Ikuti Blog ini

Pengundi muda faktor PR menang di Sibu- Hassan Hasbullah




SHAH ALAM, 17 April: Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berpendapat keajaiban yang berlaku di Sibu lebih banyak dipengaruhi kebangkitan pengundi muda yang bersikap liberal.

Menurutnya, walau jumlah mereka turun amat rendah namun sudah mampu mengubah keputusan daripada kajian awal yang memihak kepada BN menjadi sebaliknya menerusi keputusan pilihan raya kecil (PRK) semalam.

Keputusan PRK P212 Sibu menyaksikan DAP menerusi calonnya, Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron cuma mendapat 232 undi.

“Bayangkan sekira mereka turun dalam peratus yang tinggi, pasti majoriti akan lebih tinggi. Apa yang berlaku di PRK P094 Hulu Selangor 25 April lalu di mana jumlah kaum muda turun amat rendah sekali tidak cukup untuk memenangkan PR.

“Sedangkan di Sibu, dalam keadaan jumlah mereka juga rendah tetapi cukup memenangkan PR kerana di waktu yang sama kadar pengundian kumpulan stagnan juga rendah,” jelasnya.

Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya berkata, golongan pengundi muda berusia antara 21 hingga 40 tahun memang diyakini mampu dan boleh mengubah sesuatu keputusan.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, perkembangan aliran liberal relatif mula berlaku selepas era globalisasi di mana kumpulan muda khususnya mula tidak berpegang kepada ketaksuban nilai primitif atau klasik yakni perbezaan kaum, agama, ideologi dan sebagainya.

Sebaliknya, mereka lebih melihat kepada relatif iaitu jika relatif ke positif maka di saat akhir sekali pun mereka akan berubah, bagi beliau, inilah contoh liberalisme yang meminta umat dan mengajar mereka berfikiran bebas dan pemikiran liberal relatif juga mengajar untuk bebas dalam membuat pilihan.

“Dalam kes Sibu, pengundi mula berfikiran, apa salah menerima mesej BN ketika kempen tetapi relatif untuk memilih PR kerana percaturan untuk pilih korupsi, kekayaan atau anti korupsi dan keamanan, di sinilah sikap liberal relatif ini amat baik kerana, bagi saya, ia dari pemikiran Islam,” tegasnya.

Sementara itu, Dr Abu Hassan berkata, selepas ini strategi tentang angka wajar disembunyikan kerana beliau mendapati, bila angka-angka kajian menyebelahi PR maka PR akan kalah dan bila angka-angka kajian menyebelahi BN maka PR akan menang.

Beliau juga menyebutkan kata Aristotle di dalam bukunya Retorik yang menyatakan ‘kenapa perlu diberitahu kepada musuhmu tentang masakanmu yang paling enak, kerana mereka akan menggunakan resepi itu untuk menidurkan kamu dengan kekenyangan’.

Menurutnya empat perkara utama perlu diperkemaskan menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti melibatkan kepentingan menguasai demografi, kepentingan menguasai perubahan corak dan trend kepercayaan politik, kepentingan politikawan membina jaringan partisipasi dan literasi politik iaitu perlunya mereka turun mengundi. -Hrkh

Apabila SPR jadi taraf "pelacur" UMNO



Setelah kemenangan di Sibu, pilihanraya seterusnya adalah di Kota Siputeh. Oleh kerana SPR telah melacurkan diri mereka kepada UMNO, maka kita mungkin terpaksa menunggu sebentar sebelum berlaku PRK di Kota Siputeh.


SPR telah meletakkan Speaker Kedah lebih rendah dari mereka. SPR sanggup menghina Dewan Undangan Negeri Kedah hanya kerana mereka mahu mendapat keredhaan UMNO dan Barisan Nasional.

Saya mencadangkan Pengerusi SPR supaya berhenti ambil gaji beliau dari Perbendaharaan Malaysia dan ambil gaji beliau dari PWTC. Kerana Pengerusi SPR tidak lain dan tidak bukan hanyalah taraf pelacur kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Di Sibu pun nyaris SPR mahu menipu dan memenangkan BN dengan menerima kertas undi POS yang tidak dibuang (sejumlah 400 undi). Berjam-jam wakil PR bertekak dan bertikam lidah dengan SPR dan akhirnya wakil SPR terpaksa mengaku kalah.

Kalau undi2 tersebut diterima, BN akan menang dengan majoriti 70-80 undi. Mujur kita berkeras dan melawan sehingga SPR terpaksa mengaku kalah.

Saya yakin, pelacuran SPR terutama dalam kes Kota Siputeh bakal menjatuhkan lagi nilai UMNO di mata rakyat Malaysia. Inshaalah, SPR tidak akan boleh pergi jauh sekiranya mereka merelakan diri mereka dilacurkan oleh UMNO.

Sehingga hari ini, tiada sebab untuk SPR menolak arahan Speaker Kedah untuk mengosongkan kerusi Kota Siputeh.

Saya tak sabar untuk PRK Kota Siputeh ini kerana ia akan memberi peluang kepada orang Islam di Kedah mengundi samada mereka redha atau tidak kepada Judi Bola tajaan Najib Tun Razak. Kalau BN terus menang, ertinya orang Kota Siputeh redha dengan judi bola tajaan Najib Tun Razak ini.

Kasihan rakyat Malaysia kerana SPR mereka ditadbir oleh pelacur-pelacur politik.

Tulang Besi

Rakyat muak politik wang BN- TG Nik Aziz


KOTA BHARU, 17 Mei: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi parlimen Sibu semalam kerana rakyat sudah muak dengan politik wang.

Beliau berkata, Umno dan BN menghina rakyat dengan membeli mereka seperti membeli ayam dan itik di pasar.

”Binatang ternakan boleh dibeli, tetapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik.

”Harap Umno dan BN sedar, tidak semua manusia boleh dibeli. Taburlah berlian dari langit sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai Umno,” kata Mursyidul Am PAS di sini.

Pada pilihan raya kecil parlimen Sibu semalam calon DAP Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kaum Cina di negara ini terbukti menolak BN seperti dilakukan di Hulu Selangor dan Sibu serta siri pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

Katanya laungan ketuanan Melayu dan menjulang keris di khalayak ramai di kalangan pemimpin Umno tidak lebih sebagai slogan ’buaya darat’ yang mencari mangsa untuk dibaham.

”Ia bukan slogan suci, kenajisannya terbukti apabila royalti minyak kepada Kelantan dinafikan sedangkan negeri ini lebih 90 peratus rakyatnya orang Melayu,” katanya.

Oleh itu beliau merakamkan ucapan tahniah kepada DAP yang mewakili Pakatan Rakyat menumbangkan BN di Sibu.

Beliau juga meluahkan rasa terkilan apabila keputusan pilihan raya kecil Sibu seperti dilenyapkan media massa daripada pengetahuan rakyat. -Hrkh

Gambar menarik Tok Guru Nik Aziz









SPR tuduh DAP punca lewat umum keputusan - Spr nak tipu sapa?

Kalau boleh aku pinjam kata Tukar Tiub, memang ni lagi satu nak tipu dayak. Agak-agak sikit la pun kalau nak menipu. Biar logik orang dengar.

Malaysiakini melaporkan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan DAP bahawa mereka sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu malam semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ejen parti itu sebenarnya yang telah menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi.

Berikutan itu, katanya, penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti berkenaan.

"Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai-pegawai kerap diganggu ejen parti," katanya. - Malaysiakini
Kalau betui la pun memang ada ejen parti Dap halang undi pos dibawa ke tempat penjumlahan undi macam yang SPR dakwa, takkan ambik masa sampai dua jam.

Takkan ejen Dap tu halang guna pistol kut. Kalau guna pistol pun apa masalah sangat. Kan ka kat Sibu masa tu ada beribu polis, takkan tak boleh bagi selesai. Takkan takdakpolis yang macam kat semenanjung yang memang hebat guna pistol. Lagipun Pegawai Spr pun ramai kat sana.

Lagi satu, pusat penjumlahan undi tu cuma buat penjumlahan undi, bukan tempat nak kira undi sehelai-sehelai. Prosidur dah cantik dah. Benda ada borang 14 dan 15. Kalau proses pengeluaran borang-borang tu memang ikut peraturan sejak dari pusat mengundi, takdak sebab ada pihak nak marah, takdak sebab ada pihak boleh tak puas hati.

Aku yakin, ada pegawai Spr yang bertindak lebih dari ejen BN sendiri pasai nak pastikan calon BN menang. Pasai tu la ejen Dap dan penyokong Pakatan Rakyat marah.

Malaysian Insider ada laporan lebh terpeinci kat sini.

Tsunami politik kini sampai ke S'wak

Kejayaan DAP merampas kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil semalam agak mengejutkan kerana para pemimpin parti tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenanginya.

Di kalangan para pemerhati politik pula, keputusan itu sekaligus menunjukkan bahawa tsunami politik yang melanda Semenanjung pada 2008 kini sudah sampai ke pantai Sarawak.

Dalam pilihan raya kecil ini, DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN - walaupun dengan majoriti 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi
rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Bagi undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.

Kejayaan DAP untuk memenangi kerusi parlimen Sibu juga banyak dibantu oleh peralihan sokongan pengundi Cina kepada parti tersebut.

Pada keseluruhannya, kira-kira 10 peratus undi Cina kepada BN pada 2008 telah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Paling jelas dilihat perubahan sokongan ini ialah di kawasan majoriti pengundi Cina di Pelawan, di mana kira-kira 5,000 undi BN pada 2008, telah beralih kepada DAP.

Begitu juga dengan kawasan majoriti Cina di Bawang Assan di mana calon DAP mendapat sokongan besar penduduk di situ.

BN juga kehilangan sokongan pengundi kaum Melanau-Melayu juga dilihat turut beralih kepada Pakatan Rakyat walaupun jumlah tidak sebesar pengundi Cina.

Bagaimanapun, keputusan pengundian semalam juga menunjukkan pengundi dari kalangan kaum Iban pula masih taat menyokong BN.

Perubahan sokongan tersebut antara sebab utamanya dilihat sebagai penolakan kepada dinasti politik di peringkat parlimen dan negeri itu.

Ia juga dilihat sebagai tanpa protes penduduk terhadap kekurangan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Sibu, khususnya masalah banjir yang sering dihadapi penduduk, sertai cukai tanah yang terlalu tinggi.

Perkembangan ini harus dipandang serius oleh kepimpinan BN yang selama menganggap Sarawak sebagai 'simpanan tetap' BN yang tidak pernah gagal menyumbangkan banyak kerusi parlimen pada setiap pilihan raya umum.

Malah, pada 2008, Sarawak dan Sabah menyumbang 39 kerusi parlimen ketika BN gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Sekiranya 'simpton' ini berjangkit, pasti ianya bakal menjadi satu masalah besar terhadap BN dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. -M'kini

BN sudah terkejut 'fix deposit' telah hilang..

Kemenangan Mengejutkan Semua Pihak?

SYABAS diucapakkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tepai kepada BN.

DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.

Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula 'menjelira' ke dalam hati masyarakat di sana.

BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.

Kekalahn itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menirima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.

Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.

Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu.- MSO

Penyokong Pakatan Rakyat sambut kemenangan.

Suasana di luar Dewan Suarah selepas calon Pakatan Rakyat diumumkan menang.
Kemenangan disambut dengan kegembiraan oleh penyokong Pakatan Rakyat.

YB. Wong yang baru diumumkan sebagai MP Sibu didampingi isteri dan SU Agung DAP, YAB. Lim Guang Eng.





Gambar yang tak keluar dalam TV



Calon DAP, Wong Ho Leng (tiga dari kiri) menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dengan 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron 232 undi. - Foto THE Star

Peringatan kepada DAP !
Jangan Halalkan Judi ...

Pemuda PAS tuntut hapus undi pos

SIBU, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat menuntut agar undi pos dihapuskan kerana pengamalannya sudah tidak lagi relevan malah bertentangan dengan matlamat asal ia diwujudkan.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, undi pos pada waktu ini hanya semata-mata dijadikan talian hayat Umno BN untuk memenangi pilihan raya.

"Walaupun Pakatan Rakyat menang di Sibu, tapi kita tetap tuntut undi pos dimansuhkan," katanya selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu diumumkan malam tadi.

Selain itu, kekalahan BN di Sibu, katanya sangat memalukan kerana undi pos yang sering digunakan untuk talian hayat mereka, gagal memenangkan parti pemerintah itu.

Jika pun BN menang dengan mengeksploitasi undi pos ujarnya, ia bukan sesuatu yang hebat bagi BN malah calon BN itu tidak layak digelar wakil rakyat namun layak dipanggil wakil pos.

"Kalah malu besar kerana undi pos tidak dapat cover, dan kalau menang pun tidak hebat.

"Orang tak panggil wakil rakyat, tapi orang panggil wakil pos," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS menyampaikan ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP yang telah menang PRK Sibu melalui calonnya, Wong Ho Leng.

Wong yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Bagaimanapun kata Nasruddin, Pakatan Rakyat tidak perlu mendabik dada malah lebih penting adalah terus berbakti kepada rakyat dengan penuh amanah dan dedikasi.

"Semoga dapat laksanakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan berbakti kepada rakyat dan tidak mendabik dada. Tugas Pakatan Rakyat masih banyak dan sukar," ujarnya. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .