Ikuti Blog ini

Gambar menarik dua Ulama' besar di Malaysia.

Lagi Laporan Polis Berkait Apco



Ahli Parlimen (AP) Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali membuat laporan polis meminta siasatan dijalan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana "bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing".

Laporan tersebut dibuat kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi di Balai Polis Dang Wangi di ibu negara.

Dr Lo' Lo' berkata, beliau tampil membuat laporan itu ekoran pendedahan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada 30 Mac yang mengaitkan Apco dengan kerajaan Israel.

"Kita bimbang kerahsiaan negara boleh diakses oleh pihak luar. Kita tahu Apco mempunyai hubungan dengan Israel," katanya

Blogger Umno sahkan berlaku perebutan calon di Hulu Selangor - Pemimpin Umno Selangor ancam Boikot!



Oleh: Pria Malaya

Ternyata bangkai gajah tidak dapat ditutup hanya dengan timbunan daun kering..kebusukannya pasti juga teserlah..Umno dan Najib kini berhadapan dengan keadaan yg cukup genting..hakikat ini tentunya tidak dirasai oleh Umno luar Hulu Selangor, tetap bahang dan kepanasannya dirasai oleh kepimpinan dan ahli/penyokong Umno Hulu Selangor sendiri...

Mereka menuntut supaya calon melayu dari Umno untuk bertanding..mereka sanggup menghantar memorandum kepada Najib demi mempertaruhkan seorang calon berbangsa Melayu sebagai ayam sabung mereka menentang calon Melayu dari parti PR..bahkan lebih dari itu, mereka mengugut akan memboikot PRK kali ini jika tuntutan mereka tidak diendahkan..

Persoalan kini, apakah Najib lebih mengutamakan pandangan dari penduduk Hulu Selangor sendiri, atau hanya mengambilkira pandangan dan suara dari pihak luar Hulu Selangor..sama2 kita saksikan babak seterusnya...

Ikuti pengakuan khas mengenai kemelut dalaman Umno/BN ini oleh seorang blogger Umno (csimelayu.blogspot.com) yang melaporkan langsung dari Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, yang kemudiannya disahkan oleh seorang blogger fanatik Umno, House PK...wallahua'lam..


Tok Guru Presiden PAS

Kenangan di Tasik Kenyir

Silat Gayung
Tuan Guru Presiden di Parlimen

Tuan Guru Presiden turun di Dun Rhu Rendang - Surau Pulau Kerengga,

CERAMAH UMUM - "MENGUPAS ISU-ISU SEMASA YANG MELANDA MALAYSIA"



CERAMAH UMUM - "MENGUPAS ISU-ISU SEMASA YANG MELANDA MALAYSIA"

RM3,000 untuk pencipta logo muktamar PAS

KOTA BHARU, 9 April: Para ahli termasuk penyokong PAS, berpeluang merebut wang tunai sebanyak RM3,000 sekiranya menjuarai pertandingan mencipta logo Muktamar Agung PAS Kali Ke-56.

Pengarah Muktamar tahun ini, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata, bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu, pihak urusetia akan mengiklankan dalam akbar Harakah keluaran terdekat ini.

“Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. Oleh itu, kepada meraka yang berminat boleh mencipta logo berkenaan bermula dari sekarang,” katanya.

“Kami akan mengiklankannya di dalam akhbar Harakah untuk maklumat lanjut. Kami juga menentapkan tarikh tutup pertandingan mencipta logo ini pada akhir bulan April 2010,” katanya lagi.

Muktamar PAS tahun ini dijangka 10 hingga 12 Jun 2010 bertempat di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.

Sementara itu, kerja-kerja persiapan bagi persedian Muktamar Agung PAS itu juga telah pun bermula pada hari ini.

Seramai 200 orang yang terdiri dari anggota Unit Amal Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bahru-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), melakukan kerja-kerja pembersihan Putik

Kerja-kerja kebersihatan itu merupakan program awal bagi muktamar pada tahun ini.

“Memandangkan Muktmar PAS akan diadakan di negeri Kelantan tahun ini, kerja-kerja awal bagi persiapan muktamar perlu dimulakan sekarang,” ujarnya.

“Menerusi program ini, kita telah member tumpuan kepada pokok-pokok di sekeliling Putik dengan mencantas dahan-dahan dan memeriksa struktur kemudahana bagi memastikan yang mana patut dibaiki ataupun di tukar kepada yang baru,” ujranya lagi. - Hrkh

Takan benda Nie MUSA HASAN boleh tengok saja.. Nak Bukti Macamana lagi..??

Mr. Izhak Naskar & Dr. Ido Schechter ketika pelancaran bursa saham syarikat TIS di Bursa Saham Tel Aviv

Tulisan di bawah ini diperolehi dari penghantar email / orang sumber yang sama yang telah mendedahkan maklumat mengenai PDRM dan agen Zionis. Diperturunkan di sini maklumat lanjut dari pendedahan awal tempoh hari.

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia

Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian

Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

by cheguBard

BN tiada pilihan terpaksa hadapi PRK Sibu pula

NONE

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

azlanLau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk
Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernamamemetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

Lagenda Hidup Tiga Stoogers 1 Malaysia


Mentor dan dua menteenya - The Three Stooges of 1Malaysia

Dua orang Raja Lawak tempatan yang sedang panas mengukir nama di persada seni lawak tanah air telah dijemput untuk bersama Raja Lawak Negara untuk pergi ke sebuah studio di Washington , Amerika untuk berlatih membaca skrip dailog untuk lakonan terbaru selanjutnya.

Kunjungan ke Washington sambil belajar itu adalah bertujuan bagi memantapkan lagi seni lakon lawak mereka; supaya tidak tersasul dan termakan diri sendiri.

Mereka berdua telah menggemparkan dunia lawak negara dengan persembahan lawak mereka di sini dan di sini

Raja Lawak Negara , yang merupakan mentor kepada dua-dua Raja Lawak yang baru meningkat naik itu, berjaya memenangi anugerah oskar sebagai Pengarah terbaik di PESTival filem negeri Perak bergandingan dengan pelakon import yang khabarnya didatangkan dari kepulauan Maldive.

Mentor tersebut sangat mengidamkan anugerah PESTival filem Pulau Pinang dan juga Selangor yang sehingga kini mencuba , masih lagi gagal dirangkulinya.

Dengan tercungkilnya dua bakat baru itu , harapan untuk merangkul anugerah di kedua-dua tempat tersebut semakin menggalakan harapan dan berkoba-koba si Mentor itu.

Kini , Mentor Raja Lawak 1Malaysia itu akan menguji kemampuan dua orang Raja Lawak baru itu melalui persembahan ‘Funfare’ yang akan mengadakan siri persembahan percuma di merata kampong Hulu Selangor sedikit masa nanti.Saksikanlah gelagat mereka dengan skrip dan gaya lakonan yang terbaru , yang telah mendapat bimbingan khas dari Mentor Raja Lawak 1Malaysia.
-Alhusseyn.

Maklumat Yang Memeranjatkan Diakhir Sidang DUN

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/Ahmadsaidduntrg.jpgKUALA TERENGGANU – Pelbagai maklumat yang terpaksa didedahkan kepada rakyat setelah tiga hari Sidang DUN Terengganu bersidang, sesi penggulungan di hari terakhir Khamis 8 April, lebih memeranjatkan.

Samada maklumat terdedah kerana pertanyaan dan asakan PAS sebagai pembangkang, wakil-wakil rakyat Umno turut ‘tumpang semangkuk’, bertanya kepada kerajaan samada sebagai suara dari DUN masing-masing atau meneruskan pertentangan kumpulan ‘Idris –Ahmad’.


Jawapan wakil kerajaan terus mendedahkan ke'bobokan' Exco Pembangunan Infrastruktur dan kemudahan Awam negeri, Yahaya Khatib Ali.

Soalan terakhir Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang bertanya, adakah kerajaan sedar jalan yang baru siap dari Chendering ke bandar Marang, dijawab sambil lewa dan kebudak-budakan.

"Ya, kerajaan sedar........ ia berombak dan sangat menasyikkan,"kata Yahaya Khatib ketika menjawab.

Antara maklumat yang terpaksa didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, kerana diasak oleh wakil rakyat PAS adalah berkaitan pemilikan orang-orang Melayu Islam di bandaraya Kuala Terengganu.

Setelah diasak bertubi-tubi oleh ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, jawapan Ahmad mendedahkan pembangunan yang dilaksanakan di bandaraya ini menjadikan ekuiti orang Melayu Islam semakin mengecil dan berkurang.-BO-

Majlis Makan Malam bersama Tok Guru Nik Aziz.

IKLANAKHBARHARAKAH8.jpg Jualan  Kupon picture by gambor

Amaran SPR hanya ditertawakan

Amaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula, sudah pasti akan ditertawakan ramai.

Ini disebabkan meskipun amaran oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu kepada semua pihak kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April, namun apakah beliau sedar BN sudah menghantar dua orang pembesar negara ke sana untuk berkempen?

Yang melanggar undang-undang SPR dengan berkempen itu pula bukan sebarangan orang, melainkan orang nombor satu dan nombor dua negara!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000.

Sehari sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta. Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Itu belum lagi dikira kempen-kempen dan janji-janji secara bisik-bisik semasa mereka ke sana.

Nah, ini apa ini kalau bukan berkempen? Bukan sekadar berkempen kepada di hadapan penduduk Hulu Selangor, bahkan kempen itu tersiar dalam semua media cetak dan elektronik pro-BN. Apakah semuanya buta dan tuli dan melihat semua itu?

Dan ini bukan kali pertama kempen seumpama ini berlaku, bahkan setiap kali pilihan raya dan kempen pula menggunakan segenap jentera kerajaan dan media.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, BN jelas tidak menghormati proses pilihan raya demokratik dan menggesa SPR bertindak tegas terhadap BN.

“Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya, tindakan itu adalah kesalahan mengikut peraturan pilihan raya.

“Jadi, seharusnya SPR memberikan amaran dan mengeluarkan arahan supaya tidak ada apa-apa kempen sehingga hari penamaan calon,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Mafrel berkata, Kerajaan Pusat mungkin mendakwa apa yang dilakukan itu terkandung dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsur kempen.

“Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor sepatutnya belum boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April belum berlangsung.

“Tindakan BN jelas bercanggah Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Jika begitu, jika SPR benar-benar serius dan bermaruah, ada baiknya kita cabar SPR bertindak sesuatu terhadap pemimpin tertinggi negara ini yang jelas dan terang-terang melanggar peraturan dan undang-undang SPR.

Mungkin juga SPR benar-benar insaf dan tidak mahu dipandang seperti ‘ternakan kerajaan’ lagi. Justeru bertindaklah.

Jika tidak, amaran SPR — sampai bila-bilapun — akan hanya dan tetap dianggap sebagai lelucon serta bahan penglipur lara, yang hanya mahu masuk sekadar hiasan di dada akhbar semata-mata! — Harakah Daily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .