Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari
Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya
remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang
hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz
ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama
darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik
sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa
persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman,
Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai
kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah
mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan
menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal
meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan
ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala
Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun
1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai
mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu
agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar
agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama
5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang
amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa
kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi
sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang
ditemui di beberapa blog.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai
Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:
12 Februari 1964
Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai
UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang
majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali
UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan
dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan
sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan
blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka
mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam
membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang
kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar
Idrus (Original)
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini
terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering
sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk
memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai
seorang yang sesat.
Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah.
Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak
suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung
kebencian penuh kehitaman anda.
P/S: Ambe mengenali Ustaz Azhar sejak tahun 2004, semasa tu dia x
terkenal lagi..dulu ceramah keras sikit sekarang nie slow
sikit..hehe..Org pernah tanya dia..kenapa Ustaz orang mencari jalan
untuk memburukkan Ustaz..Ustaz jawab kalau orang x marah maknanya
perjuangan kite x betullah, Nabi Muhammad pun kena maki nie kan pulop
aku..hehe