Ikuti Blog ini

Terima Kasih Zahid Hamidi Kerana Berusaha Keras Mempercepat Kejatuhan BN

Masa saya bersekolah dahulu, saya diajar bahawa di dunia ini ada tujuh benda ajaib. Saya tidak tahu sama ada senarai tujuh ini masih kekal atau telah bertambah. Kalau boleh ditambah, saya ingin syorkan supaya Malaysia dijadikan sebagai benda ajaib kelapan. Ini kerana di sini banyak benda ajaib yang dicipta oleh tokoh-tokoh politik kita yang tahap kecerdikannya amat diragui.

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berkata imej negatif UMNO dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu 4 hari lepas dan parti itu perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat, saya menjangkakan semua pemimpin UMNO memahami mesej yang disampaikan beliau.

Namun jangkaan saya meleset. Tiba-tiba sahaja pada hari yang sama kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dengan moral ucapan Datuk Seri Najib. Ketika Najib meminta UMNO mengubah imej negatif yang tidak mesra rakyat, Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta. Kenyataan itu jelas menampakkan sikap tidak mesra rakyat pemimpin itu dengan imej balas dendam yang tidak pernah padam.

Zahid juga berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan. Kata beliau lagi Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP sahaja. Syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan-kerajaan negeri PR pula tidak diiktiraf.

Begitu juga dengan permohonan biasiswa, Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Mengapa pegawai persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuaratdi peringkat negeri tidak dijelaskan oleh Zahid. Zahid juga tidak menjelaskan sama ada "negeri" yang dimaksudkannya itu ialah semua negeri atau negeri-negeri yang diperintah oleh PR sahaja. Namun apabila melihat berita ini turut memuatkan kenyataan bahawa kerajaan hanya mengiktiraf JKKP dan tidak JKKK, maka fahamlah kita bahawa ia hanya merujuk kepada negeri-negeri di bawah PR sahaja.

Sepatutnya sebagai menteri menjaga agama beliau menjadi rujukan dan ikutan kepada orang lain dengan mempamerkan akhlak yang baik. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan dendam politik.
Sepatutnya sebagai menteri menjaga agama beliau menjadi rujukan dan ikutan kepada orang lain dengan mempamerkan akhlak yang baik. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan dendam politik. Ini memperlihatkan betapa egonya seorang menteri kabinet kerajaan BN. Sepatutnya petunjuk yang dizahirkan rakyat pada Mac lalu dan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu sudah menjadi iktibar.

Nampaknya beberapa pemimpin BN tidak jemu-jemu berikhtiar untuk meminggirkan kerajaan-kerajaan negeri PR yang dipilih oleh rakyat menerusi proses demokrasi. Sudahlah peruntukan persekutuan ke negeri-negeri tersebut cuba disekat, JKKK pula tidak diiktiraf, kini jentera pengurusan di peringkat negeri-negeri berkenaan juga cuba dilumpuhkan menerusi arahan Zahid yang tidak membenarkan pegawai persekutuan 'turun padang' itu. Tindakan tidak mengiktiraf jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri PR seolah-olah satu signal bahawa kerajaan-kerajaan negeri tersebut bukan sebahagian dari Malaysia. Ia mengingatkan kita kepada nasib Hamas yang dipinggirkan oleh Mahmud Abbas selepas gerakan Islam itu memenangi piliharaya di Palestin. Nampaknya apa yang dikatakan oleh beberapa pemimpin PR semasa kempen pilihanraya kecil Terengganu dahulu memang betul: nasib kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR adalah sama seperti Hamas - dipinggirkan dan cuba dilumpuhkan!

Apapun kenyataan Zahid itu hanya akan menambahkan rasa meluat rakyat terhadap dasar-dasar kepimpinan BN. Zahid nampaknya tidak pernah memahami isyarat rakyat yang dibuat menerusi keputusan PRU ke-12, PRK Permatang Pauh dan terbaru PRK Kuala Terengganu. Harap lebih ramai menteri-menteri kita yang akan mengeluarkan kenyataan senada dengan Zahid selepas ini. Semakin ramai menteri-menteri bertaraf cap ayam seperti Zahid bercakap, semakin meningkatlah kemarahan rakyat. Semakin rakyat marah, semakin cepatlah BN mengucapkan sayonara terhadap pentas teraju politik negara yang telah disandangnya sejak 51 tahun yang lalu itu.


BN tidak selamat walaupun di kerusi sendiri...

dsc064272 by sabahdaily.

Analisa Kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu menunjukkan kedudukan BN tidak lagi selamat walaupun di kerusi sendiri.

Ia juga menunjukkan, calon yang memegang jawatan timbalan menteri dan ketua Umno bahagian sekalipun, tidak semestinya menang dalam pilihanraya.

kuala terengganu by election polling day bn and pas candidates 170109Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.

Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Namun kekalahan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sejak awal lagi beliau bukanlah pilihan terbaik untuk bertanding kerusi parlimen tersebut.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Datuk Razali Ismail menang dengan majoriti 628 undi ke atas calon PAS, Mohamad Sabu dan seorang calon bebas.

Pemilihan Wan Ahmad Farid dikatakan atas kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau pernah menjadi setiausaha politiknya.

Ditolak pengundi muda

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school 02Ada pemimpin Umno bahagian sendiri sejak awal-awal lagi menyerang peribadinya sehingga menjadi isu utama pembangkang dalam kempen pilihanraya tersebut.

Faktor calon ini telah menjadi faktor utama kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Di sana sini para pengundi bercakap mengenai sikapnya sehingga dikatakan telah mempengaruhi pengundi untuk menolaknya.

Tetapi kekalahan BN bukan sahaja disebabkan oleh faktor calon, tetapi terdapat banyak faktor lagi.

Strategi politik pembangunan yang dicanangkan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut juga tidak menjadi, malah ditolak oleh pengundi muda.

Projek pembangunan besar-besaran yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak berkesan kepada lebih 80,000 pengundi di Kuala Terengganu.

Mungkin mereka sudah muak dengan pembangunan segera yang hanya tiba ketika musim pilihanraya. Golongan muda dan cerdik pandai dikatakan tidak boleh menerima sogokan sedemikian rupa.

Golongan muda mahu pembangunan jangka panjang secara tersusun termasuk peluang pekerjaan untuk mereka.

Ezam turut berkempen


Ramai golongan muda di Kuala Terengganu, termasuk lulusan pengajian tinggi, mengeluh mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.

kuala terengganu by election 150109 kubang ikan 01Agak menghairankan ceramah pemimpin BN termasuk Najib sendiri, kurang mendapat sambutan berbanding ceramah pemimpin PR, khususnya ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kehadiran pemimpin lain BN seperti Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin, juga tidak memberi kesan langsung kepada BN.

Khairy sendiri umpamanya tidak segarang ketika berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.

Barangkali orang yang paling menonjol menyerang PR tidak lain tidak bukan ialah bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor.

Beliau datang menyerang Anwar sebagaimana di Permatang Pauh, tetapi kali ini beliau mendedahkan sepucuk surat yang didakwanya surat damai Anwar kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Isu digemari pengundi

Ceramah-ceramah terbuka oleh pemimpin BN hanya dihadiri 100 hingga 200 orang sahaja. Malah sebahagiannya adalah petugas parti yang datang dari luar Terengganu.

Berbeza dengan ceramah PR, khususnya cearmah Anwar, yang dihadiri oleh ribuan orang, khususnya golongan muda.

Anwar juga berjaya membawa isu yang digemari pengundi iaitu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, pembelian kapal selam dan Eurocopter.

kuala terengganu by election 160109 anwar ibrahimIsu-isu tersebut sedikit sebanyak berjaya menarik pengundi untuk mendekati PAS dan menjadikan ceramah-ceramah BN hambar dan sunyi.

PAS pula berulangkali memainkan isu pembaziran kerajaan negeri melalui projek Piala Monsun, Taman Tamadun Islam dan sebagainya.

Isu royalti minyak juga ditengahkan oleh PR, khsususnya PAS, menarik minat sebahagian pengundi Kuala Terengganu.

Majoriti 2,631 undi yang diperolehi Abdul Wahid menunjukkan bahawa BN tidak lagi selamat di tempatnya sendiri.

Jika sesuatu tidak dilakukan segera, ada kemungkinan banyak lagi kawasan lain akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam pilihanraya umum lalu, lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan PR.


Semasa Global: Presiden Barrack Hussein Obama Angkat Sumpah Sebagai Presiden Amerika Ke-44, Harapkan Hubungan Baru Dengan Negara Islam

WASHINGTON - Akhirnya Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baru - yang ke-44 dan yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam sambil berazam untuk menerokai hubungan baru dengan dunia Islam. "Kita telah memilih harapan di sebalik kebimbangan, perpaduan yang bertujuan di sebalik konflik," kata beliau dalam ucapan sulungnya sejurus selepas mencipta sejarah sebagai Presiden yang baru bagi AS.


"Bermula hari ini kita perlu bangkit, membuang yang keruh dan kembali bekerja untuk membina semula Amerika," kata Presiden berusia 47 tahun, dari parti Demokrat, di hadapan rakyatnya yang masih bimbang dengan kesan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930-an. Malah, ucapannya juga menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia dan negara-negara Islam selepas diselubungi pelbagai persepsi negatif sejak 11 September 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush.


"Amerika merupakan rakan kepada setiap negara dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang inginkan masa depan yang aman dan bermaruah, dan di mana kami bersedia untuk menerajuinya sekali lagi. "Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama," kata beliau sambil menekankan, "ia tidak diberikan tetapi harus diperoleh."

Bagaimanapun Obama memberi amran bahawa Washington akan berhadapan dengan mana-mana pihak yang menggunakan "keganasan" dan memenggal mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang kompromi. "Kepada dunia Islam, kami inginkan satu arah tuju yang baru," kata Obama lagi.


Malah dalam ucapannya itu, Obama juga bertekad untuk menangani krisis ekonomi dan kesan peperangan di dua negara, yang secara langsung menjejaskan imej Washington di kaca mata dunia. Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu menyempurnakan upacara itu kira-kira 1.06 pagi (waktu Malaysia) di hadapan Ketua Hakim John Roberts.


Obama merupakan Presiden AS yang kelima paling muda dan beliau menggantikan Bush. Sebelum giliran Obama angkat sumpah, bekas Senator Delaware Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden yang baru di hadapan Hakim John Paul Stevens. Terdahulu kedua-dua Obama dan Bush tiba di bangunan Capitol - lokasi angkat sumpah dari White House menggunakan kenderaan rasmi yang sama.


[Sesuatu yang menarik antara Presiden dan bekas Presiden Amerika ini. Biarpun mereka dikatakan negara perancang keganasan dan penjenayah perang dunia, namun semangat kebangsaan mereka sangat menebal dalam peralihan kuasa yang berlaku. Misalnya, biarpun dari dua parti yang berbeza iaitu Demokrat dan Republikan, namun Obama dan Bush telah hadir ke bangunan Capitol iaitu lokasi angkat sumpah berkenaan dari White House dengan menggunakan kenderaan rasmi yang sama.


Mereka adalah negara bukan Islam. Namun kenapa ini berlaku. Tetapi sebaliknya di Malaysia negara Islam Hadhari ini, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa sesama bangsa Melayu dari parti jangankan mahu adakan majlis yang sama dan naik kenderaan yang sama. Malahan pemimpin UMNO lebih banyak memperli dan memboikot acara tersebut. Jangankan dengan pembangkang, sesama UMNO sendiri pun mereka bertelagah dalam isu peralihan kuasa ini. Lihat sahaja apa yang berlaku di UMNO ke PAS atau PKR,Terengganu dan Perlis dulu. Inilah dia budaya UMNO sejak dulu kini dan selamanya].




Najib akui ‘imej buruk’ ahli partinya

Imej negatif Umno dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, parti itu perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat.


“Pemimpin Umno di semua peringkat Umno mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat,” kata beliau kepada pemberita semalam.


Najib tak sebutpun pasal rasuah, sebab dia sendiripun bermasalah. Apa benda imej positif. Najib kena buat kuliah mingguan pagi Jumaat atau pagi Ahad kepada Ahli-ahli Umno.


Umno kena tiru PAS yang mengajar atau mendidik ahli-ahlinya setiap hari melalui ceramah atau kuliah pagi Jumaat oleh Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang.


Presiden atau Timbalan Presiden Umno kena buat macam PAS buat untuk baiki ‘imej’ yang dimaksudkan itu bukannya dengan didik ahli dengan beri projek itu dan projek ini.


Semalam Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno memerlukan faktor “wow” untuk memikat semula hati rakyat berikutan kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil itu.


Najib berkata rakyat menilai Umno berdasarkan hubungan mereka dengan pemimpin Umno di semua peringkat.


Pada pilihan raya itu, calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS, Mohd, Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .