Ikuti Blog ini

Hasan Ali Dipecat Dari PAS - Keluarnya Duri Dalam Daging


Kuala Lumpur, 8 Jan : PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS





Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu dapat dikeluarkan.
Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.

Tak payah GB sebutkan nama mereka.

Dan sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan ulamak dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang ulamak ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!

Seperti yang pernah GB katakan, seorang penampal poster dan seorang blogger picisan mungkin lebih layak diangkat menjadi pemimpin jika dia lebih ikhlas di dalam perjuangan daripada seorang Ketua Pemuda ataupun Ketua Ulamak parti sekalipun tetapi angkuh dan takbur.

Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Sebelum PAS dapat mengalahkan musuh di luar, menjadi sangat penting bagi PAS untuk membersihkan musuh dalam selimut. -GB

Kerjasama Selangor dengan Pusat; Najib berbohong!

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR berasa cukup kesal dan kecewa terhadap tuduhan dan pembohongan YAB Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang dikatakan tidak memberikan kerjasama dan kelulusan terhadap projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor beranggapan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas serta berniat jahat untuk memburukan kerajaan negeri.

Najib semasa lawatan ke Hulu Selangor baru-baru ini telah membohongi rakyat di Felda Gedangsa apabila menyatakan kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor lalu untuk membina rumah peneroka Felda generasi ke dua adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama pihak kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan kenyataan balas dengan menyatakan tiada sebarang permohonan yang telah dibuat samada oleh pihak kerajaan pusat ataupun Felda untuk sebarang projek perumahan di kawasan Felda terbabit sehingga kini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pembohongan demi pembohongan yang sengaja dicipta adalah antara ‘grand design’ kotor Umno untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat. Umno berasa cukup gusar kerana rakyat Selangor telah melihat kebaikan dan ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup prihatin terhadap rakyat. Agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan hasil yang baik dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik mereka.  

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan supaya Najib dan Umno Selangor supaya menghentikan segala pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana ianya akan menjadi cacian dan makian rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional semula akhirnya.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Pengawal peribadi Wan Azizan pengsan didakwa diracun


Pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikejarkan ke hospital petang semalam selepas dipercayai diserang yang didakwa membabitkan objek tajam yang beracun.

Menurut seorang pembantu kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Fayyadh Afiq Albakqry yang mengiringi Wan Azizah diserang selepas selepas tamatnya ceramah ketua pembangkang itu di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.

Serangan didakwa berlaku ketika Fayyadh Afiq mengiringi Wan Azizah meninggalkan tempat kejadian pada jam 10 malam semalam.

Mengikut jadual, Fayyadh Afiq sepatutnya mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi semasa dalam perjalanan dia mula berasa tidak sihat dan pengsan.

Wan Azizah kemudian mengarahkan pemandunya untuk berpatah balik utara untuk membawa Fayyadh Afiq ke ke hospital di Seberang Jaya.

"Pada mulanya, Fayyadh Afiq berdarah selepas cedera pada tangan akibat ditikam objek yang tajam. Kami merawat lukanya dan memutuskan untuk terus ke Parit Buntar.

"Tetapi selepas dia rasa tidak sihat, kami mengesyaki dia mungkin telah diracun semasa serangan itu," kata Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid.

Berita mengenai serangan itu merebak dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa bahawa Fayyadh Afiq sebenarnya luka ketika mempertahankan Wan Azizah yang menjadi sasaran sebenar penyerang itu. -M'kini



PAS bangga dengan kecekalan keluarga Adam Adli

PULAU PINANG : PAS bangga dengan kecekalan ayah kepada Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli (gambar) bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai berkata, apa yang dicakapkan oleh bapanya, Abdul Halim Hamid merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.

"Mendengar cakap Abdul Halim Hamid saya selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terasa bangga terhadap sokongan padunya.  Sebagai ayah beliau sanggup bersama anaknya biar dalam keadaan susah dan senang. Orang politik pun belum tentu boleh buat macam dia, " tegasnya.

Adam Adli adalah palajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menurunkan gambar datuk Seri Najib ketika mahaiswa berhimpun di perkarangan bangunan Umno di PWTC.

Akibat kesalahan itu beliau dikecam dan dikutuk oleh Umno tanpa batasan sehingga UPSI bertindak ke atasnya.

Tindakan para mahasiswa terlibat, kata Dr Mujahid, bukan ada kaitan dengan desakan mana-mana parti politik pembangkang tetapi sebaliknya atas rasa keprihatinan dan kesungguhan menyelamatkan maruah negara yang sudah tergadai.

Perjuangan mahasiswa selama ini bukanya perkara baru untuk memastikan AUKU ditiadakan bagi membolehkan mahasiswa meluahkan pandangan secara demokrasi serta mewujudkan seorang mahasiswa yang berkalibar tidak hanya menjadi mahasiswa pak angguk.

"Mahasiswa ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang Mujahid (gambar kiri)  yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Susah untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau.

Sebelum ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik.

Bila golongan terbabit mempunyai kesedaran yang tinggi dan mahukan perubahan ketara terhadap Malaysia itu menandakan satu gelombang kebangkitan anak muda yang sukar dibendung terutamanya ketika negara bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13.

"BN sebenarnya takut untuk berhadapan dengan golongan muda terutamanya mahasiswa sebab itu apa yang digerakan oleh mahasiswa cuba disekat supaya kemaraan jiwa muda tidak melarat sehingga boleh menggugat kedudukan politik jahat kepimpinan BN, " terangnya.

Turut menziarahi keluarga Adam Adli ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husein, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Bekas Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri, Zulkifly Md Lazim dan beberapa orang aktivis parti.

Pada pertemuan tersebut rombongan turut mengadakan sembahyang hajat di kediamanya sebagai langkah memperkuatkan akidah Adam Adli dan 17 rakanya yang kini berhadapan dengan berbagai kemungkinan.

Pada 31 Disemer 2011 negara terpalit satu lagi peristiwa keganasan pihak polis apabila bertindak kasar menghuraikan perhimpunan mahasiswa di hadapan Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mahukan kerajaan Malaysia menghapuskan AUKU yang didakwa menyekat kebebasan mahasiswa.

Pada perhimpunan itu Adam Adli ditahan bersama rakanya yang lain manakala Saudara Muhamad Safwan Awang terpaksa dimasukan ke hospital akibat tindakan ganas polis. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .