Ikuti Blog ini

Khir Ditelanjangkan Di DUN Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Azmin Ali semalam mendedahkan perbuatan penyalahgunaan dana negeri oleh isteri bekas mentri besar Datuk Seri Khir Toyo untuk bercuti di luarnegara, termasuklah satu lawatan ke Disneyland Tokyo pada 2007.

Amin memberitahu Dewan Undangan Negeri Selangor mengenai catatan kerajaan negeri yang menunjukkan Pertubuhan Kebajikan Isteri ADUN dan Ahli parlimen Selangor Balkis) yang dipengerusikan oleh Datin Seri Zahrah Kechik juga telah menyalahgunakan "peruntukan kebajikan" untuk membeli pakaian dan lain-lain peralatan.

Balkis telah dibubarkan pada Mac 11 sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac, 2008.

Pada 2007, syarikat pelaburan kepunyaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mencatatkan RM1.2 juta untuk kos perjalanan termasuklah lawatan teknikal Balkis, dedah Azmin.

Beliau memberitahu dewan yang beliau mempunyai rekod bagi membuktikan Balkis melakukan "lawatan teknikal" ke Disneyland Tokyo.

"Teknikal apa ke Disneyland? Nak jumpa Mickey Mouse? Kalau pergi ke industri di Tokyo dan Eropah, (saya) boleh terima lagi. Ke Mongololia pun saya mungkin boleh terima lagi," katanya sinis.

Rekod-rekod juga menunjukkan Balkis juga membuat "lawatan teknikal" ke Korea dan Hong Kong selepas Tokyo.

Balkis juga menerima peruntukan yang besar dari PNSB untuk tujuan kebajikan tetapi laporan awal yang diterimanya mendedahkan dana itu telah digunakan untuk pakaian dan perhiasan para ahli.

"Apa ini? Jika ini fitnah, saya rela didakwa di mahkamah," tegasnya.

Beliau sebelumnya juga telah mendedahkan salahguna transaksi dan korupsi oleh PNSB di dalam pembelian apartment di Mekah.

Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini pernah mendedahkan kerajaan negeri Barisan Nasional melakukan pelaburan untuk apartment di Mekah, Arab Saudi bernilai RM17.5 juta pada 2007.

Pengarah-pengarah PNSB hanya meluluskan pembelian 5 unit apartmen tetapi 12 unityang telah dibeli dan ia didaftar di atas nama persendirian. Tujuh unitnya kemudian dijual semula kepada individu yang tak diketahui kerana ketiadaan resit untuk mengesahkan transaksi tersebut.



Nik Normadiha Pelajar Terbaik SPM 2008

mungkin pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan, tapi mungkin tak masuk dalam senarai kot...sebab sekolah Agama di bawah kerajaan Negeri Kelantan (YIK) kan...

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A

KOTA BHARU - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.


Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.


Menurut seorang ustazah yang mengajar di Maahad Muhammadi Perempuan yang saya hubungi sebentar tadi ,beliau mengatakan ramai wartawan datang ke sekolahnya pagi ini termasuk dari Bernama,The Star,berita harian metro dan yang sewaktu dengannya. Dan setakat yang dia tahu Nik Normadiha adalah pelajar terbaik bagi negeri kelantan dan peringkat Kebangsaan bagi tahun 2008 .



NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah
dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu semalam.


Zambry muka tak malu!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Lembu punya susu sapi dapat nama. Orang lain yang buat susah-susah, senang-senang ja dia mengaku semua tu depa sendiri yang punya kerja. Langsung tak lagi kredit kat kerajaan PR Perak yang susah payah buat, Zambry tinggal meluluskan ja.

Tak kira laa Berita Harian nak tulis nama sapa pun, yang penting rakyat kena tau, semua kerja kearah kelulusan geran kekal tu adalah hasil usaha kerajaan MB Hj Nizar.

Depa nak tunjuk konon-kononnya depa ni pembela melayu la, kat orang melayu depa luluskan geran hak milik kekal tapi untuk Kampung Cina di Seberang Kuala Sepetang depa hanya bagi TOL - 1208 lot

Kalau ikut 'bahasa' depa sebelum ni patutnya Zamri kena guna alasan yang penduduk Kampung Cina tu bukan orang melayu, pasai tu la depa tak bagi geran hak milik kekal.

Antara kampung yang dapat :

1. Kampung Kurnis Jaya Tambahan - 153 lot
2. Kampung Air Kuning Tambahan - 150 lot
3. Kampung Dew - 55 lot
4. Kampung Salak Baru - 132 lot



Depa tu katanya dah duduk kat situ antara 40 hingga 50 tahun. Maknanya baru ni ja depa nampak, kalau tak kerana PR kuat sampai Hj Nizar dilantik jadi MB tak pasai la. Sekurang-kurangnya rakyat dapat manfaat, walaupun hanya berupaya memerintah Perak setakat 11 bulan. Kesannya masih terasa walaupun telah dirampas oleh Umno.

Lagi satu yang aku mushkil awat la depa sibuk bagi geran tu untuk daerah Larut, Matang dan Selama saja. Kalau kita kata depa bagi rasuah politik mampuih depa tak mengaku.

Cumanya kalau boleh orang yang 'berkenaan' kalau boleh tolong semak nama orang yang terima geran-geran tu. Kalau betui depa guna senarai yang kerajaan PR uruskan sebelum ni, kira ok laa.

Aku takut depa sempat selit nama=nama kroni depa dalam senarai tu. Memang standard kerja puak-puak Umno macam tu. Lagi satu standard kerja Umno, depa sanggup pasai nak selit nama kroni depa, depa buang nama orang lain yang lebih berhak dapat.


Klik untuk gambar lebih besar



Perlukah Nizar Mengadap Sultan?

Persoalan kini, perlukan Dato Seri Mohammad Nizar mengadap Sultan di dalam situasi pihak Istana TELAH pun mengambil pendirian yang jelas tidak akan membubar DUN dan tidak akan mengadakan pilihanraya?

Sebagai parti yang bermaruah, sebagai parti yang masih menerima sokongan rakyatnya dan setelah segala usaha untuk menemui Sultan Perak dilakukan tidak dilayan sewajarnya dan, jika pihak Istana sudah enggan untuk menemui Nizar yang mewakili rakyatnya, maka rasanya tumpuan kini bukan sepatutnya kita menghabiskan masa melakukan kerja yang sedemikian rupa.

Kalau padi katakan padi, tidak patik tertampi-tampi.

Banyak lagi kerja-kerja berguna yang boleh kita lakukan untuk merebut semula hak-milik kita yang dicuri, kerana apa yang jelas, sesuatu yang dicuri tidak ada berkatNya dan ia pasti akan kembali kepada kita semula.

Yang perlu kini kita lakukan ialah gembelengkan segala usaha untuk pastikan kita mencapai kemenangan cemerlang di dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk bertindak sebagai satu manifestasi rakyat terhadap apa yang telah menimpa.

Mujurlah rakyat bersama kita. Jagalah hati rakyat sekali pun segala pihak menekan kita.

Strategi pertama dari Sun Tzu: Perdaya Langit untuk melewati Samudera.

Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh kita harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi kita dengan aktiviti biasa sehari-hari!



Bukti baru Altantuya? Ketua Pemuda PKR dipanggil polis

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta hadir memberi keterangan oleh pihak polis pagi ini berhubung dakwaannya yang menemui bukti baru kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Shamsul berkata, beliau akan hadir di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 pagi ini berikutan laporan polis yang dibuatnya Sabtu lalu berhubung bukti baru itu.

"Saya akan hadir untuk memberi keterangan susulan laporan yang dibuat saya Sabtu lalu di Balai Polis Dang Wangi.

"Ia mengenai bukti baru mengenai kes Altantuya melalui satu laporan yang ditulis oleh seorang wartawan Perancis dalam akhbar mereka berhubung kes tersebut," katanya.

Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, yang menghadapi tuduhan membunuh Altantuya akan diketahui pada 9 April ini.

Mereka telah dibicarakan selama 159 hari bermula 18 Jun 2007 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan berakhir pada 17 Februari lalu.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor kira-kira jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.

Pada 31 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yasin, 48, memerintahkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang sebelum itu dituduh bersubahat dalam kes itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam tuduhan bersubahat.



KOS TERBANG KHIR TOYO PULA DIBONGKAR

Kos tambang perjalanan udara bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari tahun lalu berjumlah RM349,134 yang membabitkan 21 perjalanan.

Antara destinasi luar negara yang dikunjungi beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata statistik itu berdasarkan rekod waran perjalanan udara yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar.

"Bagaimanapun jelas beliau, jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar," katanya menjawab soalan Mohamad Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Azmin bertanyakan jumlah kos perjalanan Menteri Besar ke luar negara yang ditanggung kerajaan negeri bermula dari 2000 hingga sekarang dan siapakah ejen yang menguruskan hal perjalanan Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata ejen yang terlibat bagi menguruskan perjalanan udara Khir ialah Green Adventure Holidays Sdn Bhd manakala ejen lain yang terlibat masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar.

Semasa menjawab soalan tambahan Mohamd Azmin sama ada terdapat hubungan kekeluargaan antara Dr Mohamad Khir dengan Green Adventure, beliau berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan bekas Menteri Besar itu dengan syarikat ejen perjalanan itu.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat satu keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri.

Bagaimanapun bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri juga mengalu-alukan ejen perjalanan lain untuk turut serta.

Namun, Abdul Khalid berkata: "Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan Exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui ejen."


Nizar mohon menghadap Sultan Perak bubar DUN

PETALING JAYA: Surat mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu telah difakskan kepada pihak Istana semalam.


Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki surat tersebut telah dihantar secara faks pada pukul 12 tengah hari semalam.


"Saya sendiri memfakskan surat mohon menghadap Sultan kepada pihak istana tengah hari. Insya-Allah esok kita akan menghantar surat tersebut secara rasmi dengan menggunakan perkhidmatan pos laju pula," katanya kepada mStar Online.


Jelas Misbahul, kerajaan Pakatan Rakyat sedang menunggu tarikh menghadap untuk mempersembahkan tiga resolusi yang telah diluluskan minggu lalu.


"Kerajaan Pakatan Rakyat yakin kita akan dapat perkenaan untuk mohon menghadap Sultan Perak secepat mungkin," katanya.


Ditanya apakah kandungan surat yang dihantar itu, Misbahul berkata, surat tersebut merupakan prosedur yang perlu dilakukan bagi memohon perkenaan menghadap Sultan Perak.


"Tiga resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat tergempar menjadi agenda utama kerajaan Pakatan yang mahu dipersembahkan kepada Sultan Perak," katanya.


Selasa lalu, sidang tergempar DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.


Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Haram Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.


Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.


Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.


Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN daripada memasuki Dewan.


Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.


Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong PR manakala lebih 200 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.




Bukit Gantang : TG Nik Aziz lancar jentera pilihanraya

YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah melancarkan gerak kerja bagi Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan bertempat di Pejabat Majlis Tindakan Dun Kuala Sepetang Parliman Bukit Gantang pada 8 Mac lalu.

Kuala Sepetang adalah salah satu Dun yang dipertanggungjawabkan kepada PAS Kelantan untuk berperanan dalam PRK Bukit Gantang kali ini.

Lebih 1000 orang petugas dan warga tempatan hadir ke majlis tersebut yang bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 6.45 petang.

Majlis ini di meriahkan lagi dengan kehadiran kaum India dan Cina yang begitu bersemangat untuk menyokong PAS. Mereka berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat nanti.

Tok Guru dalam ucapannya menyentuh soal isu hak istimewa bumiputera yang tidak bertepatan dengan hakikat sebenar apa yang berlaku di kalangan rakyat di bawah. Bagi beliau, bukan bumiputera sahaja yang susah dan hidup melarat akan tetapi kaum-kaum lainpun terlibat sama.

Jadi tambah beliau, hak istimewa bumiputera tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan kalaulah kaum-kaum lain juga turut terpinggir dalam pelaksanaan program tersebut.

Beliau juga turut menyarankan supaya hak istimewa bumiputera diubah kepada hak istimewa orang-orang miskin kerana merekalah yang berhak mendapat keistimewaan itu bukannya pemimpin-pemimpin Melayu yang sudah kaya raya.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Haji Abdul Fatah Haron, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Dato Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Penyelaras Pasukan Pembantu Kelantan, Ustaz Misbahul Munir Masduki wakil Ketua Pengarah Operasi PRK Bukit Gantang dan Ustaz Nordin Jaafar, Yang DiPertua Pas Bukit Gantang.

Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan telah mula menempatkan petugasnya bermula 1 mac lagi. Petugas-petugas ini telah dijadulkan kerja-kerja mereka sehinggalah kepada hari pembuangan undi pada 7 mac nanti.

Sambutan kehadiran para petugas PAS Kelantan cukup menggalakkan dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari penduduk kampung.

Menurut Abdul Fatah, beberapa siri gerak gempur akan diadakan sehinggalah kepada hari penamaan calon.

Di samping itu juga tambah beliau, beberapa siri pertemuan dengan ahli-ahli Umno yang tidak berpuashati dengan cara pemimpin mereka menangani masalah dalaman Umno dan negeri juga sedang dipergiatkan.

Beliau juga turut merasa terharu di atas sambutan orang-orang bukan Islam terhadap gerak kerja yang dilakukan secara bersama dengan mereka.

“Mereka bersungguh-sungguh mahukan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS menang besar dalam PRK ini” tambah beliau lagi.

Setakat ini, Umno masih “sejuk” mungkin menunggu siapa calon mereka. Difahamkan pemilihan calon menimbulkan masalah kepada BN kerana ada dua kumpulan yang berpengaruh sedang melobi iaitu kumpulan Timbalan Ketua Bahagian dan kumpulan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian yang kalah semasa mencabar Ketua Bahagian dalam pemilihan yang lalu.



Seloka Tok Guru Nik Aziz Menjadi Azimat AMK di Batang Ai

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/batangai.jpg
Kuala TerengganuRakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Kawasan Batang Ai telah lama dipermainkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan janji-janji dusta.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa, berkata demikian ketika mengulas tinjauan beliau ke DUN tersebut baru-baru ini. (Gambar - Pekan atau Bandar ? Batang Ai yang jauh ketinggalan...)

Menurut beliau, pengundi DUN Batang Ai telah sedar mereka telah tertipu dan berjanji akan membuat perubahan dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April depan.

“Penerimaan orang (Batang Ai) terhadap kita sudah berbeza, kalau tujuh, lapan tahun dulu kita pergi, kita akan dihalau, tapi kini, mereka menerima dengan baik,”katanya yang juga Timbalan AMK Malaysia.

Beliau berkata PKR akan menggunakan isu-isu tempatan berkaitan pembangunan dan janji dusta BN sebagai bahan kempen sepanjang PRK Batang Ai.

“Isu-isu tempatan, terutama sekali janji-jani yang dibuat oleh BN yang tidak ditunaikan, contohnya (pembinaan) jalan utama dari Lubuk Antu ke Batang Ai, sehingga sekarang sudah 28 tahun masih tidak siap, masih dalam keadaan berbatu-batu,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline semalam.

Katanya ramai penduduk DUN Batang Ai yang masih bergelap kerana tidak mendapat bekalan elektrik dan juga mandi air telaga kerana belum mendapat bekalan air bersih.

“Menteri-menteri BN juga yang datang sebelum ini pernah berjanji, antaranya Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamudin pernah berjanji akan mendirikan bangunan sekolah tiga tingkat, sehingga kini, sekeping bata pun tak ada,”tambah Fariz

Katanya, potensi Pakatan Rakyat yang akan diwakili PKR untuk menang amat cerah sekiranya BN tidak menggunakan tipu helah dan politik wang (rasuah) dalam PRK itu.

Justeru, seloka tersohor ungkapan Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi azimat bagi menyedarkan pengundi supaya tidak lagi termakan dengan tawaran BN dalam kempen PRK nanti.

“Bagi gula, kacau - bagi kain, pakai - bagi duit, ambik, tapi bila pangkah, pangkah PKR,”kata Fariz ketika berceramah di rumah panjang Kampung Nga, Tutung, Batang Ai, pada 8hb, Mac lalu.

Seramai lebih 150 orang keluarga besar rumah panjang tersebut, yang diketuai oleh Entrong anak Bayang, hadir mendengar ceramah pada malam itu.

Turut menyampaikan ceramah adalah Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar dan Ketua AMK Sarawak, Rahmat Aidil bin Latip.

Klik Untuk Lihat Klip Video Ceramah di Rumah Panjang Kampung Nga




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .