Ikuti Blog ini

PR bantah sepanduk Umno di Parlimen

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Umno yang menggantung sepanduk Perhimpunan Agung mereka di laluan ke Parlimen, Pakatan Rakyat hari ini melakukan perkara yang sama.

Beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat menggantung sepanduk parti masing-masing di kawasan bangunan Parlimen sebagai tanda protes ekoran tiada sebarang tindakan diambil terhadap tindakan Umno tersebut yang didakwa menghina Parlimen.

Dalam sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Dr. Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata, Umno telah menyalah gunakan laluan ke Parlimen untuk mempromosi program mereka, yang langsung tidak ada kaitan dengan persidangan Dewan Rakyat ketika ini.

"Jalan ke Parlimen sememangnya meraikan rakyat dan ahli-ahli Parlimen yang ingin keluar masuk ke bangunan ini dan tidak menjadi masalah kalau Kerajaan menggantung sepanduk yang mempromosi program Kerajaan yang melibatkan semua rakyat.

"Tapi mereka ternyata mempromosi program parti yang tidak ada kaitan dengan persidangan Parlimen," kata beliau yang juga bendahari PAS Pusat.

Sementara itu, Teresa Kok (DAP-Seputeh) menegaskan, tujuan mereka mereka menggantung sepanduk Pakatan Rakyat itu bagi mengetahui pendirian pentadbiran Parlimen mengenai perkara itu.

"Selepas saya buat protes, Speaker kata ini bukan bidang kuasa beliau. Jadi kalau Speaker kata tak ada kuasa, maksudnya parti lain pun boleh buat perkaera sama.

"Kita nak tahu apa pendirian Speaker atau pentadbiran Parlimen," katanya.

Isnin lalu, Teresa Kok yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP membangkitkan perkara itu di dalam dewan.

Beliau mempertikai tindakan menggantung sepanduk itu dan mahu semua parti diberi peluang yang sama.

Namun Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, perkara itu tidak ada kena-mengena dengan persidangan dan tidak seharusnya dibawa ke dalam Dewan.

"Yang Berhormat...sudah berapa kali saya ingatkan...kalau nak bangun bercakap, bercakaplah perkara yang berkaitan sidang.

"Berkenaan banner, itu bukan bidang kuasa saya. Kalau nak suruh saya melarang atau apa sahaja, tidak boleh. Itu kuasa DBKL.

"Jangan campur adukkan Dewan ini dengan soal politik dan soal-soal lain," kata Pandikar.

Tambah Teresa lagi, tiada asas yang membolehkan Umno menggantung sepanduk perhimpunan agung mereka kerana ianya berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bukan di Parlimen.

"Perhimpunan mereka berlangsung di PWTC, jadi apa kena-mengena dengan Parlimen?" soalnya.

Abdullah Sani (PKR-Hulu Langat) pula berkata, Pakatan Rakyat ingin menguji kuasa mana yang digunakan kerajaan kerana sebelum ini, Pakatan tidak pernah diberi peluang yang sama walaupun telah membuat permohonna untuk menggantung sepanduk atau mengdakan sebarang program.

"Kita nak lihat di mana keadilan. Ini ujian di mana kuasa Speaker, di mana kuasa DBKL. Kalau mereka cabut sepanduk kita, bermaksud merekalah yang berkuasa.

"Sebelum ini pun, kita sentiasa mengikut prosedur dalam membuat permohonan untuk program kita tapi tak pernah diluluskan," katanya. -Hrkh

Amaran terakhir Najib - Sebelum kapal UMNO Karam...!!!


"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

Itulah ayat keramat Najib, PM yang terakhir yang ternyata sudah cemas, gelisah, resah, gundah gulana kerana beliau tahu b-end akan tumbang dalam PRU13.

Najib juga memberi amaran agar debat isu perkauman jangan lagi dipersoalkan dan dibincangkan. Jangan cabar hak keistimewaan orang Melayu.

Dalam ucapan dasarnya juga, najib berkata, langkah sedemikian telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya.

“Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu,” kata beliau dalam ucapannya bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”.

“Sayang seribu kali sayang juga, setelah 53 tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini.

“Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara,” katanya lagi.

“Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya,” kata Najib.

Najib juga berkata, bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali.

“Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain,” katanya.

Mendengar ucapan ini sudah pasti meremang bulu roma orang umno dan Melayu mendengarnya. Maka bertepuklah mereka tetapi sedarkah mereka menang bertepuk tetapi Negara sudah tergadai.

Agak menghairankan juga mengapa Najib tidak berani jelaskan isu sebenar tentang perjanjian terbaru KTM Tanjong Pagar dengan Singapura dan telaga minyak blok M dan L yang diserahkan kepada Brunei.

Tetapi apa yang pasti selepas Najib mengesahkan penyerahan Blok L dan M tersebut, beliau dijemput ke Brunei untuk mendapat anugerah tertinggi pada 13 Julai 2010.

Mungkinkah akan ada perwakilan umno yang berani yang akan utara isu ini? Agak-agak masih adakah ahli umno yang berani menegur Najib atau minta penjelasan? Ibarat menunggu ayam jantan bertelur lah jawabnya.

Mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah?

Masih ingatkah kita bila Dr. Mahathir pernah membuat andaian ada agen Singapura di Malaysia apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.

Selepas itu ada beberapa media alternatif yang menyambut andaian Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Mengapa Najib begitu mudah bersetuju dengan rundingan Singapura? "Apakah ada kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib ketakutan.? "

Sebelum ini, penyiasat persendirian, P.Bala Subramaniam dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib ada bersama Altantuya pada pameran intan berlian di Singapura.

Sehubungan itu, ada pihak mendakwa Singapura mempunyai rakaman tetamu yang menghadiri pameran tersebut. Mereka juga mendakwa pembahagian 60:40 tanah KTMB di Tanjong Pagar kepada republik itu ada kaitan dengan bukti rakaman tersebut.

Adakah benar Najib diperas ugut oleh Singapura dengan gambarnya bersama Altantuya? Jika ini benar, sebenarnya negara Malaysia dalam keadaan yang amat bahaya kerana kita mempunyai PM yang mudah diugut dengan kes pembunuhan Altantuya yang menjadi mimpi ngeri najib dan suaminya Rosmah.

Seorang anak muda Keadilan yang berani bernama Chegubard telah menulis sebuah buku bertajuk Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya. Malah Chegubard juga dalam setiap ceramahnya di seluruh negara akan menjual buku tersebut secara terbuka.

Akibatnya Chegubard telah beberapa kali ditahan dan rumahnya digeledah tetapi yang peliknya sehingga kini Chegubard tidak pernah didakwa kerana menulis buku ini.

Mengapa Chegubard tidak pernah didakwa kerana menulis buku ini? sifirnya mudah, kerana apa yang tertulis adalah benar dan mereka tidak berani membawa kes ini ke mahkamah kerana mereka takut segalanya akan terbongkar.

Syabas kepada Chegubard yang berani menulis walaupun beliau tahu risikonya adalah tinggi tetapi inilah sikap anak muda yang bernama Chegubard yang kini menjadi calon Ketua AMK Pusat.

Kepada ahli umno, sharpshooter amat mengharapkan akan ada anak muda umno yang berjiwa merdeka yang berani bercakap dan menyoal Najib tentang perkara tersebut kerana ia melibatkan maruah Negara.


Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Santa 'Pak Haji': TV3 didenda RM50,000

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya. -M'kini

Himpunan Gambar Majlis Pelancaran Sambutan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan



























Terima kasih Poji topeng perak

Syarikat Kroni Hanya Siapkan 15% LPT2

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/LPTleatwahid.gifAhli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007.

Beliau dipetik harakahdaily berkata demikian dalam sidang media di lobi parlimen semalam

"Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka.

"Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid

Tambah beliau, sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.

"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek,” ujarnya.

Katanya, LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu.

Projek itu, ujarnya mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik AJK Umno Hulu Terengganu.

“Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu, Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau. -BO

Insaniah jadi kebanggaan negeri Kedah

ALOR SETAR – Pencapaian dan perkembangan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) sejak ditubuhkan lima belas tahun lepas menjadi kebanggaan Negeri Kedah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah demikian di majlis Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) Kali Ke 12 yang diadakan Dewan Sultan Abdul Halim Muazdam Shah, Insaniah.

KDYMM Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan Canselor Insaniah berharap Insaniah akan muncul sebagai sebagai sebuah universiti terunggul di Asia dan dunia dengan peningkatan jumlah pelajar antarabangsa yang memberi suasana baru kepada rakyat Kedah.

“Beta berharap taraf Insaniah akan ditingkatkan kepada sebuah Universiti apabila siapnya kampus tetap Insaniah di Kuala Ketil,” titah baginda lagi.

KDYMM Tuanku Sultan memuji langkah berani Insaniah mewujudkan sebuah sekolah antarabangsa dengan kerjasama beberapa negara Islam lain demi memperkasa pendidikan Islam di peringkat antarabangsa.

Baginda turut memuji Insaniah kerana berani menawarkan lapan program pasca siswazah tahun ini sekaligus melonjakkan Insaniah sebagai pusat penyelidikan.

Baginda Tuanku Sultan telah berkenan menganugerahkan ijazah kepada 617 graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di Insaniah.

Baginda turut pekenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan dan Muamalat) kepada Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Turut berangkat mencemar duli ke majlis konvokesyen ini KDYMM Tuanku Sultanah dan YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ditulis oleh AZMAN AHMAD

[Bergambar & Video] Monorel Mina-Arafah Diuji Hari Ini

Monorel Mina-Arafah diuji hari ini

MAKKAH: Sistem monorel yang baru siap dibina akan digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini bagi mengangkut jemaah untuk perjalanan antara Arafah dan Mina.

Wartawan Malaysia yang dipimpin pengurus pasukan media Tabung Haji (TH) Malaysia, Ahmad Fadzil Ghazali, berpeluang melihat sistem itu dilaksanakan secara percubaan hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan pada peringkat permulaan sistem pengangkutan itu akan hanya dibuka kepada jemaah haji tempatan.

Sistem itu penting bagi mengatasi kesesakan lalulintas setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf di sana - satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap jemaah.

Wukuf kali ini ialah pada 15 November, bersamaan 9 Zulhijjah.

Jemaah haji dari Makkah akan bertolak ke Arafah dengan berpakaian ihram pada 8 Zulhijjah dan bermalam di sana.

Di Arafah, jemaah ditempatkan mengikut benua dan kemudian negara. Khemah disediakan oleh Muassasah, badan kerajaan Arab Saudi yang mengurus haji.
Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia musim ini akan dibawa dengan bas ke Arafah untuk bersama jutaan umat Islam lain.

Pasukan wartawan Malaysia turut melihat persiapan untuk kemudahaan jemaah di Arafah, Mudzalifah dan tempat melontar di Mina.

Kerja penyelenggaraan dan mencantikkan Arafah yang terletak kira-kira 21.9 kilometer dari Makkah giat dilaksanakan. - BERNAMA

BERITA MUSIM HAJI TAHUN LALU

Ratusan Pekerja Monorail Mekah berasal dari Cina Masuk Islam

Makkah – Setelah menunaikan tahallul, kelihatan beberapa orang jamaah haji di Mina mengganti kain ihram mereka dengan mengenakan t-shirt bertulikan, “Alhamdulillah, ana muslim jadid” (Alhamdulillah, saya seorang muslim yang baru). Menurut harian Al-Madinah, (2/12/2009), Rabu, mereka adalah para mualaf yang berkesempatan menunaikan ibadah haji tahun ini. Jumlah mereka sekitar 150 orang, datang dari beberapa bandar di Arab Saudi.

Dari sejumlah muslim baru tadi, kelihatan beberapa pekerja monorail yang beasal dari negeri Cina yang sedang bekerja di Makkah. Kebanyakkan , mereka masuk Islam sejak bulan Ramadhan yang lalu .

Menurut Christian, Salim Vorchy, dan Abdul Rahim muallaf asal Filipina, mereka masuk Islam setelah berbincang dan membaca buku-buku Islam yang diterjemahkan ke dalam bahasa mereka sendiri.

Bagi mereka, perjumapaan jutaan manusia di Arafah dan Mina menjadi pemandangan yang indah dan mempesonakan.

Salah seorang jamaah, Mendosa Jamal yang semula memeluk agama Katholik, mengatakan bahawa haji dan Islam itu terlalu indah. Ia berkali-kali bersyukur kepada Alah yang telah mengurniakan nikmat keimanan pada dirinya.













Wakil 'Kelab UMNO' Dari Luar Negara Beri Pujian Terhadap 'Anwar Ibrahim' Di Astro Awani Ketika Persidangan Agung Parti Itu Berlangsung!

Ini satu berita panas dan pasti menyebabkan puak-puak UMNO marah sebenarnya. Anak muda yang sering mereka didik dengan dakyah dan ideologi parti itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang "menentang arus" dan aspirasi UMNO itu sendiri. Ini berlaku ketika dua mahasiswa yang menjadi wakil kelab UMNO luar negara daripada Moscow dan juga Seoul di undang khas ke rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani baru-baru ini.

Ramai yang terkejut apabila salah seorang pemimpin terbabit secara jelas telah memuji pemimpin Pakatan Rakyat, sambil menyebut dengan jelas nama Ketua Umum PKR "Anwar Ibrahim" yang lebih "humble" ketika mengadakan lawatan dan bertemu pelajar di luar negara. Berita panas ini pasti membuatkan pemimpin UMNO BN terkejut sebenarnya. Mereka tidak menyangka, mahasiswa yang telah diberi didikan UMNO itu sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Selama ini, kita menyangkan kelab UMNO luar negara memang merupakan penyokong tegar parti itu. Rupanya kini mereka sudah lebih bijak daripada ahli UMNO itu sendiri.

Ini merupakan tamparan hebar terhadap parti tu menjelang pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Jika suara anak muda dari parti sendiri bercakap sedemikian rupa, apatah lagi anak muda yang berada dalam kelompok "atas pagar" sebenarnya. Inilah yang amat menakutkan puak-puak mereka sejak dulu, kini dan selamanya.


[Melihat kepada video ini, maka ia bukti jelas yang UMNO itu sebenarnya semakin ditolak oleh anak-anak muda Malaysia dek kerana sikap pemimpin mereka yang terlalu protokol dan tidak memahami aspirasi anak muda itu sendiri. Jika kenyataan dibuat oleh kelab penyokong PAS mungkin ia sesuatu yang boleh diterima.

Tetapi, jika ia lahir dari hati ikhlas anak muda kelab UMNO luar negara yang ditaja oleh parti itu, maka ia menunjukkan bahawa memang ada penolakan generasi muda terhadap UMNO dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya.
Anak muda bakal jadi penentu hala tuju perjuangan politik pada masa akan datang.

Oleh itu, petanda awal yang gelombang kebangkitan suara anak muda itu bakal disemarakkan lagi nampak semakin jelas sekrang ini. Semoga ia memberi harapan baru untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih adil dan saksama menjadi penerus agenda reformasi buat rakyat]. -PahangDaily

TG Nik Aziz: Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam

KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru. -Hrkh

Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Harakahdaily.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa pPemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.

Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo'. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .