Ikuti Blog ini

Hina al-Quran: Umno, Jati digesa sertai demo esok


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh umat Islam daripada kalangan parti politik, NGO dan badan pelajar untuk turun bersama PAS dalam himpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat, esok sebagai membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin.
 Bagi DPPM, tindakan tentera Amerika Syarikat adalah tindakan tidak perikemanusiaan dan menghina agama Islam.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, umat Islam yang prihatin sama sekali tidak boleh duduk berdiam diri membiarkan segala macam kejahatan dilakukan terhadap agama Islam.

Tegasnya, al-Qur’an adalah kitab suci umat Islam dan menjadi kewajipan seluruh umat Islam mempertahankannya, hatta sehingga mengorbankan diri.
“Sememangnya tindakan tentera Amerika Syarikat ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia.

“Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPM hairan mengapa Menteri Luar Malaysia tidak bersuara lantang bagi membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat itu.

Katanya, Perdana Menteri pula sebagai ketua negara umat Islam di negara ini langsung tidak kedengaran suaranya di peringkat antarabangsa dalam isu yang melibatkan umat Islam sejagat.

“Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat ‘Big Brother’ Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?” tanya beliau.
Menurutnya, mungkin pemimpin negara ini sibuk dengan berpolitik sehingga tidak sedar bahawa ada isu yang menyinggung perasaan umat Islam sedang berlaku di luar sana.

Mungkin juga, ujarnya pemimpin negara hanya ‘memperjuangkan Islam’ di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara.

Justeru itu, katanya DPPM menggesa Umno dan rakan NGO bersamanya termasuk Jati untuk turun bersama umat Islam yang lain dalam himpunan itu sekiranya benar mereka memperjuangkan Islam.

“Sebagai makluman, ajakan ini adalah kali kedua terhadap Umno dan rakan sekutunya selepas himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Syria yang membunuh rakyatnya minggu lepas,” ujarnya.
Namun demikian, jelasnya yang mengecewakan ramai adalah Umno dan rakan-rakannya gagal hadir dalam himpunan pada minggu lepas.

“Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam,” ujarnya.

WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......




=-> Kelantan negeri miskin tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh

=-> Kelantan negeri miskin Baju TRW lengan pendek Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetap di beli juga

=-> Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia

=-> Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina je, tapi di Kuala Lumpur?

=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

=-> Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand

=-> Kelantan negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku

=-> Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya

=-> Kelantan negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh!

=-> Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)

hanya orang yang pernah pergi ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan

Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

p/s: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin,jangan sesekali datang ke Kelantan!!! TQ kpd yg Berkongsi Info
Alternatif baru di Kelantan

Najib perlu jelaskan urusan dagang Malaysia-Israel



KLANG, 22 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan urusan dagangan yang dilakukan antara Malaysia dengan entiti haram Israel yang telah lama berlaku.

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berharap Najib tampil untuk membuat penjelasan kepada seluruh rakyat yang telah ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional mengenai pendirian Malaysia dengan negara tersebut.

"Kita kesal kerana selama ini telah dibohongi oleh kerajaan yang selama ini mengatakan menentang kekejaman Israel tetapi pada masa yang sama telah menjalinkan urusan perdagangan.

"Kita mahu Najib tampil beri penjelasan kenapa kerajaan jangan mengambil sikap berdiam diri kerana segala bukti mengenai urusan perdagangan dan kapal Zim itu telah kita perolehi," katanya pada himpunan aman membantah kemasukan kapal hak milik Israel Zim Integrated di West Port, Pelabuhan Klang, petang ini

Tambahnya lagi, kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusan West Ports mengatakan kapal tersebut hanya singgah sebelum ke destinasi seterusnya adalah satu pembohongan.

"Rakyat hari ini tidak boleh ditipu lagi, adalah suatu yang mustahil apabila mengatakan kapal tersebut hanya singgah tanpa ada urusan perdagangan sedangkan kita lihat sudah banyak lori membawa kontena menulis perkataan Zim keluar masuk pelabuhan.

"Apa yang nak dibohongkan, bukti kita jelas jangan cuba menyembunyikan sesuatu yang telah kita ketahui, Najib dan Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab atas penghinaan yang telah dilakukan ini," sambungnya lagi.

Sementara itu, Setiausaha MTD PAS Kawasan Pandan, Mohd Hafis Razak yang mewakili Dewan Pemuda PAS turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan.

"Kita hari ini kecewa dan membantah hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan, malah jelas selama ini kerajaan hanya berbohong menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

"Ini bukti jelas bahawa wujud hubungan sulit dan bersekongkolnya kerajaan dengan negara rejim itu, kita mahu hubungan ini dihentikan segera jika tidak rakyat akan bangkit membuat bantahan yang lebih besar lagi," katanya.

Sebelum itu, demostrasi bantahan kemasukan kapal Israel itu dihadiri lebih 150 orang yang terdiri dari anggota parti dalam Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk juga wakil Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Dalam ucapan ringkan, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Mohd Ismath turut meminta kerajaan hentikan segera hubungan dagangan mahupun diplomatik secara tidak langsung.

Malah, beliau turut memberitahu kegagalan kerajaan bertindak mahasiswa akan tampil sekali lagi untuk membuat demostrasi besar-besaran di West Ports ini.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan media Ketua korporat West Ports Malaysia, Mejar (B) Manisegaran memberitahu West Ports tidak pernah memberi lampu hijau kepada kapal didaftar di Israel untuk berlabuh.

Beliau turut menyatakan memang ada kapal Zim masuk tetapi hanya untuk singgah, mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu. -Hrkh


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .