Ikuti Blog ini
Aku berbangga dengan Mak Cik ni.. ,Rabu, Mac 31, 2010 at 31.3.10,
Mak cik Zainab ni dari Johor, semata2 datang ke Ipoh untuk mengikuti Persidangan DUN Perak tanda sokongan pd PR Perak. Namun oleh kerana persidangan itu dah jadi huru hara , dia datang ke pejabat DAP untuk bertemu kami sebelum beliau naik keretapi balik semula ke Johor. Dia pesan pd saya untuk terus lawan UMNO BN dan dia pula akan sentiasa berdoa agar PR Perak akan berjaya. Terima Kasih mak cik Zainab.
Mohammad Nizar Jamaluddin
Pemangku Raja Saman Setiausaha Sulit Palsu , at 31.3.10,
Krisis Istana Kelantan:Tengku Muhammad Faris Saman Tengku Abd Aziz
Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra memfailkan saman bagi memohon perintah mahkamah bahawa pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah 25 Mac lepas sebagai Pemangku Raja Kelantan adalah tidak tidak sah dan terbatal.
Tengku Muhammad Faris (gambar) memfailkan saman pemula itu pada 11 pagi semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di sini, melalui peguam yang mewakili baginda, Zainur Zakaria.
Dalam saman itu baginda menamakan diri baginda sebagai plaintif pertama, Kerajaan Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai plaintif kedua dan ketiga manakala adinda baginda Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit Sultan Kelantan, dan Tengku Abdul Aziz sebagai defendan.
Turut disertakan dengan saman itu ialah afidavit sokongan yang diikrarkan Tengku Muhammad Faris pada 27 Mac lepas dan juga perakuan segera oleh Zainur.
Zainur dalam perakuan itu memohon mahkamah supaya menyegerakan perbicaraan kes itu atas alasan pergolakan yang berlaku di Kelantan akibat tindak tanduk oleh Wan Hashim yang menamatkan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja telah menimbulkan kekeliruan, ketidaktentuan dan kegelisahan kepada negeri dan rakyat Kelantan.
Katanya sekiranya kes itu tidak disegerakan pendengarannya, pihak plaintif khuatir bahawa kemudaratan yang lebih serius akan dilakukan oleh Wan Hashim.
Mahkamah menetapkan 5 April ini untuk sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali.
Tengku Muhammad Faris dalam saman itu antara lain memohon deklarasi bahawa pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja oleh Wan Hashim adalah tidak sah dan terbatal, dan deklarasi bahawa pengumuman oleh Wan Hashim dan Tengku Abdul Aziz mengenai penamatan baginda sebagai Pemangku Raja pada 24 Mac lepas adalah tidak sah dan terbatal.
Baginda juga memohon deklarasi bahawa Wan Hashim tidak mempunyai sebarang kuasa atau otoriti dengan apa cara bentuk untuk mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam urusan dan pelaksanaan tugas Sultan Kelantan dalam hal ehwal negeri itu.
Putera Raja Kelantan itu juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Tengku Abdul Aziz daripada menrepresentasi atau mendakwa dirinya sebagai “Pemangku Raja” dan daripada mengganggu atau mencampuri tugas dan kuasa Pemangku Raja (Tengku Muhammad Faris) berkaitan urusan dan hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.
Baginda juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan melalui wakil-wakil atau ejen-ejen mereka dalam bentuk apa cara sekali pun dari menrepresentasikan diri mereka mempunyai kuasa bagi mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.
Tengku Muhammad Faris memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan-defendan daripada mencampuri atau mengganggu pelaksanaan fungsi dan tugas kerajaan negeri Kelantan dan setiausaha kerajaan negeri dalam pentadbiran negeri, sehingga keputusan mahkamah.
Baginda juga memohon kos dan lain-lain relif oleh mahkamah.
Antara alasan yang dikemukakan oleh Tengku Muhammad Faris dalam saman itu ialah baginda adalah Pemangku Raja Negeri Kelantan setelah dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan melalui pemasyhuran bertarikh 24 Mei 2009 kerana Sultan Kelantan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.
Baginda berkata selaku Pemangku Raja, menurut undang-undang baginda mempunyai kuasa untuk menjalankan segala urusan berkenaan dan berkaitan hal ehwal negeri itu sehingga Sultan Kelantan disahkan oleh Majlis Perajaan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugas sebagai Sultan.
Baginda berkata Sultan Kelantan masih gering dan tiada sebarang perisytiharan oleh Majlis Perajaan bahawa Sultan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugasnya.
Pemangku Raja itu berkata tindakan defendan dengan mempresentasikan diri mereka mempunyai kuasa untuk mewakili Sultan Kelantan dalam urusan hal ehwal negeri telah melanggar dan mencabul kuasa baginda sebagai Pemangku Raja, selain menggugat dan menjejaskan pelaksanaan tugas baginda sebagai Pemangku Raja.
Tengku Muhammad Faris berkata Tengku Abdul Aziz secara salah dan tidak sah mengisyhtiharkan, mengatakan atau mendakwa dirinya sebagai Pemangku Raja.
Baginda berkata tindak-tanduk Wan Hashim bukannya sahaja salah di sisi undang-undang malah ianya telah menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan di kalangan orang ramai.
Tengku Muhammad Faris berkata sekiranya defendan-defendan tidak dihalang daripaa terus melakukan tindak tanduk yang bertentangan dengan undang-undang, ianyaakan mempunyai impak yang serius kepada pentadbiran dan rakyat Kelantan. — Bernama
PENJELASAN DS NIZAR TENTANG SIDANG DUN PERAK KECOH HARI INI , at 31.3.10,
Semuanya kerana berpunca dari sikap Speaker DUN, R.Ganesan yang dipercayai bersikap biadap, bodoh sombong dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat beliau adalah "Speaker Haram".
Menurut MB Perak yang Sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) kejadian berlaku seawal jam 10.00 pagi iaitu ketika beliau membuat usul Perintah Tetap 2,3 dan 4. Namun, speaker haram Ganesan tidak memberi perhatian terhadap usul yang dibawanya.
"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku. Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. Saya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan", Jelas Datuk Seri Nizar.
"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut "Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat", katanya.
Apa yang berlaku di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ini sesungguhnya menampakkan kepada kita betapa kalut dan takutnya BN bila melihat kelibat ADUN Pakatan Rakyat sebenarnya.
Tindakan Speaker yang ternyata gagal mengikut ketetapan dewan sememangnya amat memalukan, bahkan ini membuktikan bahawa Ganesan sememangnya tidak layak untuk menjadi Speaker DUN Perak yang sah.
Justeru itu, beliau terpaksa melaksanakan tugasan hanya bersandarkan kepada mandat dan kehendak pemimpin UMNO BN tanpa mengetahui bahawa dirinya memang bodoh dalam urusan tersebut. Semoga rakyat Perak menyedari apa yang berlaku ini dan membuat tindakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. " - intanhijau-
Mengapa Najib umum MEB di luar Parlimen? , at 31.3.10,
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
"Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat," jelasnya.
Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.
Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.
Dalam pada itu, Majlis Pakatan Rakyat petang tadi menyifatkan MEB menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.
"Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum," jelas beliau di Parlimen.
Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.
Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.
Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.
Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.
Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.
"Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan," jelasnya.
Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.
Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR. -Hrkh-
"BERSIH"kan Malaysia dari "VIRUS APCO" , at 31.3.10,
Walaupun Ketua Pembangkang memperincinkan dakwaan APCO sememangnya merecyclekan idea "One Israel" utk digunapakai oleh regim BN yg memerintah Malaysia..dengan disolekan menjadi "1Malaysia"..
Strategi utk tidak menjawab setiap dakwaan dan soalan yg tepat mengenai batang hidung Najib sebagai pemimpin BN dan UMNO....sememangnya sudah dijangka...apatah lagi utk dijawab didalam Dewan Rakyat yang mulia itu..
Untuk itu gesaan utk ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal Najib & APCO ini sudah tentu akan dibakul sampahkan oleh Najib...
Maka dengan itu harapan kini utk memaksa Najib menjawab dakwaan ini ialah meminta Majlis Raja-Raja agar campur tangan mengenai APCO ini..seperti mana yg dicadangkan oleh Adun Pokok Sena..
Jika usaha untuk meraih simpati Majlis Raja-Raja tidak berjaya..hati ini merasakan inilah jalan terbaik utk memaksa Najib menjawab segala pertuduhan skandal beliau dengan APCO..
Usulkan isu ini kepada "BERSIH"....dan lantiklah JALANRAYA sebagai POSMEN KARAT untuk menyampaikan mesej buat Najib agar menjawab segala pertuduhan skandal terbarunya selepas kes pembunuhan Altantunya..
Ini kerana isu APCO ini menyebabkan keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing..
Oleh itu marilah kita memberikan sokongan 100% kepada "Bersih" jika mereka mahu menyahut cabaran ini..
DUN Perak kembali kecoh , at 31.3.10,
Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.
Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.
Mereka cuba mencelah dangan memegang buku peraturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.
Pada sidang hari ini, semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.
Berikut laporan langsung perkembangan sidang itu.
11.00 pagi: Tujuh pengawal Ganesan yang berpakaian seragam biru muda, menghampiri Tai yang berdekatan dengan Zambry sambil memerhatikannya. Bentara kemudiannya menghalang mereka daripada menyentuh Tai. Ngeh Khoo Ham (DAP - Setiawan) meluru ke arah Tai dan menjerit kepada pengawal keselamatan supaya beredar kerana menurut peraturan Dewan, mereka tidak dibenarkan memasuki Dewan. Tai dan Neh kemudiannya melengkapakan jumlah semua adun Pakatan yang meninggalkan dewan.
10.58 pagi: Nizar kemudiannya bertindak keluar dewan. Bagaimanapun adun Pakatan mengambil masa sebelum meninggalkan dewan.
10.50 pagi: Ganesan mengumumkan sesi soal jawab tamat. Pembangkang membantahnya sambil menunjukkan kepada jam di dinding yang menunjukkan masa 10.49 pagi, menandakan sesi tersebut lebih pendek berbanding tempoh sejam yang diperuntukkan.
10.40 pagi: Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun".
Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya.
10.30 pagi: Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika.
Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan.
Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlaku kekecohan.
Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: “Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?”
Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika.
-M'kini.
Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia , at 31.3.10,
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.
"Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya
Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.
Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.
Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.
"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.
Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.
Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel
"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?
"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.
Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu
"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.
"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco
"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.
"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.
Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.
Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.
Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.
Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting.
"Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi.
Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco.
Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd.
"Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan.
"Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorangnya CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya.
PAS Selar Muhyiddin Halang PIBG Bersuara , at 31.3.10,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar keangkuhan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.
(Gambar hiasan) Di Parlimen semalam, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, memperingatkan bahawa tugas PIBG hanyalah berkaitan soal bagaimana untuk menambah baik pelajaran di sekolah yang mereka menjadi ahli sahaja.
PAS kesal dengan dasar dan pemikiran kecil beliau yang juga Timbalan Presiden Umno. PAS berpandangan bahawa PIBG juga adalah medium terbaik untuk para ibubapa dan guru menyampaikan pandangan mereka khususnya yang melibatkan soal-soal pendidikan. Malah mereka berhak untuk membincangkan atau memberikan pandangan terhadap dasar dan polisi pendidikan negara kerana itu semua akan memberikan kesan kepada anak-anak mereka.
Sepatutnya, pihak Kementerian Pelajaran menjadikan mereka rujukan utama sebelum sesuatu dasar itu diperkenalkan kerana mereka berhak dan lebih memahami keperluan pelajar dan anak-anak mereka.
Mesyuarat dan Konvesyen PIBG akan menjadi lebih matang dan dilihat berwibawa jika mereka mampu membincangkan soal-soal dasar dan polisi negara disamping tidak mengabaikan isu-isu dalaman sekolah mereka.
Jika mereka tidak diberikan ruang untuk bersuara, dimanakah mereka ingin membawa pandangan mereka. Tidak semua ahli PIBG terlibat dengan NGO atau parti Politik. Jadi, apa salahnya mereka mengunakan medium yang ada untuk menyampaikan pandangan.
Pandangan Muhyiddin ini jelas menunjukan Kerajaan BN tidak terbuka menerima teguran rakyat dan masih mengamalkan dasar pekak telinga. Mereka hanya melayan aduan atau pandangan yang selari dengan kehendak mereka, sedangkan pandangan yang tidak mengikut kehendak mereka diketepikan dan dianggap sebagai pandangan politik. Walhal isu yang disentuh jelas melibatkan isu pendidikan, bukannya politik. Kalau orang politik sekalipun, bila berbicara isu pendidikan, ia tetap isu pendidikan bukan isu politik dan tidak perlu dipolitikan. Ternyata beliaulah yang cuba mempolitikan isu ini, bukan PIBG.
PAS mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana membuktikan kebebalan dan keangkuhan Kerajaan BN pada rakyat.
PAS menawarkan kepada semua PIBG dinegara ini untuk menyampaikan pandangan mereka melalui wakil-wakil rakyat Pakatan jika BN sendiri sudah tidak mahu menerima pandangan mereka. PAS akan memastikan wakil-wakil rakyat Pakatan akan membawa isu mereka ke Parlimen dan sidang-sidang DUN. Pakatan tidak sesekali membiarkan rakyat terus menerus dinafikan hak dalam memberikan pandangan, dan perjuangan kita adalah suara rakyat.
PAS yakin rakyat akan memilih Kerajaan yang lebih baik dan lebih terbuka dalam pilihanraya akan datang dan Pakatan bersedia memberikan yang terbaik buat rakyat.
Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.