Ikuti Blog ini

PASCA BUKIT GANTANG : Zambry Dicabar Bubar DUN Bukti BN Diterima Rakyat



Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh hari ini mencabar Menteri Besar Perak lantikan BN, Datuk Dr. Zambry Kadir untuk membubar Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya benar dakwaan beliau yang menyatakan Barisan Nasional masih diperlukan dan diterima rakyat Perak berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Salman hairan dengan kenyataan Dr Zambry di dalam media cetak yang mendakwa kemenangan PAS di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu sebagai menafikan mahkamah rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan adil.

Beliau juga menyelar keras kenyataan Dr Zambry menuduh kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hanya meraih undi pengundi bukan melayu yang terpengaruh dan terpedaya dengan dakyah PAS dan DAP.

Tambah Salman keputusan PRK baru-baru ini adalah isyarat jelas rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak awal Februari lalu. BN sebenarnya menguasai kerajaan dengan cara yang tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri serta membelakangkan undang-undang tubuh negeri Perak.




ADUN Sanglang Dakwa Tidak Dibayar Elaun !!

KANGAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Hashim Jasin mendakwa bahawa beliau belum lagi dibayar elaun sebagai wakil rakyat dan berharap kerajaan negeri segera mengatasi perkara itu. Ketika membahaskan rang undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2008) tahun 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini, katanya beliau terpaksa mendedahkan perkara itu kerana tanpa elaun beliau sukar melaksanakan tugasnya.


"Apakah kerajaan negeri tak ada duit langsung. Tanggungjawab sebagai wakil rakyat saya kena buat," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis. Pemimpin Pas berusia 60 tahun itu berkata elaun itu amat diperlukan kerana wang itu akan digunakan bagi membantu golongan yang memerlukan. Pada 16 September 2008, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac tahun lalu berikutan kesilapan pengiraan undi.


Akibat kesilapan pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi), calon Barisan Nasional (BN) Abdullah Hassan diisytiharkan menang bagi kerusi itu dengan majoriti 149 undi. Kerana tidak berpuas hati, Hashim mengemukakan petisyen pilihan raya pada 24 April 2008 yang kemudiannya membawa kepada pengisytiharannya sebagai ADUN Sanglang oleh Mahkamah Persekutuan. Sementara itu, Menteri Besar, Md Isa Sabu berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu hari ini dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu.


[Adalah amat tidak munasabah Menteri Besar tidak tahu elaun wakil rakyat terbabit tidak dibayar sebenarnya. Atau mungkin, pihak terbabit sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu membayar elaun ADUN PAS yang berjaya merampas semula kerusi DUN berkenaan daripada calon BN Abdullah Hassan itu.


Mungkin juga ia sebagai pengajaran kepada Pesuruhjaya PAS itu agaknya. Justeru itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melakukan perubahan dalam pemerintahannya, maka perkara seperti ni sepatutnya tidak lagi berlaku dalam politik di Malaysia ini. Semua wakil rakyat tidak harus dinafikan hak masing-masing biarpun mereka adalah dari Pakatan Rakyat].



Kini Umno Pula 'MOHON DERHAKA' Pada Agung dan Raja Perlis?


Beberapa hari kebelakangan ini tersebar di dada akhbar tentang masalah perlantikan dua menteri besar di Terengganu dan Perlis.

Lebih malang, di Perlis, Ketua Penerangan Umno Negerinya, Datuk Hashim Suboh mengatakan MB Perlis sekarang iaitu Mat Isa Sabu adalah MB Haram.

Sedar atau tidak, luahan kata Hashim itu secara langsung menyatakan bahawa perlantikan MB yang dibuat oleh Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail adalah ‘haram’ hukumnya dalam ‘kitab’ Umno.

Perbuatan ini seolah tidak merestui atau menghormati perkenan Raja Perlis, walhal sudah setahun berlalu, dan juga meludah ke muka sendiri apabila dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, isu derhaka pada kedaulatan sultan, berapi-api dimainkan oleh orang Umno sendiri.

Di Terengganu, boikot dilakukan dalam hari kedua sidang dewan negeri.10 Adun BN enggan menghadiri sidang kerana mereka mendakwa diugut oleh pegawai kerajaan negeri. Ugutan melampau sehingga nyawa disebut itu membuatkan keadaan politik Terengganu menjadi hangat kembali sejak pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu.

Boikot dan perasaan kurang senang beberapa adun BN terhadap MB Terengganu Ahmad Said yang menggantikan Idris Jusoh itu nampaknya semakin membara.Apakah tindak-tanduk mereka ini merupakan maklum balas mereka terhadap Sultan Mizan yang tidak perkenan calon pilihan mereka?

Jangan sampai sepanduk ‘Natang’ dinaikkan semula di Terengganu.

Situasi sekarang ini menunjukkan masalah dalam UMNO di dua negeri tersebut kucar-kacir dan meruncing.Ianya didiamkan sepanjang pilihanraya dan semasa Paklah masih menjadi PM.Tetapi pentadbiran kerajaan pusat sudah berubah tangan dan golongan ini mula menunjukkan taring masing-masing, mungkin dengan izin PM baru iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah pertelagahan ini antara kem Paklah dan Najib? Tapi yang pastinya rakyat kini boleh menilai, Umno yang kuat berapi melaungkan kedaulatan raja dan sultan kini umpama ‘Mohon Derhaka’ pada dua Raja yang disanjungi rakyat.



Rusuhan : Kenyataan terdesak Zambry setelah kalah di mahkamah dan Bukit Gantang.

Zambry Abdul Kadir hari ini cuba mengulas kenyataan yang didakwanya berbaur ugutan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dalam Harakahdaily yang kononnya lagi ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Saya cuba mencari tulisan yang dimaksudkan oleh Zambry tetapi sehingga posting ini saya mula tulis saya gagal mendapatkannya.

Dalam kenyataan Zambry hari ini beliau juga menyifatkan tindakan pemimpin parti pembangkang mengancam mahu mengadakan rusuhan antikerajaan ala Thailand di Perak bagi memaksa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai amat berbahaya.


Zambry berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin pembangkang terbabit itu jelas tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaaan huru-hara dalam masyarakat.

Kalaulah Zambry mengatakan tindakan pembangkang amat bahaya, adakah tindakan Zambry yang merampas kuasa itu tidak merupakan satu bahaya ? malah itulah punca masalahnya di Perak.

"Saya melihat seolah-olah pembangkang merasakan diri mereka begitu berkuasa dalam suasana politik di Perak sehingga mereka boleh melontarkan pandangan dan ancaman seperti itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Bagi saya kenyataan Zambry di atas tidak lebih dari tindakan terdesak yang menafsirkan beberapa kenyataan yang belum jelas maksud dan tujuannya lagi.

Kalaupun Harakahdaily ada menyiarkan tulisan dan pandangan pimpinan PAS yang dikaitkan dengan masalah Thailand yang bergolak sekarang, persoalannya adakah salah sebagai satu ingatan dan kenyataan yang perlu diambil ingatan oleh bukan sahaja pemimpin negara malah seluruh rakyat Malaysia.

Alasannya tidak ada seorang pun pada pandangan saya rakyat Malaysia yang mahu berlakunya pergolakan politik seperti apa yang berlaku di Thailand.

Keamanan dan kesejahteraan sejagat khususnya dalam negara yang kita sayangi ini adalah tonggak perjuangan yang mesti kita pertahankan bersama.

Cuma masalahnya sekarang Zambry mungkin dalam keadaan kelelahan untuk mempertahankan "kerajaan haram" yang diambilnya sejak 6 Februari yang lepas. Tindakannya untuk mendapatkan status halal nampaknya sering mengalami kebuntuan dan simpang siur yang makin rumit.

Maka kenyataannya hari ini perlu diabaikan dan malah satu kenyataan yang tidak berasas dalam keadaan semua warga Perak menikmati keamanan dan kedamaian tanpa mengira bangsa dan agama.

Cuma buktinya rakyat bersatu di Bukit Gantang dan menolak calon parti Zambry, itulah yang menyakitkan !
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Belum pun seminggu menerajui negara, Najib dan Muhyiddin sudah kepanasan

 Muhyiddin telah dilaporkan akan memanggil Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berhubung tindakan 10 Adun Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Muhyiddin telah dilaporkan akan memanggil Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berhubung tindakan 10 Adun Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.


UMNO Terengganu Di Ambang Keruntuhan



Belum pun seminggu Najib dan Muhyiddin menerajui negara, di dalam satu drama yang mencemaskan UMNO di peringkat Pusat, Muhyiddin terpaksa membuat kenyataan kononnya 10 orang ADUN BN tidak memboikot persidangan dewan undangan Terengganu tetapi hanya “tidak dapat menghadirkan diri”.


Kemelut politik UMNO yang bergegar di Terengganu turut terasa bahangnya di Kuala Lumpur kerana jika ianya tidak berjaya diselesaikan, negara akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya, kali ini untuk satu negeri - Terengganu.


Muhyiddin telah dilaporkan akan memanggil Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berhubung tindakan 10 Adun Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.


Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu penting kerana beliau mahu mendapatkan gambaran lebih jelas daripada Menteri Besar berhubung isu terbaru itu.


BN menguasai DUN Terengganu dengan mempunyai 24 wakil sementara 8 kerusi dikuasai oleh PAS.


Seandainya 10 orang ADUN BN yang dikatakan memboikot mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan disokong oleh 8 wakil dari pembangkang dengan sendirinya Ahmad Said akan terpaksa mengosongkan kerusi Menteri Besarnya dan ini tentulah akan menjadikan kemelut politik Terengganu semakin runcing.


Ini berkemungkinan mendesak Speaker DUN Terengganu untuk memohon Sultan Terengganu membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya diadakan untuk seluruh Terengganu.


Hal tersebut sepastinya amat digeruni oleh UMNO Pusat yang kini belum henti dari dikejar igauan ngeri tentang kekalahan yang dialami oleh UMNO-BN di Bukit Gantang, Bukit Selambau malah di Kuala Terengganu juga.


Justeru itu tidak dapat tidak, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO kini berdepan dengan ujian getir untuk “mendamaikan” dua kumpulan yang bertelagah di dalam UMNO Terengganu.


Daripada jawapan Muhyiddin kepada wartawan sudah menampakkan riak bahawa UMNO Pusat sudah bersedia untuk menggantikan Menteri Besar Terengganu tersebut dengan orang lain.


Muhyiddin dilaporkan berkata sewaktu ditanya oleh wartawan mengenai prestasi Ahmad Said setelah setahun berkuasa:


“Beliau seorang MB. Dia telah melakukan apa yang patut beliau lakukan. Selain dari MB, terdapat isu-isu lain yang perlu diberikan perhatian.”


Namun ia tidak semestinya menerima perkenan dari Sultan Terengganu yang mengulangi episod pada bulan April 2008 dimana Idris Jusoh gagal dinobatkan sebagai Menteri Besar Terengganu.


Najib dan Muhyiddin tentunya kepanasan lagi.




NIZAR CALON POPULAR UNTUK JAWATAN NAIB PRESIDEN PAS?

Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi PAS. Sekarang ini PAS Kawasan di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat.

Saya menjangkakan tahun ini akan ada pemimpin baru yang muncul untuk mendepani POLITIK BARU yang diasaskan oleh PAS. Antara nama-nama baru yang bakal diketengahkan ialah Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang begitu popular dan telah teruji kepimpinan dan ketahanannya.

Nizar berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai karisma, personaliti dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Beliau sudahpun memperolehi pencalonan sebagai Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.

Selain Nizar saya menjangkakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Hj Azizan Abdul Razak juga akan melakukan 'comeback' setelah tidak dipilih menjadi Naib Presiden pada pemilihan lalu. Beliau juga membuktikan keupayaannya memimpin kerajaan Kedah sehingga kini.

Ustaz Azizan sehingga kini telah mendapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden dari PAS kawasan Temerloh.
Dalam masa terdekat ini lebih banyak PAS Kawasan akan mengadakan Mesyuarat Agong. Saya menjangkakan lebih ramai pemimpin-pemimpin baru akan dicalonkan kerana PAS sememangnya tidak ketandusan pemimpin.

Seperkara yang penting ialah demokrasi di dalam PAS tetap subur tidak sebagaimana Umno yang membunuh demokrasi.

Selain itu pencalonan dan pemilihan di dalam PAS dijalankan dalam suasana penuh beradab dan berhemah tidak seperti Umno yang dipenuhi oleh rasuah, fitnah dan sebagainya.

Syabas PAS, Allahu Akhbar.

http://delcapo.files.wordpress.com/2009/04/050409-bkt-gantang-dap-dinner-8_s.jpg?w=472&h=316


http://delcapo.files.wordpress.com/2009/04/050409-bkt-gantang-dap-dinner_s.jpg?w=470&h=350


GMP asak Menteri Pelajaran baru, Muhyiddin Yassin hapuskan PPSMI segera sebelum nasi jadi bubur!




GERAKAN Mansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelajaran yang baru bagi membincangkan tindakan selanjutnya pihak kerajaan mengenai dasar PPSMI, lapor Salmiyah Harun.

Menurut Setiausaha Agung GMP Hasni Abas, pertemuan itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi GMP yang akan diadakan pada 13 April ini. Beliau agak optimis dengan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran yang baru memandangkan mereka berdua di antara individu yang secara personalnya membantah dasar PPSMI.

Malahan katanya, di dalam pemilihan Umno baru-baru ini Umno Johor juga di antara pihak yang tidak menyokong PPSMI. Dengan pelantikan Muhyiddin Yassin dan Puad Zarkashi, Hasni berharap mereka mempunyai kecenderungan untuk mengkaji semula dasar PPSMI.

"Kita berharap menteri akan memberi pandangan yang baik dan menyokong suara rakyat yang diwakili oleh GMP untuk memansuhkan PPSMI," katanya ketika dihubungi. Justeru, beliau meminta menteri berkenaan bersikap lebih mendengar desakan rakyat dan berharap perubahan itu akan dilakukan secepat mungkin supaya dasar itu tidak lagi menyusahkan rakyat.

Sebelum ini, ketika kempen pemilihan Umno pada akhir Mac lalu, Muhyiddin berkata, penyelesaian isu bahasa tidak perlu dilengah-lengahkan dan menteri terbabit perlu memberi kata dua dalam menyelesaikan masalah ini.

Beliau yang menang jawatan Timbalan Presiden Umno tidak menolak kesan isu bahasa Melayu memberi persepsi yang tidak sihat kepada partinya sehingga membawa kepada keyakinan rakyat terhadap kerajan pimpinan Umno.



Kemelut politik Terengganu: 10 ADUN boikot, paksa MB undur

ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh menunjukkan mesej SMS dan muka depan salinan laporan polis yang dibuat di Kuala Terengganu, tengah malam tadi


Kemelut politik Terengganu: 10 ADUN BN boikot, paksa MB undur



Sepuluh ADUN Barisan Nasional memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid kepada Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu. Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS jam 11.20 malam.

Krisis terhadap kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini genap setahun selepas perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan menteri besar waktu itu Datuk Seri Idris Jusoh.

BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula 8 kerusi.

source:malaysiakini

Kalau UMNO masih menuduh Nizar mabuk kuasa, cuba lihat apa yang berlaku di Terengganu hari ini.

Kalau ini bukan mabuk kuasa, apakah jadah semua ini......

Btw. will Idris Jusoh or Rasol Wahid seeks PAS to bring down Ahmad Said's gomen? Only time will tell.

Lawang jangan tak lawang......

KEKALAHAN UMNO BUKIT GANTANG : UMNO akan hadapi protes dari ahlinya sendiri.

Kejayaan PAS mempertahankan kerusi Bukit Gantang bukan disebabkan undi protes. Tetapi kerana pengundi kurang senang dengan "rampasan kuasa" yang didalangi Najib Tun Razak di Perak. Ikuti bual bicara ANIS NAZRI dan FAIZ ABDULLAH bersama Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali bagi mengupas beberapa isu di Bukit Gantang.

Bagaimana Dato' melihat senario pola pengundian di Bukit Gantang berbanding Kuala Terengganu mengikut kaum, di mana PAS mendapat sokongan Melayu di Kuala Terengganu. Tetapi di Bukit Gantang tidak berjaya mendapat undi Melayu. Sedangkan di Perak, PAS memerintah manakala di Terengganu, BN memerintah?

DATO' MUSTAFA ALI: Pertamanya di Kuala Terengganu, majoriti pengundi Melayu memang tinggi sehingga 80 peratus lebih berbanding kaum lain. Berbeza dengan Bukit Gantang di mana Melayu dalam 62 peratus, dan selebihnya kaum lain.

Kita memang akui ada bezanya, tetapi masih ada lonjakan dalam undi Melayu. Cuma ada di sesetengah tempat itu, undi Melayu merosot sikit khususnya di kawasan luar bandar.
Dan ini, saya rasa antara sebabnya kerana dalam dunia informasi sekarang, para pengundi luar bandar tidak terdedah dengan saluran informasi yang pelbagai dan alternatif. Mereka bergantung kepada media yang jelas digunakan BN sepenuhnya. Manakala bagi kawasan bandar, berlaku peningkatan dalam undi kepada PAS.

Selain faktor ketiadaan akses kepada media baru di kalangan pengundi Melayu di luar bandar, mungkinkah kelemahan jentera parti untuk menyampaikan maklumat alternatif dan fakta yang seimbang kepada golongan itu juga menyumbang kepada faktor gagalnya PAS mendapatkan sokongan?

Dari segi jentera, bagi saya semuanya baik. Boleh dikatakan semua UPU berjalan secara baik dan Alhamdulillah membantu. Tinggal lagi di sesetengah tempat di mana tenaga tempatan agak kurang. Ertinya keberkesanan dalam berkempen itu tidak cukup. Namun dari segi bantuan petugas luar dan dalam Perak itu sendiri, Alhamdulillah saya nampak kesungguhan itu ada.

Di kalangan orang Melayu, fitnah yang dilemparkan kepada PAS itu serba sedikit memberi kesan kepada pengundi Melayu seperti isu derhaka, boneka DAP. Walaupun kami tidak ada kajian saintifik mengenainya, mungkin ada kesannya kepada Melayu tetapi tidak cukup mengubah pendirian Melayu secara besar-besaran.

Bagi pandangan Dato', adakah pengundi Melayu ini lebih bersikap sentimen, berbanding mengikut fakta dalam proses memilih pemimpin mereka?

Ianya berhubung kait dengan sentimen dan kurang bermaklumat, tetapi maklumat yang sampai melalui media yang berat sebelah pihak apabila disogokkan setiap hari. Maka mereka akan terkesan dan berfikiran sedemikian akibat menerima info yang berat sebelah.

Adakah keputusan ini melambangkan suatu referendum rakyat menuju ke arah pembubaran Dun atau sebagai tanda menolak kepimpinan PM baru, Najib Tun Razak?

Kalau dilihat dari sudut itu, ia memang satu petanda dan mesej jelas bahawa kemelut yang berlaku di Perak itu tidak disenangi oleh sebahagian besar masyarakat dan mahukan keadilan, bukan dengan cara rampasan kuasa. Dengan demikian perlu bagi keadaan baru ini memberi satu keselesaaan kepada sikap rakyat. Untuk berlaku adil, peralihan kuasa ini tidak memberi kesan kepada masyarakat. Walaupun dikatakan beralih pemimpin, tiada memberi kesan kerana tidak melibatkan perubahan dasar. Kerana Umno tetap Umno.

Kalau tengok tindakan akhir yang dilakukan PM untuk mengubah suasana di mana keadaan yang mereka sendiri terkebelakang seperti dengan membebaskan tahanan ISA, menarik balik penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan, menghantar Tun Mahathir berkempen, dilihat tidak dapat mempengaruhi rakyat dan usaha tersebut tidak berjaya.

Mungkinkah hari pengundian yang diadakan pada hari Selasa, bukannya Sabtu atau Ahad menyebabkan peratusan keluar mengundi berkurangan?

Kami tidak buat analisis cara itu. Secara umumnya, peratusan keluar mengundi lebih tinggi berbanding sebelum ini. Tapi saya yakin jika diadakan pada hari tidak bekerja sudah tentu peratusannya lebih tinggi. Kita memang ada kajian yang menjangka peratus keluar mengundi akan mencecah 70 hingga 80 peratus. Oleh kerana ini adalah pilihan raya kecil, maka kedua-dua pihak parti sedaya upaya berusaha mengeluarkan seramai mana pengundi berbanding pilihan raya umum. Tapi apa yang saya nampak, jentera BN tidak berapa kuat. Jika di Kuala Terangganu sudah nampak kurang, di Bukit Gantang ini lagi kurang.

Jika selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu dulu, Dato' pernah berkata tahap keakraban yang baik antara Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu, dan adakah kesinambungan keakraban itu berlaku di Bukit Gantang?

Saya nampak begitulah. Kekuatan, kerjasama dan keakraban itu terus berlaku dan semakin mantap. Tergambar jelas perpaduan di antara Pakatan Rakyat, yang mana membawa keyakinan rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah satu parti yang memiliki kesepaduan yang mantap, dengan petugas DAP, KeADILan, dan PAS.

Saya sebenarnya agak risau juga dalam dua hari sebelum hari mengundi. Apabila terdapat maklumat bahawa pengundi Cina mahu 'swing' kepada BN dalam beberapa isu seperti tanah KTMB, pembebasan ISA dan sebagainya.

Dengan itu saya dengan segera meminta semua jentera bergerak ke akar umbi untuk melihat suasana tersebut. Memang ada sedikit kesan, tapi kemudiannya dengan penerangan kita akhirnya nampak baik. Apa yang boleh dikatakan sekarang, tidak ada tembok pemisah di antara PAS dengan pengundi bukan muslim, yang dahulunya nampak wujud di antara mereka dengan PAS.

Mungkinkah keputusan ini akan memberi ruang selesa dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 13?

Keputusan ini akan membina satu persepsi, bahawa bukan BN sahaja yang mampu perintah, BN bukan tidak boleh dikalahkan. BN kini bukan sahaja boleh dikalahkan dan bukan hanya parti yang boleh memerintah dan ini saya lihat memberi kesan kepada Pilihan Raya Umum ke 13. Kalau 'trend' ini berlaku dan saya yakin akan terus berlaku, dengan prestasi kerajaan yang dipimpin Pakatan Rakyat itu cukup baik, ertinya Umno akan menuju ke arah kerajaan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 13 nanti.

Terdapat pandangan jika BN kalah, ertinya wujud undi protes di kalangan ahli Umno sendiri. Bagi pandangan Dato', adakah kekalahan BN ini satu undi protes atau undi 'solid' rakyat kepada PAS?

Ini bukan undi protes lagi. Ini undi tidak yakin kepada BN. Yang dikatan undi protes ini berlaku apabila tidak berpuashati dengan seseorang calon. Protes ini juga bukan seluruhnya hanya ada segmen yang kecil, tapi protes saja tidak cukup untuk kita menang. Yang nyata kali ini adalah undi yakin kepada Pakatan Rakyat.



Krisis di Perak : Bubar DUN langkah terbaik.

Peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah, mengemukakan bantahan awal bahawa mahkamah tidak patut melayani permohonan mereka kerana saman terhadap Sivakumar tidak mematuhi prosedur.

Peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah, mengemukakan bantahan awal bahawa mahkamah tidak patut melayani permohonan mereka kerana saman terhadap Sivakumar tidak mematuhi prosedur.


Pagi tadi saya menerima SMS dari Dato' Ngeh Koo Ham yang sedang dalam perjalan ke Putra Jaya untuk mengikuti kes pembicaraan saman MB Perak kudeta,Zambry Abdul Kadir ke atas Speaker Kerajaan Negeri Perak, V. Sivakumar.

Selepas sembahyang subuh bersama dengan penduduk taman Sri Tenggara saya disapa oleh beberapa orang jemaah mengenai kedudukan politik di Perak sekarang.

Dalam bahasa yang mudah saya menceritakan kan kes Zambry dengan Siva adalah masalah rumah tangga(DUN) dengan masalah di mahkamah. Kalau mahkamah sudah putuskan satu keputusan tidak sah, Speaker akan buat keputusan yang baru di dalam mesyuarat jawatan Kuasa hak dan kebebasan. Sesudah itu Zambry ke mahkamah lagi.

Tidak tahulah berapa banyak lagi keputusan akan dibuat, dan berapa lama lagi Zambry akan minta perintah mahkamah. Macam kata P. Ramlee "berapa lama daaaaa".

Tidak ada cara lain kecuali dengan pembubaran DUN yang akan menyelesaikan krisis di Perak sekarang. kembalikan hak kepada rakyat untuk memilih itulah jalan yang terbaik.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

UMNO dan Arak : Kisah Anak Mantan PM Yang Beli Kilang Arak

Mirzan, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd.

Demikian didedahkan Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas. Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripada empat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat Jepun itu.

Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin, Eric O.Recto dan Alexender Blador. Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Contoh arak yang dikeluarkan oleh Syarikat San Miguel Corp. ialah gambar di sebelah.

Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO ini mereka tidak menghiraukan lansung sumber pendpatan mereka samada dari punca yang halal atau haram. Ia tidak lansung memperhitungkan ajaran Islam dan keberkatan Allah di dalam setiap rezeki yang mereka cari.

Hal yang serupa juga mengenai kes PM, Najib Razak yang telah meluluskan 10 lesen judi sebaik saja menduduki jawatan sebagai Menteri Kewangan dimana beliau dengan bangga menytiharkan negara memungut cukai sebanyak RM77 juta. Kami telah mendedahkan sebelum ini di mana wang dari inilah digunakan untuk menampung pembelian ADUN-ADUN yang melompat parti di dalam usaha merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.



YANG TERKINI : UNDI TAK PERCAYA - HANGAT!!! HANGAT!!! HANGAT!!!

PANAS... baru sebentar tadi, saya menerima SMS dan panggilan telefon daripada sumber yang 70% boleh dipercayai.

SMS yang baru diterima berbunyi :
YB2 BN dijangka akan meneruskan hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap MB semasa sidang DUN esok. Mereka dikatakan telah mendapat restu daripada istana, hanya menunggu lampu hijau daripada Presiden parti. Difahamkan MB telah menghantar SUSK beliau (Menteri Besar 2 @ budak tingkat 16) untuk berunding dengan Harun Taib (Ketua Writ PAS - Manir) dan Tg Hassan (PAS Ladang) bagi mendapatkan sokongan YB2 PAS.

Perkembangan atau tindakan lanjutan hanya menunggu lampu hijau daripada PM @ Presiden parti. Sama-samalah kita tunggu apakah berita ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya hari ini.


Kalau benar hari ini ( Selasa) berlakunya undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, apakah Yang Di Pertua (Speaker) DUN akan benarkan?

Jawapannya tentu tidak, cuma implikasinya amat memalukan Mat Said selaku MB.

Tetapi, kalau katakan sahaja usul berkenaan dibenarkan - apakah di pihak ADUN BN akan menang?

Perkiraannya : 32 kerusi, 24 BN dan 8 PAS. Daripada 24 ADUN, 11 (termasuk MB) adalah Exco. Baki BN 13. Kalau PAS tidak campur tangan, ADUN BN sudah menang.

Di kalangan 13 orang ADUN BN itu rasanya hampir semua boleh bersama. Begitu juga di kalangan Exco. Juga mungkin ada yang tidak sebulu dengan MB. Ini berdasarkan sudah ada suara-suara dari tingkat 5 & 6 yang merasa tidak puas hati dan bosan dengan MB sekarang. Cuma yang tidak dapat dielakkan, adanya surat perjanjian taat setia kepada Mat Said yang dibuat secara rahsia sebelum perlantikan mereka sebagai Exco hendak dibuat terdahulu.

Persoalannya, siapa di kalangan Exco yang tidak sebulu dengan Mat Said? Khabarnya tidak kurang 4 orang Exco yang bersedia bila-bila masa 'menderhaka' kepada tuannya itu sekiranya keadaan memerlukan mereka berbuat demikian. Khabarnya, mereka sudah bosan dengan Mat Said dan akan menyokong pertukaran MB jika berlaku.

Lebih menyeronokkan, khabarnya juga beberapa ADUN termasuk Exco-exco berkenaan sudah pun mengadap PM dan Timbalan PM untuk memaklumkan perihal ketidaksetujuan mereka kepada Mat Said ini.

Persoalan yang lebih besar, siapa di kalangan ADUN BN yang berani kerana hakikatnya ramai yang 'tekup batu'.




Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Hantar SMS Ugut Bunuh – ADUN BN

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/halimdanzakaria.jpgKuala Terengganu – Konspirasi bertujuan menjatuhkan Menteri Besar Terenggau, Dato’ Ahmad Said semakin jelas apabila dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis

ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Paka Zakaria Arifin (Gambar) memberitahu media mereka menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang yang tidak dikenali.

“pada lebih kurang 11.21 malam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Gong Badak, untuk minum, tiba-tiba saya menerima SMS,

“apabila saya tengok SMS itu saya terkejut sebab SMS itu merupakan ugutan terhadap nyawa saya,”kata Abdul Halim kepada pihak media selepas membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu, awal pagi hari ini 14 April.

Menurutnya SMS yang berbunyi “baik jangan teruskan YB, YB tak sayang nyawa?” adalah satu ugutan yang serius.

Katanya, dengan ugutan sebegitu, beliau merasakan nyawa beliau terancam kerana sebagai ADUN beliau sering berjalan kemana-mana.

Namun begitu, katanya, beliau merasa begitu sedih kerana apabila beliau menyemak nombor telefon yang menghantar SMS itu dari buku rasmi kerajaan negeri Terengganu, ianya datang seorang pegawai tinggi kerajaan.

“apabila saya check (semak) dari diari rasmi kerajaan negeri Terengganu rupa-rupanya SUSK ni, kita terima mesej ni, nombor yang saya terima ini adalah nombor daripada pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu,”ujarnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/smsugugutbunuh.jpgKatanya individu itu adalah orang yang begitu rapat dengan Yang Amat Berhormat dato’ Menteri Besar iaitu Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar.

Beliau berkata, pada anggapannya, ugutan tersebut adalah berkait dengan isu ‘undi tidak percaya’ terhadap Menteri Besar Negeri Terengganu.

“Ugutan ini, pada sayalah, saya tak tahu, sebab pada anggapan saya sebab, sekarang isu yang paling hangat adalah isu mengenai undi tidak percaya terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar kitalah…,”katanya

Bagaimana pun, katanya beliau tidak pasti samada ia benar atau tidak, kerana menurutnya beliau dan rakan-rakannya tidak ada rancangan tentang membawa usul undi tidak percaya tersebut.

“kami semua tidak ada rancangan mengenai benda ini (undi tak percaya) mungkin ada sesuatu yang meggerakkan mereka, jadi mereka mengancam kita, kalau benda ini berlaku dalam dewan, saya mungkin menjadi salah seorang pengundinya, tapi saya tak tahu apa-apa rancangan tentang benda ni,”tambahnya.

Beliau mengatakan turut sama menerima ugutan tersebut adalah ADUN Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah , yang turut hadir membuat laporan polis.

Menurut Zakaria, turut menerima SMS yang sama adalah ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid, yang menerima ugutan tersebut dari nombor lain, dipercaya hantaran melalui komputer.

Lihat Video Klip Kenyataan Halim Jusoh



BUKIT SELAMBAU : "Arus Perjuangan Baru" - DSAI

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/04/bktselambau4.jpghttp://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/04/bktselambau3.jpg
http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/04/pmtg3.jpghttp://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/04/pmtg2.jpg

Terik matahari dan hari bekerja buat warga Bukit Selambau tidak menghalang mereka untuk menghadiri acara perasmian Pusat Khidmat Bukit Selambau. Hadir sama ialah YB Ahmad Kasim, YB Dato Rashid Din, YB Senator Zamry, YB Gobala dan mantan Naib Presiden PPP Dato V. Nadarajan.


Majlis ini juga menyaksikan YB Manikumar melafazkan ikrar untuk berkhidmat demi rakyat tanpa mengira sempadan kaum, agama dan perbezaan fahaman politik. Arus perjuangan baru untuk bangsa sangat diperlukan di saat politik lama masih tegar dianuti oleh segelintir walaupun diberi bungkusan baru. Saya mengucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan yang masih bersama-sama dengan proses pembungkusan semula tersebut.


Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk Bukit Selambau kerana memilih Perubahan dan kerana memilih PKR.


Acara kedua pagi tadi membawa saya ke jamuan rakyat di Pekan Bukit Selambau. Hidangan yang maseh panas dari kawah sangat menyelerakan. Majlis kesyukuran yang serba sederhana ini hendaknya diberkati Allah S.W.T.


Dari Bukit Selambau saya menuju ke Permatang Pauh, mengambil kesempatan menziarahi rakan seperjuangan yang sedang terlantar di Hospital Seberang Jaya. Kelihatannya hospital ini sesak dan perlu ada langkah segera dari kementerian kesihatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yg selesa. Janganlah pula kerana Permatang Pauh sekarang di tangan Pakatan Rakyat pihak kementerian mengabaikan kesejahteraan semua.


Pada sebelah petangnya akan ada mesyuarat bahagian dan perhubungan negeri. Kemenangan pilihanraya kecil tidak boleh dijadikan alasan untuk pendokong PKR leka dan enak diulit khayal. Usaha penerangan serta pemantapan tekad juga iltizam perjuangan perlu diperhebat. Ahli parti perlu diingatkan rasuah dan gagal melaksanakan tanggungjawab hanya akan mengundang kekalahan. Kita tidak perlu kepada mereka yang sengaja menghampakan amanah rakyat.




Suasana S. MANIKUMAR Sewaktu MENGANGKAT SUMPAH EXCO



ALOR SETAR – Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau yang diadakan 7 April lalu telah memberi kemenangan kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB. S. Manikumar, sekaligus menjadikan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Sebagai menunakan janji yang dibuat oleh YAB Menteri Besar terhadap pengundi Bukit Selambau, kini S. Manikumar dilantik pula sebagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Pelantikan beliau telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Istiadat Pelantikan telah berlangsung di Istana Anak Bukit.



Upacara tersebut diadakan serentak dengan pelantikan Penasihat Undang-undang Negeri Kedah baru, YB. Tuan Anas Ahmad Zakie, menggantikan YB. Dato’ Zakiah Kassim yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.

YB. S. Manikumar dan YB. Tuan Anas mengangkat sumpah di hadapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan menerima watikah pelantikan daripada baginda.

YB. S. Manikumar, 35, menggantikan bekas Exco V. Arumugam yang meletakkan jawatan pada Februari lalu.



Beliau kini merupakan Exco yang memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.



Turut berkenan berangkat pada istiadat itu adalah KDYMM Tuanku Sultanah, Sultan Hajjah Haminah Haji Hamidun. Hadir sama ialah Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .