Ikuti Blog ini

Pakatan Rakyat Bersedia Esok. Zambry Pasti Cemas!







Tinggal beberapa jam lagi satu lagi sejarah akan tercipta. Sejarah yang bakal menjadi perhatian dunia. Sejarah yang akan menjelaskan apakah benar rakyat didahulukan atau kuasa tanpa memperdulikan apa pilihan rakyat? Sejarah yang akan menyaksikan sekali lagi apakah pihak keselamatan terlalu mengantuk seperti perarakan kepala lembu atau kesawanan seperti dirasuk hantu!

2 September ialah tarikh pilihan Pakatan Rakyat menyelamatkan institusi DUN Perak sekali. Terlalu banyak pencabulan terhadap kuasa rakyat yang disimpan di DUN Perak dan bangunan SUK keseluruhannya. Apakah sidang DUN yang dirancang Pakatan Rakyat esok akan mengeledah dan memunggah segala isi perut DUN Perak dan SUK keseluruhannya ataupun ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa Budak suruhan kudeta- Rahman- dan pasukan keselamatan Bee End?

Jika ADUN Pakatan bersama speaker yang dilucut kudeta- sivakumar- akan merampas kembali kerusi yang kini di "cop" oleh Ganesan atau Pakatan Rakyat terpaksa mencari sebatang pokok lain untuk bersidang. Pokok yang ditanam ketika sidang lalu belum cukup besar untuk menampung persidangan kali ini.

Lita juga menanti apakah akan muncul kembali pendekar semutar - dan samseng kampung dusun bersongkok tinggi seperti dulu? jika mereka muncul...tentunya ada" bahagian" yang menanti mereka lantaran kali ini kita cukup bersedia!



Kita akan melihat sejauh mana kerajaan kudeta bersedia menghadapi sidang kali ini. Pastinya petang ini kawasan SUK akan dikepung lagi. saya akan cuba meninjau jika keadaan mengizinkan. Seelepas ini tentunya bangunan SUK Perak akan terpahat dalam peta minda setiap warga dunia sebagaimana Tanjong Rambutan di Perak yang dikenali sejak zaman P ramlee.

Zamri Kadiaq telah berulang kali dilaporkan memberi ingatan supaya Pakatan rakyat tidak mencabar kuasa mereka.... alahai zamri... apakah beliau tidak ingat apabila Pak Lah mengancam rakyat...rakyat semakin bersemangat... jika tidak ramai yang datang pun mungkin kerana tak dapat cuti sebab dah habis cuti tahun ni... himpunan BERSEH berjaya kerana rakyat menyahut cabaran Pak Lah... inikan pula cabaran Zamri al mangkori....



Secara umumnya rakyat Perak tidak pernah menerima Zamri hingga beliau terpaksa setiap hari memperkenalkan diri sebelum azan maghrib di radio tiga Ipoh...: saya Zamri abd Kadir .. Menteri...... diikuti baca doa berbuka puasa yang telah dihapal anak saya seumur 2 tahun dulu...
Diperingkat awal disiarkan selepas azan namun ditukar sebelum azan mungkin kerana selepas azan orang tutup radio...

Apapun esok bakal terpahat satu lagi sejarah di Ipoh Perak... menguji keadilan pasukan Keselamatan yang khabarnya bertindak mengikut lunas undang undang..., Kalau Zamry betul betul anak Jantan...turun sendiri halang ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat esok.Kami Tunggu!!!

Musa Tak Perlu Dilantik Semula




Parti Islam SeMalaysia memohon Yang Dipertuan Agong supaya tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk menyambung perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan berakhir 14 September ini, lapor harakahdaily.

Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar berkata, Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan tersebut.

"Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan ini. Yang Dipertuan Agong pernah menolak cadangan Perdana Menteri sebelum ini untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara," kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan pihak polis menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Beliau juga mencadangkan satu penstrukturan semula dibuat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.

Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

"Saya mintak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap," katanya.

Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara.

"Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya.

Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.

Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadanagn untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.

Video Berkaitan




SPR putuskan tidak ada kekosongan di Kota Seputeh

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan tidak ada kekosongan di Dun Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker Dun Kedah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu.Speaker Dun Kedah, menghantar surat kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan Adunnya menghadiri dua kali sidang Dun secara berturut-turut.

Mengikut peraturan dalam Dun Kedah, mana-mana Adun yang gagal menghadiri sidang Dun dua sessi berturut-turut tanpa kebenaran dari Speaker akan hilang kerusinya.

Dalam ulasan spontannya, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, keputusan ini membayangkan sikap sebenar badan yang dikatakan bebas itu.

"Peraturan ini bukannya baru dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi peraturan yang telah sedia ada. Nampaknya SPR lebih senang menafikan peraturan ini," kata Salahudin.

Bagaimanapun, Salahudin tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membayangkan tindakan yang perlu diambil oleh SPR sebelum ini.

Tetapi sepertimana yang rakyat 1Malaysia tahu, UMNO BN adalah di dalam keadaan yang tidak bersedia untuk menghadapi sebarang ppilihanraya kecil lagi setelah tewas sebanyak tujuh kali di tangan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, banyak pihak membidas tindakan SPR yang disifatkan sebagai menjadi agen kepada parti UMNO/BN.

"Sekalipun mungkin mereka merujuk kepada Peguam Negara, namun yang nyata keputusan mereka ternyata tidak mematuhi undang-undang tetapi lebih kepada cuba untuk menyelamatkan kerusi itu dari dirampas oleh Pakatan Rakyat," kata seorang pemimpin PR.

"Datuk Aziz boleh keluarkan apa juga alasan, tetapi penipuan sepertimana yang berlaku semasa isu DUN Behrang dan Changkat Jering dimana SPR memperakui surat yang diterima dari ADUN-ADUN berkenaan untuk menghalang kekosongan kerusi berkenaan jelas menunjukkan SPR hanyalah kuda tunggangan UMNO-BN," tambahnya.

Tazkirah Ramadan Presiden PAS.









Lunas Mahu Radzhi Letak Jawatan




Warga Lunas semalam mengadakan perhimpunan aman mendesak Adun Mohammad Radzhi Salleh meletak jawatan.

Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan bersama-sama 300 orang penduduk berhimpun di luar ibupejabat Pakatan Rakyat di Kulim.

Gobalakrishnan berkata warga Lunas berhak kepada Adun yang baru.

"Radzhi gagal menjalankan amanah sebagai wakil rakyat dengan baik, maka warga Lunas berhak kepada Adun yang baru," kata Gobalakrishnan.

Pada 24 Ogos lalu, ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir berlangsung, Radzhi bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mengumumkan dirinya wakil rakyat bebas, dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Radzhi sebelum itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 4 Jun lalu atas tuduhan penyelewengan membabitkan RM148,000.

Beliau meraih 10,000 majoriti undi dalam PRU12 yang lalu. Penduduk yang ditemui berkata mereka kesal Radzhi telah membelakangi mereka.

Polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), diketuai CPO Tuan Ghuzlan, memantau perhimpunan tersebut.

"Tak sangka lah dia akan buat macam ni," kata Siti Faridah. "Saya tidak akan undi dia lagi."

Happy Merdeka Day, Tell Me Why?







Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .