas pertukaran PM kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak banyak mengubah nasib UMNO-BN. Amarah rakyat kepada UMNO-BN macam ‘api dalam sekam’. Ia dibuktikan pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana gabungan parti pembangkang berjaya merampas lima negeri dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

Namun suasana sekarang sudah berubah. Orang Melayu yang tidak menyokong UMNO-BN pada 1998 majoritinya kekal sehingga hari ini. Ditambah pula dengan kebangkitan kaum bukan Melayu yang turut sama menolak BN pada 2008 hingga ke Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini.

Dengan membawa kes kedua Anwar yang dimulakan dengan kes liwat pada 2008 dan kes video seks, UMNO-BN menyangka dengan isu ini mereka boleh membunuh Anwar kali kedua.

Umno-BN berfikir bahawa dengan membunuh karektor peribadi Anwar, perjuangan Anwar akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan menjadi lemah.

Mereka ternyata lupa bahawa agenda utama Pakatan Rakyat, yang didokong majoriti rakyat jelata akan tetap menolak UMNO-BN dalam apa jua keadaan.

Asas yang terpenting dalam Pakatan Rakyat adalah konsensus untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Pusat dengan menjatuhkan BN pada PRU akan datang.

Waima ada Anwar atau tidak. Perjuangan yang dibawa Anwar sudah merepasi jauh di lubuk hati rakyat, iaitu sudah sampai masanya keangkuhan UMNO-BN dihentikan. Kezaliman UMNO-BN dihapuskan, ketuanan juak-juak politik UMNO-BN diranapkan.

Semuanya digantikan dengan ketuanan rakyat. Ketuanan yang mendukung aspirasi rakyat untuk hidup dengan lebih demokratik, adil dan saksama di bawah naungan Pakatan Rakyat.

Silap catur UMNO-BN akan terus membawa mereka ke jurang kemunahan dan penolakan rakyat.

SAH Bukan Anwar: Eskay Dah Tak Mengaku Tuduh Anwar, Tuding Wartawan



Eskay: Saya tidak tuduh Anwar

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet.

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

“Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini
,” kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih belum muncul untuk memberi kenyataan. -TVSnews


Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.

“Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan.

Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai.

Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini.

"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay. -tvs

TAHNIAH.. Minyak Naik Lagi.. PM pertama yang penaik harga minyak paling tinggi dalam sejarah..

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Menarik !!! Bob Lokman Berceramah Dalam " Loghat Kelate " Di Setiu Terengganu





SETIU - Bob Lokman minta sidang hadirin khususnya warga DUN Permaisuri 'kirim salam' kepada ADUN Permaisuri dari BN, Halim Jusoh, kerana katanya Halim adalah kawan lama beliau.Imbang Penuh"Kawasan Permaisuri ni saya ada kawan, kawan lama...... lama tak jumpa dengan dia, tiba-tiba dengar dia dah jadi wakil rakyat, namanya Saudara Halim Jusoh,

"takut dia ada dalam ramai-ramai ni, lama saya tak jumpa dia, siapa-siapa yang ada jumpa dia, atau ada duduk sebelah Halim Jusoh, cakap (dengan dia) saya kirim salam,

"sebab sekarang ni, kalau saya telefon dia dah tak jawab lagi, dudlu-dulu kalau telefon selalu jawab, sekarang semenjak kita masuk PAS ni, jadi macam bermusuh pula,"ujar Bob ketika memulakan ceramahnya di Kampung Alor Serdang, Permaisuri, dekat sini, 30 April lalu.

Bob turut memberitahu lebih 500 hdirin yang hadir, bukan sahaja orang politik sudah 'tidak suka' kepada beliau, tetapi juga dikalangan artis yang menjadi kawan lamanya.

Menurutnya beliau terkejut apabila membaca berita yang disiarkan akhbar Harian Metro yang bertajuk 'Awie hentam Bob', sedangkan kata Bob, Awie adalah kawan baiknya.

"Awie kawan baik saya, saya menguruskan Aie ni sebelum dia rakam album lagi, saya berkawan dengan dia, dia selalu belanja saya makan, sebab dia anak orang kaya,

"belanja saya makan...petang-petang, saya tak ada duit masa tu, sebab saya tak ada duit,"ujar Bob menceritakan kisahnya.

Apabila ditemui Buletinonline, Bob kata dia tidak marah kepada Awie kerana mungkin Awie salah faham.

Bob yang agak letih, kerana sudah tidak pulang ke rumah sejak 5 hari lalu, bagaimana pun gembira apabila bertemu seorang 'warisnya' Ayah Lah (gambar kiri ) yang tinggal di Balik Bukit, Permaisuri.

Mereka berdakapan dan bertanya khabar serta mengucapkan salam sejahtera, sebelum Bob berlepas pula untuk menghadiri program di Batu Pahat, selepas sehari sebelumnya, berceramah di negeri Kedah. -BO

Kerajaan Negeri beri geran kepada pengusaha Felda

ALOR SETAR - Seramai 1,249 peserta di empat buah Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (Felda) di Kedah boleh tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri akan memberi geran kepada individu yang mengusahakan tanah dengan keluasan keseluruhan 3,026 hektar.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah setuju untuk memberikan geran tanah berkenaan kepada peserta Felda Teloi Timur (2482 hektar), Felda Bukit Tangga (1496.5 hektar), Felda Laka Selatan (378.2 hektar) dan Felda Gunung Bungsu (490.9 hektar).

“Kerajaan Negeri dalam mesyuarat telah putuskan untuk beri geran tanah kepada peserta Felda seluas 3026 hektar bagi peneroka felda. Geran sendiri,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan keluarkan geran milik sendiri bagi setiap peserta Felda berkenaan berkuatkuasa sekarang.

Beliau memberitahu jumlah peserta yang akan menerima geran tanah berkenaan ialah seramai 610 orang (Felda Teloi Timur), 374 (Felda Bukit Tangga), 85 (Felda Laka Selatan dan seramai 180 dari Felda Gunung Bungsu dengan jumlah keseluruhan 1,249 orang.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan Kerajaan Negeri menghargai usaha mereka yang membantu kerajaan dalam meningkatkan bidang pertanian.

~warta kedah~

Letih BN Mengejar Lim Guan Eng!!

Bila dan siak di Pulau Pinang boleh tersenyum lagi. Kali ini elaun mereka dinaikkan, elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan. Ia melibatkan 200 masjid dengan peningkatan 80 peratus.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, peningkatan elain itu dibuat selepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960).

Apabila kenaikan berlaku, terpaksalah mereka meniru untuk menaikkan elaun di negeri mereka....baguslah kalau begitu. Nampaknya letih BN mengejar Lim Guan Eng!!

Sebut Osama Pejuang Suci, Hamas Kutuk Pembunuhan Osama



Setelah diburu bertahun-tahun, Osama bin Laden tewas dalam serangan pasukan AS di Pakistan. Kelompok Hamas mengutuk pembunuhan pemimpin jaringan teroris Al Qaeda itu.

"Kami menganggap ini sebagai kelanjutan kebijakan Amerika yang didasarkan pada penekanan dan pertumpahan darah muslim dan Arab," cetus Ismail Haniyeh, pimpinan pemerintahan Hamas di Jalur Gaza seperti diberitakan Reuters, Senin (2/5/2011).

Haniyeh menekankan adanya perbedaan doktrin antara Al Qaeda dan Hamas. Namun petinggi Hamas itu tetap menyebut Osama sebagai pejuang suci Arab.

"Kami mengutuk pembunuhan pejuang suci Arab tersebut," tegasnya.

Presiden AS Barack Obama telah mengumumkan kematian Osama dalam pidatonya di Gedung Putih pada Minggu, 1 Mei malam waktu setempat. Dikatakan Obama, dengan kematian Osama, keadilan telah ditegakkan. - detiknews.com

Satu satu peminpin pelestin mungkin arab dan islam yg berani mengutuk pembunuhan OSAMA.dan menganggapnya pejuang..yg lain bergembira dan tepuk tangan,,,,,termasuk lah pemimpin israel fatah arab pakistan dan pemimpin umno...

DS Nizar selar Mufti Perlis

Beliau menyelar Mufti Perlis itu yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan pengikut Khawarij.


PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan tergolong sebagai pengikut Khawarij.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam.

“Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma’ ulama’ disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam?

“Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?,” soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter.

Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya.

Nizar menegaskan, “Perkembar adalah parti perkauman!”

Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

“Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno,” ujar beliau.

Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai.”

Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,” kata Juanda.

Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini - FMT

Sharpshooter - siannyer umno....mengapa orang bandar tolak umno...umno juara kampong sajakah...mengapa umno nafikan hak royalti minyak di Kelantan? PAS itu bukan Melayu kah...bukankah umno satu-satunya parti di dunia yang memperjuangkan melayu? Mengapa nafikan hak Melayu PAS di Kelantan?

Siannya umno..kini terhegeh-hegeh melutut kepada PAS...bila kuat gagah..sombong...kini dah nak tenggelam...baru nampak PAS?

Sudah sampainya masanya PAS ganti tempat umno yang telah bertukar menjadi umporno....

MCA penentang Islam sebenar - Pejabat MB Kelantan


KOTA BHARU, 4 Mei: Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari (gambar kanan).

Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.

"Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam," katanya.

Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa?

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mempermainkan tindakan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman, yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya tanpa memakai sarong tangan.

Beliau juga berkata, apa gunanya beliau memahami kehendak Islam dalam isu ini.

Bagi pegawai Nik Aziz itu, PAS mempunyai hujjah yang jelas kenapa parti Islam itu berkawan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," katanya.

PAS dan DAP

Sebelum ini, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad (gambar kanan) ketika berhujjah dalam isu ini berkata, "MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak!"

"Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat,” tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam.

Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan.

“Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!” kata Dzulkefly.

“Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!” kata Dzulkefly.

Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara Umno dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan.

"Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti Perlis, saya menganggap kenyataan tersebut separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak untuk meletakkan persepsi bahawa Mufti Perlis menghentam pihak-pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS dan Umno," tulis Fadli dalam kenyataannya.

Katanya, perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

Kenyataan ini pernah disiarkan dalam sebuah media Rabu 14 Julai 2010 yang lepas.

Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?, soal Fadli.

Justeru, beliau berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau.

"Hakikatnya, PAS tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam tetapi perlulah diletakkan Islam sebagai dasar terlebih dahulu," katanya. -Hrkh

10 Mitos Tentang Osama Bin Laden

Osama bin Laden yang kematiannya disyukuri sekaligus diratapi orang-orang dari kelompok berbeda itu, menyerlahkan banyak cerita. Ada yang benar, ada yang dusta. Inilah daftar 10 mitos, dengan demikian cerita dusta, tentang lelaki dari Arab Saudi itu.

1. Osama bin Laden "bikinan" CIA. Ia maupun pengikutnya tidak pernah menerima dana langsung maupun pelatihan dari Amerika Syarikat selama dekad 1980-an. Penerima sejumlah besar kedua jenis sokongan Amerika itu adalah Mujahidin Afghanistan melalui badan intelijen Pakistan, ISI. Sejumlah orang keturunan Arab memang bertempur melawan pasukan Soviet tetapi jumlahnya tidak signifikan.

2. Ia punya kekayaan peribadi yang sangat besar. Bin Laden terpaksa meninggalkan wang tunainya ketika harus pergi dari Arab Saudi tahun 1991 ke Pakistan, kemudian Sudan. Keluarganya memotong aksesnya sama sekali. Dia juga tidak menerima warisan dari ayahnya yang sangat kaya, dan telah dibagi-bagi. Yang dimiliki Bin Laden adalah jaringan yang memungkinkannya menggalang dana dengan mudah.

3. Ia bertanggungjawab atas pengeboman Word Trade Centre tahun 1993. Ramzi Yousef, pelaku utama serangan itu, mungkin bekerja untuk Khaled Sheikh Mohammed yang merupakan operator bebas pada saat itu. Muhammad mulai bekerja dengan Al-Qaeda pada 1996, dan bahkan kemudian menjaga jarak dengan Bin Laden.

4. Ia mendapat wang dari perniagaan dadah. Tidak ada bukti sejauh ini meskipun ada klaim yang diulang-ulang, misalnya dalam berkas pemerintah Inggeris tentang pasca serangan 11 September dan Al-Qaeda.

5. Ia tidak pernah terlibat pertempuran berbahaya. Dia tidak sendirian ketika menyita senjata AK-47 dari seorang jenderal Soviet yang mati, sebagaimana kadang dia akui. Namun, banyak saksi melaporkan tentang keberadaannya di tengah-tengah pertempuran Jaji pada 1987, dan pertempuran Jalalabad pada 1989.

6. Ia lebih sering di gua. Pada akhir 1990-an, demi propaganda, Bin Laden mengundang jurnalis tertentu untuk menemuinya di goa dekat Tora Bora di Afghanistan timur. Namun sebetulnya, ia tinggal di sebuah kompleks yang jauh lebih nyaman, dekat kawasan pertanian di Hadda, bekas wilayah Uni Soviet, milik seorang panglima perang lokal.

Menjelang 1999, ia pindah ke sebuah kompleks perumahan dekat Kandahar. Sebelum terbunuh, dia hidup di rumah nyaman yang terpisah tetapi dekat kompleks itu di Abbottabad, Pakistan. Selama itu, tidak ada bukti ia tinggal di gua.

7. Ia remaja yang suka pesta di Beirut sebelum berubah jadi relijius. Tidak ada bukti soal itu sejauh ini. Bin Laden tampaknya pemuda yang tekun, pemalu dan saleh serta menikah muda dan banyak menghabiskan waktu untuk belajar kitab.

8. Dia nyaris sakit kuat kerana penyakit ginjal. Ada beberapa laporan -- termasuk dalam dokumen Guantanmo -- mengenai masalah ginjal tetapi tentu saja tidak cukup serius untuk mengorbankannya. Penyakit itu agaknya lebih kerana ada masalah dengan punggungnya akibat posturnya yang tinggi (6 feet 5 inchi = 1,9558 meter) dan gaya hidupnya.

9. Ia bersembunyi di Kashmir, sebagai pemimpin gerilayawan Chechnya, dan bertanggungjawab atas kekerasan di Filipina dan Indonesia, merancang serangan di Madrid, Spanyol, tahun 2004 dan memiliki jaringan luas di Paraguay, wilayah sub-sahara Afrika dan Afrika Selatan. Semua dakwaan itu dibuat oleh pemerintah sejumlah negara atau badan intelijen selama lebih dari satu dekad yang terbukti seluruhnya disusun tanpa dasar.

10. Bin Laden adalah penggemar kelab sepak bola Arsenal. Meskipun ada laporan fans Arsenal meneriakkan, "Osama, woah-woah, Osama, woah-woah, ia bersembunyi di Kabul, ia mencintai Arsenal", tetapi Bin Laden bukan penggemar setia kelab sepak bola dari London utara itu. -kompas

Strategi Umno BN buli Cina, tipu Melayu

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau.

"Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus.

"Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP.

"Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya.

Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS.

Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.

Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap di Kuala Terenganu Sabtu lalu.

Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.

"Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno.

"Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya.

"Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.

"Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan.

"Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah," katanya.

Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.

"Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh," kata Mahfuz.

Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.

"Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu," kata Mahfuz. -Hrkh

Seruan Osama bin Laden

Sykt Insurans Diarah Berikan Perlindungan Untuk Semua Kenderaan, Syabas PAS

Perlindungan Insurans Serta Merta Untuk Semua Kenderaan - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mengumumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan perlindungan kenderaan dari semua penginsurans am serta Pos Malaysia di seluruh negara serta merta.

Langkah ini adalah untuk memastikan semua pemandu mendapat akses kepada perlindungan kenderaan, kata BNM dalam satu kenyataan.

Semua penginsurans am bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan kenderaan kepada semua pemandu termasuk 'kenderaan tersisih' yang kebanyakannya adalah kenderaan peribadi melebihi sepuluh tahun dan motorsikal yang ditaja jamin oleh Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), kata BNM.

"Perlindungan kenderaan itu boleh ditaja jamin oleh penginsurans atau diberikan bagi pihak MMIP.

"Mulai sekarang, kenderaan tersisih akan dikenakan caj yang sama dengan kadar premium semasa dan tidak dikenakan caj tambahan yang dikenakan kepada kenderaan berisiko tinggi," jelas kenyataan itu lagi.

Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi.

Bank Negara juga menghalang penginsurans daripada mendesak pelanggan mereka untuk membeli produk bukan kenderaan sebagai syarat jualan perlindungan kenderaan untuk memastikan hak pengguna dilindungi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembelian perlindungan kenderaan, BNM boleh dihubungi di talian 1-300-88-5465, katanya.

BNM berkata langkah ini adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baharu.

Rangka kerja itu yang akan bermula pada Januari 2012 akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada isu-isu pengstrukturan dalam sektor insurans motor dan takaful.

Bahagian pertama rangka kerja itu termasuk perlaksanaan langkah peningkatan keberkesanan terlaras untuk meningkatkan proses penyelesaian tuntutan keseluruhan, terutamanya bagi tuntutan kecederaan dan kematian.

Sementara itu, bahagian kedua adalah perlaksanaan pelarasan premium secara berperingkat sepanjang empat tahun.

Inisiatif ini adalah untuk memastikan orang ramai dan perniagaan boleh mendapat perlindungan kenderaan pada premium yang berpatutan dan supaya perniagaan insurans/takaful kenderaan berdaya maju pada jangka sederhana dan panjang.-BERNAMA


Third party: Menteri tidak rasai kesusahan rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan ‘third party’ kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat.

“Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini.

“Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus,” kata beliau.

Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu.

“Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan.

“Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat,” katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini.

Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

“5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi,” katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan “third party” kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas.

Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing.

“Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan,” katanya. -HD 29/09/2010

Syabas dan tahniah kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin bin Ayub kerana kejayaan perjuangannya untuk rakyat yang selama ini terteka kerana tidak dapat memperbarui cukai jalan untuk pemilik kenderaan yang melebihi usia 10 tahun lantaran keengganan syarikat insurans mengeluarkan cover note untuk kenderaan tersebut.

Sebelum ini seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfudz Omar telah berjaya dengan perjuangan penghapusan saman ekor yang menyebabkan polis dilaporkan tidak lagi akan bersembuni sewaktu melaksanakan kerja memerangkap pemandu. -GB

Ceramah Umum PKR Dekat Felda Jenderak Selatan Malam Ahad Lalu 'Di Ganggu' Pihak Polis !

KUALA KRAU, 4 Mei - Orang ramai yang hadir ke Ceramah Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Felda Jenderak Selatan dekat sini terkejut dengan tindakan pihak polis menganggu program tersebut. Ini kerana ceramah berkenaan telah diadakan di kawasan premis sendiri dan sudah semestinya ia tidak memerlukan permit berlandaskan kepada peruntukan undang-undang negara kita. Difahamkan ceramah telah diadakan di sebuah rumah peneroka di Felda berkenaan.

Menurut Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Hj.Suhami Said (foto) berkata "Seminggu yang lepas saya telah membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Temerloh untuk mendapatkan kebenaran mengadakan ceramah pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan. Ceramah yang dipinta itu adalah didalam rumah dan dari segi undang-undangnya tidak perlu dipohon permit polis. Tetapi memandangkan bahawa PKR Cabang Kuala Krau berhajat mengujudkan hubungan yang baik dengan pihak keselamatan maka permit polis dipohon juga".

Menurut Hj.Suhaimi lagi, barisan Penceramah yang diundang dan telahdiletakkan didalam permohonan tersebut adalah terdiri daripada YB Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Komunikasi PKR Pusat), Haji Abd Aziz Abd Rahman (Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau), Bob Manolan (Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal), dan Rebin Birham (Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal).



Dato' Fauzi (kiri) dan Saifuddin (kanan) sempat bagi ceramah mereka

Akis hebat, sebahagian daripada anggota polis yang terlibat operasi itu

Difahamkan pada petang 29 April 2011, pihak polis memberi jawapan dengan menyatakan permit program itu tidak diluluskan. "Memang menjadi satu kehairanan yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Pembangkang tidak dibenarkan berceramah di tempat-tempat awam seperti Balai Raya, Dewan, Padang dan sebagainya, dan ceramah untuk dibuat dirumah persendirian juga tidak dibenarkan.

Ini samasekali bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan jelas sekali bahawa Akta Polis sudah mengatasi Perlembagaan Persekutuan",
katanya. "Saya menyatakan kepada Anggota-Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau bahawa ceramah yang sudah dijadualkan pada 1Mei 2011 ini tetap akan dijalankan, dan agar ia dilindung dibawah undang-undang maka ceramah itu akan dibuat di dalam rumah beliau.

[Maka, mulai jam 9.00 malam pada 1 Mei 2011, Ceramah di dalam Rumah dengan diperkarangannya disiapkan 3 buah khemah untuk tempat duduk orang ramai didalam kawasan rumah berkenaan dimulakan. Sdr Rebin Birham, Sdr Bob Manolan dan Haji Abd Aziz Abd Rahman menghabiskan ucapan masing-masing sebelum Dato' Fauzi Abdul Rahman mengambil gilirannya. Semasa inilah barisan anggota-anggota Polis telah mengepung rumah tersebut bermula dengan pengambilan gambar-gambar"
, tambah beliau lagi.

Difahamkan beberapa orang anggota Polis yang beruniform berbaris mengelilingi rumah seolah-olah memulakan satu operasi
"perang". Ketika itu tuan Rumah telah dipanggil dan diberi amaran bahawa jika Ceramah itu tidak dihentikan dalam tempoh 10 minit, maka Polis akan menangkap dan menahan beliau. Lagi informasi berkaitan insiden tersebut, sila klik SINI] -Pahangdaily.

'Ada tak kena dengan pesawat RM86 juta Taib'

Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

mohamed asharat 220910Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

NONEPengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran. -M'kini

Rahsia terbongkar.. bidio lucah telah di edit.. wajib bace beb!

Salam perjuangan dan salam perubahan minda sume beb..

terpetame kalinye gua nak cite sikit pasal edit mengedit nie beb..


ape yg umno apco berserte gerombolan2 dungu lagi membebalkan kate.. bidio tidak mungkin dapek di edit termasuklah gerombolan2 filem yg menjadi akar pade umngok yahudi jahanam..

sile lihat nie beb.. bidio yg di edit..



jgn lew cube lagi temberang rakyat mesia dan olang mude.. lu olang dalam umno tu dah busuk sampai keperingkat nanah dan bangkai.. fitnah itu lebey dasat dari membunuh..

nasihat gua pade gerombolan2 songkok 3 jengkal.. bertaubat lew dari melakukan fitnah aib dan mungkar demi kuase dunia yg hampir2 padam.. pade mat mongol berserte gerombolan2 yg beriman pade fitnah bidio lucah umporno nie.. gua ucapkan semoge lu olang cepat mampos dan sempat minta ampun.. kalu tak sempat.. g lew mampos same lu olang

Sumenye bise di edit.. gambo bidio obama nie siap HD lagi.. ni kan pule gambo hitam putih ? kahkahkah.. kot ye pun nak temberang.. temberang lew kek org asli kek afrika.. kek mesia nie olang mude sangat terbuke lagi berilmu .. dapek membezakan yg baik dan buruk.. bukan macam gerombolan umporno.. lembu2 penambat yg setia pade perjuangan elitis yg hanye mengkayekan diri mereka.. tapi lu olang ? lebey mulia vavi lagi dari lu olang.. ingat beb.. seks dan jubo adelah makanan harian pade gerombolan2 dan pemimpin2ngok mereka.. ingat umno.. ingat lew umporno!

Mimpi sang pembodek!!!



Ada yang membodohkan diri..
Ada yang cuba memperbodohkan...
Jangan ada lagi yang diperbodohkan...

kah..kah...kah..mengampu lah lagi...dah dekat PRU 13 ni..

Sidang Media DSAI Terkini..!!(video)


TG Nik Aziz dipercayai cuba 'menyiku' Najib ?

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourTG Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

NONENik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

azlanMursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

azlanNik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.-mkini

Foto Palsu, Amerika Masih Diam. Taliban Dakwa Osama Masih Hidup

Dua foto yang dicantumkan

Soal Foto Palsu Jenazah Osama Pejabat AS Belum Memberikan Reaksinya

Foto jenazah Osama bin Laden, yang diterbitkan sebelum ini, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeza yang disiarkan online dua tahun terakhir. Foto yang didakwa sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu.

Beberapa lamanweb akhbar Inggeris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar khabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai lamanweb surat kabar dan pejabat berita dunia.

Akhbar The Guardian terbitan Inggeris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak dapat memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu.

Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mendakwa bahawa pemimpin AlQaeda telah terbunuh. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh pejabat berita Reuters.

Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahawa bin Laden terbunuh di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan.

Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahawa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu. -republika


Osama Bin Laden Masih Hidup

ISLAMABAD - Pimpinan Taliban Pakistan mengklaim bahawa Osama Bin Laden masih hidup. Pihak Taliban menilai tuduhan Bin Laden terkorban tidak berasas.

Sebelumnya Presiden Amerika Serikat Barack Obama memastikan bahawa Bin Laden terbunuh dalam sebuah operasi militer AS di wilayah Abbottabad, Pakistan. Pemimpin jaringan teroris Al Qaeda tersebut terkorban dalam satu serangan tembakan.

Seperti disiar oleh Bloomberg, Selasa (3/5/2011), dakwaan bahawa Osama Bin Laden masih hidup ini, dilontarkan oleh Pemimpinan Taliban Pakistan yang mengirimkan pernyataan mereka kepada televisyen Pakistan GEO TV.

Osama Bin Laden dinyatakan tewas dalam pertempuran ketika pasukan kecil tentera AS menyerang sebuah rumah kecil di Abbotabbad. Pihak AS sendiri sudah memastikan bahawa Bin Laden memang sudah terbunuh setelah melakukan ujian DNA.

Dakwaan mengenai Osama Bin Laden masih hidup ini tentunya dapat menimbulkan kebingungan. Terlepas dari sudah keluarnya hasil ujianDNA yang dilakukan AS.

Seperti dikutip dari Arrahmah.com, Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahawa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam keadaan sehat.

“Saya tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usama, namun saya dapat mengesahkan dengan jelas kebenaran bahawa Syeikh Usama bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik,” ujar Waliur Rahman dalam kenyataan video yang diambil Arrahmah dari forum Islam Ansar, mengutip siaran berita BBC Arab. -okezone
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .