PAS Selangor percaya bahawa satu ceramah besar-besaran di stadium di sini akan membolehkan semangat Bersih 2.0 dikekalkan dan oleh itu, mahu Pakatan Rakyat menganjurkannya dalam waktu terdekat. Malah PAS Selangor juga mahu tokoh agama dipanggil memberi penjelasan bahawa perhimpunan Sabtu lalu adalah halal dan tidak bertentangan dengan agama.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tindakan itu penting bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjelaskan apa yang berlaku pada 9 Julai dan menjawab maklumat tidak tepat disiarkan media arus perdana.
“Satu program besar macam ini perlu diadakan secepat yang mungkin, kami mahu Pakatan Selangor menganjurkannya di Stadium Melawati di Shah Alam.
“Untuk menunjukkan sokongan PAS kepada perhimpunan Bersih. Kempen bagi pilihan raya yang bebas dan adil tidak berakhir pada 9 Julai, ia perjuangan berterusan,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menjemput personaliti seperti Datin Paduka Marina Mahathir yang menghadiri perhimpunan tempoh hari.
“Seorang ustaz seharusnya memperjelaskan mengapa perhimpunan Bersih adalah halal dan mengapa Muslim harus menyokongnya,” kata Khalid.
Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu walaupun berhadapan dengan siri tekanan dan halangan pihak berkuasa sejak sebulan lalu.
Ia mendakwa berjaya menarik 50,000 tetapi dinafikan oleh pihak polis yang mengatakan bahawa hanya 6,000 orang hadir.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.
"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".





KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyambut baik dan mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.














KEMAMAN - Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkantahniah kepada pemuda-pemuda kampung yang ramai menghadirkan diri ke dalam program BERSIH 2.0.

