Ikuti Blog ini

Kenyataan Media (25 Oktober 2009) : KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain didampingi oleh MB Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahul Munir Masduki sedang memberi kenyataan media selepas Mesyuarat PAS Perak di Ipoh sebentar tadi.

Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.

Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:

Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.

PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.

Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.

Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.

Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.

Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan

Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan

ERA NAJIB, KAKITANGAN KERAJAAN KEMPUNAN LAGI!


Pada sebelah pagi semalam pada hari pembentangan Belanjawan 2010 saya mendengar sembang-sembang beberapa rakan yang menghitung perbelanjaan dari bonus yang bakal diumumkan pada petang nanti. Saya kata tak payah kiralah....kerajaan sedang gawat. Buktinya lihatlah banyak peruntukan kepada Kementerian dan jabatan kerajaan dipotong perbelanjaannya. Jangan mimpi nak dapat bonus.

Rakan saya nampak tak puas hati, katanya mana boleh kata tak ada duit....Kerajaan boleh membazir berpuluh juta ringgit duit rakyat seperti dalam Laporan Audit Negara...Kalau kerajaan boleh beli sebuah laptop harga berpuluh ribu tentu kerajaan banyak duit! Saya kata kalau tak percaya tunggulah....Dalam perjalanan balik dari pejabat saya membuka channel radio siaran langsung pembentangan belanjawan...Ikim FM....Confirm tak ada bonus!

Saya terus contact kawan tadi...Kan saya dah cakap tak ada bonus...Kalau macam ni katanya jangan harap le Umno@BN menang dalam pilihanraya umum akan datang..saya kata tak apalah sekurang-kurangnya duit RM 500 tu boleh guna untuk tampung kos harga minyak petrol yang dijangka naik tak lama lagi..

Emmm Kalau macam tu baik tak payah beri.....Lepas ni tentu harga barang melambung lagi!...Perbualan terhenti...

Bermakna sepanjang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 2 tahun berturut-turut kakitangan awam tidak diberi bonus. Zaman Tun Dr. Mahathir yang pernah melalui zaman kegawatan ekonomi pada 2003 kakitangan awam masih diberi bonus setengah bulan gaji. Era Pak Lah yang dianggap lemah dalam bab ekonomi dan mentadbir negara masih tidak melupakan memberi bonus pada kakitangan awam...Tetapi era Najib era 1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...Rakyat tak dapat bonus...Kepada kakitangan awam selagi era 1Malaysia usahlah bermimpi untuk dapat bonus kecuali menukar kepimpinan yang ada pada hari ini. Lepas ni pasti ada pendapat mengatakan rakyat tak tahu bersyukur dan berterima kasih...Untuk itu senang sahaja jawapannya bukan rakyat tidak bersyukur tetapi rakyat tidak boleh menerima cara kerajaan mentadbir dan mengurus wang rakyat dan negara....umpama pisau cukur....Habis licin duit rakyat dan harta negara.

Apabila Ketua Pemuda Umno Pakai Lipstik!

Khairy Jamaluddin (KJ) Pemuda UMNO Masuk Cover magazine majalah Harpers Bazaar for Men




Kami pun terkejut apabila terserempak dengan gambar majalah tersebut. Kami juga tidak dapat mengesahkan kesahihan wujudnya Majalah Harpers Bazaar Men Magazine dengan front Cover ikon Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Jika betul kami ucapkan tahniah, tetapi jika auta, ini bermaksud esok adalah hari peperangan bagi KJ dan sekutunya.

Daripada Cover Mag tu kita tahu Harper’s Bazaar for Men ni sejenis majalah untuk lelaki berkejaya, punya status, bergaya, metroseksual dan setara dengannya. Kiranya kena juga lah dengan status KJ sekarang.

Dengar-dengar tahun ni takde bonus untuk kakitangan kerajaan. Bukak ofis minggu depan tentu kecoh dengan topik ni. Mula la diorang tu buat alasan malas keje. Dengan harga barang terutamanya makanan yang meningkat, isu minyak petrol, kes sosial yang pelik lagi jelik, tentunya semua ini akan terus menghiasi dada-dada media arus perdana.

wow.....bergaya sakan ketua pemuda ni haha...pakai lipstik ker?

Jeng Jeng Jeng..lagi bakal didedahkan...


Lagi istana khir toyo.....nantikan....(KLIK UNTUK BESARKAN)

Krisis Perak menuju ke kemuncak


Menjelang 28/10/09 sehinggalah 7/11/09 adalah tempoh masa yang sangat dramatik bagi rakyat Perak . Politik Perak yang tidak menentu akan menuju penyelesaian atau kehancuran . Doakan yang baik berlaku . DUN Perak akan bersidang pada 28/10/09 . Sepatutnya sidang belanjawan dan perdebatan tentang program membangun rakyat dan ekonomi Perak 2010 .

2.Namun kerana kecelaruan tentang status speaker haram BN A.Ganesan masih tak terurus saya yakin ADUN-ADUN PR tidak akan sanggup bermesyuarat dengan diketuai spesies haram tersebut .

3.Rakyat masih keliru kenapa A.Ganesan adalah spesies haram & tidak ada maruah , pembohong dan pencemar maruah & kedaulatan Sultan Perak . Jawabnya mudah . Apabila BN mencalonkan Ganesan untuk menggantikan A.Sivakumar sebagai speaker , tentulah Sultan akur . Al Maklumlah UMNO/BN/Najib etc etc ! Raja mana yang nak tentang . Di Malaysia ini setelah krisis perlembagaan 1992 , kuasa sebenar ada pada presiden UMNO cum PM Malaysia . Raja2 dah dilondehkan kuasa mereka . Jangan lupa jenayah UMNO kepada Raja2 Melayu .

4.Namun tentulah Sultan Perak mengharapkan perlantikan speaker BN itu dibuat ikut undang2 . Habis UMNO/BN melacurkan undang2 . Lantik speaker tanpa usul yang sah . speaker tak angkat sumpah & yang paling bodoh nak tipu Sultan . Bila jadi speaker tak letak jawatan sebagai peguam . Bila orang kecoh beliau tipu rakyat dan Sultan dia buat surat backdated . Macam MC backdated . Hanya orang yang tolol dan bengong saja yang akan percaya penipuan A.Ganesan . Betullah yang haram , itu akan menelurkan benih2 & anak2 haram jua . Dahlah kerajaan haram , speaker haram dan sekarang nak bentangkan belanjawan haram .

Marilah kita berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada seluruh warga Perak (Dari Sultan hingga yang melata dan merempat) supaya bangun mempertahankan keluhuran perlembagaan & kedaulatan undang2 .
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .