Ikuti Blog ini

Bebaskan Mazlan Aliman

Mari kita tunjukkan solidariti kita dengan menyebarluaskan poster ini ke seluruh alam maya. Mazlan Aliman berjuang untuk peneroka felda yang ditindas dan tidak diadili dengan adil oleh kerajaan.

Inilah Anak Pemimpin Islam Negara kita..TPM Muhyiddin Yassin

Fuhh..Inilah Najwa Muhyiddin,anak perempuan kepada TPM yang akan menjadi penyanyi dan merakamkan albumnya tidak lama lagi ,Beginilah lagaknya pimpinan Umno umpama "Paku Dulang,Paku Serpih..." dimana ayahnya yang sering menghentam Pas dan Pakatan Rakyat tidak islamik dan menuduh Pas hanya menggunakan islam untuk kepentingan politik.

Barang diingat..tidak adapun lagi seorang anak pimpinan Pas seperti anak Muhyiddin ini,sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh pimpinan Pas mengenai islam selama ini memang benar-benar mereka realisasikan dalam kehidupan dan keluarga.

Berbanding dengan pimpinan Umno,yang sering kali melaung syiar-syiar islam tetapi dalam masa yang sama mereka menjadi hipokrit dengan lagak kehidupan dan keluarga yang langsung tidak mencerminkan kehidupan seorang pimpinan Islam.Ingatlah pesan Rasulullah "Kamu akan bersama-sama pemimpin yang kamu kasihi diakhirat kelak."...Sendiri Mau Ingat ma.... www.batu8bendangsiamonline.blogspot.com

* Kerana tahu ia akan memalukan Muhyiddin, pengacara rancangan Melodi ditutup suara mengaitkan Najwa dengan bapanya. (LIHAT SINI)

SOLAT ISTISQA' DI KELATE

Klik gambar untuk besarkan

PM 1M'SIA KAKI FACEBOOK, LUPA URUS NEGARA - KIT SIANG


Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak lebih sibuk bermain Facebook dari menguruskan hal-ehwal negara.

Beliau berkata pengakuan Setiausaha Politik Najib, Datuk Seri Shahlan Ismail bahawa Najib secara peribadinya menjawab hingga 600 pesanan di Facebook menunjukkan bahawa isu-isu rakyat Malaysia tidak diberi perhatian serius.

"Amat menakjubkan, kerana Najib tidak ada masa untuk tugas-tugasnya. Andaikata beliau luangkan satu minit untuk satu pesanan Facebook - maka Najib telah membuang hampir 600 minit, bersamaan 10 jam, untuk 600 pesanan," kata Kit Siang.

Shahlan Ismail membuat pengakuan itu dalam sesi penerangan kepada 500 penjawat awam dan pemimpin setempat oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan baru-baru ini.

Anwar Terus Cabar Pemecatannya Dari Jawatan Kabinet

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencabar kesahihan pemecatannya dari jawatan Kabinet oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 11 tahun lalu.

Hari ini, beliau memfailkan permohonan bagi menuntut Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya pada 8 Mac yang mengisytiharkan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah di sisi undang-undang.

Notis usul, yang dikembarkan bersama dengan afidavit Anwar, difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui firma guaman Messrs Karpal Singh & Co.

Dalam afidavitnya, Anwar memohon mahkamah tertinggi supaya menggunakan budi bicara sedia ada untuk menyemak semula kesnya mengikut Kaedah 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mengelak ketidakadilan yang didakwa dilakukan ke atasnya.

Anwar berkata penghakiman Mahkamah Persekutuan bertentangan dengan peruntukan Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menetapkan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan pelantikannya daripada jawatan-jawatan Kabinet atas nasihat Perdana menteri dan bukan Perdana Menteri.

Anwar berkata panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini, dalam menolak rayuan terakhirnya, melakukan kesilapan undang-undang dengan memutuskan bahawa ia adalah Perdana Menteri yang juga pihak yang berkuasa melantik dan mempunyai hak untuk membatalkan pelantikan Anwar.

Beliau mendakwa ia adalah satu penghinaan ke atas perumus perlembagaan bagi mencadangkan pematuhan kepada Artikel 43(5) dalam formaliti yang kosong dan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertahan terhadap penyeliaan penghakiman.

Anwar berkata perkara itu merupakan kes yang luar biasa bagi mahkamah untuk membatalkan budi bicara sedia ada bagi menghalang ketidakadilan terhadapnya.

Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, bagi menuntut perintah pengisytiharan bahawa pemecatannya adalah tidak sah di sisi undang-undang dan mahu beliau diberikan pampasan sebagai ganti kepada pengembalian kedudukan jawatan.

Beliau gagal dalam usahanya di Mahkamah Tinggi dan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. - Bernama

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

2 muka baru dilantik, dua digugurkan dalam rombakan Exco Kedah

MENTERI Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengucap tahniah kepada ADUN Air Hitam, Abdul Ghani Ahmad (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, 10 Mac. Turut dilantik, ADUN Sidam, Tan Chow Kang (kiri).

Dua muka baru dilantik sebagai Exco Kedah dalam rombakan yang menyaksikan dua anggota sedia ada digugurkan, hari ini.

Mereka yang dilantik untuk tempoh setahun itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam, Tan Show Kang.

Dua Exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Majlis angkat sumpah Exco yang baru itu berlangsung di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

PAS kemuka usul bincang royalti Kelantan di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menghantar satu usul mencadangkan Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS ketika dihubungi Harakahdaily, mengesahkan surat cadangan tersebut telah difaks kepada pejabat Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pendekar Amin Mulia hari ini.

Ianya dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) bagi membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Kenyataan penuh surat memohon cadangan usul tersebut adalah seperti berikut:
_______________________________________________________________

YB TanSri Pendekar Amin Mulia

Yang DiPertua Dewan Rakyat,

Parlimen Malaysia,

Kuala Lumpur.


YB Tan Sri,


USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) BAGI MEMBINCANGKAN PERKARA TERTENTU, BERKEPENTINGAN RAMAI DAN PERLU DISEGERAKAN

Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) ingin mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum yang dinafikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tuan Yang DiPertua,

Sewajarnya Dewan Yang Mulia ini merakamkan penghargaan yang setingginya kepada YB Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Gua Musang) yang telah menunjukan sifat seorang negarawan tulen yang berani berdiri dipersada politik tanah air bagi memperbetulkan fakta yang diselewengkan oleh YAB Perdana Menteri khususnya dalam perkara pembayaran royalti petroleum keatas negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Alasan murahan yang dijaja keserata negara ialah isu 3 batu nautika yang jelas bertentangan dengan Petroleum Development Act (PDA) 1974.

Menjadi tanggungjawab saya mewakili rakyat negara ini untuk membawa usul ini kerana terlalu banyak fakta yang diselewengkan mahupun disembunyikan termasuk penemuan beberapa telaga minyak dikawasan bertindih sempadan Kelantan dan Terengganu iaitu sekitar (Commercial Arrangment Area PM313).

YB Mulia Gua Musang paling berautoriti untuk memperjelaskan PDA. PDA dan kesemua 13 perjanjian dengan Negeri-negeri dan 13 Geran Penyerahan Hak menggunakan istilah “bayaran tunai” dan demikian juga istilah-istilah yang digunakan dalam PDA adalah “di daratan (On-Shore)” dan “luar pantai (Off-Shore)” untuk maksud petroluem yang dihasilkan samada di daratan atau di luar pantai. Yang penting sekali adalah tiada dinyatakan sama sekali di dalam PDA, 13 Perjanjian dengan negeri-negeri mahupun Hak tentang sekatan setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai dari Pertonas bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantainya sebagaimana hujah murahan YAB Perdana Menteri.

Cuba perhatikan bagi Sabah dan Sarawak (telaga minyaknya semua di luar pantai) sebelum berkuatkuasanya PDA 1974 asas perundangan bayaran royaltinya dibuat oleh undang-undang yang digubal oleh kolonial Inggeris. Setelah wujud PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak dibayar royalti petroleum sejak Oktober 1974 berasaskan PDA, 2 Perjanjian dan 2 Geran Penyerah Hak. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan,Terengganu dan 9 negeri yang lain dalam Malaysia.

Saya mohon sekali lagi agar Dewan Yang Mulia ini diberikan ruang untuk membincangkan perkara sepenting ini. Tentunya Estoppel mengikat integriti Petronas sebagai syarikat minyak multi-nasional setanding Exxon dan Shell. Satu penghormatan kepada Pertonas yang telah menandatanagani perjanjian dengan Kelantan dan 12 Negeri-negeri yang lain. Petronas jangan menodai perjanjian ini hanya kerana angkara dendam kesumat Barisan Nasional yang tak kunjung padam.

Saya mohon mencadang.


HAJI SALAHUDDIN HAJI AYUB

Kenapa Umno marah sangat Tok Guru Nik Aziz kata Harussani ejen Umno?

Bermula dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato` Seri Jamil Khir Bahrom kemudian TPM pulak yang marah Tok Guru Nik Aziz selepas MB Kelantan itu telah membidas Mufti Perak, Tan Sri Harussani yang mengkritik dan menuduh PAS sombong kerana tidak mahu menerima kerajaan perpaduan bersama Umno di Perak.

Keterlibatan Harussani itu dilihat telah memberi sokongan secara terang-terangan terhadap Umno.

Bagi TGNA, Mufti Perak sebagai seorang yang arif agama dan tahu selok belok agama, sepatutnya tidak bersekongkol dengan Umno yang secara terangan menolak pelaksanaan Islam dan Umno mempercayai agama dan politik tidak boleh disekalikan.

Jika Mufti itu ingin bercakap tentang politik, bermakna Harussani telah mengiktiraf politik dan agama perlu diseragamkan. Maka mufti itu tidak seharusnya bersekongkol dengan Umno sebagai parti yang menolak pemahaman itu.

Dalam Islam, politik merupakan sebahagian daripada agama.

Hari ini pulak, TPM, Muhyiddin Yassin marah dengan kenyataan TGNA menyatakan mufti Perak adalah ejen Umno.

Yang menjadi kepelikan dan persoalan sekarang bagi WarkahDaily, Kenapa pemimpin Umno beriya sangat memarahi TGNA yang mengatakan mufti Perak itu sebagai ejen Umno. Sepatutnya Umno merasa bangga kerana bila 'ulamak' seperti Harussani menyebelahi Umno dan diiktiraf sebagai ejen Umno. Mungkin Umno boleh jadikan modal, 'ulamak' pun jadi ejen Umno, bermakna Umno itu betul (sangkaan orang bodoh laa).

Atau mungkin Umno merasa hina jika 'ulamak' seperti Harussani dikaitkan dengan mereka. Mereka merasakan 'ulamak' tidak layak duduk dalam tong najis Umno tu. Ternyata, Umno tidak memberi tempat bagi orang agama melainkan ada kepentingan peribadi.

Takut benar Umno dikaitkan dengan Harussani. Kenapa ya?

Selangor komited angkat martabat wanita


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor terus komited dalam usaha mengangkat martabat kaum wanita dalam negeri ini ke arah menyediakan sistem sokongan yang sewajarnya untuk matlamat tersebut.

"Jangan biarkan wanita terus kekal sebagai satu statistik atau sekadar angka mangsa keganasan dan penindasan dalam negara ini," ujar Rodziah Ismail, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains dan Teknologi dan Inovasi dalam satu majlis sambutan Hari Wanita Sedunia semalam di Foyer Bangunan SSAAS, di sini.

Dalam majlis tersebut, kerajaan negeri melalui Exco Selangor itu menyampaikan bantuan kewangan sejumlah RM5,000 kepada mangsa keganasan polis, Norizan Salleh seorang ibu tunggal yang hampir maut kerana ditembak polis sebanyak lima kali. (gambar atas)

Beliau berkata, Norizan telah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, namun sehingga ke hari ini Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih enggan berjumpa malah tidak mengambil tindakan ke atas anggota polis yang menyerang ibu tunggal itu.

"Menteri Dalam Negeri tidak harus melarikan diri daripada tanggungjawab terhadap tindakan ganas anggota polis itu kerana ini membabitkan keselamatan awam khasnya kaum wanita," tegasnya.

Menurut Rodziah, Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang jumlahnya lebih 50 peratus daripada penduduk dunia ini.

"Lebih 49 peratus daripada penduduk Selangor terdiri daripada kaum wanita, maka kerajaan negeri telah meletakkan kepimpinan tertinggi negeri lebih 30 peratus adalah wanita untuk terlibat secara langsung dalam perancangan dan pembangunan negeri.

"Kerajaan juga sedang berusaha untuk mempertingkatkan peratusan wanita yang menduduki kedudukan di peringkat pembuat dasar dan keputusan tidak kira di sektor awam atau swasta," sambungnya.

Yang turut hadir adalah Yang Dipertua Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, Exco Selangor, Teresa Kok, Adun Rawang, Gan Pei Nei, Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, Adun Kota Damansara, Mohd Nasir Hashim dan wakil-wakil NGO hak wanita.

Harakahdaily.net/-

Masalah Dalaman UMNO Perak Kronik

Masalah dalaman UMNO Perak cukup parah jika mahu dibandingkan dengan krisis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi bualan hangat pemimpin politik hari ini khususnya dari UMNO.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, hanya orang dalam sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam UMNO Perak.

Menurutnya, sikap Ketua Bahagian yang hanya mementingkan diri merumitkan lagi keadaan sehinggakan sanggup menganjurkan pelbagai gerakan berbentuk sabotaj terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Sikap Ketua Bahagian yang angkuh dan sombong serta langsung tidak memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin memburukkan lagi keadaan.

“Mereka ini dilihat hanya mahu mengaut keuntungan atau mengambil kesempatan terhadap Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir demi kepentingan diri sendiri,.

“Ada juga sanggup membuat aduan palsu kepada kepimpinan UMNO Pusat dengan menyatakan Menteri Besar tidak membantu ketua-ketua bahagian di negeri ini,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, Greentown di sini, semalam.

Sulaiman berkata, Ketua Bahagian yang rata-ratanya sudah menjangkaui umur veteran dan sudah tidak relevan lagi untuk memimpin seharusnya sedar diri serta memberi peluang pula kepada golongan muda bekerja dengan rakyat.

Katanya, pemikiran golongan veteran ini terlalu konvensional dan sering kali melihat pembangkang sebagai musuh, walhal dalam kalangan golongan muda, persepsi berkenaan dilenyapkan sebaliknya kita boleh bergaul dengan semua parti, semuanya sebagai sahabat.

“Kita sebagai pemimpin parti jangan meletakkan perbezaan ideologi politik sebagai teras perjuangan sebaliknya letakkan rakyat pada kedudukan utama barulah dinamakan pemimpin.

“Banyak berlaku kesilapan dalam UMNO Perak, seharusnya perlu diubah dari sekarang, terutama golongan pemimpin veteran yang menerajui bahagian masing-masing perlu berundur secara terhormat dan bagi peluang kepada para pelapis untuk menerajuinya pula.

“Golongan veteran ini suka membodek pihak atasan serta mengugut Menteri Besar supaya memberikan projek untuk mereka dan kroni-kroni semata-mata mahu memuaskan kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku (mensabotaj Menteri Besar), pihak berkenaan membuat laporan palsu kepada kepimpinan Pusat dengan tujuan menjatuhkan Dr Zambry.

“Tindakan mereka ini tidak wajar, sepatutnya sebagai Ketua Bahagian, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan Dr Zambry bukan mengkhianatinya, sebab itulah saya gesa Menteri Besar mengambil tindakan terhadap mereka bagi menghadapi perubahan kepada UMNO Perak.

“Selagi golongan ini menganggotai dan mengepalai bahagian, UMNO Perak akan menuju kepada kehancuran serta tidak mustahil juga pilihan raya umum akan datang, UMNO bukan lagi pilihan rakyat.

“Sebenarnya musuh sebenar bukan pembangkang tapi dalam kalangan UMNO sendiri yang perlu dihapuskan dan boleh juga dilabel sebagai firaun kecil sebagaimana gambaran kepada PKR,” katanya. -SH

Mazlan Aliman ditangkap di Raub!

AHLi Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap.

Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang semalam.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub berkata, pihak polis wajib menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.

“Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Penangkapan itu, menurutnya sekaligus mengakibatkan rakyat bertambah benci kepada Umno dan BN sendiri. -END

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .