
Kenyataan demikian dibuat Timbalan Menteri KPT, Dato' Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada sesi soal jawab lisan, semalam.
Jelasnya, pindaan Auku 1991 telahpun dibacakan kali pertama Julai lalu yang telah melalui proses kajian serta perbincangan yang agak panjang dengan pindaan sebanyak 69 daripada 119 fasal.
Ustaz Hadi sebelum itu menegaskan bahawa negara yang demokrasinya maju tidak menghalang mahasiswa dan ahli akademik melibatkan diri dalam politik dan pertubuhan-pertubuhan ke arah melahirkan pemimpin pelapis.
Sementara itu, Idris turut menjelaskan alasan larangan mahasiswa berpolitik secara aktif yang didakwa akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama di kalangan kaum yang mempunyai pendedahan kepada plural society.
Ia merupakan jawapan kepada soalan tambahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy jamaludin (BN-Rembau) yang memohon penjelasan berkaitan senario yang hanya membenarkan mahasiswa di luar negara bergiat secara aktif dengan kelab yang ditubuhkan oleh parti-parti politik di sana.
"Kenapakah mahasiswa ini tidak diberikan kebebasan untuk menyertai parti-parti politik sedangkan di luar negara mereka boleh menyertai kelab-kelab yang telah ditubuhkan secara langsung oleh parti politik tertentu di Malaysia?
"Apakah perbezaan pelajar universiti tempatan dan universiti luar negara yang tidak membenarkan pelajar kita di sini menyertai parti politik, tetapi hanya dibenarkan menyertai pertubuhan NGO dan apakah sebab mereka disekat dari terus untuk pergi kepada parti politik?" katanya.
Idris berhujah dengan menyatakan alasan tindakan KPT memperkenalkan Akta 15 ini bagi mengelakkan mahasiswa daripada terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh menjejaskan tumpuan mahasiswa kepada akademik.
"Pelajar tidak disekat untuk menjalankan kajian berkaitan politik dalam negara. Selain itu pelajar berpeluang mengamalkan demokrasi dalam pilihan raya kampus.
"Jadi sekiranya ada pihak yang menyatakan pelajar kita tidak dibenarkan berpolitik itu adalah tidak benar sama sekali sedangkan kita masih mengamalkan politik dalam pilihan raya kampus," demikian ujarnya.
Ustaz Hadi dalam soalan asalnya kepada KPT meminta penjelasan mengenai aspek yang akan diberi penekanan dalam pindaan terhadap Auku dan rasional bersabit pindaan tersebut.



Nur Shafiqa Mohd Ali (kanan) dan Nor Farhana Farzieana Azmi (kiri), yang dibuang kolej kediaman pada 15 Oktober, mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau, exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas, dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco PMIUPM, muncul di depan ramai seminggu selepas dikenakan tindakan tersebut.





Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari semalam.
Sehari sebelumnya, timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa membuat aduan polis berhubung kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa "lebih mahal" berbanding yang diperolehi oleh Brazil.
"Kita telah mengemukakan 21 helai dokumen dan sokongan yang cukup untuk polis memulakan siasatan dan tindakan selanjutnya," kata Badrul Hisham selepas membuat laporan polis.

