Ikuti Blog ini

Mahkamah batal kemenangan Kurup

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, batal dan tidak sah.

pensiangan joseph kurup by election court sabahJoseph Kurup adalah timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim David Wong Dak Wah yang membuka kemungkinan pilihanraya kecil diadakan di kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi oleh Kurup tanpa bertanding.

Bagaimanapun, pindaan pada undang-undang pilihanraya membolehkan Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Petisyen itu difail oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai, yang juga calon bagi kerusi tersebut.

pensiangan parliament seat bm versionBeliau menamakan Kurup, pegawai pengurus pilihanraya Bubudan OT Majalu dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.

Kurup menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 24 Februari lalu apabila keras pencalonan Andipai ditolak kerana diserahkan selepas jam 10 pagi (masa tamat penyerahan borang).

Pada hari penamaan calon, Andipai dan seorang lagi calon, Saimeh Usau, terlepas masa menyerahkan borang dan mahu menyerahkannya selepas masa itu tamat.

Kedua-duanya mendakwa bahawa perjalanan mereka ke pusat penamaan calon telah dihalang.

Mereka kemudiannya dibenarkan berbuat demikian - borang pencalonan Andipai diterima pada jam 10.25 pagi dan borang pencalonan Saimeh lima minit kemudian.

Bagaimanapun, sewaktu tempoh bantahan, Kurup membuat bantahan dan ianya diterima oleh pegawai pengurus pilihanraya. Beliau kemudiannya membatalkan pencalonan Andipai dan Saimeh.

Rakyat Susah, BNBBC Makan Angin.

http://buletinonline.net/images/Berita10/lawatan%20bnbbc.jpg
Dungun – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyifatkan keputusan kerajaan membawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ‘makan angin’ ke luar negeri sebagai sesuatu tindakan yang tidak kena pada masanya. (Gambar - Bung Muktar, baju merah, di KLIA bersama BNBBC tengahhari ini)
Sinar Harian memetik beliau berkata, dalam keadaan rakyat susah menanggung keperitan hidup akibat kenaikan harga barangan keperluan berpunca daripada kenaikan harga bahan api, kerajaan BN sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menganjurkan lawatan ke luar negeri yang pastinya menelan belanja yang besar.

http://buletinonline.net/images/Berita10/whasan.jpg“Jika ia bertujuan mempelajari teknologi seperti mana yang dinyatakan oleh pemimpin mereka, mengapa kerajaan tidak menghantar pegawai dari jabatan berkenaan yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan dasar kerajaan? Kenapa pula orang politik yang harus pergi? Kenapa keperluan itu harus dibuat dalam keadaan tergesa-gesa?

“Mungkin ini satu helah atau kebimbangan mereka untuk menghadapi tarikh 16 September, soal kebenaran peristiwa pada tarikh terbabit adalah perkara kedua, tapi di sini sudah nampak secara jelas tindakan mereka seolah-olah takut pada bayang-bayang sendiri,” kata Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun.

Beliau juga turut mempersoalkan objektif lawatan berkenaan sebab kandungan lawatan itu juga masih kabur.

Cuba bayangkan, saya telah difahamkan lawatan rasmi atas urusan negara itu masih belum mempunyai destinasi dan acara lawatannya, pada hal menurut kenyataan pemimpin BN, lawatan berkenaan sudah lama diatur pihaknya, adakah alasan yang diberikan itu logik diterima akal?,” soal Wan Hassan.


Kenapa Tiada Dakwaan Di buat ke Atas Rafidah dan Samy Vellu


Menurut Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 5 September 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim akan didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen, Seremban pagi esok.

Beliau yang kita ketahui disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, kira-kira pukul 5 petang.

Ini baru kes yang membabitkan Adun Lenggeng yang hanya berjawatan sebagai seorang Ajk UMNO Bahagian Seremban.

Tetapi bagaimana pula dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, Rafidah Aziz bersama dengan bekas Menteri Kerja Raya, Samy Vellu. Kes penyamun dua orang ini lagi besar jika hendak dibangdingkan dengan kes Adun Lenggeng. Bukan saya nak membela beliau, bagi saya yang salah tetap salah tetapi kenapa mangkuk 2 orang ni tidak disiasat sebaliknya dibiarkan hidup dengan bersenang lenang.

Kes pertama - Rafidah Aziz, nama yang tidak asing lagi di Malaysia, mengutip kekayaan dengan hanya menjadi taukeh AP. Kes beliau bukan sahaja dibongkarkan oleh Ezam suatu ketika dahulu tetapi juga dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir. Bukti sudah nyata tetapi kenapa kes ini tidak dijalankan. Teringat kes Tuan Guru Nik Aziz yang dikatakan ada orang hendak memberi suapan kepada beliau. Tup-tup bila dengar kes ini BPR terus bergegas jumpa TGNA untuk membuat laporan diatas kes tersebut walhal kes tersebut dah lama berlalu.

Kes ke 2 - Samy Vellu yang dipencenkan sebagai menteri kabinet selepas tewas mengejut di Sungai Siput dalam PRU 12. Kekalahan tersebut merupakan hadiah sempena sambutan Hari Jadi beliau. Cuma disini saya ingin mengembalikan memori indah Samy Vellu semasa menjadi menteri, masih ingatkah kalian tentang isu keretakan MRR2 di Kepong ??? Kos baik pulihnya sahaja sudah mencecah RM 70 juta. Bukannya sikit jumlah tersebut, campur pulak ngan kos pembinaan saja sudah mencecah ke angka RM 300 juta lebih. Makin banyakla wang rakyat hancur lebur digunakan untuk projek ini yang sememangnya ada berlakunya penyelewengan (dah berapa juta agaknya si Vellu ni 'meradak' duit rakyat).

Tapi tiada kes yang diambil. Mereka ni sekarang ni semakin bebas dan hidup dengan penuh harmoni tanpa memikirkan keuntungan yang mereka kaut semasa mereka menjadi menteri. Mungkin mereka bakal mendapat 'ganjaran' yang setimpal apabila Malaysia mengalami perubahan kerajaan seperti yang didakwa oleh DSAI...Sebenarnya banyak lagi kes rasuah yang melibatkan pimpinan dari Barisan Nasional, jadi kita tunggu sama-sama apa yang bakal berlaku selepas ini.

Pemuda Wilayah turun bantu mangsa ribut

Pemuda Wilayah menyertai beratus orang sukarelawan termasuk unit amal untuk turun membantu mangsa ribut di kawasan Selat Klang. Ketua Penerangan Pemuda Wilayah mengetuai kumpulan daripada pemuda Wilayah pada ahad semalam.

Rombongan Pemuda Wilayah bertolak seawal jam 7.45 pagi daripada Masjid Ar-Rahman kemudian sampai kira-kira jam 8.30 di Pejabat Dun Selat Klang. Berpuluh-puluh tentera merah (unit amal) juga sudah kelihatan menunggu di sana. Pasukan RELA dan Pasukan Polis Bantuan turut menyertai misi ini.

Pemuda Wilayah ditugaskan membaiki kerosakan rumah Pakcik Ahmad Jais bersama-sama dengan unit amal Perak dan unit amal Shah Alam. Rumah Pakcik Ahmad Jais rosak teruk akibat ribut tersebut. Banyak bumbung yang tercabut dan rumah di masuki air. Beliau juga rasa terharu dengan kehadiran para petugas, yang sanggup turun membantu beliau dan keluarga.

Beberapa hari yang lepas, menjelangnya Ramadhan kira-kira pukul 5.00 petang kawasan DUN Selat Klang tiba-tiba dilanda ribut yang mengakibatkan beberapa buah rumah penduduk di situ mengalami kerosakan teruk. Tempias ribut itu juga sampai ke DUN Meru.

Seawal jam 8.30 pagi peserta sukarelawan berkumpul dan diberikan taklimat mengenai misi ini oleh En Jamaludin, Pengarah Yayasan Amal Malaysia. Kemudian kumpulan dibahagikan mengikut rumah yg hendak dibaiki.

Ketika Pemuda bertungkus-lumus bersama dengan Unit Amal dari Shah Alam dan Perak, Dr. Halimah, ADUN Klang dan Dr. Rani ADUN Meru sempat melawat mangsa dan para petugas. Kedua-dua Adun ini berterima-kasih kepada para sukarelawan.

Kerja-kerja membaik-pulih rumah tersebut habis lebih kurang jam 7.00 petang. Walaupun keletihan kerana berpuasa, itu tidak menghalang Petugas menyiapkan tugas yang diberikan.

Kepuasan nyata tergambar di wajah para petugas selepas berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Kegembiraan bertambah ketika sama-sama berbuka puasa.



Sapa kata YAB MB Selangor tak turun padang ke kawasan ribut


a

Y.A.B Menteri Besar sedang memberi kata-kata semangat kepada mangsa ribut

Media termasuk Sinar Harian dan Utusan cuba menabur fitnah dengan mengatakan MB Selangor buang masa turun padang.

Bantuan bukan lewat diberi, cuma koordinasi bersama Jabatan Kerajaan yang terpaksa diselenggarakan. Dengar kata, byk gak yang mangsa perolehi...

Gambar di bawah menunjukkan YAB Menteri Besar turun padang di Dun Selat Klang


Y.A.B Menteri Besar sedang mengagihkan bantuan kepada mangsa

Salah seorang mangsa yang menerima bantuan yang disampaikan oleh Y.A.B Menteri Besar sambil diperhatikan oleh Y.B Dr Halimah dan Y.B Rodziah

Kelihatan Dewan Serbaguna Teluk Pulai (Teluk Gadong) penuh dengan penerima bantuan yang terdiri daripada mangsa - mangsa ribut

Y.A.B Menteri Besar turun padang melawat kawasan sambil diiringi Jawatankuasa Bertindak Dun Selat Klang

Y.A.B Menteri Besar dan Y.B Dr Halimah Ali turun padang menerjah lorong-lorong kampung

Y.A.B Menteri Besar, Y.B Dr Halimah dan jawatankuasa bertindak meninjau kawasan ribut dari bumbung basikal sekolah berhampiran

Gambar di atas memberi gambaran bahawa Berita dari Utusan Melayu dan Sinar Harian adalah fitnah semata-mata.

Harus diingat, Setiausaha Politik MB , YB Nik Nazmi sudah dimaklumkan tentang kejadian ribut pada 1 September 2008 (Pada tarikh kejadian). Dengan kata lain, Y.A.B Menteri Besar sudah sedia maklum tentang perkara ini dan mengarahkan bantuan segera diberikan. Dengar kata peruntukan sebanyak RM1 juta selamat turun....




Sasaran 16 Sept.: Pemimpin Pakatan Rakyat temu 3 jam di KL

(Mutakhir) PETALING JAYA: Tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.

Difahamkan pertemuan itu yang dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang pulang dari Jakarta petang tadi, hanya memfokus terhadap pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

"Perbincangan pertemuan informal ini hanya memfokus satu topik iaitu menerangkan hasil perbincangan dan perundingan yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu. Kita telah berkongsi hasil perundingan dengan ahli-ahli Parlimen BN setakat ini.

"Perbincangan adalah positif dan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang," kata sumber itu.

Pertemuan itu yang berlangsung lebih dua jam di kediaman Anwar di Bukit Segambut berakhir kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Kesemua pemimpin kanan komponen Pakatan Rakyat hadir kecuali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber itu juga menambah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas susulan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pagi ini (Isnin)..

Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .