Ikuti Blog ini

Karma buat Najib, karma untuk BN !

"..Inilah satu satu negara di dalam dunia, rakyat perlu berkorban untuk pemimpin, pemimpin hidup mewah dan mentakedarah secukup rasa. Rakyat di injak, dibiarkan miskin, menderita dan lapar azab sengsara akibat tekanan ekonomi, semakin lama makin banyak kejadian jenayah kerana rakyat malaysia lapar kerana kekangang ekonomi.."

"..demi kesejahteraan rakyat, subsidi dirasionalisasikan.. Harga petrol dan gula sangat munasabah. Kereta-kereta asing tidak dibenarkan membeli RON95. Pelarasan ini motifnya jangka panjang bagi meletakkan ekonomi Malaysia terus kukuh di masa hadapan. Oleh itu, KERA-jaan akan terus memantau reaksi rakyat.." - Hagemon Perdana 5 duit.
Ingat karma itu. Rakyat tidak mudah lupa. Regim akan dihukum rakyat. Smackdown ! Enough for Najib.., enough for BN !


"..mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta.." Anwar Ibrahim

BODOH LAGI BAHLOL !

Apa punya bodoh dan bangangnya punya manusia. Aku tak pernah jumpa manusia yang bodoh dan sebangang ini. Kalau dah kaya sangat jangan sampai menyusahkan manusia yang miskin dan papa kedana. Betapa bebalnya manusia yang mengatakan bahawa kenaikan harga barang wajar kerana nak menolong kerajaan. Manusia yang paling bangang dan bodoh adalah presiden fomca, n marimuthu.

Apakah jenis manusia yang dipilih oleh ahli persatuan pengguna dengan melantik beliau sebagai presiden fomca. Kalau inilah jenis manusia yang dipilih menjadi presiden pengguna baik jadi pengguna yang tak berguna. Ikut saja kata kerajaan yang bangang. Tutup aje persatuan pengguna tubuh persatuan tak guna lagi baik.

Tujuan utama penubuhan persatuan pengguna adalah untuk menolong pengguna bukan menjadi tak guna.

Kerajaan yang dipilih melalui demokrasi atau hatta kerajaan komunis ke yahudi ke zionis adalah bertanggungjawab dalam menjaga keselesaan, kebahagiaan dan keselamatan rakyat yang dipimpin. Kalau kerajaan selalu mengungkit mengatakan rakyat perlu bersyukur kerana berlaku sikit kenaikan akibat betapa jahatnya kerajaan dalam merompak dan membaham harta rakyat, apakah rakyat perlu bersyukur?

Dimana perasaan kerajaan yang selalu mengutuk rakyatnya yang selalu memberi undi kepada mereka untuk mengekalkan kuasa mereka dan boleh mereka hidup mewah sepanjang hayat dan sehingga tujuh keturunan mereka. Kamu pemimpin yang dipilih dan jika dipilih buat secara dipilih.

Kalau pemimpin umno dah tak mampu memimpin negara baik berhenti saja. Duduk rumah layan isteri lagi baik.

Adakah terdapat di negara lain seperti pemimpin umno dinegara kita yang selalu mengungkapkan bahawa rakyat hendaklah menolong kerajaan dan bersatu membangunkan ekonomi yang ranap akibat kebuasan mereka mentadbir negara. boros dan menjalankan rasuah untuk perut mereka.

Kalau ekonomi jatuh subsidi mesti dikurangkan kerana rakyat perlu bersusah payah untuk pemimpin bukannnya pemimpin bersusah payah untuk rakyat. Betapa jahat dan jahilnya pemimpin umno.

Oleh kerana terlampau lama berkuasa mereka merasakan rakyat dah menjadi beban kepada mereka padahal rakyat yang memberikan mereka kuasa dan harta. Dan oleh kerana ada saja yang menyokong tindakan mereka, pemimpin umno makin tamak, rakus dan durjana dalam memimpin malaysia.

Inilah satu satu negara didalam dunia, rakyat perlu berkorban untuk pemimpin, pemimpin hidup mewah dan mentakedarah secukup rasa. Rakyat di injak, dibiarkan miskin, menderita dan lapar azab sengsara akibat tekanan ekonomi, semakin lama makin banyak kejadian jenayah kerana rakyat malaysia lapar kerana kekangang ekonomi.

Rakyat asing diberi makan di depot tahanan, tak ada duit dalam kantung negara naikkan harga minyak, naikkn harga barangan keperluan harian atas dasar tak mahu rakyat menderita kencing manis, tak mahu ada penyeludup, dan mahu menaikkan pendapatan perkapita rakyat malaysia.

Bahalol sangatlah pemimpin umno dan para sarjana celaka yang membenarkan dan mengiakan tindakan kerajaan zalim ini. Beli minyak naik 5 sen bukan untuk seliter setahun atau seliter untuk lima tahun. Seliter berapa kilometer yang boleh pergi jika berkereta. kalau guna minyak 100 liter sebulan dah berapa hilang wang untuk membeli barang keperluan lain.

Berfikir lah wahai pemimpin umno yang bangang dan para penyokong mereka. Jika nak jadi bahalol, bahlol lah sensorang, jangan diajak rakyat jadi bahalol sama.

(dipetik dari FreeTrgZone)

PAS ke Putrajaya bukan lagi "cobaan" dalam filem Pendekar Bujang Lapok

Oleh YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Mimpi ke Putrajaya adalah mimpi soleh, oleh kerana kalau tidak mimpi ke Putrajaya pun kita bermimpi lain, maka apa salahnya kalau kita bermimpi ke Putrajaya! Itu adalah antara gurauan yang bermain-main di bibir ahli PAS, walaupun gurauan itu tidaklah berapa diminati oleh sesetengah orang, namun ineoundonya menunjukkan kesungguhan PAS untuk ke Putrajaya bukan lagi cubaan seperti dalam filem Pendekar Bujang Lapok tetapi betul-betul namun persoalannya apakah jalan ke Putrajaya semudah mimpi soleh itu?

Apakah jalannya terbentang begitu mudah? Apakah vehicle PAS ke sana? Sanggupkah PAS lakukannya secara solo? Apakah impaknya dan perkiraan collective yang perlu diambil oleh PAS dengan rakan-rakannya dalam Pakatan?

Putrajaya adalah lambang kepada pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, dalam konteks demokrasi hari ini mana-mana parti yang menang majoriti mudah akan menguasai kerajaan. Dalam konteks pentadbiran negeri pula, Pakatan telah pun mnguasai beberapa buah negeri, hanya di peringkat Pusat atau Persekutuan sahaja Pakatan belum lagi mempunyai lebihan kerusi untuk menang. Pernah satu ketika kita dikejutkan dengan peristiwa 16 September, ia satu kontraversi yang dibangkitkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di mana dikatakan beberapa MP BN akan lompat khusus dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai kem Pakatan dan dengan itu cukup kerusi untuk memerintah kerajaan Persekutuan.

Caranya nampak mudah, iaitu apabila sudah cukup majoriti, Anwar akan berjumpa dengan YDP Agung, lalu Raja Berpelembagaan itu akan mengistyharkan berdasarkan kepada bilangan kerusi bahawa Pakatan adalah Kerajaan yang memerintah. Ia semua berlaku pada 16Sept sebagai simbolik kepada pembentukan Malaysia yang sebenarnya apabila Sabah dan Sarawak satu ketika dahulu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Isu September 16 adalah sebenarnya gambaran kepada ‘cara’ untuk menguasai Kerajaan Persekutuan di mana asasnya ialah ‘cukup kerusi’, tidak kiralah bagaimana cukup kerusi ini hendak dilakukan tetapi mengikut demokrasi simple majority, dengan lebihan satu kerusi pun sesebuah parti boleh dan layak memerintah. Dalam konteks Sept 16 usaha ini telah pun dilakukan dengan pendekatan cross- over yang tidak menjadi malah apa yang berlaku ialah BN melakukan taktik itu apabila yang cross-over bukan dari BN ke Pakatan tetapi sebaliknya! dan BN telah lakukannya di Perak.

Apapun jalan ke Putrajaya boleh berlaku dengan pendekatan cross-over apabila Pakatan tidak cukup kerusi untuk memerintah melalui kemenangan biasa dalam pilihanraya. Selalunya keadaan ini berlaku apabila penguasaan pembangkang melebihi 2/3 majoriti dan hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. Walaupun pendekatan ini dimomok-momokan sebagai ‘gila kuasa’ tetapi siapa pun tidak dapat menafikan bahawa ia juga satu jalan ke Putrajaya.

Jalan ke Putrajaya jika buntu melalui taktik cross-over, boleh mengambil jalan lain. Jalan lain ialah kompromi dengan parti lawan untuk membentuk sebuah kerajaan bersama. Pada tahun 1973, PAS membentuk Kerajaan Campuran di mana Dato' Asri Muda ketika itu duduk setaraf dengan Tun Razak dalam menentukan dasar-dasar kerajaan atas ianya sebuah kerajaan campuran.

Kerajaan Campuran bukan bermakna PAS komponen Perikatan waktu itu, tetapi PAS adalah ‘partner’ dengan Perikatan sehingga akhirnya membawa kepada PAS menjadi komponen dengan pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974. Walaupun model ini sudah 30 tahun yang lalu, dan persepsi terhadapnya agak negatif, namun dalam kerangka jalan ke Kerajaan Persekutuan ia boleh dianggap sebagai satu pendekatan juga dan perlu diberi nafas baru dalam konteks Pakatan hari ini.

Jalan yang paling selamat ke Putrajaya ialah menang bersih PRU dengan Pakatan mempunyai kerusi yang selesa untuk menguasai Parlimen. Selesa dengan makna penguasaan 2/3 majoriti dan ketika itu Pakatan lebih mudah menentukan dasar-dasar dan ideologi yang diperjuangkan selama ini dan rakyat akan menikmati hasilnya dengan lebih cepat.

Namun jalan selamat dan terbaik ini penuh dengan berbagai cabaran. Kalau taktik cross over dan kompromi dengan lawan dianggap jalan pintas, jalan menang bersih PRU pula dianggap jalan jauh yang memerlukan bekalan yang cukup. Saya yakin mimpi soleh yang dimaksudkan itu adalah jalan ini dimana Pakatan dituntut untuk menggandakan persediaannya untuk mengadap PRU 13. Khusus bagi PAS, persediaan parti melalui gerakkerja pilihanraya dan pemerkasaan organisasi parti menjadi tonggak kepada membina kekuatan ke Putrajaya. Namun jalan jauh ini tidak mudah dilalui kerana PAS terpaksa menanggung beban-beban kelemahan dalaman, dan persepsi orang ramai terhadap strategi tahaluf siyasinya dengan DAP dan PKR.

Kelemahan dalaman yang dimaksudkan ialah persediaan organisasi parti untuk bermain dalam aturcara permainan demokrasi berpilihanraya (walupun tempang). Antaranya ialah daftar pemilih,pengukuhan jentera akar umbi dari UPU, MTD dan Kawasan, Persediaan Kewangan, Program akarumbi, penyediaan sumber manusia,kemahiran berpilihanraya dll isu. Walaupun ILPAS (Institut Latihan Piliharaya PAS) adalah hasrat dan cita-cita murni untuk menggarap persolan di atas, ia masih di peringkat awal dan oleh kerana itu seluruh anggota PAS yang terlibat semestinya menjayakan ILPAS dengan sebaik mungkin untuk PAS melonjakkan permainan pilihanraya ini. Hasrat Presiden parti meletakkan kejayaan ILPAS ini tidak boleh dipandang ringan oleh aktivis pilihanaraya parti kerana itu jalan yang paling selamat ke Putrajaya.

Persepsi awam kepada pakatan politik PAS, PKR dan DAP masih lagi diselubungi berbagai tanggapan negatif, khusus bagi orang Melayu, PAS belum lagi dilihat menjadi alternatif kepada UMNO kerana bebanan bersama DAP dan PKR. Bagi DAP orang Melayu masih sukar membuang persepsi ‘kecinaannya’ manakala PKR dilihat sebagai versi UMNO yang kecewa dan hanya wujud kerana faktor Anwar, diburukkan lagi dengan lompat melompat yang berlaku telah mengurangkan kepercayaan orang ramai kepada calon-calon PKR.

Mereka adalah rakan PAS dan orang Melayu terus dihantui dengan stigma ‘Umno sahaja yang boleh bawa Melayu’. Apakah PAS telah menyediakan strategi yang padu berhadapan dengan dengan dua cabaran dalaman dan luaran ini? Jika pilihan strategik PAS mahu terus kekal dalam Pakatan, PAS perlu mengambil cabaran ini untuk ke Putrajaya. DAP mungkin lebih selesa dengan sokongan pengundi Cina terhadapnya, PKR mengalami krisis memulihkan imejnya. Apapun terjadi DAP mungkin terus menguasai pengundi Cina walaupun prestasi beberapa wakil rakyatnya akan dipertikaikan, PAS pula berhempas pulas meyakinkan pengundi Melayu terhadap persepsi negatif yang tertanam, Anwar akan terus diserang dan diasak.

Ketiga suasana inilah yang akan membentuk strategi PRU ke 13 nanti dan tanpa disedari Jalan ke Putrajaya walaupun mimpinya soleh tetapi realitinya adalah jalan yang penuh dengan cabaran. Mampukah strategi Pakatan terbentuk dalam satu keseimbangan dan kesepaduan bagi berhadapan dengan BN yang secara praktikalnya sudahpun lemah. Apa yang dikhuatiri ialah kecelaruan strategi Pakatan hanya akan memenangkan kelemahan BN hari ini. PAS perlu bijak jika ia ingin terus melonjak ke hadapan dalam mimpi-mimpinya ke Putrajaya. - YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Macamana Muhyiddin Nak Satukan PAS, UMNO Setiu Pun Boikot Dia..

Jom semua kita ucap alhamdulillah..bila dengar berita ini..

Empat ADUN pulau mesyuarat Umno Setiu

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.

Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.

Turut hadir, ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli Umno supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu.

Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota Umno sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya.

"Sepatutnya jadi anggota Umno kita serah apa yang ada pada kita, jiwa dan raga demi untuk perjuang nasib Orang Melayu dan Islam di negara kita. Kita ada pilihan, tak ada orang marah kalau tak jadi anggota Umno," katanya.

Katanya menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat pimpinan dan akar umbi untuk mengekalkan hubungan baik dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

"Bermuhasabahlah kita, dengan mengambil langkah yang bijaksana untuk selesaikan masalah kita. Lagi cepat selesai, lagi baik kerana tanggungjawab kita nak bela dan beri perhatian nasib bangsa kita dan dalam masa sama kita tidak abai tanggungjawab untuk pimpin masyarakat lain kerana kita jadi kerajaan," katanya.

Muhyiddin berkata Umno perlu bangkit semula dalam situasi mencabar terutama selepas keputusan mengejutkan pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, usaha perlu dilipat ganda untuk menebus balik negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dan mengembalikan kedudukan dua pertiga Barisan Nasional di parlimen.

"Senario hari ini, kita bukan lagi menghadapi cabaran tetapi ancaman dan kedudukan kita boleh tergugat kalau kita tak jaga.

"Pokoknya, usaha yang boleh kita lakukan untuk kukuhkan parti, jika kuat, rakyat lebih yakin dengan kita, mana yang duduk di tepi-tepi, mereka akan kembali yakin kepada kita, pimpinan dengan semangat baru, mereka akan kembali sokong kita," katanya.

Memang bahagian Setiu amat bermasalah. Ini semua bermula pada pemilihan UMNO setiu 25hb OKtober 2008 lalu dimana berlaku persaingan yang sengit untuk merebut dua jawatan utama yaitu Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian. Dalam persaingan ini terdapat dua pasangan regu iaitu Dato Jidin Mohd Shafei dan Hj Rahman Mat Yassin yang pro pada Mat Said melawan Adun Jabi,Ramlan Ali dan Adun Langkap,Asha'ari Idris yang merupakan geng Idris Jusoh

Pada pemilihan itu, Dato Jidin (gambar kanan) menang sebagai Ketua Bahagian Setiu dengan kemenagan tipis 30 undi mengatasi YB Ramlan Ali (ADUN Jabi) Sementara itu bagi Timbalan Ketua Bahagian di menangi oleh Asha'ari Idris (Adun Langkap, EXCO) dengan kelebihan 8 undi mengatasi Hj Rahman Mat Yassim (Bekas Ketua Pemuda Bahagian Setiu).

Dan perlu diingat juga, dalam mesyuarat agung itu, Bahagian Setiu telah memilih Tan Sri Mohammad Taib sebagai calon Timbalan Presiden mengatasi Muhyiddin Yassin dengan kelebihan 4 undi. Sebab itulah kehadiran Muhyiddin hari ini diboikot oleh perwakilan UMNO bahagian itu.

Nampaknya geng-geng Idris memberontak hari ini. Mereka secara halus cuba tunjukkan pada Muhyiddin yang mereka dah berpatah arang dengan Mat Said. Ramlan (gambar kanan) yang ketuai pemberontakan ini kerana beliau tewas pemilihan Ketua UMNO Setiu kepada geng Mat Said. Ramlan sendiri sebelum ini pernah pertikaikan keputusan Perhubungan UMNO Terengganu secara terbuka.

Ramlan mendakwa tindakan kepimpinan negeri mengarahkan UMNO Cawangan Tasik Tok Lebai supaya mengadakan semula mesyuarat cawangan telah menimbulkan tanda tanya selain rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

Ramlan yang kalah dalam pemilihan Ketua bahagian juga berdegil dan tetap melaksanakan mesyuarat cawangan di DUN Jabi berdasarkan jadual mereka sendiri, tidak kira samada wakil bahagian akan hadir atau tidak.

Jelas bahawa krisis UMNO Setiu dan Terengganu sudah parah. Mohd Jidin Shafie dan Ramlan sendiri sudah tidak boleh duduk semeja. Dilaporkan bahawa jika Ahmad Said turun padang ke JABI, Ramlan akan menghilangkan diri dan hanya hadir pada majlis yang dihadiri oleh Idris. Bahkan Ramlan sendiri pernah mengugut, bahawa jika beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU 13 akan datang, maka beliau akan pastikan DUN Jabi jatuh ke tangan PAS. Nah UMNO dan Muhyiddin, tak ke pening ada pemimpin UMNO yang tikam sesama sendiri..

Najib Tengok Sekali Lagi Kebesaran

Harap Najib dan pemimpin UMNO insaf dan bertaubat dengan peristiwa ini

Gempar: Majlis Pelancaran Hari Koperasi Negara Di Kuantan Kecoh Bila Ribut Tiba-Tiba Melanda Sejam Sebelum Perasmian Oleh PM Najib Razak !!

KUANTAN, 16 Julai - Sambutan Hari Koperasi Negara 2010 dekat sini hari ini kecoh apabila ribut melanda Padang MPK2 iaitu lokasi tapak program terbabit. Ribut yang disertai hujan lebat itu berlaku kira-kira satu jam sebelum majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Najib Razak. Ramai yang terkejut dengan apa yang berlaku, malahan mereka juga panik melihat senario yang berlaku. Difahamkan, kejadian bermula selepas berakhirnya solat Jumaat tengahari tadi. Keadaan gelap dan disertai guruh sahut menyahut seakan-akan tidak merestui Najib Razak untuk hadir dalam program itu.

Tambahan pula, mengikut jadual majlis pelancaran akan dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Ismail Sabri Yaakob. Namun, sekitar jam 9.00 pagi dimaklumkan bahawa perasmian akan digantikan oleh Perdana Menteri sendiri, kerana beliau berada di Pekan ketika itu.

Akhirnya PM Najib diwar-warkan merasmikan juga program berkenaan biarpun dalam masa yang sama beliau mempunyai acara rasmi yang lain di kawasannya. Namun, bagai sudah dijangka bahawa kehadiran Najib memang "membawa bala" maka akhirnya ribut melanda. Sebelum ini, kita juga digemparkan dengan kejadian yang sama ketika beliau ke Kota Bharu baru-baru ini. Ribut melanda dan hanya kira-kira 200 orang tetamu sahaja yang hadir dalam satu majlis yang cukup kontroversi itu.

Malah, baru-baru ini ribut juga melanda ketika Najib hadir di Majlis Jamuan Makan Raksasa anjuran Persatuan Perniagaan Cina Kuantan di Stadium Darul Makmur bersebelahan dengan tapak sambutan Hari Koperasi Negara itu.

Orang ramai dilihat bertempiaran lari dan panik dengan kejadian yang berlaku. Tambahan pula ketika itu, masing-masing terutamanya peserta pameran yang terdiri daripada wakil koperasi dari seluruh negara sedang sibuk menyiapkan booth masing-masing untuk menerima kunjungan tetamu kehormat yang dijangka mengadakan lawatan selepas acara perasmian itu.

Lebih mengejutkan ada booth-booth yang rosak teruk termasuk tiang khemahnya tercabut akibat pukulan ribut berkenaan. Ia datang secara tiba-tiba dan tidak dijangka, kerana sebelum itu cuaca di lokasi terbabit dan bandar Kuantan didapati cerah sebenarnya. Kami juga difahamkan, pintu gerbang utama untuk menyambut ketibaan PM Najib Razak juga telah runtuh menyembah bumi ketika kejadian berlaku.

Malah, padang tempat lokasi pameran dan jualan didapati bagaikan "sawah padi", lecah di sana sini serta berlumpur akibat ribut berkenaan. Semua ini berlaku dalam sekelip mata dan tidak disangka-sangka oleh pihak penganjur. Masing-masing teruja melihat apa yang berlaku dan tidak bersiap sedia untuk berhadapan dengan situasi itu sebenarnya. Keadaan panik menyebabkan, ada gerai-gerai pameran yang rosak teruk serta basah ditimpa dek hujan ribut yang melanda.

[Ramai yang berbunyi apakah itu tandanya "bala sekali lagi melanda" akibat kehadiran Najib dalam program berkenaan. Jika benar ianya satu bala, maka ia satu tamparan hebat buat Najib Razak. Beliau bukan sahaja ditolak rakyat, malahan juga "alam semesta". Bukti jelas ribut berkenaan hanya berlaku di sekitar kawasan terbabit dan sekitarnya, kerana terdapat laporan di sekitar kawasan 5-10 km dari lokasi berkenaan keadaan panas terik seperti biasa dan langsung tidak ada setitik hujan (Semambu, Balok, Beserah dan sekitarnya).

Ini mengesahkan lagi bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena dengan kehadiran PM Najib itu sebenarnya. Oleh itu, orang ramai dan rakyat diseru mengambil ikhtibar atas apa yang terjadi ini]. (Sumber)

ISU PASIR - JAWAPAN MUHYIDDIN JAWAPAN `BUSUK HATI'

ISU kecurian pasir di Selangor nampaknya melekakan kita sehingga tidak kita sedari Najib mengumumkan `bonus' sempena menyambut Ramadhan dan Syawal berupa kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas. Saya sudah ulas isu kenaikan harga barang ini di dalam tulisan saya sebelum ini. Mudah saya katakan, kita kena bersyukur kerana mempunyai PM yang bijak mengurus ekonomi dan rakyat semakin senang sekarang.

Kali ini saya ingin ulas sedikit isu pasir di Selangor. Setelah isu ini diperdebatkan oleh banyak pihak termasuk dari rakan-rakan di dalam PR sendiri, maka Kerajaan Negeri Selangor pantas bertindak. Di antaranya Kerajaan Negeri menawarkan habuan kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang kecurian pasir ini. Di samping itu, aspek kawalan dan pengawasan diperketatkan. Usaha terakhir Kerajaan Negeri Selangor adalah memohon kerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi membenteras pencuri-pencuri pasir berkenaan. Surat rasmi telahpun dimajukan ke pihak berkuasa di Kerajaan Pusat sehingga ke peringkat TPM.

Ini merupakan satu bukti betapa Kerajaan Negeri Selangor begitu komited untuk membenteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini. Paling menyedihkan, apa komen TPM Muhyiddin Yasin tentang permohonan Kerajaan Negeri Selangor tersebut? Beliau menjawab seperti bukan seorang TPM, bahkan jawapannya seperti bersikap dendam dan busuk hati. Katanya, itu bidangkuasa Kerajaan Negeri Selangor dan mengapa pula Kerajaan Pusat mahu ambil alih? Kita mahu tanya pemimpin No. 2 Umno ini, bila pula Tan Sri Khalid minta Kerajaan Pusat ambil alih? Beliau cuma mohon kerjasama, tidak bolehkah untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat?

Jika Muhyiddin selama ini menganggap isu pasir adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak mahu campur, mengapa Najib dan juga Muhyiddin melalak bercerita pasal pasir di Selangor? Serahkan sahaja kepada Selangor. Tujuan Kerajaan Negeri memohon kerjasama dari Kerajaan Pusat adalah untuk membenteras jenayah curi pasir. Masakan untuk membenteras jenayah pun Kerajaan Pusat mahu lepas tangan? Mengapa begitu sombong TPM kita ini? Inikah rupanya pemimpin yang memekik hari-hari mahu bekerjasama dengan PAS demi perpaduan Melayu kununnya?

Kita semua tahu, semua sekolah adalah di bawah Kementerian Muhyiddin. Baru-baru ini Ketua Polis Kuala Lumpur pernah menyebut ada 10 buah sekolah di KL sahaja mempunyai rekod jenayah dan pihak Polis akan mengawasi dan memantaunya. Tidakkah ini bermakna pihak Polis telah memberikan kerjasama kepada Kementerian di bawah Muhyiddin? Adakah ini bermakna pihak Polis mencampuri hal ehwal Kementerian beliau? Mengapa Muhyiddin tidak mahu Pusat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah jenayah curi pasir ini? Mengapa perlu ada dendam dan hasad sedemikian rupa?

Jika semua rakyat di negara ini atau semua MB/KM di semua negeri di Malaysia ini mempunyai perangai `busuk' seperti Muhyiddin ini, negara ini akan musnah dan hancur. Seandainya kita melihat satu kejadian jenayah, tetapi kita berdiam diri hanya kerana kita menganggap itu tugas pihak keselamatan bukan tugas kita, apa akan jadi pada masyarakat di negara ini? Inilah yang berlaku di Selangor. Muhyiddin tanpa rasa bertanggungjawab sebagai TPM mudah menyebut, itu bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka biarkan mereka selesaikan sendiri.

Sedangkan, beliau sendiri mengakui belum lagi melihat surat permohonan dari Kerajaan Negeri Selangor itu. Beliau belum tahu apakah bentuk bantuan yang ingin diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor, awal-awal lagi beliau sudah menolak. Ya, niat beliau mungkin tidak mahu isu tersebut selesai kerana mudah baginya untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR tu.

Mudah-mudahan pemimpin seperti ini tidak kekal lama di negara kita. Sikap beliau itu jangan kita contohi terutamanya oleh budak-budak sekolah walaupun Muhyiddin selaku Menteri mereka. Inilah yang dikatakan `ego, sombong dan takbur' . -wfauzdin.blogspot.com

Pakatan mampu cipta sejarah di Sarawak

MIRI, 17 Julai: Jentera Pakatan Rakyat harus giat bekerja dan bersama rakyat untuk mencipta sejarah dan membuat perubahan besar dalam lanskap politik Sarawak.

Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre baru-baru ini berkaitan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional di Sarawak sungguh menarik perhatian ramai pihak.

Bagi PAS Miri, sesuatu yang pasti adalah di saat demam pilihan raya negeri (dan mungkin umum) semakin terasa segalanya semakin baik bagi Barisan Nasional.

Dalam satu kenyataan media, PAS kawasan menyatakan manakan tidak, ia berlaku selepas rating Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak naik ke angka lebih 70% baru-baru ini, di saat itu jualah Sibu terlepas dari genggaman BN.

(Gambar: Majlis penyerahan borang penubuhan PAS Senadin kepada setiausaha kawasan, baru-baru ini.)

“PAS Miri beranggapan angka atau statistik yang dilaporkan adalah sesuatu yang dicanang untuk menunjukkan kepada Kabinet Ketua Menteri dan Perdana Menteri bahawa a good feel factor sedang berlaku,” kenyataan itu menambah.

Ia harus digiatkan, disusuli serangan menggila media ke atas Kerajaan Pakatan di Selangor dengan isu curi Pasir, di Kelantan isu pembalakan bagi memastikan suasana baik ini diharapkan untuk diterjemah kepada kejayaan BN dalam pilihan raya.

Kata kenyataan itu lagi, ia umpama si Sotong Paul yang ‘menilik’ dengan tepat pemenang Piala Dunia baru-baru ini. Sudah pasti dengan laporan sebegini, BN akan lebih yakin untuk membubarkan Parlimen atau Dun.

Namun, biar apa pun yang dilaporkan, PAS Miri merasakan ia akan menjadi pembakar semangat dalam menggerakkan jentera parti dan rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam meneruskan kerja pilihan raya.

Sokongan yang bertambah baik telah diterjemahkan lagi dengan tertubuhnya 5 cawangan baru PAS di Miri iaitu Senadin, Piasau, Pulau Melayu, Bumiko dan Pujut.

Menurut kenyataan itu, dengan penambahan ahli setempat yang semakin baik dan sokongan terbuka masyarakat bukan Islam melalui tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri jelas menunjukkan terkadang sesuatu laporan media atau kajian, tidak seperti apa yang sebenarnya berlaku atau mungkin jua harus dianggap berlawanan keadaannya.

Contohnya, sudah acap kali berlaku kalau tajuk berita itu ditulis 500 penyokong PR berhimpun di Kedutaan Amerika, sebenarnya 5,000 yang hadir. Pernah juga ditulis 1,000 ahli PKR tukar parti masuk Umno tetapi yang berlaku hanya 10 orang dan lebih perit 500 pula masuk PKR.

“Jadi sama-sama kita tunggu kebenarannya. Jentera parti Pakatan harus giat bekerja dan bersama rakyat untuk mencipta sejarah buat Pakatan Rakyat di Miri seperti yang telah berlaku di Sibu, lantas membuat perubahan besar dalam lanskap politik Sarawak,” ujar kenyataan itu lagi. -Hrkh

Umno Bermasalah DiSeluruh Negara

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/muhyidin4adunhilang.gif- Empat ADUN 'Hilang' Ketika Lawatan Muhyiddin
SETIU
- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui parti 'usang' Umno menghadapi masalah dimerata tempat di seluruh negara dan kecewa kerana empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) 'hilang' ketika lawatannya semalam.

Beliau mengingatkan anggota UMNO supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu..

"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sebut ini bukan sahaja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Setiu, di sini, pada Jumaat.

Empat ADUN kawasan Setiu yang 'hilang' adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali, Abd Halim Jusoh (ADUN Permaisuri), Asha'ari Idris (ADUN Langkap) dan Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit) tidak hadir pada majlis tersebut.

Sebaliknya, turut hadir adalah bekas Menteri Besar Terengganu yang Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusuh.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata beliau kecewa dengan kegagalan empat wakil rakyat itu hadir pada majlis penting seumpama itu.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai Timbalan Presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya dipetik agensi Bernama

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .