Ikuti Blog ini

Tender Tidak Lulus Punca Zahrain Keluar Parti



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.


Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keretakan antara beliau dan Anggota Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

"Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu. Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat 'dua ringgit' itu?," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

"Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator," katanya.

Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan anggota lembaga pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Pada Jumaat, Zahrain mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Parlimen Bebas, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.- BERNAMA

Nizar Jamaluddin: We Have The Highest Form Of Respect Between Each Other






Malang, ganyang, bangang, kenyang.


Malaysia Boleh!!!



Beli jet.... tersadai
Tak boleh terbang!!! Hilang!!!

Beli kapal selam..... malang
Tak boleh menyelam!!! Lemas!!!


Pemimpin bertindak..... bangang supaya kenyang!!
Duit rakyat... hilang, melayang, tak nampak bayang!!!
Rakyat.... sayang seribu kali sayang, sentiasa malang!!!
Pemimpin.... senang lenang bukan kepalang!!!

Jadi patutkah rakyat yang malang, ganyang pemimpin yang bangang dan kenyang??

Gong Xi Fa Cai dari Muslimeen United





Gong Xi Fa Cai daripada Tok Guru Nik Aziz




Ucapan gong xi fa cai daripada YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan kepada semua rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang menyambut Tahun Baru Cina 2010.

Dijemput ke Fan Page Facebook TGNA

PERARAKAN MAULIDURRASUL - UTUSAN PENIPU

Pulau Pinang-Laporan Utusan yang menyatkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan perarakan maulidurasul sebagai satu penipuan, dan mengajak TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertainya apabila tiba waktunya.

Tun Abdullah juga menyatakan begitu apabila diberitahu oleh akhbar mereka Utusan Malaysia...bekas PM dan TPM sekarang senang di tipu akhbar.

Kita Talqin kan UMNO!!



Siapa bilang orang Melayu sudah benci PR.?Orang Melayu sudah memihak kepada PR.Buktinya soal selidik Sinar Harian menyatakan 87 peratus masih menggap DS Nizar MB sah!

Taiping-12 Februari.
DS Nizar mengharapkan rakyat talkinkan UMNO sebuah parti yang rasuah,yang gagal membela rakyat.DS Nizar menyatakan demikian sewaktu mengakhiri ceramahnya di Air Putih,Jln Simpang-Penang.

PRU 13 inilah masanya kita PR menjahanamkan UMNO /BN.Selama lebih 52 tahun UMNO diberi peluang mentadbir negara mereka tidak menjaga rakyat.DS Nizar menegaskan UMNO yang membunuh tulisan Jawi.UMNO yang memperkenalkan PPSMI.

Di samping itu DS Nizar juga menyatakan kini rakyat semakin menyokong PR hasil keputusan 5-0 kes MB Mahkamah.DS Nizar menegaskan Sistem Kehakiman tidak dipercayai rakyat lagi.Beliau juga berasa DS Anwar juga akan mengalami nasib yang sama.Beliau juga meminta rakyat bersedia menghadapi kesedihan yang seterusnya.

Bagi DS Nizar peluang DS Anwar untuk dipenjara amat tinggi kerana mahkamah selalunya tidak berpihak kepada PR.Dengan kes DS Anwar yang pernah dipenjara 6 tahun sedangkan tidak didapati Azizan diliwat.Semuanya kini akan berlaku lagi menggunakan budak universiti yang gagal si Saiful.DS Nizar juga menyindir Saiful yang tidak mandi wajib,kerana kesan -kesan masih ada.Sedangkan digambarkan Saiful seorang yang warak.

Rumah IGP Diserbu SPRM?





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.

Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.

"Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'," kata laman web terkemuka itu.

Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai 'IGP Bodoh'.

Malaysia Today juga mendakwa selain cakap-cakap pegawai polis, laman itu juga ada ramai kenalan di kalangan pegawai polis yang menjadi orang dalamnya.

"Malah, mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.

"Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka," kata laman itu.

Malaysia Today juga mengingatkan pembaca bahawa 90 peratus khabar angin di Malaysia terbukti benar walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Laman itu juga meminta orang ramai menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat dan tidak menolak kemungkinan SPRM membuat penafian dalam hal ini.

sumber: suara-keadilan.com

‘Tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz’ – Presiden PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/TGAH3.jpg MARANG – Tidak ada percanggahan diantara Presiden PAS, dengan Mursyidul Am, dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam.

Demikian kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu perbincangan antara PAS-Umno yang kini ‘timbul kembali’.
”Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz,”jelasnya dalam satu wawancara khas yang diadakan di kediamannya, di Rusila, semalam.


Menurutnya, apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri.

”Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita,

”setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu-talu,”ujarnya.

Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi oleh Negara adalah masalah politik yang belum selesai dan masalah ekonomi serta sosial yang semakin parah


Katanya, Umno sepatutnya mencari penyelesaiannya dan PAS bersedia mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam.

”Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan,”katanya.

Beliau berkata PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam, bukan sahaja melalui Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Katanya, PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan.

”Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia),

”dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama’-ulama’ dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka,”katanya

Awas UMNO, Saya Akan Kembali Ke Parlimen 16 Mac Ini Setelah Setahun Dihalau - Gobind

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama setahun tidak sabar untuk kembali berbahas ke Parlimen.

Pengerusi Biro Perundangan Nasional DAP itu kesal kerana kerajaan Barisan Nasional sering mencari kesalahan dan menghukum pemimpin Pakatan Rakyat.

Trend ini menunjukkan ketidakadilan yang berlaku di negara ini. Jika seseorang dari Barisan Nasional membuat kesalahan, ia dianggap tidak melakukan kesalahan.

Beliau percaya trend yang tidak sihat itu akan berterusan jika BN terus berkuasa di negara ini.

"Tapi di sini saya nak bagi amaran lagi. Akan kita lihat lebih pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dituduh dalam masa terdekat. Ia pastinya akan lebih banyak dan saya di sini mahu beritahu, perlulah kita berhati-hati. Di sini apa yang perlu adalah untuk rakyat," katanya pada sesi penerangan rakyat 'Selamatkan Malaysia' semalam.

Bagaimanapun beliau kagum dengan semangat pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hj Nizar Jamaluddin dan Karpal Singh yang teguh pendirian untuk membela rakyat.

Beliau membayangkan untuk terus berjuang sehingga akhir dan terus menghangatkan Parlimen sebaik sahaja tempoh pergantungannya tamat 16 Mac ini.

"Saya nak bagi amaran kepada Umno, kalau awak rasa awak boleh mendiamkan Puchong? Kalau kamu berfikir bahawa Puchong akan berdiam diri kerana dihalau satu tahun, tidak, saya akan balik ke parlimen March 16. Saya akan balik ke Parlimen," katanya. -TVS



Langkah Awal BN Cari 2/3 Majoriti Parlimen ?

Umum pimpinan Pakatan Rakyat menjangkakan Zahrain akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengelak tindakan displin dari parti itu, setelah gagal mempertahankan tuduhan terbukanya terhadap Lim Guan Eng.

Yang menarik ialah komen Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang mengaitkan tindakan Zahrain itu kepada cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) meraih kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

Desas-desus mengatakan parti pemerintah mencari ikhtiar mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen untuk meluluskan usul persempadanan semula kerusi dewan negeri dan parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tindakan Zahrain mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas, bermakna Pakatan Rakyat mempunyai 81 kerusi ketika ini, berbanding dengan 137 milik Umno-BN.

Umno-BN memerlukan kira- kira 10 kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga yang akan membolehkan parti itu kembali merombak semula persempadanan kerusi Parlimen dan dewan negeri. Ini sering dilakukan untuk memberi kelebihan kepada Umno-BN menghadapi pilihan raya.

"Barisan Nasional tidak ada majoriti dua pertiga untuk pemerintah membuat sebarang pindaan dalam perlembagaan negara termasuk persempadanan semula dan lain- lain," katanya.

Azan tidak menolak kemungkinan Zahrain telah dipujuk oleh Umno untuk meninggalkan PKR. Azan berkata beliau sendiri menjadi sasaran umno baru- baru ini.

"Saya tahu perkara ini sebab saya sendiri telah dihubungi oleh mereka sebaik sahaja saya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Penegrusi 2 Pahang baru- baru ini. Memang mereka menunggu peluang ini. Dan mereka akan menggunakan peluang ini untuk melengkapkan majoriti dua pertiga di Parlimen," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkata tindakan Zahrain keluar dari PKR tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

"Tiada terasa kehilangan. Di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat sangat kuat dan saya rasa tidak ada kesan apapun. Selain itu Zahrain bukannya seorang pemimpin terkemuka dalam politik," kata Karpal.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, Zahrain sering bertindak atas kepentingan diri dan membelakangkan perjuangan parti dan Pakatan Rakyat.

“Yang sebenarnya kedudukan dia dan imej dia yang sudah terhakis. Boleh dikatakan sekarang ini orang nampak dia marah kerana dia tidak dapat jadi Timbalan Ketua Menteri, nak jadi calon di Penanti tidak dapat, kemudian digugurkan sebagai Pengerusi di Pulau Pinang, kerana prestasi tidak memuaskan.

"Dia juga dikatakan masih marah dengan kontrak yang terlibat dengan dia dan golf- golf Bukit Jambul, semua ini menunjukkan wajah sebenar dia,” kata Syed Husin.

Syed Husin berkata PKR dan Pakatan Rakyat merelakan pemergian wakil rakyat yang masih berpegang kepada budaya UMNO.

“Kalau ada yang lain hendak menyertai diri menjual maruah dan segalanya kepada UMNO, sila ikut dia. Sekarang dia tidak mesra UMNO, dulu dia kata tidak akan keluar dan letak jawatan tapi sekarang dia letak jawatan. Sekarang kita tunggulah apa langkah seterusnya," akhiri Syed Husin.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .