Ikuti Blog ini

Kehadiran PM jumpa jentera di KT kerana BN berpecah?




KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mendakwa, kehadiran tergesa-gesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi bertemu jentera Barisan Nasional di sini berikutan adanya perpecahan berlaku.


ImageMenjawab soalan yang ditimbulkan wartawan dalam sidang medianya di Pusat Media PAS, Kuala Ibai dekat sini, Nasharudin tidak menafikan kemungkinan tersebut.


Malah beliau menyatakan sememangnya berlaku perpecahan di kalangan jentera BN di sini dalam beberapa isu termasuk yang membabitkan calon itu sendiri.


Mengikut rekod bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga biasanya selaku Pengerusi BN sebelum Abdullah tidak pernah turun berkempen bagi pilihan raya kecil.

Image

Biasanya hanya timbalannya sahaja yang akan mengemudi jentera kempen, sebaliknya Abdullah dikatakan nampak tergesa-gesa turun ke Kuala Terengganu bagi bertemu jentera BN.


Mengulas isu dakwaan bekas MB Selangor, Dato' Dr Mohd Khir Toyo berhubung PAS tiada pilihan selain kononnya terpaksa memilih Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Adun Wakaf Mempelam sebagai calon PAS pula, Nasharuddin menempelak kenyataan Khir itu.


PAS sebaliknya memilih Wahid kerana kredibilitinya sebagai calon popular yang mampu memenangkan PAS dan mampu berkhidmat untuk rakyat, katanya.

Image

Wahid adalah anak tempatan yang sangat diterima rakyat di sini, sebaliknya pemilihan calon BN, Dato' Wan Farid Wan Salleh pula dikatakan mengundang perpecahan dalam Umno/BN, ujar Nasharuddin.


Justeru katanya tidak timbul soal PAS memilih Wahid berikutan tiada calon yang berwibawa.





Sambutan hebat di 'Cakna Rakyat'


KUALA TERENGGANU, 10 Jan – Kira-kira 500 orang penduduk daripada Dun Bandar membanjiri perkarangan Flat Awam Hiliran, Pulau Kambing pagi tadi bagi meraikan Program Cakne Rakyat, di sini.


Program yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi itu berjaya menarik hati ramai penduduk daripada peringkat kanak-kanak sehingga warga emas. Ramai yang hadir menyatakan sokongan padu mereka kepada calon pakatan rakyat, Abdul Wahid Endut yang hadir sama menyampaikan ceramah kempennya.


Program yang berlangsung meriah ini menyajikan pelbagai acara menarik seperti pertandingan gubahan tuala, klim karipap, boling padang, pertandingan mewarna kanak-kanak, rebut kerusi kanak-kanak, ceramah motivasi dan pertandingan kupas bawang untuk peserta lelaki.


Program kemasyarakatan itu juga turut menghadirkan doktor-doktor dalam pemeriksaan kesihatan percuma, kemudahan seperti semakan daftar pemilih juga disediakan kepada penduduk.


Wahid, dalam ucapannya turut berkongsi pengalaman pertamanya bertanding pada tahun 1986 melawan wakil MCA. Pengalamannya bertanding dalam pilihanraya sebanyak tujuh kali itu, dan menjadi Adun di Wakaf Mempelam bagi lima penggal berturut-turut itu diakui layak menjadi wakil rakyat mereka oleh penduduk di situ.


"Dulu bila sebut sahaja PAS, orang Cina sudah naik gerun. Mereka digambarkan olen BN bahawa PAS ganas, suka buat kacau. Tetapi, Alhamdulillah, selepas kita selalu turun berjumpa dengan mereka, mereka sudah mendapat persepsi baru tentang PAS," cerita beliau.


"Sekarang orang Cina pun kenal sama saya, sampai ada yang kata muka saya pun serupa macam orang Cina," ujarnya berseloroh dengan hadirin.


"Apa yang dapat saya simpulkan melalui permerhatian, orang-orang Cina sekarang lebih faham perjuangan PAS yang memperjuangkan keadilan buat rakyat berbanding ahli BN yang sendiri tidak sekata dengan calon pilihan partinya,


"Sehingga kini dilihat masyakat Cina di Kampung Cina, Kampung Tiong sudah boleh menerima kita dengan baik" tambahnya.


Mengulas pertanyaan wartawan mengenai pertandingan tiga penjuru, beliau menganggap bahawa ia adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.


Beliau juga berjanji akan menambahkan suara pakatan rakyat di parlimen setelah memenangi pilihan raya tersebut. Dalam pada itu, beliau juga enggan mengulas mengenai calon lain.

DOA SENJATA MUKMIN


[ Buatmu Palestine ]

[ Doa Qunut Nazilah ]



Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."



Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam



Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,



Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka


Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.



Tindakan perlu tegas bagi menangani anasir Zionis Israel


Ipoh : Hampir 4 ribu rakyat Perak bersama-sama menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin pada Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin di Stadium Indra Mulia Perak yang di adakan semalam.

Majlis anjuran bersama kerajaan Negeri Perak dan pertubuhan JAMA'iY telah berjaya menarik orang ramai ke majlis tersebut walaupun dalam keadaan hebahan yang agak suntuk.

YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohamad Nizar telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.Beberapa pimpinan polititik tempatan telah turut sama menyampaikan ucapan mengecam dan mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel keatas rakyat Palestin.

Beberapa wakil NGO seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan TERAS Pengupayaan Melayu) turut sama dalam majlis tersebut dan menyampaikan ucapan tanda sokongan dan simpati terhadap perjuangan rakyat Palestin.Begitu juga dengan perwakilan daripada Mahasiswa yang turut menyatakan sokongan dan bantahan mereka dalam isu serangan Israel keatas Ghaza, Palestin.

Kemuncak acara majlis tersebut ialah pelancaran Dana RM1 Juta Untuk Palestin oleh MB Nizar dimana beliau telah mengisytiharkan Kerajaan Negeri Perak menghulurkan derma sejumlah RM50 ribu kepada tabung tersebut.

Replika cek RM50 ribu tersebut telah diserahkan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri , Dato Dr Abdul Rahman Hashim.

Beberapa syarikat swasta , pertubuhan politik , orang perseorangan telah turut menyampaikan derma masing-masing.Pihak penganjur telah menerima beberapa 'pledge' daripada beberapa syarikat dan orang perseorangan untuk menjayakan program kutipan dana tersebut.


MB Nizar , sewaktu sidang media diadakan diakhir majlis tersebut menyatakan bahawa kutipan dana untuk rakyat Palestin RM 1 juta itu akan terus dilaksanakan dari masa ke masa dan tidak terhenti dengan berakhirnya majlis malam tadi; walaupun jumlah satu juta itu dapat dikutip , keperluan untuk rakyat Palestin tentu bertambah dari masa ke masa.

Cikgu Azmi Hamid (TERAS) berharap agar tindakan tegas diambil bagi menangani isu Palestine tersebut.

"Tidak ada genjatan senjata ; Israel mesti keluar daripada Palestine!" katanya dengan tegas.

Beliau juga berharap agar negeri Perak sanggup menjadi negeri Islam pertama menerima anak-anak Palestine menjadi anak angkat.

"Sehingga kini, tidak ada sebuah negeri daripada kalangan negara pakatan Islam OIC sanggup menerima pelarian anak-anak Palestine," terang Cikgu Azmi.

Pada sidang yang sama, Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujjahid Yussof Rawa memberitahu bahawa Parlimen akan membahaskan isu Palestin pada persidangan yang akan datang.

"Parlimen akan membuat lawatan ke negara-negara Arab OIC meminta mereka supaya benar-benar bertegas dalam menangani isu tersebut." kata Mujahid.



AMK cabar MB Terengganu ke 'port' pengundi hantu

Angkatan Muda Keadilan (AMK) berjaya mengesan dua lokasi yang mungkin digunakan oleh Barisan Nasional sebagai ’port’ (tempat) meletakkan pengundi hantu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Pengarah Pilihanraya AMK Fariz Musa telah menyerbu lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang pengundi-pengundi yang didaftarkan di situ.Bercakap di lokasi tersebut semalam, Fariz Musa berkata pihaknya berjaya mengesan pengundi yang meragukan, kemungkinan besar ’pengundi hantu’ berdasarkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP).

"Kita berada di lokasi yang beralamat 78 Jalan Sultan Ismail, iaitu di pasaraya Hock Kee Seng, yang mana kami (AMK) berjaya mengesan lebih 20 pengundi wujud dalam senarai pengundi didaftarkan menggunakan alamat ini,”apabila kami meminta penjelasan dari pegawai pasaraya, beliau berkata tidak ada sesiapa yang tinggal dibangunan ini,” ujar Fariz.

Menurutnya SISMEP juga mengesan tiga nama dari daftar pengundi yang berdaftar pada alamat itu dikenalpasti sebagai ahli wanita UMNO yang berdaftar.Katanya bukti itu mengukuhkan lagi dakwaan wujudnya pengundi hantu dan lokasi tersebuti adalah antara beberapa tempat yang digunakan Barisan Nasional untuk menempatkan pengundi hantu. Oleh yang demikian beliau menggesa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi yang tidak wujud itu.

"Tindakan ini kami ambil supaya pihak SPR mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi,”kami juga mencabar Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said (yang menafikan wujudnya pengundi hantu) supaya turun bersama AMK ke lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.” katanya.

Beliau berkata antara lokasi lain dimana wujudnya pengundi hantu adalah adalah yang beralamat di No. 22 Jalan Sultan Ismail dan dirumah nenek beliau di Jalan Tekukur Kuala Terengganu.”No. 22 Jalan Sultan Ismail adalah premis kepada Restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut, di rumah nenek saya terdapat seorang berbangsa Cina berumur 82 tahun yang didaftarkan, ”katanya.

{Mungkin ada baiknya Najib Razak boleh ulas dan nafikan tentang wujudnya pengundi hantu sepertimana dakwaan Shamsul Iskandar yang telahpun menyenaraikan bukti dan meminta SPR mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi.}



Prestasi Wahid memuaskan, wakil rakyat yang prihatin - pengundi

KUALA TERENGGANU - Ramai di kalangan pengundi di beberapa unit peti undi (UPU) yang ditemui di sekitar Parlimen Kuala Terengganu menyatakan sokongan kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut untuk mewakili mereka.


ImageMamat Ngah yang ditemui di UPU Permint Jaya semalam menyatakan, Abdul Wahid adalah seorang wakil rakyat yang sangat prihatin kepada pengundi di Dun Wakaf Mempelam yang diwakilinya sejak 18 tahun lalu.


"Setiap kali ada masalah yang dihadapi penduduk saya dapat maklumat beliau turun ke kawasan bagi melihat sendiri permasalah penduduk, kami di Permint Jaya mengharapkan sangat dapatlah Abdul Wahid ini menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Kuala Terengganu ini.

Image

"Kami mahu merasakan khidmat baktinya seperti beliau berikan kepada penduduk di Dun Wakaf Mempelam," katanya dengan penuh semangat.


Abdul Wahid baginya walaupun mewakili Dun yang lain dari tempatnya, namun sering berkunjung di sini bagi bertemu penyokong dan bertanyakan khabar sentiasa, kata Mamat.


Sementara itu, Abdul Rashid Sulaiman selaku pengiring kepada Abdul Wahid mengakui setiap tempat yang dilawati calon PAS sepanjang tiga hari kempen (6 hingga 8 Januari) itu mendapat sokongan yang jitu dari pengundi.


Paling ketara, pengundi warga Tiong Hua yang berpusu-pusu bertemu Abdul Wahid tatkala calon PAS itu menziarahi mereka, kata Abdul Rashid yang segak dengan vestnya.


"Khidmat beliau selaku wakil rakyat sudah terbukti, oleh sebab itu beliau mampu bertahan selama lebih 18 tahun atau lima penggal, ini saya lihat sendiri dan sudah terbukti," katanya.

Image

Sementara itu seorang pengusaha bengkel logam berbangsa Tiong Hua di Syarikat Logam Utama Trading Berhad di Permint Jaya menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Abdul Wahid.


Beliau menyambut kehadiran Abdul Wahid di kilangnya dengan senyuman dan dengan bangga menyatakan akan menyokong Abdul Wahid sebagai wakil rakyat Parlimen Kuala Terengganu.


Sesekali semasa bersembang dengan Abdul Wahid, pengusaha berbangsa Cina itu menyebut nama Abdul Wahid adalah calon yang direstui pemimpin yang menjadi contoh kepada rakyat iaitu, Menteri Besar Kelantan, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Sementara semasa lawatannya ke beberapa bengkel di kawasan Perindustrian Permit Jaya, Abdul Wahid tidak menang tangan untuk bersalaman sambil melemparkan senyuman yang ikhlas kepada pengundinya.

Image

Beliau dengan wajah tenang menyantuni golongan pekerja bengkel yang kebanyakan sedang sibuk dengan tugas masing-masing.


Ada pekerja yang datang merapatinya sambil memeluk Abdul Wahid dan menyatakan sokongan dengan cukup bersemangat, dan mengharapkan Abdul Wahid melakukan perubahan yang tidak dilakukan oleh pemimpin Umno/BN.


Jadual Abdul Wahid pada 8 Januari sangat ketat, namun panggilan demi panggilan yang diterima bagi mengadakan lawatan termasuk ke rumah seorang pengundi yang mengalami kematian anaknya di Sungai Rengas.

Image

Kehadiran beliau bagi melawat Allahyarham, Noraznira Ismail (15) yang meninggal pada 8 Januari memberi penuh makna kepada ahli keluarga Allahyarham.


Seketika selepas melawat keluarga tersebut, Abdul Wahid bergegas ke beberapa tempat lain termasuk untuk bersolat Asar dan Maghrib dengan pengundi.


Rutin ini dilakukan Abdul Wahid bukan sahaja semasa kempen kali ini, malah beliau mengamalkannya di Dun Wakaf Mempelam sebelum ini sehingga pengundi di sini 'sayang' kepadanya.


Bekas pelumba motorsikal negara bantu kempen calon PAS di KT

KUALA TERENGGANU - Bekas juara lumba motorsikal berkuasa kecil Malaysia, Mohd Yasser Said menyertai jentera PAS bagi kempen pilihan raya di Kuala Terengganu.


ImageBeliau yang datang bersama empat rakannya telah mengadakan demonstrasi 'menunggang motor cara selamat' di Pasar Borong Gong Pauh dekat sini sebentar tadi.


Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut sempat beramah mesra dengan Yasser serta rakannya dalam program tersebut yang dianjurkan Nisa Terengganu.

Image

Yasser yang ditemui selepas membuat pertunjukan tersebut menyatakan sokongan penuh kepada calon PAS untuk menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Ujarnya, calon dan kepimpinan PAS tidak kira bagi pilihan raya kecil ini mahupun dalam apa juga keadaan memahami kehendak orang muda.


Baginya, pengundi muda di sini akan memberi undi kepada Wahid yang baginya sangat prihatin kepada golongan muda.


"Sangat penting bagi golongan muda untuk memberikan peluang kepada PAS untuk membuktikan bahawa pemimpin PAS memperjuangkan hak yang menepati citarasa golongan muda," ujarnya.

Image

Yasser adalah salah seorang anggota jawatankuasa Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pemuda PAS Pusat yang telah banyak membuat program bersama penunggang muda.


Beliau (Yasser) akan berada di Kuala Terengganu bersama jentera pilihan raya PAS beberapa hari sehingga proses pembuangan undi pada 17 Januari ini.






Perjuangan Kebangsaan gagal - Presiden PAS

KUALA TERENGGANU- Umat Islam di negara ini diingatkan agar bersama-sama dengan kumpulan yang benar-benar memperjuangkan agama Islam.


Ini kerana, pertarungan yang berlaku terutama di bumi Palestin hari ini adalah antara kebenaran Islam dan kebatilan jahiliah.


Demikian jelas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berkhutbah Jumaat di Masjid Batu Burok, Kuala Terengganu, dekat sini semalam.


"Pertarungan yang berlaku di Palestin hari ini ialah di antara kumpulan Hamas yang menegakkan Islam, yang menegakkan syariat Allah SWT dengan kumpulan Arab Palestin yang bermuafakat dan bersama-sama mahu menjatuhkan kumpulan yang menegakkan Islam (Hamas).

Image


"Ada pun, kumpulan Kebangsaan Arab yang berdiri di atas bangsa, yang berjuang di atas tanahair gagal meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat, gagal untuk menjatuhkan kumpulan Islam," tegasnya.


Menurutnya, kejatuhan bumi Palestin adalah berpunca dari kelalaian umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran Islam.


Namun begitu, kata Ustaz Abdul Hadi ajaran Islam tidak dapat dihapuskan kerana akan bangkit satu golongan dari kalangan umat Islam yang mempertahankannya.


"Wujudnya, negara haram Israel itu adalah perancangan dari musuh-musuh Islam dengan pertolongan kuasa-kuasa besar dunia dan bumi 'ambia' di Palestin dirampas oleh mereka (Israel).


"Kejatuhan bumi Palestin adalah berpunca dari umat Islam meninggalkan ajaran Islam tetapi ajaran Islam tidak dapat dihapuskan kerana akan bangkit umat Islam yang mempertahankannya. Image


"Bangkitnya golongan Hamas adalah kerana janji Allah SWT dan janji Rasulullah s.a.w walau pun mereka bermandi darah dan bumi Palestin di Gaza 'bermandi' darah tetapi perjuangan Islam tidak boleh dihapuskan," jelasnya.


Katanya, perjuangan di atas dasar kebangsaan tidak boleh menyelamatkan aqidah umat Islam termasuk tanahair dan bangsa itu sendiri. Menurutnya, Islam merupakan penyelamat kepada bangsa, agama dan tanahair dari anasir-anasir musuh yang mengancamnya.


Uniknya Nasharuddin Tantawi berkempen di atas 'kereta 4x4'

KUALA TERENGGANU - Unik dan berbeza, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan@Tantawi menggunakan bahagian 'kereta 4x4' mengelilingi kawasan sekitar Pasar Malam Jalan Cabang Tiga untuk berkempen.


ImageBeliau bersama beberapa anggota pemuda PAS berceramah di atas kereta tersebut sambil mengedar risalah kempen.


Orang ramai yang berkunjung ke pasar malam tersebut kelihatan berpusu-pusu menuju ke arah Nasharudin untuk mendengar ceramah yang disampaikan di atas kereta tersebut.


Dalam ceramah pendeknya itu, Nasharudin mengingatkan pengundi di Kuala Terengganu agar mengundi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut pada 17 Januari ini.

Image

Beliau berkata, pentingnya pengundi Kuala Terengganu menghantar wakil PAS ke Parlimen adalah bagi menyatakan hak rakyat serta memberi signal kepada kerajaan yang hari ini tidak mementingkan rakyat.


Di Terengganu sendiri, kemiskinan melata malah pengangguran semakin tinggi walaupun kerajaan negeri adalah antara yanga kaya di negara ini, katanya.

Kerajaan negeri memiliki wang royalti minyak berbillion ringgit, namun rakyatnya semkin terhimpit dengan kemiskinan, katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi di Kuala Terengganu menyatakan bantahan jelas kepada keangkuhan kerajaan BN dengan mengundi calon PAS pada 17 Januari ini.


Hancur.....!!!!


DEMONSTRASI
MENENTANG KEGANASAN ISRAEL


ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .