Minggu
lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk
berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini
adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita
dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.
Selepas
meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut
mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat
kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut
telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci
biasa untuk mengunci keretanya secara manual.
Beliau kemudian
pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit
kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta
beliau, didapati keretanya telah hilang.
Kemudian di balai polis
dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat
beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik
'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency
clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia
digunakan untuk mengunci kereta.
Kesan dari operasi 'clipping'
oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut
tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta
akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi
frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta
apabila anda berada jauh dari kereta anda.
Pengajaran untuk masa
depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan
jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan
kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di
tempat tersebut dan beredarlah dari situ.
Demikianlah jahil dan biadabnya golongan ini terhadap hukum Allah. Inikah yang diajarkan oleh pemimpin UMNO kepada ahli-ahlinya?
Ini lagi:
Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika
Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa
contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh
menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :
• Hukum apa ini? • Hukum ini sudah lapuk. • Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan. • Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong). • Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya? • Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya. • Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya. • Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju. •
Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila
diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa
makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan). • Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah. • Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
Sekalipun
kitab Mestika Hadith itu diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri,
tetapi Perdana Menteri Malaysia sendiri telah menolak hudud.
Firmanullah swt yang bermaksud
Dan
tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan mukminah bagi yang
perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu hukum,
maka ada pilihan untuk mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan
Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al-Ahzab:36)
Maka
patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang
telah menurunkan kitab (al-Qur'an) kepadamu dengan terperinci
Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka
mengetahui bahwa al-Qur'an itu diturunkan dari Rabbmu dengan sebenarnya.
Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah Al-An'am:114)
Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko
pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang
membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan
dengan fahaman Syiah.Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod
mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani
sedang dipertimbangkan untuk itu.
"Ada... adalah itu (proses perbincangan). Saya tak boleh beri apa-apa
kenyataan sebab ia berkaitan dengan jabatan. Tengok sahajalah nanti."Ada
aduan, sekarang Jakim dalam proses tindakan. Tunggu sahajalah dua tiga
hari nanti," kata Aizam kepada Malaysiakinisemalam ketika ditanya sama
ada terdapat perbincangan ke arah itu.Mohd Aizam berkata, perkara itu
dipertimbangkan setelah menerima aduan
terhadapnyaMalaysiakini difahamkan, Ura-ura pengharaman itu mula
diperkatakan sejak 6 Jun lalu dalam wacana isu-isu akidah anjuran
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Shah Alam apabila terdapat pegawai
Jakim dikatakan tampil menyeru orang ramai membuat laporan polis.
Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai
kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran
penerbitan karya-karyanya.Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu
di Kuala Berang diharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama
televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang
menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari
lalu.
Sebongkah Batu di Kuala Berang dipercayai novel pertama diharamkan
selepas kemerdekaan. Ia antaranya membentangkan teori lain kemasukan
Islam di Asia Tenggara.Penulis yakin 'jangka hayat' tinggiPenerima
Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan
novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat
bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri
Zainul Abidin.Sementara itu, Faisal (bawah) dalam reaksinya
kepada Malaysiakini berkata, beliau yakin novelnya kali ini akan
mempunyai "jangka hayat yang tinggi" memandangkan perdana menteri baru
sahaja menjamin kebebasan berkarya kepada penulis.
"Perdana menteri malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddin el Afghani
sebagai tanda aras. Novel Perempuan Nan Bercinta turut dilancarkan oleh
beliau kemudiannya," kata Faisal merujuk kepada pelancaran novelnya
bersama 29 lagi karya judul asli penulis di Putrajaya pada 3 Julai.Buat
masa ini, beliau akan terus menulis dan meneruskan kajian serta kerja
akademiknya seperti biasa, kata pengajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) itu.Perempuan Nan Bercinta mula beredar dalam pasaran
minggu ini dan dijual dengan harga RM35 senaskhah.
Buku setebal 410 halaman itu mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora,
seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi
Bastian, kekasihnya.Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku
Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan
ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.Dalam
novel ini, watak Dr Ali Taqi kemudiannya menjadi sasaran dan buruan
pihak berkuasa agama.
Faisal dijangka menyentuh ura-ura pengharaman itu dalam sidang medianya
di Shah Alam petang ini sempena penyertaannya dalam Kumpulan Sasterawan
Kavyan - satu-satunya persatuan untuk penulis India yang berkarya dalam
bahasa Melayu - pimpinan penulis Uthaya Sankar SB.-M'kini
Kanada
4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu
menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan
mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene.
Rencana
ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib
memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima
tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan
ia akan diadakan Julai.
Lebih teruk bagi
Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma
pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan
dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.
“Pembangkang Malaysia
berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi
kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu
pengkhianatan.
“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi
apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis
Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia
Sentinel.
“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak
membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas
merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan
melobi kerajaan Malaysia.
“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS
mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada
beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe
seperti dipetik.
7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar
utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan
perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di
Tribunal de Grande Instance, Paris.
Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. -KD
JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.
Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang
diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar
ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20
tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno
bahagian Maran.
Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.
“Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan
rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah,”
katanya.
Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang.
Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. -Hrkh
Kat atas ni adalah sedutan video berkenaan penahanan blogger pengamal
paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali dengan
nama Uncleseekers semalam.
Dari riak wajahnya jelas terpancar kepuasan kerana pendedahannya sudah
mula digeruni pemimpin yang kununnya mahu dipuji dan dipuja setiap kali
sebelum solat Jumaat padahal kejahatannya nauzubillah lebih teruk dari
syaitan!
Uncleseekers ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), satu lagi akta
warisan tinggalan penjajah yang digunakan untuk menangkap sesiapa yang
membocorkan dokumen atau rahsia sulit walaupun ia benar.
Sebelum ini ura-ura Uncleseekers ditahan di bawah Akta Hasutan meleset
sama sekali kerana dokumen yang dipaparkan di blognya adalah dokumen
yang boleh menyebabkan rasa senak peut dan tak tidur malam buat sang
rejim penguasa.
Kedengaran juga suara Uncleseekers dalam video ini mengatakan, "Tak
sempat dedah dokumen dah ditahan pihak berkuasa" jelas menunjukkan ada
lebih ratusan dokumen sulit lain dalam simpanannya masih belum
didedahkan termasuk skandal yang lebih besar melibatkan beberapa
pemimpin yang takut hilang kuasa di Putrajaya.
Kini sebenarnya rejim penguasa takut akan bayang-bayang sendiri dan kita
akan tahu siapa sebenarnya anjing suruhan yang dimaksudkan si cicak
mengkarung yang kemaruk gila publisiti hingga berani mencederakan Tunku
Nadzimuddin kerabat diraja Negeri Sembilan, tiga tahun lalu.
JALALN PULANG
Petikan Malaysiakini:
Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas
penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas susulan penahanan
lelaki tersebut di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.
Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman
mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas pengendali blog
uncleseekers.blogspot.com itu.
Perintah tahanan reman juga dikeluarkan ke atas seorang wanita berusia
26 tahun yang turut ditahan dalam operasi tersebut, lapor Bernama.
Menurut polis, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak
ketika dihubungi Malaysiakini berkata pasangan tersebut ditahan pada
kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.
Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan
dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran
tulisan kontroversi dalam blog tersebut.
Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi,
hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat
awam kerajaan Johor.
Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.
Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.
Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan
sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.
Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.
Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu
berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya,
rakyat Johor juga tahu kebenarannya.
"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika
menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.
KUALA
LUMPUR - Selepas menerbitkan dua buah buku kontroversi
melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertajuk, “Najib
PM terakhir” dan “Kesalahan-kesalahan Najib”, penulisnya, Shahbudin
Husin kini menerbitkan buku terakhir beliau sebagai ahli Umno bertajuk “Asalkan Bukan Najib.”
Shahbudin yang berusia awal 40-an itu
menjelaskan buku terbarunya itu merupakan kesinambungan daripada dua
bukunya sebelum ini yang telah pun mendapat tempat di hati masyarakat,
terutamanya generasi muda yang gemar melihat perkembangan politik di
negara ini.
Karya terbaru dengan 300 muka surat ini
dikeluarkan demi mengajak pembaca dan rakyat Malaysia untuk menilai
semula rasionalnya Najib sebagai perdana menteri malaysia dengan begitu
banyak isu yang dilihatnya tidak diselesaikan, sebaliknya Najib lebih
gemar menggunakan pendekatan “tunggu dan lihat”.
“Banyak perkara
yang Najib ambil tindakan hanya setelah setelah sesuatu isu menjadi
parah. Contohnya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) ... bila sudah
semakin parah baru beliau masuk campur, dan mengambil tindakan terhadap
(Datuk Seri) Shahrizat (Jalil).
“Malah,
banyak lagi perkara saya telah sentuh dalam buku terbaru ini, yang mana
mengajak masyarakat Malaysia menukar perdana menteri ... tidak kira
daripada Umno mahupun Pakatan Rakyat (PR), tapi bukan Najib,” jelasnya
dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Antara
tokoh yang Shahbudin merasakan lebih layak menjawat jawatan itu adalah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran Umno dan Pengerusi Angkatan Amanah
Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah, dan Presiden PAS, Datuk Seri
Hadi Awang.
“Mereka ini adalah antara yang paling layak menjawat jawatan perdana menteri. Bukan Najib,” tegasnya lagi.
Buku 32 bab ini turut dihasilkan dengan mengambil kira Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
“Kita sudah tidak perlu tegur Najib, kita perlu tukar. Najib PM yang lemah.”
Menjelaskan
keahliannya sebagai bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju, Shahbudin
menjelaskan, beliau mendapat berita bahawa kemungkinan tindakan
tatatetib akan diambil terhadapnya ekoran penerbitan buku-bukunya itu.
“Saya
ada mendengar berita mereka akan memanggil saya untuk menghadap Lembaga
Tatatertib dan Disiplin Parti, namun sampai sekarang masih lagi tiada
sebarang perkembangan.
“Bagaimanapun, saya masih lagi belum
putuskan untuk menyertai mana-mana parti lain buat masa sekarang,”
tambahnya yang melihat ini adalah karya terakhirnya sebelum meninggalkan
parti terbesar Melayu itu.
Bekas wartawan ini juga menjelaskan,” kalau bebas pun boleh juga, dua-dua pihak saya boleh kritik.”
Dalam
buku terbarunya itu lagi, Shahbudin menjelaskan ramai rakyat yang ingin
meninggalkan Umno namun terikat dengan rasa “sayang kepada parti” yang
mana menghalang mereka daripada meninggalkan parti.
“Mereka rasa
terhutang budi kepada Umno, namun ada juga rasa tidak puas hati. Tapi
atas sebab “sayang” itu, mereka tetap bersama Umno,” tambahnya lagi.
“Tapi kalau Najib tidak pernah nak berubah, tiada sebab kita perlu sokong beliau lagi,” tegasnya.
Antara
tajuk utama yang menarik dalam buku ini adalah: Najib sebagai PM paling
lemah, Anwar dan Muhyiddin sedang ‘Mengepung’ Najib, Asalkan Bukan
Najib, 75 Alasan Najib Patut Ditukar, Bagaimana Umno Nak Berubah Najib
Pun Tak Berubah, Surat Tamrin Tun Ghaffar Kepada Najib, Dari Pemimpin
Menjadi Penggemis, dan banyak lagi.
“Buku ini lahir atas kesedaran kepentingan untuk rakyat dari rakyat,” katanya lagi.
Di kala kanak kanak dan remaja di
Malaysia leka dengan PS2, FB, Shuffle & melepak tak tentu arah, anak
semuda ini sudah terpaksa memikul senjata di Syria.
Foto menunjukkan seorang dewasa
sedang menenangkan remaja yang terbabit yang kelihatan sangat tertekan
setelah beliau menyaksikan ramai pemuda pemuda Syria terbunuh oleh
serangan serangan tentera Syria didepan mata.
Demi melihatkan keadaan kawasan
kejiranannya di Homs, Syria telah dimusnahkan dan beribu ribu penduduk
disana telah dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Bashar Al Assad ..
Apakah pilihan yang tinggal untuk kanak kanak itu selain dari turut
mengangkat senjata ??
Moga kekejaman di Syria tidak
berlanjutan dan semoga rejim yang bongkak dan zalim yang diketuai oleh
Bashar dapat dinyahkan dari bumi Syria .. Allahuakbar~!!
PETALING JAYA: Langkah
sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan
meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang
Ramadhan ini.
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.
Posting
gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa
(Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat
pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ramai
yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata,
mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.
The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun
pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila
The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan
gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya
yang telanjang.harakahdaily
nota : awat ada orang Islam minum arak dibulan Ramadhan ka..ini satu penghinaan kepada umat Islam ,.mesti ditentang..