Ikuti Blog ini

Sembang Petang Bersama Ust Azhar Idrus Sempena Tahun Melawat Kelantan




Video streaming by Ustream

Sultan harap gas didarat di Kelantan


KOTA BHARU, 2 Mac: Sultan Muhammad V berharap projek-projek yang telah dirancang dilaksanakan di negeri ini melalui Rancangan Malaysia Ke-10 dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Titah baginda bagi RMK-10 yang bermula 2011 hingga 2015 menggunakan pendekatan format pelan pusingan (rolling plan) yang dilaksanakan sejak tahun lepas memfokus pembangunan tempoh dua tahun.

“Pembangunan kepada tempoh dua tahun berdasar keupayaan kewangan semasa kerajaan Persekutuan.

“Beta berharap projek-projek yang telah dirancang untuk Kelantan melalui RMK-10 dapat dilaksanakan sepenuhnya,” titah baginda pada perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dun Kelantan ke-12 semalam.

Menurut baginda juga pada tahun lepas Kelantan menerima pelaburan hampir RM1.4 bilion meliputi bidang hartanah, pertanian, pembuatan dan tenaga diperbaharui.

Oleh itu baginda berharap kemasukan pelaburan tahun ini akan meningkat dengan adanya kemudahan pangkalan bekalan di Tok Bali yang dijangka siap pembinaan tahun ini.

Selain itu pembangunan Bandar Baru Tunjung semakin rancak, di samping rakyat akan menerima kesan berganda daripada projek-projek yang dilulus tahun lepas.

Sultan Kelantan juga bertitah gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) sudah mulai dikeluarkan.

“Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,” titah baginda.

Surat Menyurat Mahathir Dengan Israel Bukti Pengiktirafan Malaysia Terhadap Israel

Ucapan tahniah bukti pendirian Tun M 'pro-Israel'

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ucapan tahniah yang ditujukan atas pelantikan Ehud Barak sebagai Perdana Menteri Israel bukti pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini.

Beliau menyifatkan ucapan tahniah itu sama seperti memberi pengiktirafan kepada Israel.

“Terima kasihlah kepada Tun Mahathir yang memberitahu satu Malaysia yang beliau mengiktiraf Israel.

“Mengiktiraf kemenangan pemimpin itu bermakna beliau mengiktiraf pembentukan negara Israel,”
katanya kepada pada sidang media di Ibu Pejabat Pas,

Menurut Mahfuz beliau percaya dasar dan polisi dengan Israel yang dibawa pada zaman Dr Mahathir itu masih diteruskan hingga ke hari ini.

Rabu lalu kerajaan telah mendedahkan tiga surat Dr Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Bagaimanapun, kandungan surat yang tertulis ucapan tahniah di atas kemenangan pemimpin Israel itu dalam perenggan pertama itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tiga surat itu adalah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasar mengenai Palestin.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, beliau berkata, ia adalah surat Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin bertarikh 21 Disember 1993, kepada Benyamin Netanyahu bertarikh 14 Mac 1997 dan Barak bertarikh 8 Jun 1999. -SH


Surat kepada Israel dedah sikap pura-pura BN


KUALA LUMPUR, 1 Mac: Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohammad kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesakan kebenaran dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Mahathir sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai ‘pro-Yahudi’, namun secara senyap-senyap rapat dengan pemimpin Zionis.

“Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

“Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini,“ katanya.

Sebelum ini kata Saifuddin lagi, Anwar diserang teruk oleh pemimpin dan media Umno-BN apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Ketika itu, Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Sikap berbaik dengan Israel itu juga kata Saifuddin diteruskan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan BN.

Sedangkan ujarnya, antara penasihat APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

“Kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin.

“Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” tegasnya.
-HD

Tauke-tauke tidak mahu sponsor Najib untuk PRU13

Najib dan Umno sekarang ini sedang berusaha mencari Dana Pilihanraya yang dianggarkan mencecah berbilion Ringgit. Setiap seorang calon ahli parlimen sahaja akan diberi peruntukan RM2.5juta… itu belum lagi wang yang hendak di’rasuah’kan kepada pengundi… kos logistik, kos menggerakkan jentera dan sebagainya…

Dan yang paling merunsingkan Najib dan Umno sekarang ini adalah masalah mendapatkan sumber kewangan, terutamanya dari ‘tauke-tauke’ besar sepertimana yang berlaku pada pilihanraya2 yang lepas.

Dahulu, ‘tauke-tauke’ ini memberikan sumbangan kepada UmnoBn. Tetapi kali ini, masalah besar timbul apabila mereka tidak lagi mahu memberi sumbangan kepada UmnoBn atas sebab-sebab yang agak rahsia, tetapi berkaitan dengan kepentingan diri mereka sendiri.

Najib Sedang Kais Pagi Dan Petang

Sekarang ini sudah jelas kelihatan Najib dan konco-konconya sedang berusaha untuk mengaut sebanyak mungkin dana yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) sahaja, dijangkakan modal berbayar pada nilai par FGVH ialah RM6 billion dan dijangkakan akan melonjak kepada RM20-21 billion dalam jangkamasa terdekat pasca penyenaraian.

Walaupun terbukti penyenaraian FGVH ini akan menghancurkan kehidupan peneroka di masa akan datang, tetapi dalam masa penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan diberi puluhan ribu ringgit untuk mengaburi mata mereka.

Najib dan UmnoBn juga akan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP untuk membantu membiayai skim pembelian rumah kos rendah.

Wang ini sudah semestinya akan disalurkan sebaik sahaja projek perumahan itu diluluskan untuk pembinaan. Dalam masa pembinaan yang memakan masa bertahun, wang RM1.5 bilion tersebut akan digunakan dahulu sebagai dana pilihanraya.

Business Times melaporkan semalam bahawa Khairy telah dimanfaatkan untuk mengetuai Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebagai satu langkah untuk memastikan Ketua Pemuda Umno itu yang tidak mempunyai jawatan rasmi di luar UmnoBn mendapat jawatan di dalam kerajaan bagi mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU13.

Perlantikan Khairy sebagai Pengerusi PUNB akan memberi manfaat kepada Umno bukannya kepada Melayu dan ia akan menjadi satu langkah ke belakang untuk masyarakat Bumiputera, kerana dengan perlantikan itu jelas menunjukkan bahawa kepentingan fahaman politik, tidak berkeupayaan dan pengalaman diberi jawatan tertinggi dalam GLC kerajaan.

Kerugian Melampau

Dalam satu kenyataan, syarikat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd telah mencapai kerugian sebelum cukai sebanyak RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011. Dan pendapatan syarikat telah berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion tahun sebelumnya.

Scomi Engineering Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.721 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011. Pendapatan susut kepada RM303.65 juta.

Scomi Marine Bhd pula mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM116.47 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2011. Hasil jatuh kepada RM390.82 juta daripada RM409.029 juta setahun yang lalu.

Semalam satu pengumuman mengejutkan apabila kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya, Malaysian Airline System Bhd (MAS) yang menyatakan bahawa MAS mencatatkan kerugian besar sebanyak RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011. Bagi suku keempat, syarikat penerbangan nasional itu mencatatkan RM1.28 bilion dalam kerugian bersih, pada perolehan sebanyak RM3.68 bilion.

Apakah segala kerugian besar yang diumumkan ini ada kaitan dengan PRU 13 yang akan datang ?!!!

Segala-galanya ada berkaitan dengan dana Pilihanraya umnoBn ?!!! http://reformisanakmuda.blogspot.com/

Bongkar!! Hospital Kini Jadi Markas Barisan Najis!


Tak cukup dengan penyalahgunaan balai raya, dewan orang ramai serta masjid, kini Umno-APCO tanpa rasa segan dan malu menggunakan sebuah lagi kemudahan awam untuk kegunaan parti.

Hospital pula kini menjadi mangsa menjadi markas Umno-APCO dan Barisan Najis.

Mengesahkan perkara ini, kakitangan Hospital Sungai Buloh mengemukakan bukti bergambar menunjukkan jentera Barisan Najis sewenang-wenangnya menggunakan auditorium pula sebagai tempat pelancaran jentera parlimen Subang pada 28 Februari lalu.

NGO yang juga mengesahkan perkara itu berkata, "Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Najis P107 Subang" yang diadakan pada tarikh tersebut, auditorium itu sebenarnya telah ditempah pada malam sebelumnya!

Persoalannya, apakah Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai yang terkenal dengan pembohongannya ketika gas pemedih mata memasuki kawasan Hospital Tung Shin pada demo Bersih 2.0 9 Julai tahun lalu membutakan mata dan memekakkan telinganya sekali kagi?

Apakah Pakatan Rakyat berpeluang menggunakan kemudahan awam sebegini untuk tujuan yang sama?

S Gobi Krishnan yang mewakili NGO tersebut juga mempersoalkan bagaimana auditorium yang disewa RM200 sejam itu terbuka untuk mesyuarat parti dan bukannya untuk tujuan majlis kerajaan!

Kita tunggu penjelasan Liow sendiri apakah alasan lagi yang hendak diberikan selepas insiden Hospital Tung Shin pun masih belum dapat dimaafkan seluruh rakyat Malaysia!

Bukti Kerajaan Akui Lynas Berbahaya

Belum apa-apa kerajaan telah mengakui tentang bahaya logi nadir bumi Lynas. Himpunan Hijau sebelum ini bertepatanlah!!

Kerajaan melalui Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai mengakui tentang bahaya Lynas. Menteri Kesihatan berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia. Sebelum ini kerajaan Australia telah menolak permohonan tersebut. Mereka tak nak cari ‘mampuih’ nak membawa pulang sisa radioaktif ke negerinya.

Sekiranya tidak berbahaya kenapa begitu payah untuk melupuskan sisa tersebut. Tanam sahaja di Kuantan atau di belakang rumah Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang yang begitu teruja tentang Lynas.

Sampai ke saat ini juga kerajaan juga masih was-was dengan Lynas dan operasinya. “Kalau Lynas tidak boleh memberi jaminan, kita tidak akan luluskan (lesen operasi),” kata Menteri Kesihatan kepada News Oriental Daily.

Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.

Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain pada April lepas.

Juga kalau operasi Lynas tidak berbahaya tentu kerajaan Australia akan menerimanya. Namun begitu kerajaan Australia tak lah bodoh macam Kerajaan Malaysia!! Kalau tak berbahaya takkanlah kabinet nak suruh hantar semula ke Australia. Kabinet nak orang Australia merasa kesan radioaktif tersebut selain rakyat Malaysia yang lumayan merasainya. Kongsi seorang sedikit.

Kena cari siapa ‘makan’ paling banyak dengan projek tersebut sehinggakan Kerajaan Malaysia begitu senang diperbodohkan kapitalis asing!!

Saksi Tertua Tragedi Berdarah Pantai Batu Burok Meninggal Dunia

MARANG - Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat khususnya PAS Cawangan Kampung Pak Madah kehilangan seorang tokoh veteran apabila Allahyarham Ali Daud yang juga saksi tertua Tragedi Batu Burok, kembali ke rahmatuLlah akibat komplikasi jantung.

Beliau yang dikenali sebagai ‘Tok Khatib Ali’, 74, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi disisi ahli keluarga, isteri dan beberapa orang anak di rumahnya, Selasa 28 Februari.

Sebelum itu, Allahyarham telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu akibat serang jantung.

Namun selepas beberapa hari, keadaannya stabil dan pihak hospital membenarkan beliau pulang ke rumah meski pun mengalami sedikit cirit-birit serta sakit dalam perut.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Gayah Fatimah Jusoh, 70, yang sangat bersedih atas pemergian suaminya yang tercinta.

Anak lelakinya Zulfakar Ali, 38, berkata, Allahyarham bapanya merupakan seorang imam kampung Pak Madah dan juga selaku penasihat PAS cawangan berkenaan.

Katanya, Allahyarham juga seorang bapa yang istiqamah dalam perjuangan Islam serta menjadi penggerak terawal PAS khususnya di sekitar Alor Limbat dan Bukit Payong, Marang.

“Dia (bapa) seorang yang tegas dan komited dengan parti (PAS). Ayah saya antara orang terawal yang menggerakkan PAS di kawasan (Pak Madah) ini dan Bukit Payung.

“Semangat jihad dan perjuangan Islam yang didokongi bersama PAS tidak pernah luntur. Itulah juga pesanan allahyarham kepada anak cucunya.

“Sebab itu, dalam kes perbicaraan tragedi berdarah di Batu Burok, Kuala Terengganu pada 8 September 2007. Beliau telah menulis sepucuk surat untuk diserahkan ke mahkamah, jika didapati bersalah dia (ayah) lebih rela di penjarakan dari membayar denda,” jelas Zulfakar.

Allahyarham pernah ditahan dan didakwa atas kejadian Tragedi Berdarah Pantai Batu Burok pada Ceramah Pasca Bersih pada tahun 2007.

Pada peristiwa tersebut dua Pemuda PAS ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis serta 38 orang ditangkap dan didakwa di mahkamah termasuk allahyarham Khatib Ali.

Jenazah allahyarham Khatib Ali disembahyangkan di Masjid Pak Madah serta diimamkan oleh bekas Timbalan Mufti Terengganu, Ustaz Al-Hafiz Zainal Abidin Abdul Kadir jam 9.30 malam bersama 300 orang jamaah. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .