Ikuti Blog ini

Gambar Artis Mana Pilihan Anda

Inilah gambar pemimpin masa depan... 
mana yang lebih baik buat anda? fikir fikirkanlah...

Rebat RM200 Telefon Untuk Tolong Syarikat Kroni, Bukan Anak Muda


Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.

“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah.

Pasti banyak untung daripada rebat ini.

“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.

“Syaratnya tidak ikhlas.

Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa.

Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih ‘pintar’ dengan melebar saluran internet percuma.

“Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan,” katanya. -KD


Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

* SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:

* Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
* Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
* Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
* Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
* Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

Setem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.

Bagaimanapun, Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.

Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.
-mk

MCA Makin Biadap, Keluar Kalendar Hina Hudud


Kalendar tahun 2013 hina HUDUD yang dipercayai dicetak dan ditaja/biayai oleh MCA, rakan sekutu karib paling akrab dan disayangi serta disanjungi UMNO semenjak belum Merdeka..
Nak tahu juga dimana perginya suara garang bengis Pemuda UMNO/PERKASA/JATI/PEKIDA/PESILAT yang dok terlalak terlong memekik memekak kononnya akan pertahankan Islam sampai sanggup mati bermandikan darah, hancur badan berkecai tulang.

Najib bilang undi UMNO adalah undi pertahankan  Islam dan aqidah.Ini sampai dah buat kalendar 2013 apa cerita.

Dulu dalam Persidangan Agung Tahuan MCA didepan Najib Razak, Presiden MCA @ Raja Porno Malaysia, Chua Soi Lek hina HUDUD, Najib tersenyum dan hadihkan MCA RM30juta...Yang kerja buat/cetak/edar kalendar 2013 hina HUDUD boleh dapat berapa juta pula??????? ~omakkau

Umno Pasti "Meluat" Tengok Gambar Ini..

Hebat para pertugas PAS..Petugas Umno boleh buat ke macam nii..???Perintah Allah tetap dikerjakan..Kerana mereka tahu sebarang amalan dan kerjabuat kita tidak akan diterima pahalanya,sekiranya kamu tidak menyembahNya dengan mendirikan solat.

Budak perempuan Palestin berumur 10 tahun ini menyepak askar Israel

Seorang budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu kehormatan dari Kota Başakşehir İstanbul.
Ahed Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November. Dia tiba di İstanbul hari Isnin lalu
 puk


"Kata-kata pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan," merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di Gaza.

Tamimi tiba di Turki menggunakan penerbangan Jordan pukul 2 petang pada hari Isnin lepas. Dia ditemani ibunya, Neriman Tamimi. Dia disambut oleh pelajar sekolah yang memegang bunga dan bendera Palestin.

Sambil membuat tanda kemenangan, Ahed Tamimi berpose di depan kamera wartawan. Di depan wartawan sewaktu tiba di lapangan terbang Ahed Tamimi berkata: "Saya tidak takut dengan tentera Israel sama sekali. Saya akan menunjukkan kepada mereka keberanian rakyat Palestin. "

Tamimi dijadualkan akan mendapat Anugerah Keberanian Hanzala oleh Datuk Bandar Başakşehir.

Video : Samseng Umno Serang Dan Tampar Warga Emas

Menyerang !!!
Menunjukkan isyarat lucah !!!





LAGI tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren.

Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.

Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional.

Sumber : MiloSuam

Zailah guna lori hantar bantuan banjir

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rantau Panjang mengambil inisiatif mengagihkan keperluan asas kepada mangsa banjir menggunakan lori.

Sejak Kelantan dilanda banjir bermula Isnin lalu akibat air Sungai Golok merentasi Daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof tidak menang tangan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.

Hari ini beliau mengagihkan bantuan mangsa banjir di 18 pusat pemindahan banjir antaranya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dan Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol.

"Keadaan banjir di sini masih lagi buruk dan hai ini Parlimen Rantau Panjang sediakan satu lori bekalan makanan seperti beras, telur, sardin, biskut dan lain-lain keperluan termasuk tempat tidur untuk mangsa-banjir di 18 pusat pemindahan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta orang ramai berdoa agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku sepanjang bencana alam ini.

"Di samping menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita berdoa agar semua urusan dipermudahkan dan tiada kejadian buruk menimpa kita sepanjang menghadapi musim tengkujuh ini," ujarnya.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini ialah 4010 orang.

Manakalan enam jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf, Jalan Pengkalan Rakit Bata, Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Pangkal Gong - Kemubu, Jln Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang dan Jln Cabang 4/Kg Jambu/Meranti. -Hrkh

Mereka Mengaku Menghalang Konvoi Oren, Patutkah Polis Berdiam Diri?


Konvoi Jelajah Oren: 'Kami memang rancang sekatan'

JEMPOL - Pemuda Umno bahagian Jempol mendakwa, insiden kekecohan yang berlaku pada Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi pihak berkenaan.

Ketuanya, Mohd Nizam Aman berkata, tidak timbul isu pemuda Barisan Nasional (BN) bersama penduduk bertindak agresif semasa kejadian seperti didakwa.

“Keadaan mula tegang ketika konvoi jelajah terbabit sampai ke persimpangan Felda Bukit Rokan Utara yang dicetuskan oleh kumpulan itu.

“Saya tidak berada di lokasi kerana mengadakan sekatan di Felda Bukit Rokan Barat. Tapi saya diberitahu penduduk yang juga terdiri daripada pemuda BN telah menghalang perjalanan mereka kerana sejak awal lagi kami semua tidak setuju kumpulan itu masuk ke Felda,” katanya.

Menurutnya, mereka sememangnya sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan di sana sebaik sahaja mengetahui kehadiran konvoi jelajah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tujuan sekatan bukan untuk mencetuskan huru-hara tetapi hanya untuk menghalang konvoi itu terus diadakan.

“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya.

“Tiada apa yang perlu diselamatkan kerana nasib peneroka semakin baik di bawah Felda. Lagipun selama ini tidak pernah mana-mana parti politik selain Barisan Nasional (BN) yang membantu peneroka,” katanya.

Mohd Nizam berkata, dia bagaimanapun kesal dengan insiden yang berlaku kerana dua pemuda BN juga turut mengalami cedera ringan.

Sementara itu, penganjur konvoi tersebut menyifatkan ia kejadian terburuk dan terhebat di Negeri Sembilan berbanding di negeri lain.

Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli berkata, kekecohan yang tidak disangka-sangka itu turut memberi kesan kepada peserta konvoi apabila dua daripada mereka cedera.

Katanya, kejadian berlaku apabila rombongan konvoi itu tiba berdekatan persimpangan Felda Bukit Rokan Utara dan kemudiannya dihalang oleh beberapa individu.

“Semasa perbincangan sedang dijalankan, secara tiba-tiba kumpulan yang menghalang konvoi Oren ini bertindak agresif, dengan memukul kenderaan pacuan empat roda kami dan secara meluru ke arah Ketua Penerangan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Noraza Muda.

“Pada waktu yang sama, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anak, Razali Rashad turut dipukul, sehingga mendatangkan kecederaan di kening, manakala Noraza cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu.

“Melihatkan keadaan Noraza dalam keadaan separuh sedar, kami memberinya rawatan ringan sebelum pasukan polis membantu menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan pesakit luar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 2 berkata, keadaan Noraza bagaimanapun kini stabil. -SH

Sekarang mereka (UMNO BN) telah secara terang membuat pengakuan bahawa mereka menghalang konvoi oren berkenaan. Akibat dari "halangan" itu mereka bertindak liar dan ganas terhadap para peserta konvoi.

“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya." Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh menghalang ornag lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara ini?

Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan?

Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni?

Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara? -GB

Terdesak nak kekal berkuasa.. RELA pula diarah sokong BN..

Benar-benar terdesak nampaknya UMNO/BN untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke 13 yang akan datang ini..

Sebelum ini dilaporkan pihak UMNO dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)telah memperbodohkan Orang Asal dengan memberikan mereka latihan untuk mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 ini.. ( baca di SINI )

Ini pula adalah laporan yang mengatakan anggota-anggota RELA di Sarawak telah diarahkan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional.

Dalam satu majlis di Daerah Julau, Sarawak seorang Pegawai yang berpangkat Leftenen Kolonel (RELA) dilaporkan telah berkata kepada anggota RELA yang lain bahawa Kerajaan telah memperuntukkan sekitar RM400 Juta kepada RELA.

Jumlah yang besar itu membuktikan keyakinan Kerajaan kepada pasukan beruniform itu katanya..

Oleh itu sebagai menunjukkan penghargaan kepada Kerajaan yang ada sekarang anggota-anggota RELA sewajarnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.. katanya.

Ini kes you help me, I help you laaa....

Pegawai RELA tu mesti penyokong kuat Barisan Nasional, sebabnya cara beliau berfikir adalah sama dengan cara kebanyakkan pencacai UMNO berfikir.

Dimana mereka gagal untuk membezakan antara Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional, bagi mereka wang yang datangnya dari Kerajaan itu adalah wang Barisan Nasional.

Walaupun hakikatnya wang tersebut datangnya dari berbagai jenis cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik..

 Ini laporannya..

KUCHING: The neutrality of paramilitary volunteer corp, Rela, in Sarawak has come under question following a recent “immoral” order by a top ranking officer urging its members to support Barisan Nasional.  
Sarawak has 300,000 Rela members stationed in 32 districts.Nationwide, there are 3.2 million members.  
At a function in Julau district, Rela officer Lieutenant Colonel (Rela) Moses Sipan reportedly told Rela members that the government had allocated some RM400 million in the 2013 budget for the corp. 
“This huge sum shows the government’s confidence in Rela. “Therefore as a show of our appreciation we must give our undivided support to BN in the coming general election,” he said. 
Julau has about 8,000 Rela members. 
The constituency is currently held by Parti Rakyat Sarawak (PRS) vice-president Joseph Salang, who is also a deputy minister in the federal cabinet. 
Sipan’s call to Rela members in Julau is also seen as an ‘order’ to all Rela members in Sarawak. 
The directive has irked the opposition in Julau constituency and the state. 
Slamming Sipan, state PKR chief Baru Bian said: “This is wrong. It is immoral and politically wrong for them to do that. “Rela is not a political party. It is a voluntary organisation and funded by the rakyat’s money. 
“You don’t use this kind of voluntary organisation to strengthen your political influence.” Bian, who is Ba Kelalan state rep, also criticised Kanowit MP Aaron Dagang and BN politicians for ‘intimidating’ members of Rela and coercing them into supporting BN. 
Dagang had, in a separate gathering, also reportedly told 4,146 Rela members in Kanowit to give their undivided support to Barisan Nasional in the coming election. 
He said that their votes would not only let the BN retain the Kanowit parliamentary seat, but also win with a big majority. 
“We want the BN to win and form the next government because we want to ensure continuous development here and in other places. 
“I believe this can be done if we give BN our support in the coming election,” said Dagang, who is tipped to defend the seat on behalf of PRS. 
Both Julau and Kanowit constituencies are under pressure from rival Sarawak Workers Party which is determined to purge PRS from these seats. 
SWP has also pledged to wrest four other constituencies from PRS namely Selangau, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rajang ~ Free Malaysia Today

Hmmm.. selepas Orang Asal diperbodohkan.. Anggota RELA pula dipaksa sokong BN... lepas ni siapa pulak yang menjadi mangsa?

Kempen 'Undi Bukan Rahsia' yang dijalankan oleh UMNO/BN terhadap penjawat awam tu dah habis atau belum agaknya?
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .