Ikuti Blog ini

Filem Lucah Terhangat Di Pasaran

Filem Terbaru. Terhangat Di Pasaran
Tajuk Filem: "Menutup Pendustaan"
Keluaran: Umno Filem Production (Putrajaya) Sdn. Bhd.

Pengarah: Najib Razak.
Penulis Skrip: Mahathir Mamat
Pelakon Utama: Nazri Aziz
Pelakon Pembantu: Rais Yatim

Pengurus Latar: Musa Hasan
Pengarah Animasi: Gani Setail
Lokasi Pengembaraan: Parlimen




KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu.

Difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.

“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.

“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.

“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.

Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,

Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.

Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.

Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.

Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Dipetik dari blog Kerajaan Rakyat

Pahang Kaya Hasil Tetapi Bajet Defisit Kali Ke -13














SHAH ALAM 24 NOV : Walaupun merupakan negeri paling banyak menerima sumbangan dari kerajaan pusat dan mahsyur dengan khazanah alamnya, Pahang merupakan negeri paling tinggi jumlah hutangnya, dakwa Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.


Tanpa menafikan ia perkara yang memalukan, Azan berkata, beliau sebagai seorang ahli parlimen dari negeri itu begitu hairan bagaimana Pahang yang sepatutnya mewah pendapatannya, tetapi mencatat rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.


"Saya memang sudah jangka, maknanya 13 tahun berturut-turut tidak ada satu pun bajet yang seimbang, teruk.


"Masalah besar yang menjadikan begini sebab Pahang banyak kehilangan hasil. Hasil yang patut dipungut hilang sebab ketidakcekapan," katanya lagi.


Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta rakyat negeri berkenaan supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2010 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta.


Menurut Adnan, defisit untuk kali ke-13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.


Namun menurut Azan, jawapan Adnan yang langsung tidak melambangkan kredibiliti seorang pemimpin yang mempunyai keinginan politik untuk menyelesaikan masalah defisit yang dialami menjadikan negeri itu sebagai negeri paling banyak berhutang.


"Keadaan itu mengakibatkan Pahang mengumpul hutang yang lebih lagi untuk tahun yang ke-13.


"Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) tahun ini sahaja menerima RM90 juta. Keseluruhan yang diterima RM320 juta seperti yang ada dalam belanjawan," kata Azan.


Selain Pahang katanya, dua negeri lain yang menerima bantuan dari kerajaan pusat ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak iaitu sebanyak RM3.2 juta dan Perlis RM1.8 juta.


"Untuk apa beri bantuan kepada PKNP sedangkan negeri mengalami defisit. Sentiasa rugi. Perbelanjaan lebih daripada pendapatan," soal Azan.


Pahang mengalami defisit bagi tahun ke-12 berturut-turut iaitu sebanyak RM98.61 juta pada tahun lalu.


Menurut Adnan, beliau optimis walaupun beberapa tahun kebelakangan ini bajet Pahang mengalami defisit, tetapi menjelang akhir tahun apabila kira-kira kewangan dibuat, ia akan menghasilkan lebihan.


Namun menurut Azan, selagi kerajaan negeri tidak bertukar tangan, hasrat Adnan itu nampaknya sukar untuk direalisasikan.


"Tidak munasabah dalam masa 13 tahun, tidak pernah sekali pun dengan hasil, dengan cukai yang dikumpul, boleh melebihi perbelanjaan?


"Masalah utama ialah apabila terlalu lama diurus oleh pasukan yang sama iaitu kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional dan Umno, maka perkara yang sama di bawa dari tahun ke tahun, sama sahaja berturut-turut.


"Kalau bagi lagi 10 tahun, maka 10 tahun lagi lah defisit sebab dia tidak ada kehendak untuk memperbaiki keadaan ini, kerana Umno selalunya berada dalam keadaan selesa," tambah Azan lagi.


Katanya, terlalu menghairankan untuk sebuah negeri yang mempunyai hasil bumi seperti balak, emas, terlibat dalam sektor perindustrian, namun tidak mempunyai pendapatan untuk mentadbir urus negeri.


"Saya musykil dan tidak percaya sama sekali dengan keadaan negeri Pahang yang mempunyai khazanah kayu balak yang bermutu tinggi, dengan emas dan sebagainya, kawasan perindustrian kimianya, tetapi sampai ke tahap tidak ada sumber untuk mentadbir negeri sehingga menjadi defisit. Ini tidak munasabah sama sekali," tambah Azan lagi.


Justeru katanya, sekiranya dicabar untuk menguruskan belanjawan negeri Pahang dalam tempoh satu tahun supaya ia tidak lagi mengalami defisit, beliau sanggup melakukannya.


"Ambil contoh kerajaan Pulau Pinang (di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat) buat pertama kali tahun lepas, tidak ada defisit. Selangor buat pertama kali tidak ada defisit," tambah Azan lagi. tvs

Najib bimbang, siasatan Scorpène semakin meluas

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.

Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.

Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.

Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.

Seorang penceramah agama dalam kuliahnya di sebuah surau dekat Rawang berkata, beliau telah berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya dan yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.

"Saya tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu saya teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4," kata penceramah itu dalam kuliah dhuhanya di surau itu.

Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.

Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.

Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.

Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.

Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu. Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.

Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai. Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.

Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.

DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.

Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.

Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.

Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.

Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh. -Hrkh

Siasat Azmi Khalid Sebab Sebenar Beliau Enggan Siasat Sime Darby

Kerugian Sime Darby: PAC "cuci tangan"

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) "menyuci tangannya" dari kemelut kerugian RM2.1 bilion Sime Darby kerana ia menganggap pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sebagai urusan sektor swasta.

Kenyataan yang memeranjatkan ini berikutan janji PAC sebelum ini yang mahu menyiasat kerugian besar yang dialami Sime Darby.

"Sime Darby ialah anak syarikat PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan pemegang saham utamanya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Kedua-duanya tidak boleh diklasifikasikan sebagai badan kerajaan kerana sumber kewangannya datang dari pelabur individu, kata Pengerusi PAC Azmi Khalid.

"Dana KWSP datang dari para pemegang saham manakala dana PNB datang dari para pelabur swasta.

"Oleh itu, PAC tidak layak menyiasat kerugian besar yang ditanggung Sime Darby," katanya, menambah PAC mencapai keputusan ini pada mesyuaratnya pada 27 Oktober lalu.

Keputusan ini mengejutkan, terutama selepas PAC pada Jun lalu berkata pihaknya akan menyiasat para pegawai Sime Darby, menyebutnya sebagai kepentingan awam.

Sime Darby menanggung kerugian sehingga RM2.1 bilion, dari unit tenaga dan utilitinya tahun ini. Sime Darby berkata pihaknya akan menyaman di mahkamah untuk menuntut kerugian ini.

Bagaimanapun, syarikat gergasi perladangan dunia itu tidak menyebut siapakah yang akan disaman. Sime Darby juga sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Skandal Tuna

Dalam perkembangan lain, PAC mempertikai kedua-dua Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mengenai penyelewengan yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Azmi berkata, PAC telah bercakap dengan para pegawai kementerian berkenaan mengenai Program Makanan Tambahan dan akan menemu bual pihak pengurusan Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia (MITP) minggu depan tentang kerugian RM60 juta.

Walaupun Azmi, yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, berjanji akan menyediakan laporan MITP namun beliau berdiam diri tentang hasil siasatan dengan menyatakan laporan itu belum siap. -FMT

Rakyat melihat kenyataan Azmi Khalid berkenaan semata-mata satu helah untuk melindungi kerugian Sime Darby.

Setiap syarikat yang dikategorikan sebagai "GLC" ada hubung-kaitnya dengan rakyat dan bererti PAC perlu akauntable kepada rakyat terhadap perjalanan syarikat berkenaan walaupun pemegang saham utamanya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Malah jika pelaburan terbesarnya datang dari KWSP, sepatutnya PAC lebih berhak menyiasatnya - dua dalam satu, siasat Sime Darby dan siasat juga KWSP.

Azmi Khalid perlu diberhentikan, malah jika perlu, perlu disiasat sebab sebenar mengapa beliau enggan menyiasat Sime Darby. -GB

Tiada Sebab Untuk Harakah Minta Maaf




















SHAH ALAM 24 NOV : Pengarang lidah rasmi PAS Harakah, Taufek Yahya memberitahu pihaknya yakin laporan yang disiarkan Harakah bertarikh 15 November lepas, benar dan bersandarkan kepada fakta.

Maka ujar beliau, tidak ada sebab untuk akhbar itu memohon maaf kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad kerana memutarbelitkan fakta seperti yang diminta oleh ADUN Barisan Nasional(BN) berkenaan.

"Kalau dilaporkan itu benar, apa kepentingan Harakah untuk minta maaf.

"Pada saya apa yang diucapkan, itulah yang dilaporkan. Lagipun program itu dihadiri ratusan orang. Dan setakat ini tidak ada pula kita mendapat bantahan daripada peserta seminar itu sendiri atau lain-lain ahli panel mengatakan laporan itu tidak tepat," ujar Taufek.Bernama hari ini melaporkan, Farid meminta akhbar berpengaruh pembangkang itu untuk meminta maaf berhubung laporan berjudul "Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian" dalam forum anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas.

Seraya beliau memberikan tempoh 14 hari kepada Harakah berbuat demikian, sebelum tindakan perundangan diambil.

Bagaimanapun, menurut Taufek, tindakan Farid itu mungkin ada kaitannya dengan tekanan yang diterimanya dari kepimpinan Umno negeri berikutan tindakan mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa di negeri itu.

"ADUN Pulau Betong itu juga rasanya membuat komen mungkin setelah mendapat teguran atau tekanan daripada pemimpin-pemimpin Umno negeri.

"Kalau itu merupakan satu pengakuan, apa yang hendak dipertikaikan sendiri oleh ADUN Pulau Betong itu," soal Taufek yang hairan dengan tindakan Farid itu.

Tambah Taufek lagi, apa relevannya Farid mengambil masa yang lama untuk 'mengesan' laporan Harakah yang dikatakan memutar belit kenyataannya.

"Kalau berita itu tidak benar, mengapa beliau mengambil masa yang lama bagi ADUN Pulau Betong itu untuk mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang dilaporkan oleh Harakah.

"Buat masa ini kita masih bertegas mengatakan bahawa apa yang dilaporkan itu benar," ujarnya lagi.

Taufek turut mengingatkan Farid bahawa laporan yang disiarkan oleh Harakah berdasarkan kepada apa yang diperkatakan oleh Farid dalam forum yang dihadiri ratusan orang dan bukannya dipetik dari mana-mana.

"Kalau laporan itu tidak tepat dan terbukti laporan itu tidak tepat, mereka boleh menafikan dan kita boleh menyiarkan penafian itu. Tetapi kalau apa yang dilaporkan itu benar, mereka harus menerimanya lah," tambah Taufek lagi.

Harakah dalam keluaran 15 November itu turut melaporkan Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancang.-- tvs

Bangunan Parlimen Bocor Lagi. BN Sudah Tidak Layak Memerintah

Bangunan Parlimen Bocor Lagi

KUALA LUMPUR: Bangunan Parlimen yang dibaik pulih selepas kejadian bocor di saluran pendingin hawa di laluan tepi Dewan Rakyat berhadapan dengan bilik Yang Dipertua pada 2008 sekali lagi mengalami kebocoran ekoran hujan lebat kira-kira hampir dua jam pada tengah hari Selasa.

Bagaimanapun kebocoran kali ini berlaku di kafeteria Ahli Parlimen bersebelahan bangunan utama Dewan Rakyat.

Hujan lebat kira-kira pukul 1.15 petang itu menyebabkan air mencurah-curah keluar dari bahagian syiling kafeteria berkenaan.

Kejadian yang berlaku kira-kira 20 minit selepas hujan lebat itu mengejutkan sekumpulan ahli Parlimen yang sedang menikmati makanan tengah hari pada waktu rehat persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ini merupakan kejadian keempat sejak kejadian bumbung bocor pada Mac 2008.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kejadian itu merupakan sesuatu di luar jangkaan walaupun proses baik pulih telah dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun menurutnya proses membaik pulih bangunan yang dibina pada 1962 itu perlu dilakukan bagi memastikan jangka hayat bangunan Parlimen itu.

"Bangunan ini sudah tua, bila kita lakukan sesuatu seperti memasang pendingin hawa dan ganggu sistem asalnya, ia akan mengalami masalah... jadi kita akan baik pulih bangunan ini," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan memindahkan bangunan Parlimen ini, Mohamed Nazri berkata: "Tidak, kita akan tetap berada di sini, kita tak akan pindah.

"Kita akan tetap berada di sini, tapi pada masa yang sama akan mendapatkan pandangan daripada pihak berwajib untuk mencari bangunan sementara... tapi Kabinet belum buat apa-apa keputusan lagi."

Sebelum ini Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaporkan telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerja pembaikan dijalankan ke atas bangunan sekarang dengan kos RM100 juta.

Gambar ehsan malaysiakini





Biasanya, setiap kali berita kebocoran Parlimen akan diikuti dengan "kebocoran" di dalam sistem kehakiman negara. Dan jika demikian halnya petunjuk Ilahi, maka BN sudah tidak layak untuk menjadi pemerintah negara.

Sebelum ini GB pernah mengulas di SINI. Petikan

GB adalah seorang yang yakin kepada perjuangan kebenaran dan keadilan. GB juga orang suka membaca dan merenung ayat-ayat Allah yang diaparkan terbentang luas di mayapada ini, ayat manzurah namanya selain dari kitab Al-Quran yang berupa ayat maqru'ah. Ramai hakim beragama Islam yang bebal dalam bab ini.

Kebocoran mahkamah petanda ada kebocoran nanti di dalam sistem kehakiman negara.

Ada hakim jahat yang masih berkeliaran di Palace of Justice, GB kata dulu. Membaca skrip yang telah disiapkan di dalam menghakimi kes-kes dengan membelakangkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kini, ia didedahkan sendiri oleh Sang Pencipta. Hakim yang mana lagi mau tunjuk ego dengan Tuhan? Silakan. Bukan saja bumbung mahkamah yang bocor, seluruh bangunan mahkamah boleh runtuh. Hakim yang menjadi lembu UMNO masih ada, Pak Turut kepada Peguam Negara pun ramai, takut kehilangan jawatan daripada takut Tuhan paling ramai, ingat kes "correct, correct, correct"? -GB

Gaji Najib RM22,826.65 Sebulan



























KUALA LUMPUR : Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.. -Bernama.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .