PAS tidak tolak mungkin Bersih 4.0HULU TERENGGANU : PAS tidak menolak kemungkinan dan bersedia menghadapi himpunan Bersih 4.0 jika kerajaan gagal membuat perubahan daripada kejayaan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan jika kerajaan tidak membuat perubahan sebagaimana tuntutan Bersih 3.0, tidak mustahil Bersih 4.0 akan diadakan lagi.
Menurutnya, tuntutan Bersih 3.0 agar kerajaan membuat perubahan dengan kebebasan media dilaksanakan, tidak ada penipuan dalam pilihan raya, bersihkan daftar pemilih dan sebagainya.
“Kita tengok dulu Bersih 3.0 sama ada kerajaan buat perubahan atau tidak. Jika kerajaan tidak buat perubahan, media tidak bebas, pilihan raya tipu lagi, daftar pemilih tidak bersih, kita akan buat lagi.
“Celup dakwat pun belum tentu lagi, dakwat jenis mana kita tidak tahu lagi. Ketua-ketua pengarang yang cuba hendak bebas akan dipecat dan dilantik yang ikut arahan sahaja,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kali ke-43, di Dewan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir, hari ini.
Ketika menjawab dakwaan kerajaan bahawa peserta Bersih 3.0 bertindak ‘ganas’ beliau mahu siasatan secara rapi dan adil dilakukan bagi mencari pihak bertanggungjawab.
Katanya, demonstrasi di negara ini cuba dibendung, disekat dan dikawal dengan kawalan-kawalan yang boleh mengongkong bukan kawalan yang boleh meluahkan rasa dengan bebas.
“Kerajaan kena siasat siapa bertanggungjawab. Minta siasatan itu secara adil dan hakim juga kena adil. Kebebasan kuasa itu kena ada antara badan kehakiman dengan eksekutif. Ini penting dalam sistem demokrasi,” tegasnya. -Hrkh
Mat Sabu: 1 juta untuk BERSIH 4.0 jika tiada reformasi p’raya
Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.
Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.
Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.
Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia “lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin”.
Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu.
Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno. -M'kini


Dua
orang tahanan, Aunty Ah Mei dan Liu Yang menghadiri sidang media yang
diadakan ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai di stesen LRT Masjid Jamek.
Turut hadir bersama termasuk Teresa Kok, Tan Seng Giaw, Lim Lip Eng, Lau
Weng San dan lain-lain. Bilangan peserta perhimpunan BERSIH 3.0
mencapai kemuncaknya di Jalan Tun Perak, semalam.
Aunty Ah Mei (gambar kanan) berasal dari Kuantan, pernah menarik perhatian media apabila
Ketika
dirinya ditahan, beliau melihat ramai pemuda yang luka pada bahagian
kepala sehingga berdarah. Ah Mei mendakwa dirinya mampu mengecam wajah
polis yang memukul dirinya dan orang lain, menawarkan dirinya untuk
mengecam muka polis seandainya polis mahu menyiasat.
Lai
berkata beliau melihat seorang peserta perhimpunan mengangkat tangan
ketika anggota polis itu membelakanginya dalam kejadian di persimpangan
Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Esfahan, di tepi bangunan pusat membeli
belah Sogo.

“Mereka
adalah yang muda dan tua – rakyat Malaysia dari pelbagai latar
belakang. Mereka datang daripada Lembah Klang, ada juga yang datang
daripada Sabah dan Sarawak. 













Menurut sumber, butiran pertemuan itu tidak didedahkan namun dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0.
KOTA BHARU, 2 Mei:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan
sekiranya ada Bersih 4.0, beliau akan terus memberi semangat kepada
rakyat di negara ini untuk menyertainya demi menentang kemungkaran yang
dilakukan pemerintah.



