Ikuti Blog ini

Parti Islam Se Malaysia :Memahami Konsep al Wala'




Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu :

Memberikan kasih-sayang
Memberi ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
Mengangkat sebagai pemimpin
Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu
Memberi kepercayaan
Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan

Allah swt. berfirman :

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُوْلُهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا الَّذِيْنَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَ يُؤْتُوْنَ الزَّكَاْةَ وَ هُمْ رَاْكِعُوْنَ وَ مَنْ يَتَوَلَّى اللهَ وَ رَسُوْلَهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَإِنَّ حِزْبَ
اللهِ هُمُ الْغَاْلِبُوْنَ

“Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”.

(al-Maidah: 55)

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa wala’ dari seorang muslim hanya boleh diberikan kepada tiga golongan iaitu :

Allah
Rasulullah
Mukminin (orang-orang beriman)

Namun tidak semua orang yang mengaku beriman harus diberikan wala’ kepada mereka. Ini kerana Allah mengikatnya dengan tiga syarat iaitu :

Yang menunaikan solat
Yang mengeluarkan zakat
Yang tunduk-patuh kepada Syari’at Allah.

Dalam suasana hari ini, wala’ kepada orang-orang beriman secara umumnya merangkumi beberapa pengertian :

1. Wala’ kepada kelompok orang-orang beriman iaitu memberi kesetiaan kita kepada ummah mukminin. Contohnya; dalam pertembungan antara kuasa Islam dan kuffar hari ini, jiwa, perasaan dan hati-sanubari kita adalah bersama dengan kelompok beriman walau di mana saja mereka.

2. Wala’ kepada jama’ah atau kelompok orang beriman yang memperjuangkan Islam iaitu dengan menyertai jama’ah tersebut dan menjadi sebahagian dari anggotanya.

3. Menta’ati pemimpin Islam yang menta’ati Allah sama ada pemimpin umum sekelian kaum muslimin (iaitu Khalifah) atau pemimpin jama’ah yang menerajui gerakan Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

ثلاثة لا تسأل عنهم: رجل فارق الجماعة وعصى إمامه ومات عاصيا، وأمة أو عبد أبق من سيده فمات، وامرأة غاب عنها زوجها وقد كفاها مؤونة الدنيا تزوجت بعده، فلا تسأل عنهم

“Tiga golongan jangan engkau bertanya tentang mereka (kerana mereka termasuk dalam orang-orang yang bakal musnah) iaitu :

1. Orang yang berpisah dengan jamaah dan menderhakai imamnya ( ketuanya ) serta mati dalam maksiat,

2. Hamba perempuan atau lelaki yang lari dari tuannya lalu menemui kematian

3. Seorang perempuan yang suaminya keluar bermusafir dan telah dicukupinya biaya keduniaannya lalu ia bertabarruj sesudahnya (untuk menarik perhatian lelaki lain).

(Riwayat Imam at-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Fadhalah bin ‘Abid r.a.)

Wala' dan Perbezaan Pandangan .

Islam membenarkan berlakunya perbedaan pandangan di dalam perkara yang diizinkan syara' untuk berbeza pandangan . Ringkasnya , di sana telah ijma' ulama' dalam menangani khilaf atau perbedaan pandangan ini dengan beberapa kaedah penyelesaian . Dalam perbedaan pandangan mengenai hukum feqh di sana ada kaedah rajih dan marjuh demikian juga ada kaedah pandangan jumhur dan pandangan syaz .

Kaedah itu dibuat untuk menyelesaikan masaalah ekoran wujudnya perbedaan pandangan dan tentu sahaja pandangan yang Rajih atau pandangan Jumhur lebih diguna pakai dalam menetapkan satu - satu pandangan sebelum diterima dan diamal .

Perbedaan pandangan dalam gerakan Islam yang melibatkan soal strategi dan aktiviti ( kerana soal dasar dan prinsip perjuangan tidak boleh berbeda padanya ) pula mempunyai kaedah tersendiri yang juga telah ditetapkan oleh syara' .

Kaedah yang paling jelas ialah syura . ( أمرهم شورى بينهم ) Apabila Majlis Syura telah menetapkan keputusan maka ia adalah keputusan yang mesti diterima . Demikianlah adab kita berkhilaf . Jika tidak menghormati adab ini , maka khilaf itu kelak akan berlarutan dan mengundang perpecahan yang memusnahkan .

Mungkin keputusan syura tidak menepati kehendak kita , namun kita kena bersabar untuk menerima keputusan syura .

ما ندم من استخارى و ما خاب من استشارى

Tidak menyesal orang yang beristikharah dan tidak rugi orang yang bermesyuarat .

Sebagai contoh yang boleh saya bawa di sini , setelah syura mengumumkan keputusan mereka dalam isu muqabalah tempohari dan dibinding pula dengan penerimaan sebulat suara sidang Muktamar Tahunan PAS kali ke 54 akan usul Dewan Ulama' PAS Pusat supaya menerima keputusan syura , maka saya kira tidak wajar lagi sebarang kenyataan dan pandangan terbuka malah penuh dengan api kekhilafan antara kita .

Kalau kita sebagai anggota parti , langgar adab khilaf ini malah merempuh keputusan yang telah siap dibina oleh Majlis Syura Ulama' , bila soal ini akan selesai dan bila khilaf ini akan tamat ? Sedang kita masih banyak perkara yang perlu kita lakukan .

Tambahan pula saya lihat kenyataan Dato' Seri Presiden sebelum dan semasa muktamar baru - baru ni sangat jelas dan mudah . sekurang - kurang ada 5 point yang penting :

1. Perkukuhkan Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS
2. PAS tidak akan masuk UMNO dan Menolak Tawaran UMNO
3. Muzakarah atau muqabalah akan diteruskan dengan sesiapa sahaja
4. Perkasakan Majlis Syura Ulama'
5. PAS untuk Semua

Sewajarnya , selesai muktamar maka selesailah isu ini. Kerana ruh muktamar atau semangat sidangnya biarpun terdahulu dengan pelbagai pandangan yang berbeza , tetapi semuanya telah bersetuju dengan 3 point di atas .

Malangnya saya lihat isu ini masih dihangat dan dipanaskan lagi dengan statement - statement terbuka dalam akhbar. Semacam menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang telah di binding oleh Muktamar baru - baru . Lebih malang , kelihatan ada elemen untuk melagakan 2 Tok Guru kita yang sangat dikasihi .

Janganlah buat begitu . Tiada untungnya kita . Marilah kita tamatkan polemik ini dengan tenang , sabar dan berlapang dada .

Sikap saya sedari awal bersama dengan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mengambil jalan tengah dan hanya berpihak kepada prinsip amal Jamaei berasaskan amal Islami .

Saya sendiri pun sering mempunyai pandangan yang berbeza dengan pihak lain dan tidak bersetuju dengan pihak lain pula , tetapi bila ada keputusan yang dikeluarkan secara rasmi oleh parti , maka kita akur dengan prinsip dengar dan taat kita kepada keputusan yang telah diambil , biarpun hati kita sukar untuk menerimanya .

Berilah peluang pimpinan kita memimpin dengan baik dan kita menjadi pengikutnya yang baik . Kecualilah arahan dan keputusan itu berbentuk maksiat , maka tiada taat kepada makhluk dalam perkara memaksiatkan Allah swt. ( لا طاعة لمخلوق في معصية خالق )

Jelasnya isu ini hanya berkait soal strategi dan masing - masing mempunyai pandangan . Kini keputusan telah ada , maka pandangan yang berbeza itu mesti diurus dengan bijak dan tenang melalui majlis mesyuarat bulanan atau pertemuan 4 mata dengan Dato' Seri Presiden sendiri . Tanganinya dengan mesra dan lapang dada .

Bukan terus menyalakan fitnah . Ingat ! Fitnah adalah suatu yang sedang tidur maka jangan gerakkan ia dari tidur kerana kelak apabila ia bangkit , kesan kemusnahannya akan dirasai oleh semua .

Menerima dan akur keputusan yang telah diputuskan oleh parti itulah wala' yang mesti diberikan . Jauh sekali menganggap pimpinan memperbodohkan ahli dengan keputusan yang telah diambil . Demikian juga mempersoalkan ketelusan pimpinan dan ahli majlis syura yang rata - ratanya terdiri daripada para ulamak yang takutkan Allah .

إنما يخشى الله من عباده العلمؤا

Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah ialah dikalangan hambanya al Ulama' .

Surah Faatir : 28

Akhirnya seperti kata Yb. Ketua Pemuda PAS Pusat mengakhiri ucapan Penggulungannya di Muktamar Pemuda PAS Pusat baru - baru ni , ".......enough is enough...."

Tapi , kalau semua pakat dok timbulkan lagi , tak kan saya nak dok diam gitu jer ......

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi.

'Penduduk tidak percaya Anwar liwat'



Beberapa penduduk kawasan Permatang Pauh percaya pertuduhan liwat ditimbulkan dalam kempen semata-mata untuk memastikan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah dalam pilihanraya kecil 26 Ogos.

Pada masa sama mereka juga berpendapat, penurunan harga minyak mulai semalam mempunyai tujuan politik iaitu untuk mendapatkan sokongan pengundi kerusi parlimen itu yang dicabar calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan seorang lagi calon Hanafi Hamat.

Penduduk Kampung Kepala Bukit di Permatang Pasir, Ishak Yaakub berkata, orang kampung memang tidak percaya dakwaan Anwar liwat kerana sudah tahu budi perangainya.

"Buatlah tuduhan sebanyak manapun kami tidak percaya, orang Permatang Pauh sudah matang. Semakin banyak isu ini diperkata, rakyat semakin meluat.

"Isu ini tidak akan mempengaruhi pengundi di sini. Anwar adalah pemimpin rakyat dan kerana itu kami semua menyokong beliau," katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara penduduk Kampung Pelek, Sheikh Hamzah Sheikh Radzi berkata, orang tidak lagi percaya kepada BN menyebabkan apa yang mereka buat orang tidak suka.

Beliau juga berkata, tindakan menurunkan harga minyak sekarang adalah untuk kepentingan politik kerajaan.

"Ini adalah gula-gula politik sahaja untuk mendapat sokongan pengundi Permatang Pauh," katanya.

Saad Ismail dari Kampung Bukit Indera Muda berkata, tuduhan liwat sangat jijik dan sebahagian besar orang Permatang Pauh tidak percaya.

"Mungkin sebahagian sahaja yang percaya tetapi orang Permatang Pauh boleh terima Anwar menjadi perdana menteri," katanya.

Beliau berkata, orang Permatang Pauh kecewa dengan kerajaan BN Pulau Pinang sebelum ini kerana menyebabkan ramai terpaksa berpindah ke Kedah.

Ahmad Jaafar dari kampung yang sama, pula berkata, tidak mungkin Anwar melakukannya dan pengundi Permatang Pauh tidak percaya terhadap tuduhan itu.

Beliau juga setuju bahawa keputusan kerajaan menurunkan harga minyak adalah kerana kempen pilihanraya Permatang Pauh.

Isu liwat dan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tidak menjejaskan sokongan pengundi Permatang Pauh, Selasa ini.

Penurunan 15 sen bukti harga minyak memang boleh diturunkan - Husam

penurunan harga bahan api itu menyanggah kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad sabery Chik ketika berdebat dengan Dato Seri Anwar 15 Julai lalu kononnya harga minyak tidak boleh diturunkan kerana akan menjejaskan pendapatan negara.
Penurunan harga bahan api itu menyanggah kenyataan Menteri Penerangan, Dato Ahmad sabery Chik ketika berdebat dengan Dato Seri Anwar 15 Julai lalu kononnya harga minyak tidak boleh diturunkan kerana akan menjejaskan pendapatan negara - Dato’ Husam Musa

Penurunan 15 sen bukti harga minyak memang boleh diturunkan - Husam

JERANTUT - Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa berkata, penurunan harga petrol dan disel berkuat kuasa hari ini membuktikan bahawa harga bahan itu boleh diturunkan.

Beliau berkata, penurunan harga bahan api itu menyanggah kenyataan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad sabery Chik ketika berdebat dengan Dato Seri Anwar 15 Julai lalu kononnya harga minyak tidak boleh diturunkan kerana akan menjejaskan pendapatan negara.

Katanya, beliau pernah meminta kerajaan bersabar supaya jangan manaikkan harga minyak secara drastik dan tergesa-gesa dahulu, tetapi kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Badawi berkeras dan menaikkan harga bahan itu.

Katanya akibat Kenaikan harga minyak menyebabkan negara mengalami kadar inflasi tertinggi sejak lebih 20 tahun lalu dan kini kerajaan terpaksa menelan balik kata-kata mereka sebelum ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Ijtima Pilihan Raya PAS Pahang di Kompleks Tarbiyah Imam Syafie, dekat Temin Jerantut.

Kelmarin, Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM 2.70 kepada 2.55 sen seliter berkuat kuasa 23 Ogos 2008.

Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga bagi diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

Penurunan harga bahan bakar itu, kata Husam membuktikan kenyataan bahawa harga minyak boleh diturunkan adalah benar.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan untuk menetapkan harga minyak setiap awal bulan, Husam berpendapat langkah itu sebagai tidak wajar dilakasanakan.

Ini kerana katanya Malaysia adalah pengeluar minyak.

Katanya menetapkan harga bahan itu berdasarkan harga pasaran dunia adalah tidak adil kepada rakyat.

“Rakyat sepatutnya menikmati harga minyak yang lebih rendah kerana Malaysia negara pengeluar minyak, kita tidak sama dengan Singapura dan Thailand yang tidak mempunyai minyak,” katanya.

Katanya, negara-negara pengeluar minyak lain di dunia seperti Mesir (pengeluar minyak dengan kapisiti hampir sama dengan Malaysia) serta negara negara lain mengenakan harga yang lebih rendah kepada rakyatnya berbading Malaysia.

2 PETUGAS UMNO DI TANGKAP POLIS




Permatang Pauh 24 Ogos- JAM 520 pagi tadi sekumpulan petugas PKR di cawangan Permatang Tengah yang di ketuai oleh abang misai telah berjaya menahan 2 petugas BN/UMNO yang mengedarkan CD Mohd Saiful dan Najib Razak dalam bentuk ceramah,menampal banner/poster yang mengaibkan DSAI, dan pimpinan PKR /PAKATAN RAKYAT .Mereka ditahan jam 520 pagi tadi oleh petugas-petugas dan penyokong kampung Permatang Tengah dan dari Johor Tenggara yang mengadakan markas di kampung Permatang Tengah ,Permatang Janggus berdekatan dengan pekan Permatang Pauh.

Kedua-duanya berasal dari Bayan Baru dimana kawasan tersebut telah kalah di tangan PKR yang diketuai oleh Dato Zaharin.

MOHD FADLI BIN JOHARI,
NO 362 PUTARAN MAYANG PASIR 1,
BAYAN BARU,BAYAN LEPAS.
881209075277

MOHD AFIZ ZAFAR BIN MOHD ZAHITBLOCK
4-G-6 FLAT JLN TENGAH
BAYAN BARU.

Permatang Pauh: Persaingan untuk meraih undi Melayu semakin rancak

BUKIT MARAJAM: Rata-rata pemerhati politik yang mengikuti perkembangan di Permatang Pauh hampir sekata calon parti keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghadapi masalah besar untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu pada 26 Ogos akan datang.

Peningkatan sokongan terhadap Anwar dari masyarakat Cina khususnya, semakin ketara dihari-hari terakhir berkempen. Dalam satu program makan malam di Seberang Jaya malam 22 ogos lalu misalnya dihadiri lebih 2000 masyarakat Cina dan India.

Situasi yang sama turut dilihat dalam program di pekan-pekan lebih kecil seperti di Pekan Penanti dan Pekan Permatang Pauh.

"Sokongan Cina dan India lebih mudah diukur kerana mereka yang hadir kebanyakannya orang tempatan," kata seorang petugas PKR yang
mengendalikan majlis makan malam di Seberang Jaya.
Anwar, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Nurul Izzah yang berucap pada malam itu mendapat tepukan gemuruh dari keseluruhan yang hadir.

Selain itu, sekongan terbuka dan penglibatan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng dalam kempen Anwar juga meletakkan Barisan
Nasional (BN) hampir mustahil dapat meraih sokongan besar pengundi
bukan Melayu dalam masa yang cukup singkat sebelum selasa ini.

Daripada 58,459 pengundi di Permatang pauh, 24.56 peratus (14,360)
daripadanya adalah pengundi Cina dan 5.79 peratus (3,390) pula
pengundi keturunan India.
Bagaimanapun sokongan daripada pengundi Melayu yang mewakili hampir 70
peratus atau 40,619 pengundi Permatang Pauh masih sukar dijangka
walaupun tempoh berkempen hanya tinggal kurang daripada tiga hari.

Program-program ceramah Anwar dan para pimpinan Pakatan Rakyat yang
diadakan saban malam turut sukar membuat ukuran sejauh mana sokongan
pengundi kepada Anwar walaupun ada diantara program ceramah dihadiri
puluhan ribu orang.

Menurut petugas Jentera pilihan raya PKR, orang luar terlalu ramai
hadir terutama dari Kulim, Sungai Petani dan dari kawasan parlimen
berhampiran selain dari petugas Pakatan Rakyat yang datang membantu
Anwar daripada seluruh negara.

Dalam masa yang sama petugas wanita dan puteri Umno yang semakin agresif berkempen dari rumah kerumah dipercayai bakal menjadikan persaingan merebut undi Melayu akan bertambah sengit.
"Bimbang" kata seorang pimpinan Angkatan Muda PKR Pusat, Zulfikar ketika ditemui di Seberang Jaya. Tetapi katanya, beliau tidak
mendengar laporan ada kawasan kritikal.

"Umno menggunakan isu bertubi-tubi menyerang Anwar di sat-saat akhir
mungkin akan menggoyangkan pengundi atas pagar," ujar beliau.
BN kini memperhebatkan serangan ke atas Anwar dengan pelbagai isu
disamping terus menjadikan isu liwat sebagai senjata mereka. Di
beberapa jalan utama, jentera BN didapati mengedarkan Vcd perakuan
sumpah Saiful Bukhari kepada orang ramai yang lalu lalang dikawasan
ramai pengundi Melayu.

Selain itu turut dibawa berceramah untuk melawan kempen Anwar ialah
bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor, rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Datuk S. Nallakaruppan dan Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru
Said Keruak.

Namun demikian, perkembangan tersebut turut dilihat BN agak terdesak
khususnya kebimbangan mereka terhadap kempen Anwar bakal menjadi
Perdana Menteri jika diberi peluang dalam pilihan raya kecil ini
menjadi ahli Parlimen.

BN dikatakan sedang bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Melayu
bahawa dakwaan Anwar bakal mengambil alih pentadbiraan negara pada 16
September ini hanyalah satu pembohongan.

Satu ceramah khas bertajuk 'Anwar jadi PM 16 September?'di pekan
Permatang Pauh turut dianjurkan oleh BN untuk menjawab kempen tersebut
disamping menurunkan pimpinan BN daripada Sabah bagi menafikan dakwaan
ramai ahli Parlimen daripada negeri itu akan menyertai Pakatan Rakyat.
Dalam tinjaun siasah pula, bendera-bendera, poster dan banting PKR menguasai hampir semua kawasan stategik di kawasan mejoriti pengundi Melayu.
Sepanjang jalan daripada Kubang Semang, Pekan Penanti, Kampung Petani, Kepala Bukit, Pematang Ara, Pematang rambai dan Pematang Pasir dipenuhi dengan bendera PKR yang hanya sedikit diselang-seli oleh bendera BN.



Gambaran yang sama turut dilihat dilokasi jalan menuju pekan Permatang
Pauh, Seberang Jaya, Sama Gagah, Tanah Liat dan Guar Perahu.
Di Permatang Pasir pula Petugas PAS dilihat bertungkus lumus
menggerakkan jentera membantu kempen Anwar.
Permatang Pasir merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakil oleh PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Gerak kerja daripada PAS yang menurunkan ramai pimpinannya dilihat
dapat menguatkan sokongan daripada pengundi Melayu kepada Anwar dari
kawasan itu.

Dua bilik gerakan PAS dibuka dalam kawasan tersebut iaitu di Pusat
Khidmat masyarakat Adun Pengkalan Pasir dan disebuah Pasti yang
dijadikan pejabat jabatan Pilihan Raya Negeri.


Sementara itu di pihak Anwar, kempen pada hari ketujuh semakin diperhebatkan setelah kempen pada hari kelima dan keenam agak perlahan
ekoran hujan lebat sejak pagi hingga ke petang.

Risalah berupa menifesto yang mengandungi janji Anwar sekiranya menjadi PM diedarkan sejak tengah hari hingga ke malam termasuk kepada
kenderaan yang melalui jalan dikawasan pilihan raya.



Selain itu jentera kempen Anwar turut menyediakan sebuah televisyen besar yang dibawa dengan sebuah treiler untuk menayangkan visual-visual kempen termasuk kenyataan-kenyataan daripada Anwar serta
pimpinan Pakatan Rakyat yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain sekitar permatang pauh.

Anwar sendiri hari ini turut memulakan programnya sejak awal subuh dan bergerak ke semua kawasan dengan pelbagai program yang diatur. Antara tempat yang menjadi tumpuan adalah majlis kenduri kahwin, perjumpaan dengan ibu tunggal, meraikan kemasukan ahli baru dan program solat hajat selepas Magrib.

“Al-Falah” atau “Al- Kalah”

Najib menyatakan bahawa kerajaan akan terus mengukuhkan konsep Al-Falah kononnya untuk menjadikan umat Islam sebagai umat yang berilmu dan mempunyai kekuatan di peringkat dunia.

“Kita mahu umat Islam di negara ini menjadi umat contoh dan umat yang kuat, jika ada kelemahan, kita atasi kelemahan itu dengan konsep Islam sebagai agama yang syumul,”, kata Najib.

Memerhatikan keadaan Islam dibawah pemerintahan UMNO. Umat Islam bukannya mendapat “Al-Falah” ataupun kemenangan tetapi sebenarnya “Al-Kalah”. Apa penilaian Najib mengatakan umat Islam Al-Falah di bawah naungan UMNO?.

UMNO hendak berbangga dengan masjid-masjid besar yang didirikan? Berapa ramai umat Islam yang datang menyahut seruan Al-Falah lima kali sehari berbanding laungan konsert maksiat setiap malam. Orang melayu yang mengaku Islam lebih suka ke premis-premis maksiat yang berbau busuk berbanding masjid yang luas dan tenang.UMNO berbangga dengan Pertandingan Tilawah Al-Quran yang kononnya hanya ada di Malaysia, tetapi berapa kerat umat Islam yang mengamalkan ajaran Al-Quran. Malah kerajaan UMNO sendiri dalam sistem pemerintahannya berkiblatkan barat dan meninggalkan Al-Quran.

Apa gunanya UMNO melaungkan Al-Falah, kalau perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan. Sehinggakan musuh-musuh Islam berani mempersoal hak-hak umat Islam. Hukum Islam terus dicabar dan diperlekeh mengikut saluran perundangan ciptaan penjajah yang masih lagi dipertahankan UMNO.

Apabila beratus-ratus umat Islam murtad, apa peranan UMNO? Hanya melaung-laung dan memaki hamun bila forum “memeluk Islam” dianjurkan, tetapi hukum Islam tidak jugak ditegakkan. Undang-undang murtad seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan Hadith tidak juga dilaksanakan. Lupakah UMNO bahawa keberanian majlis peguam mengadakan forum hasil dari kelemahan UMNO menjaga Islam.

Di mana peranan UMNO apabila melihat anak-anak muda Islam terus tenggelam dibawa arus kemaksiatan dan hedonisme. UMNOlah yang membiarkan dan membuka ruang kemaksiatan berleluasa di Malaysia.

Malah ada anak-anak pemimpin UMNO yang berperangai buruk. Sebagai contoh anak Timbalan Perdana Menteri sendiri Ashman bin Najib (gambar) yang belajar di luar negara, berpelukan dengan perempuan-perempuan asing tanpa ada rasa malu sebagai anak pemimpin Melayu (klik disini untuk berkenalan dengan anak Najib).

Beginikah generasi muda Al-Falah yang hendak dibentuk UMNO? Bagaimana seorang pemimpin yang tidak tahu mengajar anak hendak membawa konsep Al-Falah kepada remaja-remaja Islam?

Apalah yang hendak dibanggakan sangat dengan J-Qaf yang tidak dapat membawa penghayatan Al-Quran sepenuhnya kepada anak-anak kita, tetapi Hanya mampu mengkhatamkan Al-Quran tetapi tidak mampu melahirkan akhlak Al-Quran.

Tak usahlah Najib hendak berslogan kononnya nak membawa konsep Al-Falah kepada umat Islam, sedangkan UMNOlah yang menjadikan umat Islam lemah di negara ini. UMNO lah yang menutup dan membataskan kekuatan umat Islam di negara ini. UMNO lah yang menjadikan umat Islam terkebelakang berbanding kaum-kaum yang lain.

Hanya orang Islam dan Melayu yang cetek fikiran akan mempercayai slogan-slogan Najib yang penuh dengan pembohongan dan penipuan tersebut. Ini lah lagi satu contoh Islam Hadhari ajaran Pak Lah yang penuh dengan slogan-slogan kosong.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .