Ikuti Blog ini

Kempen 1 Juta Untuk Deklarasi 6 Perkara

Kempen 1 juta tandatangan untuk demokrasi

Pakatan Rakyat bercadang untuk melancarkan kempen untuk mengumpul satu juta tandatangan untuk Akta Pemulihan Demokrasi yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam konvensyen keduanya di Kepala Batas hari ini, Pakatan berkata ia akan melancarkan kempen tersebut pada 1 Januari sehingga akhir Februari tahun depan untuk mengumpul tandatangan tersebut.

Dalam satu deklarasi yang diedarkan kepada media pagi ini, Pakatan berkata, ia menyedari perlunya untuk menyelamatkan negara ini.

Sambil mengikrarkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, rakyat dan negara, Pakatan menegaskan kesediaannya untuk bekerjasama dengan kerajaan BN untuk menggubal akta tersebut, berdasarkan kepada enam isu penting.

Enam isu tersebut ialah:

1. Menghapuskan semua deklarasi darurat.
2. Memansuhkan semua undang-undang anti-demokratik.
3. Menghormati perjanjian untuk membentuk Malaysia bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak.
4. Menjamin integriti pilihanraya umum.
5. Mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan.
6. Mewujudkan kebebasan akhbar. -mk

Pilihanraya: “Padang tidak sama rata”

hadi_baruKEPALA BATAS: Presiden PAS berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum lebih awal.

Bagaimanapun, Datuk Seri Hadi Awang berkata `padang permainan kami tidak sama rata.`

“Kuasa mengadakakamn pilihanraya umum hak perdana menteri walaupun perlu mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong tetapi tidak lebih syarat semata-mata.

“Proses ini tidak demokratik dan memberi kelebihan kepada kerajaan pemerintah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hadi juga berkata, BN mengawal akhbar utama dan kerana itu menjangkakan laporan negatif untuk konvensyen Pakatan Rakyat.

Sementara itu, spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan mengadakan pilihanrayas umum lebih awal iaitu awal tahun depan.

Cerita lain menyebut hanya Parlimen dibubarkan, bukan dewan undangan negeri.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, menegaskan BN tidak akan boleh merampas empat negeri Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

Pemimpin Pakatan Rakyat dalam ucapan awal pagi tadi masing-masing menyatakan akan bersatu di kalangan parti komponen menghadapi pilihanraya secara mengejut.

Mereka bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan tidak membubarkan dewan undangan negeri masing-masing.

Penggal pemerintahan bagi empat negeri berkenaan hanya berakhir pada pertengahan 2013. - FMToday

Konvensyen Pakatan bermula, umum program 100 hari


Mesej di konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas hari ini adalah jelas: Tiada masa lagi yang harus dibazirkan untuk menyelamatkan negara daripada kerosakan yang dilakukan Umno dan beri mandat kepada Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya dan memulihkan keadilan dan demokrasi di Malaysia. pakatan 2nd convention 191210 04Dalam ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.

Dalam ucapannya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan. Program itu merupakan resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia. pakatan 2nd convention 191210 03Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia. Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka. Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi. pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speechLim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang. pakatan convention eve ceramah 191210 crowdMalam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.

Sebelum konvensyen bermula, pemimpin dan para perwakilan dihiburkan dengan beberapa persembahan kesenian seperti persembahan silat, tarian singa dan silamban (senibela diri dari selatan India). Turut dipersembahkan ialah tayangan mengenai prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang dengan berlatarbelakang irama lagu popular P Ramli 'Getaran Jiwa'. pkr announce new line up 181210 wan azizahSementara itu, Wan Azizah, dalam ucapannya, memberi amaran mengenai serangan berterusan terhadap Pakatan oleh Umno-BN, dengan menegaskan bahawa ia jelas bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penyokong Pakatan. Katanya, mereka berbisik kepada orang Melayu bahawa DAP akan menjual kepentingan Melayu, supaya orang Melayu mencurigai DAP. Menurutnya, mereka juga berbisik kepada bukan Melayu bahawa PAS menentang mereka, supaya mereka bimbang terhadap PAS. Mereka juga, tambahnya, memberitahu seluruh Malaysia bahawa PKR dan Anwar mempunyai masalah dengan Pakatan untuk meningkatkan kecurigaan di kalangan rakyat. pas seminar 071109 hadi awangWan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut. Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman. -M'kini

Live Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 2

'Ubah Sekarang' Mengajak Rakyat Mempersiapkan Diri Menjelang PRU-13 (KEMASKINI) - Video LIVE INSIDE











KEPALA BATAS, 19 Dis. : Kira-kira jam 9.30 pagi, lagu Negaraku berkumandang di Dewan Millenium Kepala Batas. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bersama-sama dengan perwakilan sama-sama bernyanyi dan menghayati lagu Negaraku dengan penuh semangat.

Setahun sudah berlalu. Terdahulu konvensyen pertama Pakatan Rakyat diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam,

Konvensyen kali ini dihadiri oleh 1,800 perwakilan yang dijangka akan mempersiapkan semua pemimpin dan penyokong menuju Putrajaya.

Majlis pagi ini akan bermula di luar dewan dengan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia iaitu silat, tarian naga dan silamban.

Kini sedang berlangsung ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,

Seawal jam 8.00 pagi lagi, kelihatan para perwakilan dari seluruh Malaysia membanjiri Dewan Millenium ini. Kaunter pendaftaran juga penuh sesak.

Wakil media juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama membuat liputan.

Difahamkan fokus akan diberikan kepada dua perkara utama iaitu cerita kejayaan-kejayaan negeri di bawah pentadbiran Pakartan Rakyat dan mempersiapkan gagasan itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.

Konvensyen bertemakan 'Ubah Sekarang' menyaksikan setiap parti menghantar 600 wakil dari parti masing-masing.

INFO: Sekarang LIVE: Siaran Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2, Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang @

Isu Ke PRK Tenang: Kerajaan UMNO BN Pasti Naikkan Harga Barang Lagi

Harga barang keperluan terutama minyak dan gula bakal mengalami kenaikan harga lagi jika BN menang di Tenang, demikian tulis seorang pensyarah tempatan melalui email kepada GB.

Ini kerana, menurutnya, sudah jelas tanda-tanda bahawa wujudnya perancangan untuk menaikkan harga tersebut secara diam-diam oleh kerajaan UMNO BN sekalipun mereka cuba untuk menyembunyikannya daripada dihidu oleh rakyat.

Isu kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga petrol RON95 yang mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) sejak awal bulan ini — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib, juga perlu mendominasi kempen Pakatan Rakyat di PRK Tenang nanti.

Janji kerajaan UMNO BN ternyata palsu, janji yang tidak boleh dipercayai kerana belum pun sebulan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelumnya menyatakan "Harga minyak RON 95 dijangka tidak akan dinaikkan pada tahun ini", tambahnya.

Tetapi pada malam itu, 3 Disember 2010, 1Malaysia dikejutkan dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak RON95 daripada RM1.85 kepada RM1.90 seliter dengan diiringi kenaikan harga diesel, gula dan LPG.

Ketua Muslimat PAS, Puan Nuridah Salleh pula menyatakan janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu.

"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily sebelum ini.

Pembohongan kerajaan UMNO BN kepada rakyat.


"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan.

Ternyata, janji Menteri berkenaan adalah palsu.

Sementara itu, Konges Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pula telah menyifatkan kerajaan memilih cara “tembak curi” untuk mengumumkan pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dan gula.

Sehubungan itu badan induk pekerja itu berkata, langkah kerajaan yang diumumkan awal bulan ini amat dikesali kerana keputusan diambil tanpa mengadakan perbincangan dengan kesatuan sekerja, badan pertubuhan bukan kerajaan termasuk badan pengguna.

“Kerajaan memilih malam Jumaat 3 Dis untuk menaikkan harga bahan bakar petroleum dan harga gula.

“Ini untuk memastikan bahawa berita kenaikan harga bahan-bahan keperluan asas ini tidak serta-merta akan disambut oleh para wakil rakyat di Parlimen.


“Kali ini kerajaan telah memilih cara ‘tembak curi’ tanpa banyak perbincangan dan memberi maklumat awal,” kata Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dalam satu kenyataannya.

Katanya, sebelum ini pegumuman kenaikan harga bahan bakar petrol dibuat ketika sidang Parlimen ditangguh.

Amat jelas tarikh dan masa dipilih sebagai taktik pengolahan berita untuk memastikan berita ini akan tenggelam dan diharapkan orang ramai akan lalai dan tidak marah.

“Setelah diumumkan kenaikan harga ini para menteri yang bertanggungjawab dan menteri yang lain terus ‘padam’ tidak memberikan apa-apa pandangan.

“Seolah-olah adanya arahan agar berita kenaikan harga barangan ini tidak dibincangkan secara meluas,”
kata Syed Shahir.

Beliau mendakwa satu pekara yang amat jelas ialah bagaimana berita kenaikan bahan asas ini diolah untuk memperdaya pandangan orang ramai.

Katanya lagi, perkataan seperti keseragaman harga, penyelarasan harga, penarikan subsidi, rasionalisasi harga telah digunakan.

“Perkataan ‘naik harga’ terus tidak muncul dalam akhbar dan media.

Oleh itu sewajarnya, menurut ramai aktivis masyarakat, UMNO BN ditolak di dalam pilihanraya kecil Tenang nanti sbagai protes rakyat terhadap mereka yang bertindak menzalimi rakyat.

Untuk sebaran sempena PRK Tenang

SUASANA KONVENSYEN PR KE-2 SEBELUM PERASMIAN


10 Tempat Di Dunia Yang Serasa Di Planet Lain

Tempat-Tempat Yang Serasa Di Planet Lain

Di beberapa bahagian di atas dunia ini kedapatan tempat-tempat yang unik dan aneh yang jarang ditemui di mana-mana bahagian di atas dunia - hanya di situ. Ia menjadikan kita persis berada di planet lain.

Ia adalah tanda-tanda kebesaran Ilahi yang tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya. Ia mengajak kita untuk merenung nikmat Allah yang banyak dan entah bila kita akan dapat menyaksikannya dengan mata kepala sendiri, namun alam siber memungkinkan kita untuk melawatinya secara maya. Inipun sudah merupakan satu nikmat yang tak terhingga dari Dia...


1. Dry Valleys - Antartika




Lembah Kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini tidak jauh jadi pemandangan di Mars. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temukan di Antartika, dan sama sekali tidak mendapat salji, sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Kdang-kala di dasar lembah ini terdapat danau ais yang tebalnya mencapai beberapa meter. Dan dibawah danau ini, terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih ajaib lagi, ternyata di dalam air tersebut ada makhluk hidup yang boleh hidup!

2. Socotra Island - Lautan Hindi



Jika anda berkesempatan mengunjungi pulau ini, anda boleh dengan mudah berbohong bahwa anda baru saja diculik Alien, pemandangan Pulau Socotra yang sudah terpisah dari benua terdekat, benua Afrika selama 6 atau 7 Juta tahun ini, sangat unik. Apalagi di pulau ini terdapat 700 flora spesies flora dan fauna paling jarang ditemui di dunia.

Tapi jangan berharap boleh tinggal, iklim dipulau ini sangat keras, panas, dan kering banget. Pantai di pulau ini banyak sekali terdapat gua, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7 km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525 meter, dan bahkan beberapa tanaman usianya mencapai 20 juta tahun.

3.Rio Tinto - Sepanyol



Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah plus aneh, sehingga pemandangan yang ada semakin mirip dengan bulan. Pertumbuhan dari lombong ini tidak hanya memakan gunung dan lembah yang ada, bahkan sampai semua penduduk desa di dekat tambang tersebut harus dipindahkan ke kota terdekat. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat masam dan tinggi kandungan logam beratnya.

4. Klikuk, the Spotted Lake - Kanada




Pada saat musim panas, air di danau ini, berwap dan meninggalkan mineral yang ada mengkristal, dan membentuk berbagai kolam kecil dengan berbagai warna, yang pada umumnya adalah biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangi rasa sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat untuk merawat anggota mereka yang terluka.

5. Salar de Uyuni - Bolivia




Adalah tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dan dataran geyser, dengan berbagai fatamorgana unik yang membuat anda merasa tinggal di planet lain.

6. Vale da Lua - Brazil



Terjemahan dari nama tempat ini adalah Lembah Bulan, yang merupakan lembah batu yang terkikis air, dan meninggalkan banyak 'kolam renang alami'. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan tertua di dunia, yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal.

7. Blood Pond Hot Spring - Jepun



Mata Air Panas Kolam Darah, adalah salah satu 'neraka' di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas alami yang muncul ditempat ini sangat indah, tapi mungkin tidak untuk mandi. 'Neraka kolam darah' ini memiliki air dengan warna merah akibat kandungan besi di dalamnya. Serasa di Mars ya?

8. The Stone Forest - China



Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya dibaca Shilin, adalah batuan alami yang dibentuk dari air yang terus menerus menggelegak menerpa permukaan dan mengikis bebatuan yang ada dan meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang alami. Daerah ini ternyata dikenal semenjak dinasi Ming dan dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Pertama'

9. The Richat Structure - Mauritania



Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) sampai dapat dilihat dari luar angkasa. Bentuk lingkaran yang ada juga masih belum dapat dijelaskan oleh para ilmuwan

10. Eisriesenwelt Ice Caves - Austria



Gua Ais ini berbeza sekali dengan gua biasa. Begitu anda masuk, panahan cahaya yang ada akan membuat anda merasa tidak sedang berada dalam planet ini, tapi sedang menjelajah ke planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan dapat mencapai panjang 40km. -uniksaja

Senarai kebiadaban Umno terhadap Raja-raja

Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.

Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.

Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)

9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.

Oleh Idris Ahmad - HarakahDaily

Berkaitan: Pengkhianatan Umno Terhadap Melayu & Raja-raja

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .