Sumber ini juga telah disahkan oleh orang kuat di Kuala Krai yang baru sahaja dihubungi oleh pihak kami sebentar tadi.
Jika tiada aral melintang, Fauzi Abdullah (foto) yang merupakan Bendahari PAS Kuala Krai akan diisytiharkan sebagai calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai malam ini.
Beliau juga pernah menjadi penyelia DUN Guchil pada tahun 2004 dulu.
Michael Jackson yang baru-baru ini dikatakan telah memeluk Islam telah menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Los Angeles.
Sekiranya benar berita yang mengatakan beliau telahpun memeluk Islam, Al-Fatihah buatnya.
Michael Jackson menganut Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel. Majlis memeluk Islam pada tahun 2007 itu dikatakan dianjurkan di rumah pemain keybord band Toto dan komposer musik pada album Thriller, Steve Porcaro (51), Hollywood Hill, Los Angeles. Turut hadir komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali) dan produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips). Abang Michael Jackson, Jermaine Friday yang kini menetap di Dubai, memeluk Islam pada tahun 1989.
BAPA Naib Presiden Pas, YB. Salahuddin Ayub (MP Kubang Kerian) telah kembali ke Rahmatullah tengah malam tadi. Menurut Sallahuddin yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Bharu menerima pemakluman daripada adiknya.
Beliau yang ketika itu sudah sampai di Raub membatalkan perjalanannya ke Kota Bharu untuk bergegas pulang ke Batu Pahat bagi menguruskan jenazah ayahnya.
Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.
Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini.Dewan Pemuda Besut mengucapkan Takziah kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat. Al Fatihah.
Parti UMNO akan turun bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan dengan taktik baru: membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendedahkan.
“Projek Jiwa Murni,” akan meyaksikan anggota tentera diberi misi melaksanakan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada UMNO, kata Mahfuz.
Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.
“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam dimana BN mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan PRU12,” kata Mahfuz.
Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan bagi Barisan Nasional”.
“Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telahpun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,” tambah Mahfuz.
Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.
Menurut Mahfuz, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.
“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan BN yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera. Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan BN adalah diluar dari bidang tugas tentera,” kata Mahfuz.
Sebelum itu di Dewan Rakyat, barisan menteri dan wakil-wakil rakyat Umno-BN diam ketika diajukan pertanyaan dari Mahfuz mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu. . Mahfuz menggesa supaya Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.
“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. Disini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung,” kata Mahfuz.
Ini jelas satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. Hakikat ialah ini adalah projek pilihanraya. Kami tidak membantah sekiranya mereka buat selepas pilihanraya,” kata Mahfuz.