Ikuti Blog ini

Mewah : Gambar2 Kapal Terbang Peribadi Sultan Brunei.

Salam semua..

Anda kenal siapa Sultan Brunei? Ish..malunya kalau tak kenal. Siapa lagi kalau bukan Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Panjang betul namanya..Sultan Brunei memang terkenal dengan kekayaannya. Jadi pada hari ini, saya nak membawa anda semua melihat salah sebuah aset miliknya iaitu Kapal Terbang Peribadi ( Airbus 340 )Haa…tengok kat bawah nie, semuanya cantik-cantik kan? Yang berwarna kuning tu emas tau. Jom tengok…
Harga kapal terbang ini bernilai USD 100 million..Anda cubala sendiri tukarkan ke RM..
Begitu indah dengan hiasan kaligrafi Al Quran
Sinki pun daripada emas..
Selesa sungguh ruangan tempat tidur
Ini pula ruang tamu. Dah macam rumah dalam kapal terbang nie.
Tandas pun dari emas? Sayangnya nak guna tandas nie..

Macam mana? cantik kan?..sejuk mata memandang. Kalau ada sebiji, memang tak duduk rumah dah. Tinggal je dalam kapal terbang tu..

SOLAH HAJAT & CERAMAH PERDANA SELANGOR

Rekod Tok Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 20 tahun menunjukkan bahawa senjata ampuh beliau menentang kezaliman UMNO adalah dengan mengadu kembali kepada Allah SWT.

Kerajaan negeri Selangor sekarang ini sedang diserang dalam dan luar. Maklumat saya dapat dari dalaman UMNO, pihak atasan UMNO masih belum berpuas hati selagi Selangor belum jatuh kembali ke UMNO.

Alhamdulillah, setiap percubaan mereka gagal dan makan tuan. pembunuhan Teoh Beng Hock. Penggunaan SPRM untuk melemahkan serta mensabotaj Kerajaan Negeri juga gagal. Percubaan Suwardi Yaakob untuk menjatuhkan MB juga menemui kegagalan yang luhur sehingga ke tahap Nazlee GERAK masuk PKR. Namun, segalanya adalah ketentuan Allah SWT dan bukan kerana kekuatan kita.

Solat hajat ini WAJIB dihadiri oleh SELURUH RAKYAT MALAYSIA tidak kira agama atau bangsa. Saya berharap untuk melihat Stadium Melawati dipenuhi bukan sahaja dengan orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

Dicadangkan keseluruhan Kepimpinan DAP dan PKR yang bukan Islam juga turut hadir menunjukkan sokongan. Pakatan Rakyat adalah lemah dan hanya bergantung kepada kekuatan Allah SWT. Biarlah Allah SWT melindungi kita dari kezaliman dan kejahatan UMNO dan Barisan Nasional

PROGRAM : SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA BERSAMA MURSYIDUL AM PAS - TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, PENASIHAT UMUM PKR - DATO' SERI ANWAR IBRAHIM & MENTERI BESAR SELANGOR - TAN SRI KHALID IBRAHIM

HARI/WAKTU : SABTU MALAM AHAD, 20HB. FEBRUARI, 2010, 7 MALAM

TEMPAT : STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR

ANJURAN BERSAMA : PAKATAN RAKYAT SHAH ALAM

Beruk jalanan dah muncul

[SDC10593.JPG]
Siapa masih ingat ucapan khairy beberapa tahun lepas yang menyifatkan pembangkang berdemonstrasi sebagai beruk-beruk di jalan raya. Sekarang anda tengok beruk sebenar dah muncul!



Hakim Zabidin Enggan Undur Walaupun Berat Sebelah

Hakim Zabidin Mohd Diah mengesahkan beliau tidak akan menarik diri dari mendengar penghakiman konspirasi 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan tidak mahu lari dari tanggungjawab yang diamanahkan terhadapnya.

Zabidin sebelum ini diminta mengundurkan diri dari menghakimi perbicaraan itu apabila beliau enggan mengambil sebarang tindakan terhadap laporan akhbar Utusan memfitnah dan mengaibkan Anwar.

Sementara itu, Anwar memfailkan permohonan penangguhan sementara di Mahkamah Rayuan bagi

menangguhkan perbicaraan konspirasi 2 terhadapnya di Mahkamah Tinggi.

Pengesahan afidavit dilakukan di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Semalam Mahkamah Rayuan menolak permohonan lisan peguam Karpal Singh tanpa afidavit.

Dalam pada itu, lebih 30 orang penyokong Anwar membacakan surah Yassin di luar perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diketuai Ustaz Badrul Amin.

Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Semakin Kuat

Ceramah Perdana & Solat Hajat


Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 15,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.

“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang.

suara-keadilan.com

Punca Perkasa dan Umno berdemo bantahan tapi Australia tak faham

Lihat gambar diatas, jika anda pun keliru dengan apa yang diperkatakan Perkasa dan Umno melalui banner yang dibawa untuk membantah Australia mencampuri kes liwat Anwar, apatah lagi orang-orang Australia.

Inilah akibatnya apabila si bangang hendak membentak si cerdik. Asalkan dihulurkan wang, apa benda pun Perkasa boleh buat.....sebab soruu mereka sekarang dah miss banyak.
Jadi barua pun takpe, asalkan ada MASYUKKK.

Sambil tengok-tengok gambar tu, sila cari perkataan-perkataan yang disalah eja.

Laporan demo mereka dihadapan kedutaan Australia, baca di SINI

Auw! Hishammuddin terkejut!

Dalam berita bertajuk "Lambakan warga asing luar biasa", Utusan Malaysia semalam melaporkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut dengan lambakan warga asing yang disifatkan beliau luar biasa.

Saya tak terkejut Hishammuddin terkejut. Maklumlah, itu bukan bidang tugas dia. Bidang tugas dia ialah untuk berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah".

Ia samalah kita tak terkejut apabila Datuk Nasir Safar berkata, berkata kaum bukan Melayu di negara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah manakala "orang-orang Cina, terutama wanita, datang ke sini untuk jual tubuh".

Apa nak terkejutnya. Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata, kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu?

Kawan-kawan tentu faham makna tacit approval.

Pemimpin Umno ‘benak’; Yang Haram Tak Nampak, yang ‘Syiar’ DiPertikaikan

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/UstazIdris170210.jpgSeberang Takir, KUALA NERUS – Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, menyambut MaulidurRasul adalah satu syiar yang boleh, samada mahu disambut atau pun tidak, oleh orang Islam.

Sebaliknya, kata beliau, bertafakkur di hadapan tugu negara adalah haram yang sama sekali ditegah didalam Islam.

Namun katanya, pemimpin Umno tidak bercakap soal yang haram itu, apabila Perdana Menteri tunduk bertafakkur dihadapan Tugu Negara, tetapi membesar-besarkan berkaitan soal perarakan MaulidurRasul

”Untuk…bertafakkur depan (Tugu Negara) memang tak boleh, yang ini (menyambut MaulidurRasul (adalah syiar), perarakan itu hanya sebahagian program sahaja, mengapa Umno tak bising (yang haram itu),”katanya ketika ditemui selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan PAS DUN Seberang Takir, dekat sini, semalam 17 Februari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang digembar-gemburkan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memburukkan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Menurutnya, PAS mengambil pendirian bahawa sambutan MaulidurRasul hanyalah syiar dan perarakannya adalah program, yang tidak menjadi masalah, samada mahu melaksanakannya, atau pun.tidak.

Oleh itu, di negeri Kelantan PAS tidak mengadakan perarakan tetapi mengadakan sambutan MaulidurRasul dengan menganjurkan pelbagai Majlis Ilmu, yang mengingatkan umat Islam terhadap RasuluLlah dan perjuangannya menegakkan Islam.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata pemimpin Umno ‘benak’ kerana tidak boleh melihat dan membezakan antara benda yang lebih besar dan penting, berbanding perkara yang kecil dan kurang penting.

Katanya perkara yang lebih besar dalam Islam adalah perkara yang dilarang dan diharamkan seperti bertafakkur dihadapan Tugu Negara.

”Umno tak nampak perkara ini, tetapi nampak menyambut MauliduRasul lebih besar sedangkan ia hanyalah satu syiar,”jelasnya.


Dialog Pimpinan Agama Anjuran Pakatan Rakyat

pakatan-rakyatBuat julung kalinya, Majlis Dialog Bersama Pemimpin Agama yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Februari 2010 di The Club Bukit Utama, Damansara.

Dialog ini merupakan satu peristiwa amat bersejarah bagi masyarakat majmuk di Malaysia yang amat memerlukan program-program yang dapat meningkatkan mutu perhubungan dan komunikasi di antara anggota masyarakatnya. Apatah lagi, ia dianjurkan pada ketika rakyat Malaysia sedang menghadapi pelbagai kemelut ketegangan agama dan kaum khususnya mengenai penggunaan kalimah 'Allah" yang dicetuskan baru-baru ini.

Dialog yang dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat telah menemukan para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan YB Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS). Turut serta adalah Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS) beserta dengan kumpulan tokoh-tokoh pemimpin dari Parti masing-masing.

dialog-10-02-2010-01Majlis ini telah dihadiri oleh lebih dari 100 orang peserta yang terdiri dari para pemimpin NGO kesemua agama utama yang wujud di Malaysia – Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh. Malah, sebahagian besar yang hadir merupakan tokoh-tokoh dari pelbagai profesionalisme seperti ahli akademik, intelektual, peguam, korporat dan aktivis masyarakat.

Kami berpandangan bahawa sesi dialog yang telah berjalan selama kira-kira hampir 3 jam ini telah berjaya menghasilkan kesan dan rumusan-rumusan seperti berikut:
  1. Majlis ini telah berjaya mewujudkan persefahaman di kalangan para pemimpin pelbagai agama untuk saling mengenali dan hormat menghormati antara dengan lain.
  2. Ia telah dapat meleraikan konflik isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam suasana yang amat kondusif kerana adanya sikap positif dan kejujuran untuk menyelesaikannya secara terbuka, adil dan bijaksana.
  3. Meskipun setiap agama adalah berbeza namun semua pihak mengakui bahawa wujudnya kebersamaan nilai-nilai murni dan akhlak di antara semua agama ini yang perlu diiktiraf dan dimanfaatkan dalam membangun tamaddun masyarakat Malaysia di masa depan.
  4. Persetujuan bahawa budaya dialog antara agama-agama seperti ini perlu diteruskan dan dirancang sebaiknya oleh Pakatan Rakyat untuk disemarakkan di masa hadapan.
  5. Keinsafan kesemua pihak agar budaya dialog ini dapat disebarluaskan ke dalam masyarakat hingga ke peringkat akar umbi.
  6. Kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat akan menjadikan program dialog antara agama sebagai program yang wajib dilaksanakan untuk mendidik masyarakat supaya mempunyai pengetahuan dan meraikan realiti kewujudan kepelbagaian agama di Malaysia.
  7. Usaha untuk mewujudkan persefahaman seperti ini merupakan satu langkah proaktif bermakna. Tidak mungkin kita dapat bersetuju dalam semua perkara. Inilah realiti dan keindahannya. Namun usaha-usaha seperti in sudah pasti dapat mencari titik persefahaman dan penyelesaian sebarang konflik yang berlaku dalam masyarakat dari semasa ke semasa.
dialog-10-02-2010-02Sekian lama, para pemimpin negara Malaysia begitu berbangga kepada dunia antara bangsa akan kewujudan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai agama dan kaum. Namun begitu, berlakunya krisis mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' yang mengakibatkan beberapa rumah ibadat pelbagai agama telah diceroboh, menyebabkan imej negara menjadi begitu tercalar. Insiden ini jelas menampakkan bahawa kebanggaan kita selama ini hanyalah bersifat lahiriah semata-mata. Namun hakikat isi dan kualitinya adalah kosong dan hampa. Adalah amat menyedihkan melihat betapa rendahnya kualiti perhubungan masyarakat Malaysia sehinggakan ada sebahagiannya yang memandang sinis program-program dialog seperti ini.

Majlis dialog seperti yang telah berlangsung tersebut cukup istimewa kerana ia merupakan program yang menemukan tamaddun-tamaddun besar dan utama di dunia – sama ada dari segi agama ataupun bangsa. Justeru, permulaan bersejarah yang telah dibina ini perlu dijadikan teras membina tamaddun baru Malaysia di masa hadapan.

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT

Lembaga Hitam mengamuk di Perak


Satu lembaga hitam telah mengamuk dan bermaharajalela di satu kawasan di Air Kuning, Perak.

Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu yang dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan habis ranap dikerjakan oleh lembaga hitam tersebut.

IPOH : Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat membantah keras tindakan kerajaan Perak melalui Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama yang merobohkan kawasan ladang yang telah diusahakan selama 12 tahun di Air Kuning, Perak.

Kawasan tersebut yang terletak berhampiran Taiping berada dalam Dewan Undangan Negeri Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang.

Insiden ini berlaku kira-kira 48 jam selepas Dr Zamry Abd Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini.

Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu telah dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan.

"Kami membangunkan tanah tersebut yan tidak didiami bagi memenuhi hasrat kerajaan yang mahu memajukan sektor pertanian dan penternakan," kata Mohd Salleh Ariffin, jurucakap kumpulan peneroka tersebut.

Pasukan perobohan tersebut dari Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama, dibantu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), polis dari Taiping, JKR Taiping dan jentera dari syarikat Gamuda mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan selama 12 tahun.

"Mereka datang seolah-olah hendak menangkap penjenayah besar. Kami telah membuat permohonan untuk mendapat hak milik tanah termasuk menghantar surat ke Jabatan Perdana Menteri tetapi tidak mendapat respon sehingga kini.

"Mereka memusnahkan semuanya yang kami usahakan termasuk menebang pokok buah-buahan. Adakah ini slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?," kata Mohd Salleh yang turut ditangkap dan digari kerana didakwa cuba menghalang kerja-kerja perobohan tersebut.

Kerugian dianggarkan sekitar RM500,000.00.

Mengulas kejadian ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa dukacita, kesal dan menyampah dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Dr Zamry ke atas rakyatnya sendiri di Perak.

Katanya, tindakan meroboh dengan jentolak dengan bantuan pasukan polis dan FRU ini seolah-olah menyerupai tindakan yang diambil oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine.

"Sepatutnya pihak kerajaan perlu menggunakan kaedah perundingan untuk mendengar permasalahan rakyat dahulu. Saya juga nak ulangi apakah ini dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

"Kita membantah keras tindakan ini dan menuntut kerajaan Dr Zamry memohon maaf dengan pihak yang terbabit dan membayar ganti rugi kepada mereka.

"Kita juga menuntut kerajaan Perak tidak memandang remeh perkara ini dan tidak menjadikan ini sebagai tindakan balas dendam atau sebagainya kerana baru-baru ini mereka juga telah mengeluarkan hak milik kepada pekebun limau bali di Tambun sedangkan di sebaliknya pula ada segolongan lagi rakyat yang telah dizalimi," ujarnya.

PANAS: Pendedahan gaji para Menteri dan Timbalan Menteri!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, tuan dan puan, Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia.

Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri. Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.

Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri.

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan.

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00.

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri.

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parlimen.

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber.

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahui dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua.

Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat di Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik.

Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE

Bahagian Kewangan

Jabatan Perdana Menteri

Putera Jaya Wilayah Persekutuan

Sumber: greensocialis
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .