Ikuti Blog ini

Pengarah Radio IKIM didesak ‘Letak Jawatan’ kerana panggil Presiden PAS Muzakarah

Quantcast


Seorang teman menyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.

Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.

Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.

Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lainlah kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selepas ‘perletakan jawatan’ beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.

Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!

Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila. Teman saya juga mengatakan bahawa sampai sekarang beliau belum menerima gaji terakhirnya! memang zalim

Nota : Beliau akan berforum dipentas PAS esok di Seremban, harap boleh hadir beri sokongan:

[BANNER+Forum+Maulid.jpg]

Jangan kacau Ketua Menteri kami.




Polis hari ini melawat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk merakamkan kenyataannya dan tiga ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Lawatan itu bertujuan bagi melengkapkan siasatan 'perhimpunan haram' dan kata-kata hasutan yang didakwa dihamburkan ketika forum 'Tolak Fitnah' dan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat.

Sembilan anggota polis dari beberapa balai tiba di pejabat Ketua Menteri pada jam1.10 petang.





Dua belas pembantu kepada ahli dewan undangan negeri dengan pantas menaikkan kain rentang sebagai sokongan moral dan bantahan terhadap tindakan polis itu.





Kain rentang itu antaranya berbunyi 'Hentikan siasatan terhadap Ketua Menteri dan perwakilan kami'.






Lim menghadapi enam pertuduhan termasuk perhimpunan haram, hasutan dan juga fitnah.

Lain-lain wakil rakyat yang juga diambil keterangan mereka ialah Ong Khan Lee (Kebun Bunga), VS Raveentharan (Batu Uban) and Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Difahamkan 10 wakil rakyat Pakatan telah diarah memberi keterangan. Daripada jumlah itu, enam sudah berbuat demikian, termasuk timbalan ketua menteri P Ramasamy dan Mansor Othman, serta ahli exco Abdul Malik dan Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai berkata polis tidak pernah berkonspirasi dengan mana-mana parti politik dan akan menyiasat siapa saja jika ada laporan yang dikaitkan dengan mereka.

"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional.Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakyat sambut kepulangan Sultan Kelantan di Kota Bharu

Sultan Kelantan Selamat Tiba Di Kota Bharu

SINGAPURA: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra berangkat pulang hari ini setelah berada di Singapura sejak Mei tahun lepas untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth di sini.

Baginda, yang ditemani Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid, kelihatan sihat dan sentiasa tersenyum kepada para doktor dan kakitangan hospital itu yang menghantar baginda ke kenderaannya.

Sultan Ismail Petra, yang berpakaian baju lengan panjang dan seluar hitam dan berkerusi roda, dibawa ke Lapangan Terbang Changi dengan diiringi anggota polis trafik Singapura.

Baginda dan Raja Perempuan menaiki pesawat khas kerajaan Malaysia untuk berlepas ke Kota Bharu.

Turut menghantar baginda di lapangan terbang ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga kerabat diraja Kelantan.

Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung.



Sementara itu di KOTA BAHARU, kira-kira 5,000 rakyat jelata menyambut kepulangan baginda di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Sultan Kelantan dan rombongan istana tiba pada pada pukul 12.30 tengah hari yang disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan semua exco kerajaan negeri yang lain.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak sihat untuk hadir sama menyambut keberangkatan pulang itu.

Baginda kemudiannya terus dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Di pintu masuk ke istana, ratusan rakyat juga turut menyambut kepulangan baginda dan merentang beberapa pemidang kain mengalu-alukan keberangkatan pulang baginda. – BERNAMA

Rencana BH kena batang hidung pemimpin Umno

GEORGETOWN, 4 Mac: Apa yang ditulis dalam Berita Harian (BH) semalam kononnya 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir' ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.

"Apa yang berlaku bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku.

“Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN," tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Katanya, penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi menekan dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan manakala orang bawahan dibiarkan menderita kehilangan kampung halaman.

“Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu. Orang ramai akan bertanya apa yang mereka laksanakan demi kebaikan masyarakat Melayu sepanjang 50 tahun memimpin bersama komponen dalam BN,” katanya.

Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong cuba sekadar mengheret tangan-tangan yang rapat dengan kroni sahaja.

"Umno hanya berjaya meningkatkan tahap sosial ekonomi Melayu Umno sahaja bukan rata-rata bangsa Melayu yang berada di bawah, " katanya.

Bercakap tentang tiga projek besar di Pulau Pinang kononnya kerajaan sekarang sengaja menghakis kedudukan Melayu, beliau berkata, tidak pernah Kerajaan Pakatan Rakyat berbuat demikian kerana semua projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Penang Global City Centre (PGCC) merupakan projek Kerajaan Pusat dan dilaksanakan pada era pemerintahan BN.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sambungnya, langkah pertama ialah membatalkan projek PGCC yang bukan sahaja menguntungkan koporat tertentu bahkan merugikan kerajaan.

Begitu juga dengan NCER yang sampai kini sunyi bersesuaian dengan pengasasnya yang kini tidak berbisa lagi iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut menjelaskan projek Tanjung Pinang di Tanjung Tokong juga dikaitkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menghalau orang Melayu dari situ secara halus.

"Sebenarnya projek besar dibuat oleh Kerajaan BN dan menyerahkan kepada Syarikat Uda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat cuma masuk campur mendesak Uda membina 'Kampung Warisan' seperti mana yang diinginkan oleh penduduk asal Tanjung Tokong," ujarnya.

Apa yang diperkatakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim, semua bermatlamat fitnah untuk mengais simpati terhadap perjuangan menegakkan benang yang basah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak pernah menghalau penduduk Melayu dengan tujuan menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal orang Cina serta menaikkan taraf dan mempromosi pulau yang terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara untuk didiami oleh penduduk yang kaya sahaja.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man ketika ditemui membidas kenyataan Jais Karim dengan menggelarkan golongan terbabit sebagai 'hero tua' kerana apa yang mereka perkatakan telah lama diperjuangkan oleh PAS ketika menjadi pembangkang di Dun Pulau Pinang.

Katanya, PAS waktu itu diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman telah beberapa kali membangkitkan ke mana arah orang Melayu di Tanjung Tokong jika projek mewah dilaksanakan di situ.

Tetapi, isu berkenaan tidak mendapat reaksi daripada Umno malahan acap kali mempersendakan ucapan beliau yang menggangap ucapan itu melalut ekoran PAS tiada sokongan di Pulau Pinang.

"Apa yang diperjuangkan oleh GPMS semuanya ada dalam kocek PAS kerana selama ini kami bersuara pada BN tetapi malangnya tidak diberi perhatian," tambahnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Soalnya, kenapa tiba-tiba Jais menjadi hero dalam soal itu.

“Dulu ke mana beliau menghilang seolah-olah tiada dalam negara ketika projek tersebut mendapat bantahan penduduk,” ujarnya.

90% Mahu DSAI Dikekalkan Ketua Pembangkang

Di dalam undian SMS Edisi 7, didapati 90% responden menyatakan Ketua Pembangkang tidak perlu ditukar sekalipun PKR kini memiliki jumlah kerusi yang kurang dari DAP.

Sebelum ini, Pas dan DAP telah menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, walaupun beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu dan mengisytiharkan menjadi ahli Bebas.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata, partinya sentiasa memberikan sokongan padu terhadap kepemimpinan Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang meskipun Ahli Parlimen PKR kurang daripada 28 ahli (jumlah yang kini dimiliki oleh DAP)," katanya dalam kenyataan media.

Lim berkata, apa yang berlaku dalam PKR sekarang dalam proses pembersihan yang dilihat perit dan pedih tetapi diperlukan bagi menjamin kredibiliti demi masa depan PKR dan Pakatan Pembangkang.

Di GEORGETOWN, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihaknya memberikan sokongan kepada Anwar sebagai ketua pembangkang tanpa sebarang syarat dan sebulat suara.

"Tidak kira berapa ramai Ahli Parlimen dari PKR yang keluar, DAP akan tetap sokong Anwar sebagai ketua pembangkang dan bakal Perdana Menteri.

"Janganlah gembar-gemburkan dan cuba mempertikaikannya kerana ini bukannya satu isu," katanya.

Ditanya jika DAP bersedia mengubah pendiriannya sekiranya ada desakan daripada Ahli Parlimen parti itu, Guan Eng yakin perkara berkenaan tidak akan berlaku.

"Selagi saya menjadi Setiausaha Agung DAP, kedudukan ini (menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang) tidak akan berubah," katanya.




Najib dijemput hadiri debat isu Melayu P Pinang

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut dijemput menghadiri debat perdana bertajuk ‘Isu Melayu-Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi & Kebenaran’ di Pulau Pinang pada 7 Mac ini.

Ini berikutan Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetap akan menganjurkan debat perdana berhubung dakwaan Melayu terpinggir biarpun ketiga-tiga pihak yang dijemput berdebat dengan mereka belum memberi respons positif.

Pihak-pihak tersebut adalah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim.

Siang tadi Ketua Penerangan Pemuda PKR Pulau Pinang, Rizal Hamid ke Ibu Pejabat Umno di ibu negara menyerahkan surat makluman debat sekaligus menjemput Najib yang juga Presiden Umno, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan ketua penerangannya, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican sebagai tetamu kehormat program tersebut.

Turut mengiringi serahan tersebut, ahli Majis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin.

Surat berkenaan bagaimanapun hanya diserahkan melalui pegawai bertugas di pejabat pergerakan tersebut di bangunan PWTC Kuala Lumpur.

Debat Perdana Rakyat 2010 bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi & Kebenaran” akan diadakan pada 7 Mac bermula 8.45 malam di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Pada sidang media selepas itu, Badrul berkata debat berkenaan akan tetap diadakan kerana segala persiapan sudah dibuat.

"Debat tidak boleh dielak lagi, persiapan lojistik dan kerjasama dengan kerajaan negeri, dengan banyak NGO telah dilakukan," katanya.

Ditanya kenapa debat berkenaan menjemput Norman, Rizal Faris dan Jais, beliau berkata kerana ketiga-tiga mereka adalah yang paling lantang menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung perkara itu.

Selain itu mereka juga melahirkan kekesalan dengan tindakan Norman mengoyak surat jemputan debat yang dihantar dua minggu lalu.

Sehingga kini belum ada sebarang jawapan dari ketiga-tiga pihak terbabit untuk menyahut cabaran debat tersebut.

Bagaimanapun Badrul berkata, pihak sekretariat optimis sekurang-kurangnya mereka menghantar wakil untuk berdebat.

TG Nik Aziz masuk hospital

Menteri Besar Kelantan TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika menjalani pemeriksaan di klinik jantung universiti itu, TG Nik Aziz merasa sakit di dada sebelah kiri.

TG Nik Aziz kini ditempatkan di wad orang kenamaan di hospital tersebut, tambah Ahmad Fadhli kepada Malaysiakini hari ini.

Masalah kesihatan TG Nik Aziz itu dipercayai menyebabkannya tidak dapat menyambut Sultan Kelantan yang berangkat pulang hari ini dari mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.

Ditanya tentang tahap kesihatan semasa mursyidul am PAS itu, Ahmad Fadhli berkata YG Nik Aziz semakin pulih.

“Pukul 12.00 tengah hari tadi saya melawat beliau. Keadaannya alhamdulillah bertambah baik. Sudah (boleh) baca surat khabar.”

Tambahnya, TG Nik Aziz dijangka dapat keluar daripada wad dan bertugas seperti biasa tidak berapa lama lagi.

“Tengoklah dalam dua, tiga hari lagi,” kata Ahmad Fadhli lagi.

KESEDERHANAAN TOK GURU NIK AZIZ MEMIKAT HATI SEMUA!!!


PAS tidak pernah menganggap pempimpin PAS terutama TGNA mahupun TGHA itu maksum. Mereka manusia biasa. Mereka pun melakukan kesalahan. Cuma yang berbeza mereka dengan pemimpin UMNO, mereka boleh mengaku dan menerima kesalahan yang mereka lakukan, terus bertaubat dan memaafkan sesiapa tanpa perasaan dendam dan sebagainya.

Ahli PAS tidak pernah mempertahankan pemimpinnya jikalau sesuatu kesalahan yang dilakukan menyalahi Syarak ataupun Undang-Undang Negara. Tetapi jika mereka yang sudah kekeringan isu, lemas dengan keadaan di Manik Urai,tiba-tiba buat kerja yang 'kurang cerdik', itu amat malang sekali.

Mereka ingin mencari publisiti murahan serta menagih simpati dengan pengundi di Manik Urai. Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Anuar Safian, telah membuat laporan polis di Balai Polis KOta Baru pada pukul 10.30 pagi tadi kononnya mohon pihak berkuasa membuat penyiasatan ke atas ucapan TGNA pada 21 Jun yang lepas di Kampung Laloh, Manek Urai ketika menyampaikan ceramah.

Beliau dengan 'kurang cerdik'nya menganjurkan pihak polis menyiasat TGNA di bawah Akta Menghasut 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana menimbulkan keresahan kaum dan ketenteraman awam konon. 'Kerja-kerja' seperti ini bukanlah perkara baru. Memang sifat UMNO sebenar terselah. Mereka begitu 'arrogant'. Mereka jangka polis sentiasa berpihak kepadanya.

Itulah senjata yang paling ampuh bagi UMNO, meng'ISA'kan sesiapa saja yang boleh mengharu-birukan persada politiknya. Yang sebenarnya laporan polis itu diibaratkan talkin untuk UMNO di PRK Manik Urai. Pengundi Manik Urai boleh menilai ucapan TGNA samada berupa hasutan atau penerangan. UMNO melihatkan sesiapa berucap supaya jangan mengundi UMNO, akan dikira sebagai ucapan hasutan. Bila agaknya UMNO hendak bersikap 'gentleman'.

KESEDERHANAAN TOK GURU BUKAN SAHAJA MEMIKAT HATI KITA UMAT ISLAM TETAPI JUGA MEMIKAT HATI MASYARAKAT BUKAN ISLAM...INI TERBUKTI DENGAN SOKONGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM KELANTAN TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ BARU-BARU INI KETIKA TOK GURU TERUK DIKRITIK DAN DIHENTAM OLEH PUAK-PUAK UM-NONGOK...

MALAH KESEDERHAAN TOK GURU NIK AZIZ JUGA MEMBUATKAN ARTIS-ARTIS TERKENAL TANAH AIR INGIN BERTEMU DAN MENGENALI TOK GURU NIK AZIZ DENGAN LEBIH DEKAT LAGI..NAMA-NAMA BESAR ARTIS TANAHAIR SEPERTI AMY SEARCH,SITI NORHALIZA DAN WARDINA SECARA TERANG-TERANGAN MENUNJUKKAN MENYATAKAN RASA KAGUM MEREKA TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ..

MALAH AMY SEARCH DAN WARDINA MENGAKUI BAHAWA TOK GURU NIK AZIZ ADALAH IDOLA MEREKA DAN MEREKA MAHU ANAK-ANAK MEREKA MENCONTOHI TOK GURU NIK AZIZ..LIHATLAH BAGAIMANA PESONALITI TOK GURU YANG BERJAYA MEMBUATKAN HATI PARA ARTIS INI MENJADI LEMBUT DAN MENGAKUI AKAN KEBESARAN ISLAM..

SELAIN ITU JUGA WAKIL-WAKIL NEGARA LUAR JUGA MENGAKUI AKAN KEHEBATAN DAN KESEDERHANAAN TOK GURU NIK AZIZ..MEREKA MENGIKTIRAF USAHA TOK GURU NIK AZIZ MEMARTABATKAN ISLAM DI MALAYSIA..MEREKA KAAGUM BAGAIMANA TOK GURU NIK AZIZ MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ISLAM DI KELANTAN...

SEMOGA INSAN SEPERTI TOK GURU INI TERUS MEMAYUNGI KITA SEMUA DALAM BERJUANG MEMARTABATKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA TERCINTA..DAN KEPADA YANG BEGITU ANTIKAN TOK GURU NIK AZIZ,HAMBA SARANKAN CUBALAH MENGENALI BELIAU DENGAN LEBIH DEKAT DAHULU SEBELUM MEMBUAT RUMUSAN..

Pengundi Mohsin Tunjuk perasaan

Gambar Haji Mohsin di muka akhbar Utusan Meloya dibakar penyokong. Pengundi beliau kesal. Rata-rata melaungkan 'Undur Mohsin..Undur Mohsin, kosongkan kerusi..jangan malukan orang banjar'. Bila 'banjar' mula marah...! Ini sebahagian akibatnya.
Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha Pertubuhan Banjar Malaysia difahamkan mengalami masalah kewangan yang kronik. Dengan langkahnya, meninggalkan PKR..dan menjadi wakil Bebas, mungkin dapat membebaskannya dari belenggu hutang. Siapa yang membantu ?

Pada pagi tadi juga papantanda PKR di pejabat Keadilan diturunkan sebagai tanda protes kepada Haji Mohsin Tampirai.

" Kita tuntut Mohsin letak jawatan..!! "

'Dulu Datang PAPA KEDANA, kembali KAYA RAYA' klik untuk gambar yg lebih jelas

'Mohsin, Pengkhianat Banjar Bagan Sarai..'

Sambutan Gilang-Gemilang PR 2 Tahun di Pulau Pinang


Menjelang dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 8 Mac ini, berbagai program telah disusun atur bagi memeriahkan sambutan yang diadakan selama lima hari bermula 6 Mac.

Pengerusi Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, Abdul Malek Kasim dalam kenyataan medianya berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diwajibkan berada di setiap program yang melibatkan penyertaan mereka seperti mengedarkan risalah penerangan di beberapa lokasi pasar malam, pasar hari, medan selera, pasar raya dan sebagainya.

Malam kemuncak sambutan turut melibatkan semua pemimpin keempat-empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan pada 10 Mac bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula jam 9.00 malam.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Tan Sri Khalid Ibrahim

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik

Lim Guan Eng

Mereka ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Lim Guan Eng.

"Semua rakyat diminta hadir beramai-ramai untuk mendengar sendiri apa yang diperjuang dan menjadi dasar kerajaan yang ada di bawah Pakatan Rakyat, " tambahnya yang juga Pengerusi Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang.

Menurut beliau yang juga Adun Batu Maung, pada 6 Mac sebelah pagi, semua Adun Pakatan Rakyat akan ke pasar Bayan Baru, Sungai Ara, Taman Lip Sin dan Taman Ipin, Jalan Baru Batu Maung.

Sebelah malamnya pula siri ceramah penerangan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung dengan menampilkan tiga setiausaha agung parti PR.

Pada 7 Mac, program edaran risalah diteruskan ke pasar Kepala Batas, pasar hari di Penaga, Tasek Gelugor dan Nibung Tebal.


Manakala Majlis Kenduri Rakyat juga diadakan di Bakau Tua pada pukul 12 tengah hari di mana para petugas dan Adun Pakatan Rakyat akan dipertemukan di sana.

Sebelah malam, dua ceramah serentak iaitu di Dewan Millenium yang diuruskan oleh Sekrateriat Wanita Pakatan Rakyat dan debat perdana antara Sekrateriat Pemuda Pakatan Rakyat dengan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Karim, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zailan.

Pada 8 Mac pula, pukul 4.00 petang taklimat GST oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kuliah Maghrib khusus menceritakan dasar dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Kampung Melayu dan Pusat Pendidikan Padang Menora, Tasek Gelugor.

Malam tersebut juga diadakan dua ceramah serentak iaitu di Padang Menora dan Dewan Serbaguna Nibung Tebal.

Pada 9 Mac, edaran risalah diteruskan di Pasar Chowrasta. Kuliah Maghrib di Masjid Terapung, Tanjung Bungah manakala ceramah diadakan di Kompleks Sukan, Balik Pulau dan Taman Ciku, Bukit Mertajam.

Pada 10 Mac, semua Adun akan menyedarkan risalah di Pasar Seberang Jaya dan Taman Cermai, Permatang Pauh.

Kuliah Maghrib diadakan di semua daerah di mana kemuncaknya cerama menteri besar dan ketua menteri dari negeri Pakatan Rakyat.

‘Veteran’ bekas PKR dianggap musuh masa depan negara

PETALING JAYA, 4 Mac: Wakil-wakil rakyat muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap beberapa wakil rakyat `veteran’ yang keluar daripada parti itu dan Pakatan Rakyat sebagai musuh pada masa depan negara dan mengkhianati harapan rakyat.

“Tindakan mereka tidak peduli malam sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat. Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih (mereka yang terbabit) untuk perubahan dua tahun lalu,” jelas Adun Batu Caves, Amirudin Shari selaku jurucakap bagi wakil rakyat muda PKR itu dalam suatu sidang media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Menurut beliau lagi, tindakan mereka yang terbabit meninggalkan parti itu bukanlah disebabkan dasar parti yang tidak adil.

Sebaliknya, beliau mendakwa insiatif mereka yang terbabit keluar dari parti itu disebabkan masalah yang terlalu peribadi, yang bukan menjurus pada kepentingan rakyat.

Ekoran itu, beliau bersama-sama 11 wakil rakyat belia PKR menganggap pemimpin-pemimpin veteran PKR terbabit sebagai ‘biawak-biawak hidup’.

Disebabkan tindakan keluar dari parti itu, Amiruddin turut menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sedang menilai ‘biawak-biawak hidup’ terbabit.

“Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas, sedangkan semua (rakyat) melihat mereka sedang bergantung dengan corak rasuah dan pendekatan kuno masa lalu.”

“Dengan memilih tindakan jahat ini, mantan pimpinan Keadilan yang bertindak keluar parti ini memilih untuk terus memandang ke belakang,” jelasnya

Tambahnya lagi, walaupun mungkin akan ada lagi wakil rakyat veteran meninggalkan PKR kelak, beliau menegaskan bahawa wakil rakyat belia dari parti tersebut tetap berikrar untuk tidak meninggalkan parti tersebut serta tidak akan mengkhianati muafakat Pakatan Rakyat.

“Kami (wakil rakyat belia) tetap tidak akan patah balik dan kami mahukan perubahan, kamu mahu berkhidmat kepada rakyat dan kami kamu terus dipercayai oleh rakyat dan Pakatan Rakyat,” jelasnya lagi.

Sebagai wakil rakyat berusia belia, beliau bersama-sama 11 wakil rakyat belia PKR yang lain turut menyatakan sikap terbuka untuk menerima nasihat, saranan dan kritikan daripada rakyat asalkan agenda selamatkan tanah air dari kepincangan kerajaan Umno/BN boleh direalisasikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Selain beliau, 11 lagi wakil rakyat belia PKR mengumumkan tidak meninggalkan parti pada majlis itu ialah Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Amran Ghani (Ahli Parlimen Tanah Merah), S. Manikumar (Adun Bukit Selambau merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah), Gan Pei Nei (Adun Rawang), Yunus Jamhari (Adun Kuala Kurau), Chang Lih Kang (Adun Teja), Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai), Sim Tze Tzin (Adun Pantai Jerejak), Kesavan (Adun Hutang Melintang) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia).

Turut menyertai mereka ialah Yusmadi Yusoff walaupun Ahli Parlimen Balik Pulau itu telah pun menyatakan pendirian untuk tidak meninggalkan PKR pada suatu kenyataan akhbar petang semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, 12 Ahli Parlimen yang tidak berjawatan penting dalam PKR petang semalam turut menjelaskan pendirian yang sama, iaitu tidak meninggalkan parti itu serta kekal menjadi wakil rakyat bagi Pakatan Rakyat.

Manakala, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, iaitu tiga pemimpin yang dianggap veteran sebelum ini telah pun mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dalam perkembangan yang lain, pergolakan dalaman yang dipercayai umum didalangi oleh Umno itu dikatakan akan berterusan sehingga BN mendapat dua pertiga suara majoriti di Parlimen kelak.

Dengan adanya dua pertiga representasi tersebut, Umno/BN seperti dipercayai umum boleh membuat persempadanan semula Parlimen dan Dun, sebagaimana yang diperjelaskan dalam Perlembagaan, sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan masa PRU13 kelak.

Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Gambar Sekitar Muktamar Wehdatul Islamiah

Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .


Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.

Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .

Persidangan ini menggunakan 3 bahasa . Pertama bahasa Arab , kedua bahasa Parsi dan ketiga ialah bahasa Inggeris kecuali dua pembentang menggunakan bahasa Rusia dan Perancis dan diterjemah ke dalam bahasa Arab .

Sejurus Muktamar ini dirasmikan oleh Ayatullah Asy Syeikh Al Hasyimi Ar Rafsanjani , ucapan pembukaan turut diberi penghormatan kepada :

Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Pembentang Kertas Kerja :

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah


Asy Syeikh Zafar Najar .
[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Penysyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib

Asy Syeikh Taajudin Al Hilali
[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

Al Ustazah Dr. Lina Al Humsi
[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .


















Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .