Ikuti Blog ini

UMNO : Diabetes yang Kian Parah

Sebelum ini kita telah mendengar bagaimana Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO menyarankan agar Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO dibubarkan demikian juga Putera dan Puteri UMNO demi menyelamatkan UMNO justeru rasuah yang terlalu parah .

Awalnya saya melihat saranan ini agak lucu biarpun saya memang yakin UMNO yang tidak pernah menilai dosa pahala dalam orientasi pentadbiran dan organisasinya itu boleh saja terjebak dalam kancah rasuah yang parah ini .

Namun sebelum ini saya tidak menemui angka yang benar - benar menunjuk tanda aras betapa parahnya rasuah dalaman UMNO yang telah saya sifatkan sebagai penyakit diabetes tahap kronik kini dihidapi oleh UMNO .

269 Calon bertanding : 900 Aduan Rasuah

24 - 28 Mac kelak bakal berlangsung Pemilihan di pelbagai peringkat jawatan dalam parti UMNO . Sehingga November tahun lepas sahaja , Lembaga Disiplin UMNO telah menerima 900 aduan rasuah menjelang pemilihan kepimpinan partinya . Wallahualam , berapa pula kes rasuah yang belum atau tidak diadukan ke Lembaga tersebut .

Lebih memeranjatkan bagaimana laporan yang menyebut salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO berdepan dengan 400 aduan rasuah ke atasnya .

Sungguh mereka belum disabitkan bersalah , tetapi jika sampai 400 aduan rasuah atas seorang individu pula dibuat oleh ahli parti sendiri tentu sahaja mencemarkan integriti atau kredebiliti pemimpin yang dicalonkan juga parti UMNO turut dipalit najis .

Kalau aduan itu datang dari pembangkang , katalah itu memang kerja pembangkang mencari kelemahan UMNO . Tetapi jika aduan datang dari ahli sendiri dalam jumlah sebanyak itu , apalagi alasan untuk menyembunyikan kesan luka kudis yang sedang membarah lagi membusuk .

Rasionallah saranan Tengku Ahmad Rithauddeen agar kesemua sayap UMNO itu dibubar [ baca dipotong ] segera demi menyelamatkan UMNO kerana kudis rasuah yang sedang bernanah itu pasti sahaja akan merebak dan memamah hati jantung UMNO seterusnya membunuh UMNO dalam masa yang singkat .

Lebih malang , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Ekonomi Negara di Parlimen semalam berkata , Lembaga Disiplin UMNO tidak akan membuka semula kes - kes rasuah melibatkan pemimpin parti yang telah ditutup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [ SPRM ] . Alasannya SPRM telah siasat dan tiada bukti atas pertuduhan lalu kes ditutup oleh SPRM .

Tidak hairanlah pada 30 Januari lalu , ahli - ahli UMNO sendiri mengadakan demontrasi di perkarangan Menara Dato' Onn ketika Majlis Tertinggi UMNO sedang bermesyuarat bagi membantah Lembaga Disiplin UMNO dan SPRM . Mereka turut membawa sepanduk yang bernada sinis dan mengutuk SPRM .

"Kami Menolak SPRM , Boleh Belah !" ........ " jangan ambil hak ahli UMNO " ................ " Lembaga Disiplin Sudah Nyanyuk " .... antara sepanduk yang dinaikkan .

UMNO Patut Pecat Tengku Rithauddeen

Jika UMNO telah hilang kepercayaan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin mereka sendiri malah Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen ini sebagai orang tua UMNO telah dianggap nyanyuk , UMNO perlu memecat Tengku Rithauddeen dan menggantikannya dengan orang lain. Bukan sahaja saranan Tengku Riyhauddeen ditempelak kini beliau dianggap nyanyuk .

Lantaran itu , untuk apa lagi UMNO berdolak dalih melainkan segera memecat Tengku Rithauddeen yang banyak menimbulkan keresahan kepada UMNO dan saya mencabar UMNO agar memecatnya demi membuktikan UMNO benar tidak bersalah sebaliknya Tengku Rithauddeen yang mengada - ngadakan cerita serta membesar - besarkan berita .

Benarlah kata Tok Guru Nik Aziz
ketika saya menemui beliau di pejabatnya baru - baru ini bahawa UMNO akan musnah dalam tempoh tidak lama memandangkan seriusnya rasuah yang menjalar dan menular dalam segala urat saraf UMNO hari ini.

Lantas pesan Tok Guru : Persiapkan PAS terutama Pemudanya agar bersedia menjadi parti alternatif untuk memimpin ummah setelah keruntuhan UMNO dan BN kelak.

Penduduk Bandar Tun Razak berhimpun sokong MB S'gor

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209Wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak yang menerima 46 ekor lembu korban daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan terhadap beliau yang didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan Selangor untuk tujuan tersebut.

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 06Kira-kira 60 orang menyertai perhimpunan tersebut di hadapan Pejabat Khidmat Komuniti ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kira-kira jam 3 petang tadi.

Abdul Khalid adalah ahli Parlimen kawasan tersebut.

Mereka membawa sepanduk berbunyi "BN dikejar roh 46 ekor lembu" dan "Prinsip kami dari rakyat untuk rakyat" sambil melaungkan "Hidup Tan Sri Khalid" beberapa kali.

Manakala kain rentangnya antaranya berbunyi, "Sedekah lembu adalah jariah bukan rasuah" dan "YB Tan Sri Khalid Ibrahim terima kasih kerana memberikan kami lembu untuk korban Aidiladha"

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 05Perhimpunan aman selama sepuluh minit itu turut diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis.

Penduduk kecewa


Sebelum ini, Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Khalid menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban untuk mengedarnya kepada penduduk di situ sewaktu Hari Raya Korban Disember lalu.

Sementara itu, Pengerusi Surau Firdaus, Ghazally Salim, melahirkan rasa kecewa kerana pemberian lembu tersebut dipersoalkan dan dipolitikkan.

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 03"Kami kecewa mengapa amalan baik Tan Sri Khalid Ibrahim ini dipersalahkan dan dituduh mengamalkan rasuah?

"Padahal ini adalah sumbangan terus oleh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan anak syarikat kerajaan negeri.

"Amalan sebegini sepatutnya digalakkan bukan dipersoalkan," tegas Ghazally dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri kira-kira 15 wakil surau dan masjid di parlimen tersebut.

Ghazally mendakwa ramai penduduk di parlimen tersebut adalah anak jati negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Adakan solat hajat


khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 ghazally salim"Adakah kerana Bandar Tun Razak telah dijadikan Wilayah Persekutuan, maka kami tidak lagi berhak berkongsi sedikit kekayaan dan manfaat dari Selangor?

"Sebahagian besar daripada kami masih anak Selangor!" tegas Ghazally.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli politik dari BN, Pakatan Rakyat, Gerak, SPRM dan rakayat Malaysia agar tidak mempolitikkan soal agama.

"Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah, janganlah disekat orang lain daripada bersedekah," kata Ghazally.

Menurutnya, penduduk di situ juga akan mengadakan solat hajat dalam masa terdekat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan menteri besar Selangor itu.


Dato' Seri Tuan Guru Hj. Hadi: PAS teguh di belakang Khalid

Selar tindakan desperado pihak yang cuba jatuhkan kerajaan PR Selangor.







PPSMI: Samad Said Nafi Diperalat Pembangkang

KOTA BAHARU: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan dirinya diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum isu berkenaan.

"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun "Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.


a samad saidKehadiran sasterawan negara itu dalam beberapa siri ceramah pembangkang dalam isu PPSMI sejak kebelakangan ini mengudang rasa tidak senang umum.

Malam ini Samad dijadual berceramah dalam satu majlis anjuran Pas di Padang Perdana di sini bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas perkara itu, Samad berkata beliau bukannya "dibeli" parti politik, malah akan turut memperjuang isu itu jika dianjurkan Umno dan kerajaan.

"Kalau dituduh begitu, itu bukan maksud saya dan saya hadir di situ untuk memperjuangkan bahasa saya," katanya.



Terima siapa saja jadi calon - PAS Bkt Gantang


pas party logoPAS kawasan Bukit Gantang sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil parlimen tersebut 7 April depan. Yang Dipertuanya, Mohamad Nordin berkata, pihaknya telah menghantar senarai nama tersebut kepada pejabat agung PAS awal bulan ini. Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu jumlah calon yang yang dihantar itu atas alasan arahan dari PAS negeri.

"Boleh jadi empat atau lima nama, tetapi rahsia saya tidak boleh beritahu," katanya ketika dihubungi hari ini.Mohamad juga enggan memberitahu sama ada calon-calon tersebut merupakan pemimpin PAS dari kawasan Bukit Gantang.
Sementara itu, Setiausaha PAS kawasan Bukit Gantang, Zulkifli Hashim berkata, pihaknnya menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti."Tidak perlulah kita sibuk-sibuk memilih calon kerana bukan kita yang membuat keputusan. "Siapa yang mereka putuskan, kita menerima sahaja," katanya.

Mengenai persiapan menghadapai pilihanraya tersebut, Zulkifli berkata, cawangan-cawangan PAS kawasan Bukit Gantang telah membuat persiapan awal. Katanya, ia termasuk memasang bendera PAS di tempat masing-masing."Kerja-kerja ini akan menjadi semakin rancak selepas hari penamaan calon 29 Mac ini. "Ketika itu petugas-petugas PAS dari luar Bukit Gantang sudah mula datang membantu jentera parti," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum awal bulan ini.Dalam pilihanraya umum lalu, wakil PAS itu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Azim Zabidi yang juga Bendahari Umno.

Tabik 'spring' dengan PAS. Sejak dari era penubuhan hinggalah sekarang, soal calon tidak pernah jadi isu dan ia nyata menimbul rasa cemburu dikalangan parti komponen Pakatan Rakyat lain atau Barisan Nasional. Malah usaha mentarbiyah setiap calon menerusi konsep 'Baiah' bukan sahaja mencerminkan rasa tanggungjawab dan amanah pemimpinnya tetapi mampu menolak segala dakyah jahat termasuk usaha 'lompat parti'.



ADUN Malim Nawar sampai ke SPRM untuk membuat laporan.




IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN.

Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim.

Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Sultan Serahkan Kepada MB Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, membuat keputusan berhubung kedudukan Elizabeth Wong Keat Ping sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata baginda tidak dapat memberi panduan atau nasihat kepada Abdul Khalid berhubung kes Wong kerana ia masih dalam siasatan polis dan membabitkan kedudukannya dalam politik.

Katanya, sebagai Sultan Selangor, baginda berkecuali dalam hal ehwal politik.

"Baginda yakin atas apa jua keputusan yang akan diambil Menteri Besar dan percaya ia dibuat secara adil dan bijaksana dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Kenyataan dua halaman itu dikeluarkan selepas Menteri Besar menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika, di sini, untuk menyembahkan perkembangan hal ehwal pentadbiran negeri serta isu membabitkan Wong.

Diantaranya Setiausaha Sulit Sultan menyatakan:

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih da simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau. "

menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya

menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya... Ini baru betul,serat bulat-bulat pada MB membuat keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat.Bukannya membuat keputusan dengan membelakangi MB dan mengenepikan kepentingan rakyat.

Kisah Mufti Menjual Agama. Ahli UMNO no: 937786

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Mufti yang sama juga pernah berkata "sumpah mubahalah" yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan.

Begitu mudah seorang mufti mengeluarkan hujjah berdasarkan hadith tanpa memberitahu "Sultan" yang bagaimana yang dikehendaki atau yang dimaksudkan oleh hadith berkenaan.

Sedangkan Anas meriwayatkan:

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan Sultan dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan Sultan dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Karena itu, jauhilah mereka." (HR al-Hakim).

Saidina Abu Bakar menegaskan ketika menerima perlantikan sebagai Khalifah, bahawa baginda wajib ditaati jika melaksanakan undang-undang Allah Ta’ala, bukan kerana sebab-sebab lain. Kerana terdapat ulama yang menyembunyikan hakikat ini, maka terjadilah keriuhan gila-gilaan berasaskan kejahilan tentang hukum Islam dan penderhakaan terang-terangan terhadap ajaran Islam.

Imam Ghazali telah mengingatkan umat Islam, terdapat dua jenis ulama: ulama jahat yang menggunakan Islam untuk dunia; ulama baik yang takutkan Allah Ta’ala dan cintakan Nabi SAW dan umat Islam. Sukar mendapat jenis ulama kedua ini, kerana begitu ramai “ulama” yang mengutamakan dunia dan kemewahan hidup. Ulama jenis ini wajib diderhakai seperti SUltan (pemimpin) yang jahat juga wajib diderhakai. Itulah prinsip Islam yang mesti dipegang dan dilaksanakan oleh umat Islam. Tepat dan jelas, tiada apa-apa kekeliruan lagi.

Bila disemak semula rupa-rupanya Mufti ini ialah seorang ahli berdaftar sebuah parti yang sentiasa bersalahan dengan hukum Islam malah tidak pernah menerima Islam di dalam bentuknya yang syumul.

Justeru itulah tidak hairan kenapa Mufti itu menjadi sedemikian perangainya.








HAKIM TARIK DIRI ADILI KES NIZAR ELAK BIAS, BAGAIMANA PULA DGN ZAKI TUN AZMI

Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohamad Ariff membuat keputusan itu setelah mendengar pertimbangan serius mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Dato' Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.
Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Semalam, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Kalau ini yang hendak dijadikan hujah, bagaimana pula dengan kes perlantikan Bekas Peguam Umno dan Anggota Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib Umno, Zaki Tun Azmi yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, TIDAKKAH IANYA MENIMBULKAN KERAGUAN BAHAWA ZAKI JUGA MUNGKIN BERAT SEBELAH?????

mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik. Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman - peguam Sulaiman Abdullah



Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

KUALA LUMPUR - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.


Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.


Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.


"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.


Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.


Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.


Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.


Pesta sudah bermula..!!

" Sesungguhnya, tiada upaya menyedarkan Umno setakat ini. Selagi mereka berkuasa di pusat, maka mereka tidak akan sekali-kali tunduk kepada amaran rakyat. Katalah apa sahaja, mereka BEBAL, telinga TULI untuk mendengar, mata BUTA untuk melihat dan hati MATI untuk merasa. Umno hakikatnya hanya boleh disedarkan dengan 'pancungan pedang keramat rakyat' ya ! bila nyawa mereka sudah putus dari badan ! "
Gendang perang makin kuat dipalu. Cuma menunggu masa sang jeneral memberi arahan. Wah..! nampaknya musuh kian sibuk membaiki jalan agar tempur menjadi lebih 'mudah' dan pengundi menjadi goyah. Undi kami, 'kami pembela ketuanan melayu', 'pantang melayu untuk derhaka !'

Pos remote kontrol pilihanraya sudah siap sedia menerima kunjungan. Baik kunjungan dari manusia dan pengundi-pengundinya, malah turut sudi menerima tamu berupa 'kertas-kertas' yang tidak bernyawa, duit ler tu !

Nasib baik lah jadi 'wau bulan' saja..kalau jadi 'gerombolan' hampehh !!



Sekarang juga bukan musim pilihanraya, dan Umno seboleh-bolehnya tidak mahukan pilihanraya. Ratusan juta sudah dihabiskan ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, tetapi masih gagal mendapatkan hasil.


Pilihanraya kecil yang berlaku sekarang juga ada sebabnya. Untuk menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Polis akan digunakan lagi macam apa yang berlaku di Kuala Terengganu, yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Bukan untuk menjaga keselamatan, tetapi sebaliknya menyusahkan orang ramai. Bayangkan apabila begitu banyak sekatan jalanraya diadakan, begitu ramai SB yang berkeliaran….semuanya menyusahkan rakyat. ..sedangkan penjenayah masih ramai yang berkeliaran, ramai yang hilang, dan ramai yang kecurian.


Suasana pada jam 3 petang di sebatang jalan di Bukit Gantang kelmarin. Hujan masih turun, biarpun tidak lebat seperti seawalnya tadi. Saat yang sangat ditunggu.


Bila hujan turun, katak-katak bersorak kegirangan. Begitu juga apabila pilihanraya kecil Bukit Gantang akan diadakan, maka katak-katak juga melompat kegirangan. Tapi di Bukit Gantang…katak-katak melompat kegirangan bukan kerana suka main air, tapi membuka peluang mencari wang segera. Tak perlu pinjam along atau ceti…cuma perlu melompat menyertai Umno…dah tentu ada ganjaran.


Dalam waktu terdekat ini, akan ada orang-orang yang akan melompat menyertai Umno. Sama ada yang sudah menyertai Umno, atau yang belum….yang pasti, mesti ada orang-orang Pas atau PKR yang akan mengisytiharkan diri menyertai Umno…untuk mendapat sekupang dua.


Tengahari tadi, banner-banner yang menyokong Osman Jailu sudah banyak yang direntang. Seolah-olah kemasukan Osman kedalam Umno mendapat sokongan terbanyak. Tapi sayang…nak gantung banner pun terpaksa dibuat waktu tengah malam…takut orang nampak. Tok sah kata penyokong, Osman sendiri takut nak tunjuk muka…apa tah lagi balik kawasan.


Heran jugak…bila ada yang melompat kedalam Pakatan Rakyat…mereka disambut denga meriah. tapi kalau melompat kedalam Umno…cuma nampak disidang media. Lepas tu hilang.

Dua tiga hari lagi…ada 100 orang ahli PKR akan menyertai Umno. mereka ini terdiri dari anak beranak dan mereka yang mendapat jawatan melalui Osman Jailu. Adik Osman, Pegawai Khas, pembantu…dan ramai lagi anak beranak Osman.


Umno akan menggunakan isu kemasukan anak beranak dan saudara mara Osman ini sepenuhnya…dengan mengatakan bahawa PKR sudah tidak lagi boleh dipercayai.


Mintak-mintak…selepas mengisytiharkan diri menyertai Umno…mereka tak hilang pulak. Bukan senang bagi mereka nak jumpa jiran-jiran dan rakan-rakan…sebab semuanya sudah menyampah denga Osman dan Umno. Duit punya pasal…orang sanggup menggadai kemaluan. Oooppps!…kehormatan.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .