Ikuti Blog ini

Ribuan berhimpun bantah Bil Perhimpunan Aman


Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
NONEPerarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
1:20pm Lim Chee Wee keluar dari Dewan Rakyat dan menyertai orang ramai semula sambil diberi tepukan gemuruh.

"Hari ini, kita buktikan kita boleh berhimpun secara aman. Kita mesti tulis kepada semua MP supaya Bil Majlis Pegiuam diberi pertimbangan. Kita mesti berterima kasih kepada polis kerana membantu menjayakan perhimpunan aman ini.

"Ini bukan yang terakhir, kita mesti terus mengetuk pintu Parlimen bagi memastikan rang bil itu tidak menjadi undang-undang.”
NONE1:06pm Lim Chee Wee menyerahkan draf Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dirangka Majlis Peguam dan nota bantahan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1:05pm Kumpulan NGO itu berteduh di bawah pokok, sementara hadirin Majlis Pehuam yang jauh lebih besar itu masih lagi bertenaga dan melaungkan 'Hidup Rakyat, Hidup Himpun' beberapa kali, tanpa henti.

Kumpulan NGO itu, membisu tanpa sebarang laungan.

Sebelum itu, kenderaan yang lalu lalang sekitar jalan di sini, turut membunyikan hon kepada hadirin Majlis Peguam sebagai tanda sokongan.

NONEKelihatan juga beberapa ahli parlimen hadir ke sini, antaranya Tian Chua dan Mujahid Yusuf Rawa sebagai tanda sokongan mereka.
12:55pm Peserta kumpulan itu yang sekarang berjumlah kira-kira 100 orang membakar kemeja T berwarna kuning. Polis bertindak menghalang mereka.
12:50pm Wakil NGO yang menentang itu, Zulkifli Sharif memberitahu wartawan mereka melancarkan perhimpunan hari ini bagi membalas perhimpunan Majlis Peguam yang didakwa mempunyai agenda politik.

"Kami nampak kumpulan Majlis Peguam memegang poster yang menggalakkan seks bebas,” katanya.
NONE12:48pm Sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen.
Mereka sedang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen.
Bon memberitahu, kumpulan Majlis Peguam akan bersurai secara aman selepas pihaknya mengadakan sidang akhbar berkenaan.
12.45pm: Kumpulan Majlis Peguam dan yang menentang mereka sampai di sebuah jambatan yang menghubungkan pintu masuk ke Parlimen.

Kedua-dua kumpulan berada di jalan bersebelahan. Kumpulan itu dipercayai adalah anggota Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Majlis Ayahanda Malaysia dan Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara.

NONEKumpulan Majlis Peguam terus melaungkan: "Bebas, bebas! Bebas himpun!"

Manakala kumpulan penentang mereka  membalas dengan: "Kami tentang seks bebas!" dan “Amar Makruf Nahi Mungkar.”
12:35pm Peguam dan orang ramai yang berarak mula sampai di persimpangan jalan masuk ke Parlimen. Polis mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan yang menuju ke parlimen.

Mereka mematuhi arahan itu.

NONELim Chee Wee bersama sembilan lagi wakil Majlis Peguam bersiap sedia untuk memasuki bangunan Parlimen bagi menyerahkan nota bantahan mereka.

Orang ramai yang berkumpul mula bernyanyi. Antaranya, lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan “hidup rakyat” berulang kali.
12:27pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan ada yang mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat.
Edmond Bon pula mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengawal keadaan lalu lintas. Beliau juga mengarahkan hadirin supaya bekerja sama dan beredar ke tepi jalan mengikut arahan polis.
NONE12:26pm Sebuah kumpulan yang dipercayai dianggotai beberpa NGO Melayu melaungkan slogan "Kami tentang seks bebas!" Seorang daripada mereka berkata “Balik India” yang mencetuskan rasa kurang senang beberpa orang keturunan India di sini.
12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: “Kami pelindung YB”.
12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman.

NONE"Kami (rangka Rang Undang-undang alternatif) bukan kerana ia memerlukan ubah-suaian tetapi (kerana) asas-asasnya adalah salah. Jika undang-undang ini diluluskan oleh British pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, kita tidak akan mencapai kemerdekaan."
11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi.
11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk.

NONE"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!,” katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat.

Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu.
11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan
tepukan gemuruh.

NONE11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang.
11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.

Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”
NONEMenurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.

Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan ‘boo’ para hadirin.

"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?”
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM.”
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.

NONE11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.

Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.
NONE11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.

11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.

"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”
NONE11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”

Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.

11:05am:
Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
NONE11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.

10:56am:
Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.

10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.

10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
NONE10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.

Bubar Parlimen: 15 Jan, PRU-13: 20 Feb 2012?

KL Today hari ini melaporkan ramalan terbaru tarikh parlimen dibubarkan sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan pada 15 Januari tahun hadapan.

Laporan tersebut merujuk kepada analisis terbaru yang dikemukakan oleh akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily baru-baru ini berdasarkan beberapa 'penemuan' akhbar itu.

Antara alasan yang menyokong ramalan akhbar itu ialah PM, Najib Razak tidak akan mengadakan sebarang lawatan ke luar negara sepanjang bulan Januari nanti.
Malahan, Najib juga dikatakan tidak akan hadir dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland yang juga dijadualkan berlangsung pada bulan yang sama.

Selain itu, Oriental Daily juga memaklumkan mereka telah mendapat maklumat bahawa pada bulan yang sama cuti kesemua pegawai dan anggota polis dibekukan.

Bagaimanapun, alasan tarikh 15 haribulan dipilih sebagai tarikh pembubaran parlimen tidak pula dinyatakan sebabnya..

Sekiranya tarikh yang diramalkan Oriental Daily itu tepat kemungkinan besar, PRU-13 akan diadakan pada awal Febuari. 

Sebelum ini, akhbar harian Bahasa Melayu, Sinar Harian meramalkan tarikh PRU-13 akan diadakan pada 11 Mac 2012.
Di petik drp Beduk Canang

Tol Lebuhraya: Modal RM5.945 bilion, RM24.266 bilion Telah Di Kutip Dalam Masa 16 Tahun Beroperasi





KUALA LUMPUR – Kerajaan pusat Barisan Nasional jelas tidak adil dan tidak berhati nurani kerana masih membenarkan syarikat-syarikat pengendali lebih raya terus mengutip tol walau pun mereka sudah pun mengaut keuntungan yang amat besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan BN melalui jawapan bertulis Parlimen telah mengakui bahawa syarikat pengendali tol Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) yang telah membelanjakan RM5.945 bilion untuk pembinaan lebuh raya itu telah memperolehi RM24.266 bilion daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan sehingga 31 Disember 2010.

Katanya, ia menunjukkan bahawa syarikat pengendali tol NSE telah mencatat lebihan RM18.321 bilion setakat 31 Disember 2010 daripada pelaburan asal.
“Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol?

“Sepatutnya, dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi NSE patut dihentikan serta merta sedangkan hasil kutipannya sudah pun tiga kali ganda pelaburan asal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, keadaan yang sama berlaku kepada Jambatan Pulau Pinang yang dikuasai kerajaan pusat telah mengutip RM1.859 bilion dengan kos pembinaan RM944 juta, iaitu ia mencatatkan lebihan RM924 juta.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, katanya, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta, dengan kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta.

“Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja tidak sepatutnya terus dibebani tol sehingga 31 Disember 2038, malah kutipan tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat di Pulau Pinang menjadi mangsa keputusan kerajaan BN melanjutkan kutipan tol selama 17 tahun untuk Jambatan Pulau Pinang, iaitu sehingga akhir tahun 2038, dan bukannya tarikh luput asal pada tahun 2021.

Menurutnya, rakyat juga dihukum atas perkara yang sama untuk (BKE) yang turut dilanjutkan tempoh tol 11 tahun kepada tahun 2038 berbanding tarikh luput asal tahun 2026.

“Ini telah dilakukan supaya kenaikan kadar tol untuk lima lebuh raya lain dibeku selama lima tahun. Tambahan pula, tidak ada lanjutan tempoh tol bagi NSE atau Linkedua Malaysia-Singapura, “ tambahnya.

Justeru, Guan Eng mencabar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut setelah Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa beliau (Guan Eng) bersikap “double-standards” dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.

“Saya tidak faham bagaimana saya boleh dikatakan sebagai mengamalkan “double-standards” apabila saya mengambil pendirian yang berprinsip untuk membantah syarikat-syarikat pengendali tol yang selama ini meraut keuntungan yang besar daripada rakyat,” katanya


PENGECUALIAN PAMPASAN TOL ~ SEMAKAN SEMULA TERMA KONSESI

Lebuhraya Sekarang hingga 2015 Struktur tol Semasa Struktur tol baru Tarikh luput semasa konsesi Tarikh luput baru konsesi
NSE Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun   5% pada 2016 and setiap tiga tahun selepas Dec 31, 2038  



Dec 31, 2038
Elite Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun May 31, 2030
Linkedua Tiada kenaikan 25% setiap lima tahun Dec 31, 2038
BKE Tiada kenaikan 15% – 25% setiap lima tahun June 27, 2026
Penang Bridge Tiada kenaikan 10% setiap lima tahun Tiada kenaikan Dec 31, 2021
Menurut Guan Eng, semakan semula terma konsesi seperti di atas bukanlah satu keadaan “menang-menang” bagi semua pihak kerana ia hanya satu kemenangan besar bagi syarikat-syarikat pengendali tol sahaja.

Beliau hairan bagaimana menteri berkenaan tetap mendakwa bahawa semakan semula perjanjian tol itu membawa manfaat kepada rakyat melalui pembekuan kenaikan kadar tol, sedangkan kenaikan kadar tol tersebut sebenarnya menyamar di sebalik lanjutan tempoh tol.

“Kesannya mungkin tidak dirasai sekarang, tetapi kesakitannya akan berlanjutan selama 17 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang dan 11 tahun bagi BKE,” tambah beliau. – Roketkini.com

Akta Perhimpunan Aman : Najib kelirukan rakyat- Surendran

“Hak berhimpun adalah hak rakyat dan bukan hak polis. Jika hendak dibandingkan dengan negara Findland, pemberian notis hanyalah 6 jam manakala di England 6 hari malah ada juga negara yang tidak memerlukan notis langsung,” -Surendran.

               Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Perdana Menteri cuba mengelirukan rakyat berhubung Akta Perhimpunan Aman 2011.
              Menurut Surendran, kenyataan Najib bahawa akta itu membolehkan notis perhimpunan diberi dalam masa singkat, tidak terkandung dalam Rang Undang Undang yang dibentangkan sebelum ini.

“Kalau betul boleh beri notis yang begitu pendek, kenapa tidak dinyatakan dalam RUU sewaktu dibentangkan? Jelas sebelum ini menyebut notis 30 hari, sekarang dia cuba lari kerana RUU itu jelas zalim,” kata Surendran.

Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa Pakatan Rakyat cuba mengelirukan orang ramai khususnya berkenaan syarat notis 30 hari bagi penganjur perhimpunan memaklumkan pihak polis.

Menurut Surendran, Najib sebenarnya tertekan dengan bantahan Pakatan Rakyat, NGO dan orang ramai yang marah dengan Akta itu.

“Hak berhimpun adalah hak rakyat dan bukan hak polis. Jika hendak dibandingkan dengan negara Findland, pemberian notis hanyalah 6 jam manakala di England 6 hari malah ada juga negara yang tidak memerlukan notis langsung,” kata Surendran.

Pakatan Rakyat dan pelbagai NGO sebelum ini mendesak kerajaan pimpinan Najib Razak menarik balik Rang Undang-undang berkenaan yang dibentang di parlimen baru-baru ini.

Antara peruntukan dalam rang undang-undang berkenaan ialah pemberian notis awal 30 hari untuk berhimpun.

Seksyen 9(5) dalam rang undang berkenaan pula membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan.

Manakala Seksyen 21(3) pula membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

Rang Undang-undang yang dicadangkan itu juga memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun, termasuk lokasi dan tarikh perhimpunan.

Rang undang-undang itu yang digubal ekoran keputusan pentadbiran Najib memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis Sebelum ini.

Dewan Rakyat akan membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan dinamakan Akta Perhimpunan Aman, sekiranya diluluskan esok.-K/Daily

Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr Haron Din



Shahmuzir
Kisah Dato’ Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang. Ketika saya belajar di UKM pada tahun 1995-1999, kisah ini selalu dijadikan buah mulut para penceramah agama, apatah lagi peristiwa tersebut dikatakan berlaku di sebuah fakulti di UKM dan dekat pula dengan kamsis tempat saya tinggal.

Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini. Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada ramai. Berikut adalah penjelasan Dato’ Dr. Haron Din tentang kisah tersebut:
“Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu.” – Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Semoga dengan penjelasan ini, masyarakat yang mengagumi dan menyayangi Dato’ Dr. Haron Din tidak lagi menggunakan kisah tersebut untuk dijadikan modal ceramah dan perbualan. Berpada-padalah dalam mengagumi manusia selain Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Dan buat sebahagian ahli masyarakat yang tidak menyenangi beliau, harapnya penjelasan ini memberhentikan tohmahan dan kutukan berkaitan kisah ini. Semoga kalian dapat mempelajari pengajaran bahawa memeriksa sesebuah cerita itu dari tuan punya badan adalah penting sebelum kalian ingin membantai dan mengkritik.

Monorel Melaka Bermasalah Lagi. Ali Rustam Semakin Gila?

Baru tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat.

Malaysiakini difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen.

Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel.

Sementara itu, tambang RM10 setiap seorang untuk menaiki monorel berkenaan kemudiannya dikembalikan kepada pelancong terbabit.

Difahamkan juga keputusan membatalkan perkhidmatan berkenaan adalah berikutan ketiadaan sejenis cat thermal khas pada landasan yang membolehkan perkhidmatan dijalankan seperti biasa pada waktu hujan.

Tanpa cat berkenaan, roda monorel dikatakan tidak akan dapat mencengkam landasan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, perkhidmatan monorel berkenaan tidak akan dapat berjalan seperti biasa pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

Menurutnya, keadaan basah yang disebabkan hujan akan mengurangkan cengkaman pada landasan dan roda monorel.

"Sebab itulah kita meminta pihak pengurusan Monorel Melaka supaya tidak mengendalikan perkhidmatan pada waktu hujan," katanya.

Selain itu, katanya, sepasukan jurutera SPAD akan turut dihantar untuk memeriksa monorel berkenaan hari ini.

Tidak selamat

Jumaat lalu, perkhidmatan Monorel Melaka memulakan semula operasi selepas digantung perkhidmatannya sejak awal bulan ini.

Kebenaran untuk pengendali perkhidmatan itu, Menara Taming Sari Bhd, memulakan semula perkhidmatan dikeluarkan SPAD setelah berpuas hati langkah diambil pengendali perkhidmatan terhadap beberapa isu ditimbulkan sebelum ini.

Bagaimanapun, syarat SPAD mengenai penggunaan cat khas itu masih belum dilaksanakan dan hanya akan dibuat apabila perkhidmatan monorel dihentikan seketika bagi menjalankan penyelenggaraan berjadual Januari depan.

2 November lalu, dua pelancongan Britain terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Berikutan itu, SPAD melakukan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dan mendapati perkhidmatan monorel itu gagal mematuhi aspek keselamatan yang mengundang bahaya kepada para pengguna.

SPAD kemudian mengumumkan perkhidmatan itu digantung selama 30 hari. Tindakan itu, mengundang rasa tidak puas hati Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mendakwa ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi.

Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta dilancarkan oleh pada 20 Okt tahun lalu sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri maju 2010 dan kira-kira 16,000 penumpang telah menaikinya. -mk

Mohd Ali Rustam, KM melaka itu sudah gila ker apa?

Monorel yang berharga RM15.5 juta sekadar nak "meronda" sepanjang tepian sungai Melaka itu sudah lebih 20 kali rosak.

Wang yang dibelanjakan persis wang dari koceknya sedangkan ia adalah "wang rakyat".

Virdict rakyat: Terlalu wajar UMNO BN Melaka dihumbankan ke dalam Sungai Melaka nampaknya di dalam PRU akan datang ini.-GB

Umno kini mod defensif - diserang luar dalam!

Apabila negara sudah sampai ke tahap caca-marba seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini, kita tahu pihak yang memimpin mempunyai masalah. Setakat kesalahan kecil-kecil orang Melayu dan rakyat amnya sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan yang boleh diperbaiki dan terus sahaja memberikan mandat kepada mereka (BN).
Rakyat Malaysia amnya dan lebih khusus lagi orang Melayu sentiasa bersifat pemaaf. Rakyat bukan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak jujur selama ini. BN tetap mendapat sokongan di setiap kali pilihan raya.
Tetapi keadaan itu semua sudah tiada lagi. Rakyat sedar yang BN khususnya UMNO telah mengambil sikap pemaaf orang Melayu itu sebagai kelemahan Melayu. Mereka terus melakukan perkara keji seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kerana mempercayai yang orang Melayu khususnya dan rakyat amnya akan terus memberikan sokongan dan tidak akan lari dari memberikan mandat terus menerus.

Mereka (pemimpin) terus terusan melakukan perkara yang selama ini dibenci rakyat dan mereka (pemimpin) merasakan yang kalau mereka membuat salah pun rakyat akan tetap mengundi mereka lagi. Tetapi sekarang kesabaran itu sudah habis hadnya. Rakyat termasuk orang Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap angkuh dan sikap bermaharajagila mereka lagi.

Dalam pada rakyat merasa gusar dengan sikap pemimpin, mereka yang menjadi pemimpin masih lagi merelakan diri mereka ditawan oleh nafsu-nafsi mereka. Kalaulah mereka sedar dan tahu bagaimana rakyat marah isu NFC misalnya, tidak akan timbul. Banyak lagi isu-isu besar yang sudah pun ditulis dalam blog ini.

Dalam kabinet hari ini ahli-ahlinya (menteri-menteri) berniaga dari kapal selam kepada perniagaan kapal terbang dan seterusnya sampai terlibat dengan perniagaan lembu. Pendeknya apa yang ada di darat, di air dan di udara semuanya mereka sapu bersih.

Penggubal dasar tidak lagi bertanggungjawab untuk menjadi pemantau terhadap dasar yang digubal oleh parti dan parlimen yang berkuasa. Malahan penggubal dasar yang berada di dalam kementerian-kementerian sebagai menteri berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan peluang perniagaan.

Tugas mereka untuk melihat dan mempastikan dasar yang digubal terlaksana dengan baik oleh pelaksana (penjawat awam) sudah dilupakan dan sebaliknya mereka bersama-sama berkonspirasi dengan pelaksana untuk menjadi peniaga yang besar dan menggunakan sumber di kementerian masing-masing.

Orang Melayu memang tidak begitu bernasib baik kerana keadaan bangsa kita yang serba kekurangan dalam semua bidang ini. Kalau dasar ekonomi baru dulu diwujudkan untuk memberikan peluang kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi dan ‘equity participation’ sekarang ini orang Melayu terhimpit dengan saingan daripada kerajaan sendiri.

Orang Melayu bukan sahaja terpaksa bersaing dengan rakan-rakan dari berbilang kaum, orang Melayu juga terpaksa bersaing dengan GLCs dan badan-badan dan institusi kerajaan sendiri. Semua GLCs, badan-badan berkanun termasuk perbadanan kemajuan ekonomi negeri-negeri semuanya bersaing dengan orang Melayu.

Sekarang ini wujud pula apa yang dikenali sebagai Menteri Besar Incorperated (MBI) yang digunakan sepenuhnya oleh Menteri-Menteri Besar untuk bersaing dengan kontraktor Bumiputra dan MBI mendapat keuntungan yang tidak diaudit oleh mana-mana pihak. Semuanya ini adalah alat-alat untuk membunuh peniaga bumiputra dan rakyat keseluruhannya.

Rakyat nampak semuanya ini tetapi mereka (MB-MB) tidak sensitif dengan perasaan rakyat khususnya orang Melayu. Sekarang sesiapa sahaja yang dilantik mengetuai MBI ini boleh menentukan berapa banyak pendapatan yang mereka mahu dalam setahun dan mereka bukannya bekerja untuk mempastikan keuntungan itu untuk dirasai oleh rakyat selain dari hanya memberi bantuan ad hoc kepada sesiapa yang dirasakan perlu mengikut cita dan rasa Menteri Besar terlibat.

Kalau UMNO benar-benar mahu melihat keadaan ini diperbetulkan dalam perhimpunan UMNO tidak beberapa hari lagi ini boleh dikeluarkan isu ini secara terbuka. Tetapi saya tidak yakin perkara ini akan dilakukan kerana hampir kesemuanya dalam UMNO itu mempunyai kepentingan peribadi dan tidak akan berani berkata benar.

Perhimpunan itu hanya sekadar tempat pemimpin UMNO bercakap dan bertempik dengan diikuti dengan tepuk gemuruh dari perwakilan yang syok sendiri semata-mata. Akan ada pelawak-pelawak di kalangan perwakilan yang hampir keseluruhan ucapan mereka disaluti dengan lawak jenaka untuk hiburan perwakilan yang datang dari jauh. Lawak jenaka mereka akan disambut oleh pemimpin di atas stage dan apabila Presiden sendiri ketawa seluruh perwakilan akan ketawa.

Dalam perhimpunan agung itu nanti akan kita lihat dan dengar Presiden UMNO bercakap dengan nada yang tinggi dan bersemangat seperti ucapan Presiden Sukarno, Indonesia pada tahun enam puluhan dahulu bagi menaikan semangat para perwakilan. Tetapi selepas perhimpunan itu ramai perwakilan akan melupakan hal perhimpunan kerana kebanyakan mereka akan berada outlet-outlet karaoke di sekitar Kuala Lumpur. Hasil dari perhimpunan itu adalah seperti kata-kata yang biasa kita dengar, ‘walhasil balik asal’.

Seperkara lagi yang saya hendak sebutkan di sini ialah khabarnya perhimpunan agung kali ini ialah perhimpunan kali yang ke-60. Saya hendak bertanya juga kenapa perhimpunan kali yang ke-60 sedangkan UMNO ini baru berusia 23 tahun. Bagaimana pula UMNO boleh menganjurkan perhimpunan yang ke-60?

Ini juga elok kita tanya Presiden UMNO dan tuntut jawapan dari beliau. Mungkin pemimpin UMNO pada hari ini terlupa sejarah partinya sendiri. Untuk peringatan pucuk pimpinan parti UMNO, usia UMNO yang ada pada hari hanyalah 23 tahun bukannya 60 tahun. Oleh kerana terlalu sangat tidak berkata benar, UMNO kini menjadi sebuah parti yang defensif dalam semua isu.

Mengikut perkiraan saya kali ini adalah kali yang ke-22 tahun sahaja. Kita mesti ingat semasa negara kita mencapai kemerdekaan UMNO sekarang tidak wujud lagi. UMNO sekarang lebih muda dari umur anak bongsu saya.

PAS lebih lama usianya dari UMNO. Begitu juga DAP. UMNO sekarang hanya tua sedikit dari parti Keadilan Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1998 dahulu, sepuluh tahun selepas penubuhan UMNO itu.

Saya sekadar ingin mengingatkan pucuk pimpina UMNO sahaja, tetapi kalau mereka masih mengatakan UMNO itu sudah berusia 6 dekad…itu lantak dialah. Bagi mereka yang tidak mahu di bohongi mereka tetap cekal dengan pendirian yang UMNO itu baru berusia 23 tahun.
- Aspan Alias
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .