IPOH - TERKINI: Susulan keengganan Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Perak meletakan jawatan. Jam 9.30 malam ini, lebih 50 ribu penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dari pelbagai kaum memenuhi perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Perak bagi menyatakan sokongan kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Ketika ini, ceramah perdana pimpinan utama Pakatan Rakyat sedang dilangsungkan di perkarangan kediaman tersebut. Semua 28 Adun Pakatan Rakyat Perak hadir disamping beberapa pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' dato' Ghazali, Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok dan Adun-adun Pakatan Rakyat dari Selangor.
Bekalan elektrik di kediaman Menteri Besar itu dijangka akan diputuskan pada bila-bila masa sahaja bagi menghalang sebarang aktiviti diadakan oleh Pakatan Rakyat. Arahan memutuskan bekalan elektrik ini dipercayai arahan dari pihak BN, yang kinik ghairah untuk membentuk kerajaan esok.
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kini masih berada di luar pintu masuk utama kediaman rasmi tersebut dan turut sama mendengar ceramah yang diadakan. Mereka mengawasi keadaan di sini bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diinginan dari terjadi.
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampuan Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampuan Tuanku,
MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan
Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.
Ampuan Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampuan Tuanku,
Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampuan Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Mesej yang baru tiba : Telah Keluar Jemputan Majlis Angkat Sumpah tubuh Kerajaan Baru jam 3 petang esok di Istana Iskandariah Kuala Kangsar...
setiausaha Kerajaan Negeri Berkomplot Menjatuhkan dan Merampas Kerajaan dari Pakatan Rakyat...Tindakan ini menunjukan kebiadapan Najib kerana melanggar perlembagaan...Apa lagi ada pada HUKUM jika UNDANG-UNDANG juga dilanggar!!!
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.
Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan diadakan esok.
Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bertegas tidak akan mengundurkan diri.
Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi Menteri Besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu.
- Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.
- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan ‘tergantung’. Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.
- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaikan.
- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.
DS Anwar Ibrahim:
- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.
- cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.
- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.
DS Hj.Hadi.
- Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.
- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.
- Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.
YB. Lim kit Siang.
- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.
- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.
- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.
- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.
KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan meminta supaya pilihan raya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.
Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar.
Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Stadium Ipoh malam ini.
Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata dalam satu sidang media bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
Beliau juga berkata, Speaker Dun telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun Pakatan yang keluar parti. Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.
Oleh itu katanya, majoriti BN tidak sah
Hari Ini Dalam Sejarah
Tercatat sudah dalam sejarah Malaysia bahawa: Sebuah kerajaan yang sah yang telah dipilh oleh rakyat Akan (telah) dirampas,dihina dan dijatuhkan dengan cara yang amat tidak bertamadun hina lagi menjijikkan..Amat tidak wajar nasib berjuta-juta rakyat perak diperjudikan dengan satu arahan yang tidak masuk akal…
MENTERI Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin melambaikan tangan kepada wartawan ketika keluar dari Istana Kinta selepas mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
KUALA LUMPUR - Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan seluruh exconya mengosongkan bilik selain memulangkan seluruh aset milik kerajaan.
Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, mengarahkan Nizar memulangkan semua aset kerajaaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga tidak boleh memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
Sementara Speaker Dun, V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.
Namun dalam perkembangan terkini, Nizar dijangka tidak akan melepaskan jawatan selain disebut akan mengadap semula Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membincangkannya.
Pasukan polis dan FRU mengambil alih bangunan Kerajaan Negeri. Sebaik sahaja Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dan semua Exco meletak jawatan,
RASMI... Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada perasmian Model Ladang Padi Sime Darby Plantations di Ladang Tali Ayer di Bagan Serai pagi ini.
SIDANG AKHBAR BELUM START...SABAR...!!
JANGAN BERHENTI DARI BERDOA... DAN BERSEDIA BERLAPANG DADA DENGAN SEGALA KEPUTUSAN....!!
IPOH, 5 Jan :- DYMM Sultan Perak dilaporkan telah menitahkan kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya meletakkan jawatan sebagai MB Perak semasa mengadap DYMM Sultan sekitar jam 1.00 tadi.
Namun Nizar menyembahkan keputusan tidak mahu melepaskan jawatannya dan masih meminta laluan dari DYMM Tuanku supaya diadakan satu pilihanraya baru dengan mengembalikan kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang menjadi kerajaan.
IPOH [1.56 pm] - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini petang ini selepas mengadap Sultan Perak sebentar tadi. Nizar berada di Istana Kinta selama 20 minit daripada pukul 12.45 tengah hari ini.
Sidang media itu dijangka berlangsung pukul 3 petang. ini, akan turut disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai "OK", Nizar berkata, beliau akan menemui wartawan kemudian. Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.
"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini malam tadi. Nizar juga mengadap Sultan Perak di Istana Kinta petang semalam.
Semua Pihak Tunggu Keputusan Tuanku Sultan
[Nampaknya debaran semakin kencang kian terasa, bukan sahaja kepada seluruh rakyat Perak malah mereka yang berada di seluruh negara bahkan dunia. Kini satu sejarah baru bakal tercipta di Malaysia apabila sebuah lagi kerajaan negeri di rampas kuasa oleh mereka yang kemaruk untuk berkuasa. Jika di Sabah, perkara sebegini dianggap tidak luar biasa, namun di Perak ianya dilihat sebagai begitu "menggemparkan" tatkala UMNO dan BN sebenarnya telah ditolak rakyat kini mereka pula mendapat manda. Najib sebenarnya ingin membalas dendam kepada apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. BN membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli hati rakyat, namun semua itu dipersetankan ! Nah, sekarang Najib tidak lagi membeli rakyat, tetapi beralih kepada Wakil Rakyat pula. Inilah dia politik baru ciptaan Najib Anak Tun Razak].
Besar kemungkinan dijangka Paduka Seri Tuanku bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Maklumat yang saya baru terima dari pihak yang boleh dipercayai , Najib telah dua kali mengadap DYMMTuanku Sultan Perak pada pagi ini namun dia masih belum mengumumkan apa-apa keputusan yang dibincang dengan pihak Istana.
Ada kemungkinan besar DUN Perak dibubarkan atau sekurang-kurangnya 4 DUN yang bermasalah di serahkan hak kepada pengundi untuk memilih kembali wakil rakyat nya ?
Mohon semua doakan keselamatan dan kekuatan kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. MuhammadNizar Jamaluddin tabah menghadapi ujian ini.
Ipoh, 5 Feb- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Sivakumar menelefon saya sebentar tadi bahawa persiapan terakhir sedang dilakukan untuk menfailkan bahawa 3 DUN iaitu Changkat Jering, Behrang dan Jelapang adalah kosong dan BN tidak boleh menubuhkan kerajaan sebagaimana didakwa oleh Najib.
Sementara itu, YAB Menteri Besar meneruskan jadual hariannya sebagai Menteri Besar dengan menghadiri Program Perasmian MOdel Ladang Padi Sime Darby Plantation yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepada beliau dalam menghadapi situasi politik yang tidak menentu di negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang berlalu di Perak.
"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.
"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi satu mesyuarat di ibupejabat PKR di ibunegara malam tadi.
Hadir sama ialah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Syed Husin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.
Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.
Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.
Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.
Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".
"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak.
"Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.
Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR.
"Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.
Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib.
Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan alasan Jamaluddin dan Osman bahawa mereka bercuti sakit adalah sebagai satu pembohongan.
"Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau speaker. Kamu adalah exco, orang dijalanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya.
Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka.
"Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah
"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar.
Timbalan Perdana Menteri, memaklumkan sebentar tadi bahawa Tuanku Sultan Perak belum membuat keputusan samada untuk memperkenankan penubuhan kerajaan baru atau DUN akan dibubarkan.
Sultan Perak telah memanggil menghadap kesemua ADUN BN dan bebas menghadap pagi ini selepas Najib dan Zahid dipanggil menghadap terlebih dahulu.
Dari riak muka Najib jelas beliau tidak berapa gembira dengan perkembangan terbaru ini. Mungkin beliau menjangkakan Sultan Perak akan membuat keputusan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru, namun terbukti Sultan Perak akan menelitinya terlebih dahulu.
Sultan Perak menurut, Najib akan membuat keputusan secepat mungkin.
Aku tertanya adakah memang wajah Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) sememangnya masam, tau dia rasa tak senang dengan sumbangan yang ala kadarnya kepada kerajaan BN. Wakakakak !!!
Haiyyaa YB ... apesai masam .. tahun lumbu, mesti sunyum silupa lembu. Gua mau tengok lu balik kampong. Olang kampung suka atau ludah sama lu. !!!
1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).