Ikuti Blog ini

Analisis Isu: Perlantikan Tan Sri Zaki Sebagai Ketua Hakim Negara, Trick UMNO Menjadi !!

Nampak benar “trick” puak-puak UMNO semakin menjadi, maka hari ini Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, secara sah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru berkuat kuasa 18 Oktober lalu menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad, 66, yang bersara wajib. Sementara itu tempatnya sebagai Hakim Besar Malaya, telah digantikan oleh Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri petang tadi. Siang tadi Dewan Rakyat telah menolak usul tergempar mengenai percalonan perlantikan ketua hakim negara yang baru itu. Penolakan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuaku Jaafar setelah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengikut perkara 36(8) yang melarang perbincangan mengenai perbuatan atau kelakuan seorang hakim.

Dengan perlantikan secara rasmi beliau sebagai Ketua Hakim Negara, maka nampaknya cita-cita Pak Lah untuk membersihkan badan kehakiman nampak kian “tipis” dan hanya “indah khabar dari rupa” atau “cakp tak serupa bikin”. Perlantikan Zaki adalah tidak wajar sama sekali, kerana beliau mempunyai hubungan yang cukup erat dengan parti UMNO. Pada awal Ogos lalu, kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Zaki dari menjadi salah seorang anggota Lembaga Displin UMNO. Menurut sumber UMNO, beliau dikatakan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Displin UMNO atas sebab-sebab peribadi. Ketika mendapat maklumat tersebut TPM Najib kononnya terkejut dengan perletakan jawatan Zaki itu, malah beliau mahukan Majlis Tertinggi UMNO mengkaji sebab musabab beliau berbuat demikian secara tergesa. Kita sendiri pun agak “terkejut beruk” ketika itu. Sangkaan kita Zaki akan “balik ke pangkal jalan” setelah melihat banyak benar penyelewengan baik didalam UMNO mahupun kerajaan.

Akhirnya kini, terbukti sudah bahawa semuanya itu dulu adalah “Trick UMNO” semata-mata bagi mengangkat Zaki sebagai Ketua Hakim Negara. Maknanya disini, bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Displin UMNO menerajui jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara. Apakah rasional semua ini?. Munasabah kita untuk percaya bahawa Zaki sudah memutuskan segala hubungan akrab dan rapatnya dengan para pemimpin UMNO?. Apakah keadilan bakal tertegak jika ada kes yang melibatkan pemimpin pembangkang dibicarakan nanti terutamanya kes “liwat Anwar” yang masih lagi hangat diperkatakan sekarang ini?.


Maka lengkaplah sudah senjata UMNO dalam kerajaan

Nampak benar Pak Lah “mudah lupa”, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat pita video Linggam dulu langsung tidak dijadikan ikhtibar oleh mereka. Kekalutan yang berlaku kepada hakim terdahulu dalam kes tersebut langsung tidak diambil kita. Malahan mereka melantik pula hakim yang telah begitu masak dengan politik UMNO. Dimanakah keadilan sebenarnya?. Akhirnya raya sekali lagi ditipu dan bakal berhadapan dengan masalah besar untuk melihat pembaikan dalam sistem kehakiman yang diperkatakan dulu. Rupanya, bukan penambahbaikan yang dilakukan sebaliknya keburukan pula yang dicari. Maka kini, lengkaplah sudah senjata UMNO dalam pentadbiran kerajaan bila Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Ghani Patail (Peguam Negara) dan kini Zaki Azmi pula dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Maka terserlah sudah betapa liciknya trick puak-puak UMNO ini.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .