Ikuti Blog ini

Ceramah Umum.

CERAMAH UMUM

1. YAB. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak - Nik Aziz
(Menteri Besar Kelantan)

2.
YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar JamaluddinFakta Yang Disembunyikan Oleh Media Arus Perdana
(Menteri Besar Perak)

3. Ustaz Ahmad Awang.Foto Saya
(Pesuruhjaya Pas Perak)



Tarikh : 1 Mac 2009

Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Serbaguna MPSJ 15/4 Subang Jaya,
(Bersebelahan Taylor Collage / berhampiran Masjid Darul Ehsan)


Kuliah Maghrib hari yang sama 1 mac 2009.

YAB. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.
Masjid As-Salam Puchong Perdana (Masjid Terapung).

YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
Masjid Munawarah Seksyen 27 Shah Alam.

Sidang tergempar DUN Perak 3 Mac

sidang-tergempar

Sivakumar putus sidang DUN tergempar 3 Mac


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar memutuskan untuk mengadakan sidang DUN tergempar pada 3 Mac ini.


Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Haram Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.


Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).


Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).




Ugutan Najib, sedikit ulasan.


Banyak pihak merasa tidak puas hati mengenai kenyataan Najib yang disiarkan dalam media hari ini mengenai dua orang ADUN pakatan Rakyat yang membuat laporan kepada SPRM berkaitan rasuah yang melibatkan wang sehingga RM 20 juta supaya melompat kepada BN.

Apabila Najib menyebut "tidak masuk akal". Jangan sampai menganggap dia sahaja yang ada akal. Paling malang kalau tindakan seseorang itu diluar akal yang waras..

Walauopun dia mengatakan pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan sebaliknya dengan nada suatu ugutan beliau mengatkan bahawa pihak yang membuat dakwaan palsu akan didakwa.

Sebagai orang yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri malaysia ke 6, sepatutnya Najib mengambil peluang untuk memberi kenyataan yang menggambarkan dia adalah bakal negarawan yang melayakkan dia dilantik ke jawatan itu.

Walaupun ramai sudah melihat banyak "ranjau" dan "kubur besar" sedang menunggu sebelum dia dilantik ke jawatan itu. Banyak yang maklum tanpa disebutkan dengan jelas dalam perbahasan ringkas ini.

Alangkah manis kalau dia cuma berkata perkara itu terpulanglah kepada SPRM dan pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan tuduhan itu bersedia untuk disiasat termasuklah dirinya sendiri. Jangan sesekali mengakhirinya dengan suatu ugutan dan semacam penafian pemimpin UMNO "maksum" dengan kesalahan.

Sebagaimana kami pimpinan Pakatan Rakyat sering membuka pintu untuk SPRM menyiasat apa saja tuduhan walaupun tiada asas langsung.

Sebenarnya asas laporan saya mengenai tuduhan 3 orang ADUN menerima rasuah sejumlah wang agar SPRM melakukan siasatan sehingga kepada beberapa laporan ahli Kelab Penyokong Kerajaan pakatan Rakyat (PR-BBC) yang lain kerana semuanya mesti ada kaitan.

Kaitannya tidak lain dari kejatuhan kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat. Politik kotor menghalalkan segala cara demi matlamat mendapatkan kuasa adalah tembelang yang tidak dapat disembunyikan lagi di Perak.

Insya Allah kebenaran akan menang juga cepat ataupun lambat.

BERAKHIR KISAH SEORANG PANGLIMA UMNO YANG PENGECUT?

Mungkin Hisham mengganggap remeh masalah PPSMI yang dilihat bukan sebagai satu isu politik tetapi beliau semestinya berhati-hati kerana hampir 98% Perwakilan UMNO ialah orang Melayu yang sudah bosan dengan perangai 'FLIP-FLOP' oleh mana-mana pemimpin sekalipun kerana ia jelas akan menjadi punca kejatuhan seseorang yang mempunyai nama besar seperti yang telah berlaku kepada Pak Lah dan rakan-rakan.

Mungkin Hisham mengganggap remeh masalah PPSMI yang dilihat bukan sebagai satu isu politik tetapi beliau semestinya berhati-hati kerana hampir 98% Perwakilan UMNO ialah orang Melayu yang sudah bosan dengan perangai 'FLIP-FLOP' oleh mana-mana pemimpin sekalipun kerana ia jelas akan menjadi punca kejatuhan seseorang yang mempunyai nama besar seperti yang telah berlaku kepada Pak Lah dan rakan-rakan.


HISHAMUDDIN TERGUGAT BAHANA PPSMI…MAKA LUPUSLAH SEORANG PANGLIMA UMNO YANG PENGECUT?



Jika dibaca laporan ini dan ini maka seperti terasmi sudah berakhirnya hayat seorang lagi pemimpin UMNO yang hanya BERANI dan TERKENAL apabila BERCAKAP dalam LINGKUNGAN yang TERTUTUP sahaja. Kita lihat bagaimana beliau begitu bermati-matian mempertahankan PPSMI sebagai sesuatu yang terbaik untuk anak-anak penerus generasi kepimpinan Malaysia.


Apakah menjadi kesalahan jika seorang pemimpin atau Menteri menggunakan kuasa yang ada untuk menamatkan pelaksanaan agenda pendidikan yang menyebabkan beberapa generasi telah mulai kabur dalam mengejar kecemerlangan akademik khususnya dalam dua subjek yang berkenaan?


Mengapa pula mesti dipertahankan ‘kebodohan’ dalam keputusan yang membabitkan masa depan anak-anak? Mengapa Hisham tidak menggunakan kesempatan untuk menaikkan kembali imejnya yang teruk apatah lagi beliau akan bertanding untuk satu jawatan yang penting dalam Pemilihan UMNO akan datang?


Menurut sumber yang rapat, kedudukan Hisham agak goyah dalam ‘list’ terkini calon pilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Ini kerana daripada enam orang calon yang bertanding, beliau diletakkan sebagai ‘belakang anjing’ atau ‘underdog’. Adakah beliau mengharapkan keakraban hubungan sedia ada dengan bakal MANTAN TPM sebagai ‘tangga batu’ untuk mengecapi nikmat menjadi Naib Presiden UMNO sebenar atau bakal mengemis ihsan daripada perwakilan untuk terus memberikan undi kepada beliau yang dikatakan enggan menggunakan trend ‘SURAT TAULIAH’ sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar calon-calon yang bertanding?


Mungkin Hisham mengganggap remeh masalah PPSMI yang dilihat bukan sebagai satu isu politik tetapi beliau semestinya berhati-hati kerana hampir 98% Perwakilan UMNO ialah orang Melayu yang sudah bosan dengan perangai ‘FLIP-FLOP’ oleh mana-mana pemimpin sekalipun kerana ia jelas akan menjadi punca kejatuhan seseorang yang mempunyai nama besar seperti yang telah berlaku kepada Pak Lah dan rakan-rakan.


Ingatlah wahai Hisham, tentunya akan ada rombakan kabinet dan anda tak mustahil akan berada di tempat yang tercorot. Janganlah nanti, anda diberikan kerusi menteri yang ‘kiri’ dan bukan ‘kanan’ seperti sekarang kerana ihsan dari saudara anda yang bakal menjadi PM nanti. Renungkanlah….selagi hanya mengharap kepada kroni yang terdekat maka tak hairan kalau anda akan jatuh tersepuk akibat kebodohan, kedangkalan dan ketewasan anda sendiri.


Eksklusif : ...airmata Pak Teh mengalir kerana Nizar !

Apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.

Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.

Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.

Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”

Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata. (Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar).

Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.

Yang lebih menyedihkan, Bakas Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.

Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.

Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.

Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.

Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.

Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.


‘Saya pinjam pentas PAS’ - Dato’ A.Samad Said

http://buletinonline.net/images/berita/A%20Samad%201.jpg

Kuala Terengganu - Dato’ A Samad Said rasa sangat dukacita dan bimbang tentang masa depan bahasa ibunda yang disifatkan semakin ‘kuncup’ , ‘nazak’ dan bakal ‘terkubur’ sekiranya kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil.


Sasterawan Negara itu berkata, beliau tidak ada wadah lain untuk mempertahankan bahasa Melayu, melainkan pentas PAS, yang masih mempunyai ruang dalam perjuangan ini.

“Memang Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (GMPPSMI) ini anjuran PAS dan memang saya akui itu.

“Tetapi harus diingat bahawa saya meminjam pentas untuk menyatakan sikap saya. Tidak ada pentas lain,” jelasnya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, hari ini.

Menurut ‘Pak Samad’, seramai 65 orang profesor dahulu telah menyatakan sikap dan telah menyatakan pandangannya tetapi tidak diterima oleh kerajaan.

Katanya, beberapa anjuran bagi bersemuka secara jujur dan ‘waras’ (baik) juga tidak diterima oleh pihak berkuasa.

Bahkan, kata beliau fikiran serta pandangan daripada budayawan juga tidak diambil-kira oleh pihak kementerian.

“Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu.

“Kalau Parti KeADILan Rakyat (PKR) memberikan pentasnya saya akan pinjam juga dan kalau Umno memberikan pentasnya juga saya akan gunakan itu semata-mata kerana saya tidak mahu bahasa saya itu dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menafikan telah ‘dibeli’ oleh pihak parti pembangkang dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI tersebut.

“Saya tidak ‘dibeli’ tetapi saya berjuang kerana bangsa saya. Dari satu negeri ke satu negeri yang kami pergi dan kami memperjelaskan ini adalah ‘gerakan sopan’ dan bukan ‘gerakan garang’.

“Ini juga adalah gerakan hati nurani yang rata-ratanya mempercayai bahawa lidah bangsa (bahasa) itu harus dijaga bukan ‘ditetak’(bunuh),” ujarnya.

Katanya, jika kelantangan bersuara kerana berjuang dan mempertahankan bahasa ibunda (Melayu) itu dianggap tidak menguntungkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan gelaran Sasterawan Negara mahu ditarik-balik.

“Saya bersedia dan apa juga gelaran (Sasterawan Negara) itu sebenarnya untuk sementara dan tidak menjadi masalah kepada saya jika, kerajaan mahu menarik-balik gelaran Sasterawan Negara.

“Dan yang paling penting ialah perjuangan saya sebagai seorang Sasterawan untuk melestarikan bahasa saya, bahasa ibunda (Melayu) saya,” ujarnya dalam siri ‘roadshow’ GMPPSMI ke negeri Terengganu.

Katanya, Kementerian terbabit telah melanggar Undang-undang dan Akta serta tidak sah disisi Perlembagaan Negara.

Hadir sama pada majlis siding media itu Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP), Mohamad Draman.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .