Ikuti Blog ini

Saya bangga ada anak menantu yang begitu




KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak."
(Puan Mariam ketika bercakap kepada para pemberita)

Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital.

Ketika bercakap kepada media, Safwan berkata, dia ditumbuk sekali di bahagian muka dan ditendang dengan lutut oleh anggota polis.

Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba membebaskan rakannya yang sedang diheret oleh polis di malam tahun baru 2012 di Univerisiti Perguruan Sultan Idris.

"Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul.

"Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam.

"Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain.

"Walaupun kita rasa agak sedih dengan kejadian yang berlaku....menyebabkan kecederaan dan sebagainya.

"Kita sangat kesal dengan tindakan polis terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi sebaliknya berlaku begitu...itu sahaja," kata Puan Mariam.

Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu....." -Hrkh

Pakatan tetap teruskan perhimpunan 9 Jan


Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

NONE"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang).

Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan PKR akan terus menerajui agenda rakyat," kata dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, semua ahli parlimen dan ADUN PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

Mengulas lanjut berhubung perhimpunan itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata PAS juga memberi jaminan dan pengakuan bahawa parti itu akan menggerakkan penyokongnya dalam perhimpunan pada hari tersebut.

Bincang dalam Majlis Presiden Pakatan
Katanya, jaminan tersebut diberikan selepas beliau berkomunikasi dengan setiausaha agung PAS Datuk Mustaffa Ali, yang tidak dapat hadir ke talimat tersebut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini.

Ditanya berhubung sokongan DAP pula, Azmin berkata Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Md Akin sedang berkomunikasi dengan pemimpin DAP.

NONE"Saya (juga) akan berbincang (perkara ini) dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini dan taklimat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu Dr Abd Rani berkata beliau berharap "tidak ada masalah" akan timbul pada perhimpunan 9 Januari ini.

Bahkan, beliau berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan dan keadaan pada hari tersebut.

"Kalau polis Arab Saudi boleh mengawal tiga juta jemaah haji, takkan PDRM tak boleh... Jadi tak ada masalah, kita protes secara aman.

"Saya nasihatkan (rakyat) jangan bawa senjata tajam," katanya sambil mengerahkan semua kawasan PAS di Selangor menghantar "seramai mungkin" anggota pada perhimpunan tersebut. -M'kini

Tragedi UPSI: PAS Minta Ketua Polis Perak Bersikap Matang

Shukri perlu matang, jangan berfikiran sempit

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar kanan) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Perak, Timbalan Komisioner Datuk Mohd Shukri Dahlan (gambar kiri) yang memberitahu bahawa kecederaan mahasiswa sewaktu Himpunan Menuntut Kebebasan Berakademik (Bebas) disebabkan oleh dirinya sendiri adalah tidak rasional.

Beliau yang dihubungi memberitahu sepatutnya Shukri perlu bersikap matang, bukannya berfikiran sempit, yang mana memang wujud keganasan dilakukan oleh pihak polis.

"Saya rasakan sebagai Ketua Polis Perak, beliau sepatutnya bersikap matang dan berfikiran rasional sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Memang jelas wujud keganasan yang dilakukan oleh pihak polis, malah ia disahkan dengan kenyataan oleh mahasiswa terhadap apa yang berlaku," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Tambahnya lagi, jika Shukri tidak dapat berfikir secara rasional dalam membuat keputusan, maka beliau sepatutnya diberi rawatan khusus.

"Saya rasakan beliau harus diberikan rawatan khusus jika cara pemikiran sedemikian.

"Kita tidak mahu pihak berkuasa khususnya polis melepaskan kesalahan mereka dengan meletak kepada orang lain.

"Malah sebelum ini pun telah ada kenyataan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa telah ada wujud keganasan dari pihak polis," sambungnya lagi.

Sementara itu, polis dilaporkan menafikan dakwaan memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menegaskan tiada pergelutan berlaku apabila tangkapan dibuat.

Shukri berkata, tindakan perlu diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa tercedera sendiri. -Hrkh

Peguam pertikai penafian polis sebelum siasatan


Penafian polis Perak bahawa anggotanya mengasari mahasiswa dalam perhimpunan di Tanjung Malim semalam bersifat "prejudis" kerana ia dibuat sebelum siasatan dijalankan, kata peguam kepada mahasiswa yang tercedera Muhamad Safwan Anang.


Sedangkan, menurut Mohd Khairuddin Othman, kenyataan anak guamnya hanya dirakam pada jam 1 petang hari ini.


Bercakap kepada pemberita selepas Safwan dibenarkan keluar daripada Hospital Slim River, beliau berkata pihaknya kini sedia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis ekoran insiden itu.


Setakat ini, dakwanya, terdapat bukti menunjukkan bahawa terdapat kekerasan berlebihan digunakan untuk menyiraikan perhimpunan prokebebasan akademik di Universi Pendidikan Sultan Idris (UPSI). -M'kini
Klip video bukti polis tak kasar


TANJUNG MALIM: Polis mempunyai bukti termasuk rakaman video yang menunjukkan mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan demonstrasi haram di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi kelmarin dan akan mendedahkannya kepada umum jika keadaan memaksa.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya juga akan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan polis bertindak ganas terhadap pelajar seperti disebarkan blog dan portal berita yang dianggapnya cubaan menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Kita mempunyai rakaman video selain saksi bagi membuktikan polis tidak melakukan keganasan. Polis melakukan tugas mereka seperti biasa kecuali ada pihak yang enggan memberi kerjasama, kita terpaksa bertindak tegas.


“Jika ada laporan dibuat mengatakan polis bertindak ganas sehingga mencederakan individu (yang terbabit dalam perhimpunan haram), kita akan menjalankan siasatan serta mengumpulkan bukti yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Beliau mengulas penahanan 17 mahasiswa, termasuk seorang penuntut wanita kerana menyertai demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di UPSI dengan mengusung keranda, baring di atas jalan, selain cuba memanjat pagar kampus UPSI, awal pagi kelmarin.


Berikutan insiden itu, beberapa blog dan portal berita mendakwa polis bertindak ganas sehingga mencederakan penuntut yang menyertai perhimpunan berkenaan, termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Safwan Anang.


Mohd Shukri berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti, termasuk rakaman video dan laporan perubatan hospital berhubung kecederaan dialami pelajar ketika menyertai perhimpunan haram itu.


“Sekiranya dakwaan yang dibuat palsu, kira akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak lagi berulang,” katanya. -BH

Libanglibu - Kitalah PR [Promo Version]


Sidang Media Safwan Anang tentang tragedi di UPSI..


Dengarkan pengakuan dari Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang yang mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang ketika polis meleraikan perhimpunan mereka yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi semalam.

Dalam insiden itu beliau mengalami kecederaan di bahagian muka dan mulut berkata,katanya ketika kejadian, beliau hanya ingin membantu rakannya yang ditahan pihak polis.

Dengarkan juga apa kata ibu mertuanya sendiri.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .