Ikuti Blog ini

PANTUN PRK N.31 BAGAN PINANG



Beruk tenggiling mati terkangkang
Kembar biawak di pohon celagi,
Azeez Baling buka gelanggang
Lakunan pelawak di ulang lagi.

Turun ke sungai mencari lokan
Lungguk lokan di simpang jalan,
Ketua Putra UM no menipu sakan
Bohong sedunia kena pukulan.

Bisa keris bengkak bernanah
Bengkak pecah nanah berlinang,
Retorit Najib PM berkecai punah
Sah meledak di Bagan Pinang.

Dayung sampan ombak beralun
Sampan terterap jatuh terlentang,
SATU Malaysia SATUlah calun
UM no tunduk di Bagan Pinang.

Subuh hari keluar mendulang
Memusing dulang kiri dan kanan,
Calon kitaran diusung dijulang
Setelah berjaya lakukan tekanan.

Bela lembu di Pekan Changlun
Lembu di bela secara pawah
Isa Samad dikitar dicalun
Untuk langsai pesaka rasuah.

Buat baik berpada-pada
Kerat bersabit peruak luka,
Modal Isa cerita lagenda
Ugut Najib rahsia nak buka.

Kemelut bangsa bohjan bohsia
Berkembang rosak jadi masalah,
Isa dan Najib menyimpan rahsia
Sama bermadah sama berhelah.


Beli santan di markit Kangar
Santan di masak di buat wajib,
Amaran Tun Dir, Najib tak dengar
Calun balas budi pilihan Najib.

Lemah gemalai canggung di tari
Berpusing bergolek di atas jerami,
Pengundi Bagan Pinang bijak bistari
Calun rasuah UM no sungkur kebumi.

Bersepatu kayu mengelilingi desa
Berbatu kelikir raga rotan mano
SATU MALAYSIA, SATU UNDI X ISA
SATU MALAYSIA, SATU UNDI X UM no.

Bersejarah berjasa Masjid Zahir
Gema azan berkumandang beralun,
Pesan Tok Guru pesan Tun Mahathir
Jangan undi UM no, ISA rasuah dicalun.

Tanam pinang membajak padi
Pohon mentalun patah dahan,
Pengundi Bagan Pinang bijak mengundi
Calun PAS Zulkifly MO menjadi pilihan.

N-31 Bagan Pinang: SPR Menipu Dalam Undi Pos



YB Salahuddin Ayub sedang membandingkan 2 dokumen yg berbeza kepada media di Sidang Media pagi tadi. Lain yg diberi, lain yg diguna pakai di tempat pengundian dilakukan (undi Pos)

BANTAHAN TERHADAP PROSES PENYERAHAN SAMPUL KEUTAMAAN UNDI POS

PAS menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.

Statut tersebut berbunyi: “Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi mana-mana tempat mengundi pada hari mengundi…”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun, terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.

Dalam kes yang berkaitan, Salahuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat, turut digugurkan dari senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.

Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.

Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salahuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat semakan akhir.

Pakatan Rakyat dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat, sama ada di sini (Bagan Pinang) atau di Putrajaya.

Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar putih.

Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini.

Undi Pos – Tentera Tolak Rasuah Pilih Calon Bersih

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/undipos5.jpgPUSASDA, TELUK KEMANG - Kehadiran calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar di pusat pembuangan undi pos di sini telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan anggota tentera.

Menurut Pengurus kempen calon, Hj Anwar Hashim, ini merupakan indikator dan petanda yang baik yang menunjukkan sokongan anggota tentera kepada calon Pakatan Rakyat.

“Sambutan luar biasa ini juga membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa undi tentera hanya milik Barisan Nasional adalah omongan kosong”.


“Ini terbukti apabila Zulkifli Mohd Omar memasuki dewan pengundian, ramai anggota tentera yang berbaris dan bersalaman dengan beliau”.


Kata Hj Anwar Hashim lagi, beliau diberitahu bahawa terdapat di kalangan anggota tentera turut mengambil peluang tersebut dengan bertegur sapa dengan Zulkifli Mohd Omar lalu mengucapkan “syabas” dan “meminta calon PAS meneruskan perjuangan”.

Sementara itu, Pemuda PAS semalam mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Walau bagaimanapun, kata Hj Anwar Hashim, dengan sambutan hangat terhadap calon PAS, Zulkifli Mohd Omar semasa anggota tentera membuang undi pos tersebut menunjukkan bahawa mereka menolak rasuah.

“Ia juga membawa erti bahawa anggota tentera memilih calon yang lebih bersih berbanding calon yang tercemar”, tambahnya.

N31 : Nik Aziz - budaya samseng Umno ?

Tuan Guru Nik Aziz sedang menyampaikan 'tazkirah' ringkas buat yg hadir pagi ini.

Tazkirah ringkas selama 15 minit yg diberikan pada Sidang 1 Sesi Sidang akhbar pagi tadi merupakan menu istimewa buat semua petugas parti dan media.

Dato' TG Mursyidul Am turut menyentuh aspek 'samseng' yg digunakan oleh Umno-BN yg jelas sungguh-sungguh membuat provokasi bagi melemahkan jentera PAS dan Pakatan. Kandungan audio Tazkirah akan diuploadkan kemudian.

Malam ini akan diadakan Munajat PERDANA di Markaz Dewan Ulama' pada jam 3.45 pagi, SABTU (10Oktober 2009) yang akan jua dipimpin oleh Tuan Guru Haji Husin, Pondok Lubok Tapah. Semua dijemput hadir.

Siapa yg sedang diperhati oleh Cikgu Pa..penuh perhatian, hanya Cikgu Pa yang tahu ? atau sedang merenung..???


Kehadiran 'istimewa', Mursyidul Am di pagi Jumaat ke Sidang Media pagi tadi.

N31 : Angkara celaka siapa ?

2 hari yang dramatik. Malam tadi berlaku lagi. Tidak dapat manusia berlambang PAS, bilboard pun jadi. Rakus siapa, angkara parti mana ? Bagan Pinang kian Panas.

Lokasi berlaku.

Lambang bulan dibakar hangus ! Jangan tanya sama pokok, kerana pokok tidak bisa ngomong kerja siapa ini..tapi tanya sama Umno - BN !

Hakikat yg nyata di Bagan Pinang, UMNO-BN kian tertekan !

Laporan lanjut akan menyusul. Jika abu itu hitam, hitam lagi hati durjana ini yg sanggup membakar banner lawan.

Tuan Guru Nik Aziz & Lim Guan Eng di Bagan


Tonggak kekuatan Pakatan.


Ketenangan di wajah Tok Guru,dikelilingi semua kaum.


2 YB yang amat rajin berkempen di Bagan Pinang.Cayala YB.

Orang cina sedang khusyuk mendengar ceramah TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyeru anggota tentera yang terlibat dalam pengundian pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, 11 Oktober ini bertindak sebagai perwira yang gagah perkasa di medan tempur, berani menentang rasuah, kezaliman dan parti yang menolak Islam dengan mengundi calon PAS.

Tok Guru dalam satu perutusan khas kepada pengundi Bagan Pinang, meminta pengundi pos di kalangan tentera membuktikan slogan "satu peluru satu musuh" diamalkan dengan tidak membazirkan walau satu undipun untuk menzahirkan kebenaran.

"Sebagaimana kita gunakan jari untuk memangkah, hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan (tentera) untuk diberikan kepada parti bulan," tegas beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Katanya, dengan satu undi itu, para pengundi pos boleh berkata dengan tegas di akhirat nanti bahawa "Ya Allah aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam." Oleh itu undilah PAS, undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di akhirat, tegas beliau.

Tok Guru Nik Aziz berkata, dalam medan perang anggota tentera memburu dan memerangi musuh, dan dalam pilihan raya pula, mereka hanya perlu menolak parti sekular.

"Jika tuan-tuan berani menghadapi peluru, dalam pilihan raya takkan tak berani memangkah bulan?

Sesungguhnya gerakan dan ugutan dari Umno sudah tidak ditakuti oleh rakyat. Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Perak telah berani bersama PAS," ujarnya lagi.

Beliau bertanya, kenapa nak disusahkan dengan soal pembangunan sedangkan duit membuat pembangunan itu adalah duit rakyat dan bukannya duit BN. Maka menjadi tanggungjawab siapa yang memerintah, akan buat pembangunan untuk rakyatnya.

"Jika dalam perang kita guna senapang, dalam pilihan raya kita guna pensil dan kalam. Kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa melibatkan persiapan berupa kawat dan perbarisan, peluru dan senjata, senapang dan M16. Termasuk juga bom, letupan, jip, trak, kereta kebal, dan kapal selam.


Kedatangan Tok Guru di sambut meriah oleh semua kaum.Org cina salam siap cium tangan. Wow!! amazing.





Tonggak kekuatan Pakatan.

Panass....Mai Dengar Rakaman Ini!!!!!




Rakaman Ucapan Pemimpin Be End yang berkempen dalam Kem Tentera dan Cuba Rasuah Tentera







Polis Biarkan UMNO Lakukan Keganasan


Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis.

Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupkan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

Beliau mendakwa, ada kemungkinan tindakan ini 'sengaja' dirancang hanya untuk memberi tekanan kepada petugas Pakatan Rakyat.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini. -harakahdaily

1,275 daripada 2,000 pengundi askar dalam kem keluar mengundi - SPR

YB Zailah bersama perayu undi muslimat di luar kawasan kem tentera.
Hadir sama Tim. Ketua Pemuda Pas Pusat Ust. Azman di pintu Kem tentera.


PORT DICKSON: Seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem hari ini telah keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa sehingga proses pengundian ditutup jam 5 petang tadi.

Manakala bagi pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama hari ini di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin baki pengundi yang masih belum mengundi hari ini akan menunaikan tanggungjawab mereka esok. - + selanjutnya

Unit Amal Puchong di tugaskan untuk menjaga peti undi Pos di Majlis Daerah PD dari pukul 5 ptg hingga 12 tengah malam. Peti undi Pos di jaga 24 jam bergilir-gilir sehingga pengiraan undi selesai pada hari Ahad ini.





Rakyat Tolak Politik Samseng UMNO


9 laporan Polis telah dibuat pagi ini ekoran serangan hendap Pemuda Umno keatas petugas PAS pada jam 3.30 pagi, kata Pengarah Opreasi, Jentera Pilihanraya Kecil PAS Bagan Pinang, Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzukefly berkata, nampaknya Umno/BN semakin terdesak melakukan tindakan ganas terhadap petugas-petugas PAS.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sebentar tadi di Markaz Induk PAS Bagan Pinang yang turut dihadiri oleh Pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat akan terus melaksanakan Program Lawatan rumah ke rumah melalui Program Gerak Gempur ke atas semua UPU-UPU yang diketuai olh pimpinan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP sehingga hari akhir berkempen pada 10 Oktober 2009.
Turut berucap dalam pelancaran Gerak Gempur Pakatan Rakyat sebentar tadi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Ahli MPT PKR Dato’ Johari Abdul dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Antony Loke Siew Fook.



Kenyataan Akhbar N31 Bagan Pinang
8 Oktober 2009


1. Terima kasih kepada semua pihak, wartawan dan media kerana masih setia melaporkan berita secara adil dan berani. Semoga tiga hari berkempen yang mencabar ini terus mendapat laporan Tuan Puan sekalian.

2. Semalam, sebelum dan selepas pertemuan kami dengan SPR di Putrajaya; Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah mengakui bahawasanya terdapat pertindihan dalam daftar pemilih N31 Bagan Pinang.

Akhirnya, apa yang kita perjuangkan, apa yang kita dakwa selama ini adalah yang benar.

3. Kesempatan ini, saya mewakili PAS merakamkan pernghargaan kepada PKR dan seluruh peneroka Felda Sendayan dan Felda L.B. Johnson; kerana bertungkus lumus mahu Isa dihukum dalam pilihanraya kecil ini; disebabkan beberapa dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa Isa dan krono-kroninya.

Isu rompak tanah, rasuah, ali baba tanah felda oleh Isa sewaktu menjadi Menteri Besar 22 tahun lalu sah dilakukan oleh Isa.

Yang membuat dakwaan berat ini bukannya saya, atau PAS atau pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

Yang membuat dakwaan ini adalah mangsa-masng kerakusan rasuah Isa sendiri. Mereka memberi akuan dan testimonial.

Saya cabar Isa menafikan segala dakwaan tersebut sekiranya beliau masih bermaruah dan mempunyai integriti.

4. Di tangan saya ini, adalah satu grant tanah pantai, yang membuktikan bahawa kronisme dalam kalangan kenalan rapat Isa sah menerima rasuah.

Lebih mengejutkan, Akta Tanah sebenarnya tidak membenarkan mana-mana individu memiliki tanah takrif persisiran pantai yang menjadi milik kerajaan negeri.

Apakah dengan adanya grand ini, diluluskan pada zaman Isa menjadi Menteri Besar menandakan bahawa berlaku penyelewengan kuasa dalam skala yang begitu besar di peringkat negeri?

Saya pulangkan kepada Tuan Puan untuk memberikan perhitungan.

5. Dari grant tanah pantai ini, beberapa pendedahan boleh dibuat. Antaranya:

i. Lott tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Yb Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi – rujukkan foto yang ada.

ii. Lot tanah laut antara Corus Hotel dan Mayang Sari Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Hashim Ismail (anak buah kepada Tan Sri Isa Samad) dan Zul Ghafar.

iii. Legend Hotel Sea Front dan tanah laut yang dimiliki oleh Hjjh Rohani ( Ketua Wanita Bahagian) serta beberapa ajk wanita bahagian.

iv. Lot tanah costa rica hotel dan laut milik syarikat yang dikuasai oleh Sabri Aini (Ajk Bahagian) dan Paiman.

6. Daripada pendedahan di atas, rumus yang paling layak diberikan kepada bekas Menteri Besar itu adalah; ISA IKON RASUAH. Sekian…

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT
Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS
merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .