Ikuti Blog ini

PAS Desak Borang 2 Undi Pos Dihapuskan

Dewan Pemuda Pas Pusat bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dan telah mengarahkan jenteranya menakluk kubu kuat BN itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Pas Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi Abdul Rani berkata keutamaan awal adalah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan proses undi pos secara telus.

"Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengerahkan tenaga semaksima mungkin bagi merampas kerusi BN. Secara kebetulannya PAS akan bertanding dalam pilihanraya kecil yang terdekat ini. Dalam masa yang sama, kami Pemuda PAS pusat akan mendesak dan menghantar tuntutan kepada SPR, pertama mengenai undi pos supaya ianya lebih telus dalam pilihanraya kecil akan datang" katanya.

Lantaran itu, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar memorandum kepada SPR Malaysia dalam masa terdekat. Ustaz Azman Shapawi menambah, beberapa sudut teknikal akan dibangkitkan dalam memorandum kerana sayap parti aliran Islam ini bimbang dengan penipuan pilihanraya.

"Kita minta dari sudut teknikal seperti borang 2, borang yang menulis maklumat-maklumat pengundi pos itu sendiri yang mungkin mengakibatkan rasa takut, bimbang terjejas kedudukan mereka untuk mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang minta dihapuskan".

Ujarnya lagi, Pemansuhan borang 2 sangat mustahak dalam memastikan ketelusan. Beliau juga harap SPR memberikan kelonggaran kepada calon dari PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Bagan Pinang untuk memasuki kem-kem tentera di kawasan DUN berkenaan bagi tujuan kempen.

"Kita rasa pilihanraya kecil kali ini, perkara ini boleh dilakukan kalau SPR benar kepada kita dan saya rasa isu keselamatan tidak timbul kerana semua tumpu kepada pilihanraya kecil dan kalau orang lain boleh masuk ke dalam kem, jual sayur, konsert pun boleh buat dalam kem, tak kan calon nak bertemu dengan pengundi, berkempen, nak cerita menifesto pengundi pun tidak boleh. saya rasa wajar diberi kebenaran kepada kita" tambahnya. Sementara itu, Sekretariat BERSIH, Faizal Mustaffa berkata, BERSIH sejak sekian lama berpendirian, bahawa undi pos perlu dihapuskan kerana wujud pelbagai isu yang meragukan.

Dalam situasi di Bagan Pinang, Faizal berkata sebahagian besar dari pengundi pos yang akan terbabit sebenarnya sudah tidak layak mengundi berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan mereka yang telah tamat tahun lepas.

"Pengambilan anggota tentera yang bermula dengan angka pendaftaran 1068 sehingga 1070 adalah rekrut pengambilan November 1986 di Port Dickson, jika pengambilan itu rekrut tersebut dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 tahun atau pun 22 tahun, bermakna mereka akan berpencen pada November 2007 atau November 2008".

Malah ujarnya lagi, fakta ini merupakan sesuatu yang serius dan ianya wajar dipantau bagi mengelakkan wujudnya pengundi hantu pada pilihanraya kecil Bagan Pinang.

"Kalau kita lihat kepada pada spr.gov.my angka-angka pendaftaran ini masih wujud dalam sistem. Maknanya, saya ingin mengatakan di sini bahawa mereka seramai 1, 970 orang ini, yang sepatutnya tidak boleh berdaftar atau ertinya tidak ada kelayakan untuk mengundi di Port Dickson masih boleh mengundi di Bagan Pinang pada pilihanraya kecil." -TVA




TUN memang pakar....


Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya”.

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

“Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim… orang yang amat dipujinya?”

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang ‘rasis’ yang berlagak sebagai “abang-besar”.

Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.

Bagan Pinang: Isa jadikan PAS berpeluang menang…

Isa Samad ANALISIS | Penamaan Tan Sri Isa Samad sebagai calon tunggal Umno di Dun Bagan Pinang oleh kebanyakan pemimpin Umno tempatan, membimbangkan Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.

Isa yang juga bekas Menteri Besar semalam menerima sokongan dari 12 Ketua Umno Cawangan, 12 Ketua MiC Cawangan, dan empat Ketua MCA Cawangan.

Dengan laluan mudah Isa itu jika berakhir dengan menang majoriti, bukan sahaja mengekalkan status quo Umno di N31, malah tidak mustahil Mohamad mampu diketepikan sebagai Menteri Besar kelak.

Ditambah oleh keakraban Isa dengan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam beberapa siri kempen pilihanraya lepas, sudah tentu memberi kelebihan kepada Isa berbanding Mohamad.

Demi survivel politik peribadi, tentunya Mohamad tidak berputeh mata.

Mohamad mungkin terpaksa sabotaj undi sokongan UBN kekal agar Isa kalah, demi memelihara locus standy dirinya.

Kekalahan Isa bermakna Isa tiada peluang menjadi Menteri Besar selepas selesai pilihanraya kecil N31 tersebut.

Pun begitu, kekalahan UBN akan mengukuhkan lagi sindrom takut kalah pilihanraya atau atychiphobia sindrome yang dialami ahli-ahli UBN sehingga kini; ekoran kekalahan berterusan mereka dalam siri pilihanraya sejak 8 Mac tahun lalu.

Kelalahan UBN di Bagan Pinang juga akan menjadi sumbu kepercayaan rakyat, bahawa Pakatan mampu mengambil alih Persekutuan selepas pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

Menyedari semua kebarangkalian tersebut sejak dari awal lagi, mendesak Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyuddin Yassin mengarahkan akar umbi Umno menyerahkan lebih satu nama calon kepada Masjlis Tertingginya sebelum ini.

Muhyiddin mahu memilih calon lain (selain Isa), demi mengelak sabotaj oleh penyokong-penyokong Umno sendiri.

Namun, dengan pemilihan Isa sebagai calon tunggal semalam, sekaligus menjadi isyarat bahawa Muhyiddin tidak ada wibawa dalam kalangan penyokong UBN tempatan sendiri.

Mungkin sebab itu jugalah, Muhyiddin mencipta alasan, bahawa itu semua bukan membelakangkan pendapatnya; sebaliknya ia adalah suara akar umbi Umno.

Walaupun Umno dikatakan mempunyai kelebihan 5000 undi pos sebagaimana yang diwar-warkan pemimpin-pemimpin oposisi belakangan ini, dengan pergelutan kuasa dalaman Umno yang berlaku sekarang; sudah tentu menuntut PAS menangguk di air keruh.

Ini baru satu sisi pandang kecil sahaja, sementara menanti pengumuman tarikh pilihanraya kecil N31 oleh SPR tidak lama lagi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .