Ikuti Blog ini

Demo bantah kabinet isu agama anak disekat polis




KUALA LUMPUR : Pemuda Pas hanya sempat menganjurkan perhimpunan membantah keputusan kabinet berhubung status agama anak selepas solat Jumaat hari ini di kampung baru, Kuala Lumpur selama sepuluh minit sahaja.

Berikutan puluhan pasukan polis telah memaksa membubarkan perhimpunan yang dihadiri oleh lebih seratus penyokong yang terdiri daripada badan kebajikan dan amal NGO yang turut membantah keputusan jemaah menteri minggu lepas.

Antara NGO berkenaan termasuk NGO Islam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Keputusan terbaru kabinet itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Dalam satu kenyataan bersempena perhimpunan tersebut, ketua Pemuda Pas negeri tersebut Kamaruzaman Mohamad menggesa kabinet menarik balik keputusan itu yang dianggapnya “paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara.”

“Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.

“Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama,” katanya. Anna Yusof (SK)




Bapa Altantuya Akan Berada di prk Penanti

Monggolian News Forum melaporkan bahawa Setev Shariibuu, bapa kepada wanita Monggolia yang dibunuh dengan zalim dan kejam di Malaysia pada tahun 2006 akan berada di kawasan pilihan raya kecil Penanti tiga hari sebelum hari pengundian.

Setev Shariibuu tidak akan berkempen tetapi akan berjalan-jalan sekitar kawasan Penanti dan tempat awam. Mr. Shariibuu akan terus berada di Penanti sehingga ke hari pengundian.

Forum ini mungkin telah diketahui oleh SPR sehingga mendorong suruhanjaya pilihan raya itu menyekat pembinaan ‘pondok-pondok panas’ pada hari pembuangan undi.

Setev Shariibuu diberitakan akan ditemani oleh lebih kurang 25 orang warga Monggolia yang ingin melihat dan memantau perjalanan pilihan raya Penanti.

Monggolian News Forum juga menyatakan bahawa Setev Shariibuu akan terut berada disetiap pilihan raya kecil di Malaysia sehingga kes pembunuhan anaknya didengar di mahkamah keadilan antarabangsa.

Kah… kah… kah… Confirmed Najib tidak berani ke Penanti. Rosmah, tolong pergi ke Kerala cari Mr Ji. Suruh Bala bawa Mr. Ji ke Penanti. Kalau Mr. Ji tak datang, Mr. Jai yang pergi nanti.

Patutlah nak mengelak daripada bertanding. Membazirlah katanya. Ropa-ropanya ada undang dalam mee.


Road Show DS Nizar Ke Seluruh Semenanjung.


Bermula 1-31 Mei ini, Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar b. Jamaluddin akan mengadakan program bersama seluruh rakyat Malaysia dengan berkunjung ke semua negeri di semenanjung Malaysia bagi meraikan kemenangan mempertahankan kerusi PAS di Parlimen Bukit Gantang 7 April yang lalu.

Penyokong Pakatan Rakyat dan ahli-ahli UMNO-BN dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Badan Perhubungan PAS Negeri dan iklan-iklan pengumuman yang akan disebarluaskan.


TARIKH

NEGERI

TEMPAT

MASA

01.05.09 (JUMAAT)

KELANTAN

STADIUM K.BHARU

09.00 MLM

08.05.09 (JUMAAT)

TERENGGANU

MASJID RUSILA

09.00 MLM

09.05.09 (SABTU)

PAHANG

KG. EMBUN, MARAN

09.00 MLM

13.05.09

(RABU)

KEDAH

BALING

09.00 MLM

16.05.09

(SABTU)

SELANGOR

STADIUM MELAWATI

09.00 MLM

17.05.09

(AHAD)

PULAU PINANG


09.00 MLM

20.05.09

(RABU)

NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN

09.00 MLM

22.05.09

(JUMAAT)

WILAYAH

K. LUMPUR

09.00 MLM

30.05.09

(SABTU)

JOHOR

MUAR

09.00 MLM

31.05.09

(AHAD)

MELAKA

MELAKA

09.00 MLM




Istana Khir Toyo RM15 juta?


Betulkah bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo membina sebuah rumah mewah baru bernilai RM15 juta.

Lokasi rumah tersebut dikatakan terletak di Jalan Suasa, Section 7, Shah Alam, Selangor. Jika rumah ini betul2 milik x-Mb Selangor, banyak persoalan yang perlu dijawab.... Sape nak jawab?? Tuan punya rumah jawab lah... Betul ke tidak??




Gambar celok dr Blog SKO



Jawatan : Antara Rebutan di dunia ...

Jawatan : Antara Rebutan di Dunia
dan Bebanan di Akhirat

Assalamu'alaikum wm wb,

Sahabat-sahabat pimpinan jama'ah yang dikasihi,

Kita hendaklah sentiasa memuhasabahkan diri agar kita sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai ALlah.

Sebentar tadi(jam 2.30pm) Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man menghubungi saya. Antaranya memohon agar saya memasukkan tulisannya ini dalam blog saya untuk renungan kita semua khususnya pimpinan di peringkat kawasan, negeri, pusat dan dewan-dewan.

Tulisan beliau adalah seperti di bawah;Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan

« Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya ‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’. AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut.

Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada.
Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh. Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar.
( Nauzubillah). Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’.
Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang. Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab
Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.
Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita,

Wassalam.
Mau'izah untuk ana dan para sahabat;
Tuan Ibrahim Tuan Man,



PENANTI : Timbalan Pengerusi SPR diminta jadi calon UMNO BN

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Wan Ahmad Wan Omar wajar dijadikan calon Umno-Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil Dun Penanti yang bakal diadakan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin Wan Ahmad wajar dijadikan calon BN kerana kenyataan beliau yang dianggap menyebelahi Barisan Nasional.

“Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak,” kata Shamsul dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Wan Ahmad yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya seperti yang dilaporkan media, 27 April lalu.

SPR telah bercadang untuk menguatkuasakan beberapa pendekatan baru. Antaranya ialah menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding serta menguatkuasakan ‘hari bertenang’ menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

Menurut Shamsul, rancangan ini adalah sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini.

“AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon,” Kata Shamsul lagi.

Shamsul menambah, walau ramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak.

Malah menurut Shamsul, terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang ‘jelas kelihatan’ menyokong BN.

Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK, menurut Shamsul tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian.

“AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka,

“Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja,” katanya lagi.



Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama'

Dua calon Timbalan Presiden, Mohd Sabu dan Husam Musa, masing-masing Naib Presiden bakal menentang Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang akan mempertahankan jawatan pada pemilihan PAS Jun ini

PRESIDEN dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud, lapor Bernama hari ini.

"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.

Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.

Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.

"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.



Mahasiswa membantah keputusan kabinet

Mahasiswa membantah keputusan kabinet

Sekumpulan mahasiswa serahkan memorandum kepada kabinet untuk membantah keputsan kabinet menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan bapa semasa perkahwinan.


Pilihan raya kecil yang ke-7 mungkin menyusul di Selangor

ADUN DAP ditahan ISA letak jawatan? Tunggu Sabtu, kata isteri Mano



PETALING JAYA: Kemungkinan negara perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang ketujuh? Kemungkinan ini mula ‘terbayang’ ekoran desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah di Selangor, M. Manoharan, (gambar) yang kini ditahan di Kamunting, akan melepaskan kedudukannya.


Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan diketahui Sabtu ini.


“Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini,” kata isterinya, S. Puspaleela ketika dihubungi semalam.


Puspaleela ditanya mengenai laporan media bahawa suaminya sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN.


“Saya tidak tahu… tunggu sehingga saya menemui suami saya, tunggu saya di Kamunting Sabtu ini,” katanya.


Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.


Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.


Empat yang lain ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.


Bagaimanapun Kenghadharan dan Ganabatirau telah pun dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini.


Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.


KOMEN DAP


Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi turut mengesahkan mengetahui mengenai khabar angin tersebut.


“Ya kita juga ada mendengar khabar angin tersebut, tapi saya tak dapat pastikan mengenai kesahihannya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.




Penanti:Kalau tiada ‘jantan’, Umno boleh letakkan puteri atau pondan


PRK DUN PENANTI - TIADA YANG `JANTAN’, UMNO BOLEH LETAKKAN PUTERI



Umno dilihat semakin gelisah dan berada di dalam keadaan dilema sehinggakan terpaksa Biro Politiknya menangguhkan keputusan untuk mengumumkan samada Umno wajar meletakkan calonnya bertanding di dalam PRK Dun Penanti nanti. Parti yang semakin ditolak oleh orang Melayu ini semakin keliru dengan rentak politik PR terutamanya strategi yang sedang dimainkan oleh PKR di P.Pinang. Pada zahirnya dilihat PR P.Pinang kelihatan berpecah apabila dikatakan PAS Permatang Pauh menolak calon dari PKR sebaliknya inginkan calon dari PAS bertanding di Dun Penanti. Namun dalam situasi begini, Umno masih berhati-hati kerana bimbang akan terjebak ke dalam perangkap PR di P.Pinang.


Najib selaku PM amat teruja dengan tindakan Fairus meletakkan jawatannya sebagai Adun Penanti sekaligus memberi peluang untuk rakyat khususnya di Dun Penanti `menelanjangi’ Najib sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini. SPRM secara pantas dan cekap mengumumkan Fairus bersih dari dakwaan rasuah seperti yang didakwa, malang sekali Fairus mempunyai jiwa yang kuat dan moral yang tinggi tidak bercadang untuk menarik kembali keputusannya meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti. Jika demikian keadaannya, apakah lagi modal Umno untuk berkempen di Dun Penanti nanti sekiranya calon Umno bertanding. Sebaliknya, PR mempunyai berpuluh-puluh `peluru’ untuk dihalakan kepada Umno di Dun Penanti. Sudah tentu`peluru-peluru’ yang dimiliki oleh PR nyata jauh lebih banyak dari 6 kotak yang masih terpikul di bahu Ezam.


Suruhanjaya Pilihanraya mulai mengatur langkah kononnya untuk menjadikan pilihanraya ini lebih adil dan telus. Peraturan menghadkan penyokong semasa penamaan calon dan menghapuskan pondok panas semasa hari mengundi adalah kaedah paling `profesional’ yang dirasakan oleh SPR bagi menjamin pilihanraya kali ini dan seterusnya adalah lebih adil dan telus. SPR tidak lagi peduli samada media kerajaan seperti TV dan radio memainkan propaganda dan kempen menyebelahi Umno/Bn tanpa ada ruang untuk PR menggunakan saluran yang sama. Apakah SPR juga tidak menyedari bahawa terdapatnya jentera-jentera kerajaan dan kemudahan kerajaan yang digunakan oleh Umno/Bn setiap kali pilihanraya diadakan? Mengapa di dalam perkara ini SPR membisu ? Terlalu banyak yang seharusnya SPR fikirkan jika ikhlas untuk menjadikan pilihanraya di negara ini bermutu tinggi, adil dan bersih. Mengapa harus memikirkan tentang penyokong yang ramai dan pondok panas? Apakah dengan pondok panas tersebut benar-benar `memanas’kan Umno/Bn?


Saya tidak mahu mengulas kenyataan bekas MB Selangor, Khir Toyo yang menyatakan PR tidak perlu bertanding jika sudah tidak mempercayai SPR. Kenyataan dangkal dan kurang cerdik dari Khir Toyo sewajarnya dianugerahkan `penyapu’. Sebenarnya Khir Toyo sudah tidak mampu lagi bersuara di Selangor kerana pekungnya telah banyak terdedah sehinggakan baunya menusuk merata-rata di negeri Selangor. Kini, rakyat di Dun Penanti ingin melihat sendiri samada Umno yang sering menjulangkan kerisnya itu adalah anak `jantan’ atau tidak. Sekiranya tiada lagi `anak jantan’ yang sanggup berpencak dengan PKR di Dun Penanti, kita syorkan Umno meletakkan Puterinya untuk menebus maruah Umno yang hampir tiada itu.




Hadapi Tekanan Kerajaan Haram UMNO BN Perak, Ketua Kampung Berhimpun


Ketua-ketua Kampung dan JKKK seluruh Perak berhimpun di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh, Taman Meru semalam. Perhimpunan tersebut diadakan bagi menyatakan sikap dan pendirian Ketua-ketua Kampung ekoran daripada notis penamatan khidmat mereka sebagai Ketua Kampung dan pembubaran JKKK seluruh Perak yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin, YB Hj Zainuddin Yusuf, YB Nga Khor Ming, ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan pimpinan PR Negeri Perak.

Dalam perhimpunan tersebut YAB Dato' Seri Hj Nizar telah menyampaikan ucapan dan amanat penting kepada seluruh Ketua Kampung dan JKKK. Dalam ucapannya beliau banya menyetuh kronologi krisis negeri Perak dan perkembangan terkini politik negeri Perak. Beliau juga mengajak seluruh Ketua Kg dan JKKK berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat bagi menuntut supaya DUN dibubarkan.

Manakala YB Zainuddin dan YB Nga Khor Ming yang turut menyampaikan ucapan menegaskan bahawa notis penamatan khidmat Ketua-ketua Kampung yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah adalah tidak sah kerana bercanggah dengan peraturan-peraturan perlantikan Ketua-ketua kampung yang diguna pakai oleh kerajaan PR.

Mereka dipilih melalui pilihanraya dan setelah dipilih dan diberi watikah perlantikan oleh Kerajaan Negeri, mereka akan berkhidmat selama dua tahun. Ketua-ketua Kampung yang telah dipilih dan diberi watikah tidak boleh ditamatkan perkhidmatan mereka semata-mata bertukar kerajaan.

Turut berucap dalam perhimpunan tersebut ialah Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj Osman, Pengerusi Perhubungan PKR negeri Perak dan En. Ridzuan Asid, Ketua Kampung Sg. Ati juga turut berucap mewakili seluruh Ketua-ketua Kampung negeri Perak.

Perhimpunan Ketua-ketua Kampung telah menerima 6 ketetapan dan resolosi untuk dilaksanakan dan bersetuju melantik Jawatankuasa Bertindak bagi melaksnakan 6 resolusi tersebut.

RESOLUSI PERHIMPUNAN KETUA-KETUA KAMPUNG NEGERI PERAK

05 JAMADIL AWAL 1430/30 APRIL 2009

1. BERSETUJU MEMBENTUK JAWATANKUASA BERTINDAK KETUA-KETUA KAMPUNG SELURUH PERAK BAGI MENGGERAKKAN KEMPEN MENENTANG PEMECATAN KETUA KAMPUNG OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK.

2. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENYERAHKAN MEMORUNDUM KEPADA KERAJAAN BN MENUNTUT MENGEKALKAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MENGEKALKAN JKKK SEHINGGA TEMPOH PERKHIDMATAN TAMAT.

3. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMECATAN KETUA-KETUA KAMPUNG & PEMBUBARAN JKKK.

4. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT SELURUH KETUA-KETUA KAMPUNG DAN JKKK MENERUSKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT WALAUPUN TIDAK DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN BN.

5. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KERAJAAN BN YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MEMBUBARKAN JKKK SEBELUM TEMPOH PERKHIDAMATAN TAMAT.

6. BERSEPAKAT MENUNTUT SUPAYA KEMELUT DAN KRISIS POLITIK NEGERI PERAK DISELESAIKAN MELALUI PEMBUBARAN DUN BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMILIH SEMULA KERAJAAN BARU NEGERI PERAK.

- misbahulmunir



Umno salahguna wang kerajaan kempen di Bukit Gantang



Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bk. Gantang mendedahkan kepada media bahawa UMNO BN telah menyalahgunakan wang kerajaan dan rakyat dalam kempen pilihanraya Bk. Gantang baru-baru ini. Beliau mendedahkan penyalahgunaan wang kerajaan ini dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat PAS Perak selepas bermesyuarat bersama dengan seluruh adun-adun PR.

Menurutnya wang kerajaan tersebut digunakan bagi membiayai kos percetakan sebuah majalah yang terang-terang digunakan sebagai bahan kempen calon BN di Bukit Gantang. Buku tersebut diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak. Menggunakan Pejabat Menteri Besar sebagai penerbit kepada majalah tersebut juga satu penyalahgunaan pejabat kerajaan.

Hj Nizar kemudiannya menyerahkan majalah tersebut kepada YB Wong, Pengerusi PAC Dewan Undangan Negeri Perak untuk diambil tindakan terhadap penyalahgunaan harta dan Pejabat Kerajaan untuk tujuan kempen pilihanraya. Satu laporan kepada SPRM juga akan dibuat di pejabat SPRM Ipoh.



Gambar buku yang dimaksudkan [klik]



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .