Ikuti Blog ini

Demontrasi Membantah Penguatkuasaan Parking Bermeter DBKL


Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’Lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali akan turun bersama rakyat bagi membantah penguatkuasaan penggunaan parking bermeter oleh DBKL.

Program dijangka berlangsung pada 21 Ogos 2008 (KHamis), 9.00pg bertempat dihadapan hadapan Mc. Donald, Desa Pandan, Kg. Pandan.

Para penduduk dan peniaga tidak bersetuju kewujudan parking bermeter itu kerana selama ini mereka boleh meletakkan kenderaan dengan percuma dikawasan berkenaan. Sebelum Ahli Parlimen Titiwangsa pernah berdemo untuk membantah kenaikkan 35% caj parking sedia ada (Gambar).

Dalam isu terbaru ini pula, Ahli Parlimen Titiwangsa telah menghantarkan surat bantahan penduduk kepada DBKL. Namun jawapan DBKL agak mengecewakan. DBKL memberikan alasan bahawa masalah ‘double parking’ yang sering berlaku menyebabkan mereka terpaksa meletakkan meter itu disitu.

Alasan bodoh ini menimbulkan kemarahan penduduk dan peniaga kerana masalah itu tidak wajar diselesaikan dengan cara mengenakan caj. Pada masa ini, masih terdapat banyak kenderaan yang diletakkan secara ‘double parking’ dan para pengguna tiada pilihan kerana ruang tempat letak kereta adalah terhad khususnya pada waktu puncak.

DBKL dilihat cuba menyelesaikan masalah ini umpama menangguk di air keroh. Mereka dapat untung berganda hasil dari caj dan saman yang dikeluarkan. Penduduk dan peniaga sekitar Desa Pandan tetap menderita kerana kos hidup mereka meningkat ekoran tindakan jahil DBKL.

Perkara ini turut berlaku dibeberapa kawasan lain dan benar-benar menyusahkan rakyat di seluruh Kuala Lumpur. Antara kawasan lain yang turut dikenakan bayaran parking bermeter adalah Taman Sri Hartamas, Desa Sri Hartamas, Bandar Baru Sri Petaling, Bangsar Utama, Bukit Damansara, Taman Sri Rampai, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Taman Desa, Danau Entrepreneurs Park, Kuchai Entrepreneurs Park, Metro Prima Kepong, Kepong Entrepreneurs Park, Kepong Baru and the Wholesale Market complex.

Oleh itu kami menyeru pada rakyat yang prihatin untuk turun bersama ke demontrasi ini.

2 Exco: Pejabat MB Perak serah kepada BPR


IPOH, 20 Ogos: Pejabat Menteri Besar Perak menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menjalankan siasatan terhadap dua anggota Exconya yang kini ditahan.

Menurut Setiausaha Politik MB Perak, Misbahul Munir Masduki, kedua-dua Exco berkenaan kini ditahan reman sehingga Jumaat ini.

"Saya diberitahu wang RM20,000 yang ada dalam beg salah seorang Exco yang ditahan itu adalah wang pinjaman beliau untuk membaiki rumahnya.

"Bagaimana beliau ditangkap BPR, saya tidak tahu dan tidak dapat lagi bercakap dengan kedua-duanya untuk mengetahui perkara sebenar kerana kini mereka ditahan BPR," kata Misbah ketika dihubungi Siasah.

BPR menahan tiga pemimpin PKR Perak termasuk dua Exco kerajaan negeri dan seorang lagi bekas Adun untuk membantu siasatan terhadap satu dakwaan rasuah.

Sehingga kini, apa yang berlaku belum dapat dipastikan lagi.

"Kerajaan kita masih stabil kerana kita ada 31 manakala BN ada 28. Apabila kita hilang dua, katakanlah begitu, kerajaan yang ada ini masih majoriti satu kerusi iaitu kita jadi 29 kerusi berbanding BN 28," kata Misbah

Jangan Terkejut.. memang Pengarah BPR Perak Penyokong kuat UMNO!!


Pagi ini saya menerima sms kata dua Exco Perak ditangkap, mungkin ramai yang terkejut? tapi tidak pada saya. saya bukan tidak terkejut oleh kerana sudah mengetahui mereka ini memang kaki rasuah tetapi saya mengetahui Pengarah BPR itu memang kuat Umnonya dan menjadi barua kepada UMNO. Ibunya bekas ketua cawangan Umno, manakala Idolanya adalah Rafidah Aziz.dalam temuramah mingguan Malaysia 11 febuari 2007. katanya Pengarah BPR ini , rafidah Aziz ini memang contoh terbaik bagi wanita. sebagai pegawai tinggi BPR apakah Shamsiah ini tidak tahu yang Rafidah itu sudah disabitkan rasuah oleh BPR .

cuma dokumennya tidak dimajukan untuk tindakan, serupalah bekas pengarah BPR yang diberhentikan tetapi tidak didakwa.mereka ini memang barua UMNO, termauklah ketua pengarah BPR sekarang yang muka panjang tetapi akal pendek, pantas membuka siasatan terhadap Yong teck Lee atas arahan Umno untuk mengugut agar tidak melompat parti. BPR sekarang bekerja untuk UMNO, sudah tentu BPR Perak kini bekerja untuk Umno sebagai sebahagian jentera kempen untuk pilihanraya Permatang pauh. masakan tidak ramlang Porigi yang menjadi ahli pemuda Umno permatang Pauh tiba tiba boleh jadi Imam Masjid Wilayah persekutuan.yang mendengar sumpah Saiful Bukhari. ini semua jentera Kerajaan yang digunakan untuk kempen UMNO.

Saya pernah menulis sebelum ini bagaimana BPR Perak bersengkongkol dengan Cina Kelab Malam dan Pemimpin Umno memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah dengan dakwaan Rasuah, tuduhannya mudah, katanya Hakim terima RM 4ribu untuk bebaskan GRO? buktinya hanya duit masuk dalam Akaun si hakim ini, apa susahnya mana mana ATM bank boleh kita Bank In duit cuma perlu tahu No Akaunnya, katanya hakim ini masih dikuarantin dibagunan SUK Perak. pada sebelum itu jabatan Agama Islam hebat menjalankan pembersihan orang melayu yang melacurkan tubuh dalam industri ini. akibat serangan yang tidak henti henti perangkap telah dibuat? siapa dalangnya? ia didalangi pemimpin UMNO yang menjadi rakan kongsi kelab kelab malam dan karoeke di sekitar IPOH. mereka mendapat lesen hiburan hanya dengan Cop dari pejabat Istana Raja Kecil Besar untuk memohon apa apa permit, Raja Kecil Besar adalah keturunan Sultan Idris, atas sebab itu Sultan Perak menarik keistimewaan Raja Kecil Besar pada tahun lepas atas banyak sebab yang umum tidak mengetahui.

apa yang lebih menarik sejurus Hakim ini didakwa dan ditangkap oleh BPR, tuntutan fasakh isteri ketua bhagian Umno Ipoh Timur Hamzah Zainuddin yang kini timbalan Mneteri Perumahan sebanyak 11juta ditarik balik oleh Mahkamah Rayuan Syariah, sudah pastilah tuntutan itu boleh dibatalkan kerana Pemimpin Umno ini berjaya merosakkan kredebiliti Hakim mahkmah Syariah Perak, dan penghakiman nya dahulu untuk tuntutan 11juta terhadap hartanya dulu sudah boleh diragui, pandai atau tidak pemimpin UMNO ini bermain wayang dengan BPR perak yang pengarahnya seorang penyokong kuat UMNO.

jadi apa yang perlu Pengarah BPR juga harus disiasat. Hamzah Zainudin juga antara nama Konspirator dakwaan liwat tahun 1998, dan yang terlibat secara langsung adalah isterinya sendiri. bayangkan jika tuntutan fasakh 11juta.. berapa hartanya yang sebenar, apakah Pengarah BPR Perak yang kuat Umnonya mahu siasat? pesanan saya kepada Pengarah BPR Perak jangan buat kerja kempen UMNO menjelang Pilihanraya kecil.

Tunggu Pendedahan seterusnya..

Lawan tetap Lawan

reformis muda

Datuk Wira Ayob Yaakob: Dari Batu Burok ke Permatang Pauh


Aku sebenarnya sudah lama berniat menulis sesuatu berkaitan pertukaran Ayob ke Pulau Pinang. Namun, kerana tidak mahu selamanya bersangka buruk dengan pihak polis, maka aku diamkan sahaja dengan beranggapan ianya adalah pertukaran biasa.

Mungkin ramai yang tidak menyedari Datuk Wira Ayob Yaakob yang kini bertugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang adalah bekas Ketua Polis Terengganu. Ayob dilantik sejak 16 Jun 2008 yang lalu selepas tempatnya di Terengganu diganti oleh Pemangku Senior Asisten Komisioner I (SAC I) Sidin Abdul Karim, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika hadir di sesi taklimat mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah. Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kanan).

Kerana politik juga, beberapa foto individu tertentu yang diambil gambar mereka pada malam kejadian PBB 809 dimuatkan di dalam akhbar dan diminta menyerah diri kepada pihak berkuasa. Sehingga hari ini kes PBB 809 masih dalam perbicaraan.

Datuk Wira Ayob Yaakob kini bukan lagi berkhidmat di Terengganu. Dosanya membiarkan si polis yang melepaskan peluru hidup bebas masih dikenang penduduk Terengganu. Suwandi dan Azman yang menjadi mangsa sudah tentu masih kekal parut di tubuh mereka, namun luka di hati mereka sudah tentu masih merah berdarah.

Hari ini, kepanasan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh melonjak kembali nama bekas Ketua Polis Terengganu itu. Apatah lagi bilamana beberapa keping gambar individu didedahkan kepada media untuk disiarkan yang kononnya membantu siasatan insiden yang telah mencederakan wartawan.

Harakahdaily melaporkan insiden memukul jurugambar berkenaan sebagai satu kejadian aneh. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan tiada sebab mengapa dua jurugambar itu perlu dipukul oleh ahli KeADILan kerana tidak ada sebarang kejadian yang menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

Peliknya, dalam banyak-banyak kes, insiden politik memihak kepada UMNO dan BN sahaja yang sibuk dijaga oleh Ketua Polis yang seorang ini. Bukan mahu bersangka buruk, tetapi tindakan dan keputusan yang diambil dilihat begitu. Apakah pihak polis terus digunakan untuk merancang rusuhan sebagaimana PBB 809?

Jika tindakan pro-aktif sebegini dilakukan, (mendedah muka pesalah di akhbar) mungkin wajah-wajah penderhaka kepada Tuanku Sultan yang digelar NATANG oleh pihak-pihak terbabit juga patut disiarkan di dalam akhbar dan media. Kes ini juga terus senyap. Apakah berlaku pendakwaan atau tidak, rakyat langsung tidak mengetahuinya.

Polis melenting jika dikatakan anjing UMNO dan BN oleh sesetengah pihak. Merasa terhina dengan logo berkepala anjing, 'bertuhankan' C4 dan RM semata. Namun, realiti dan kebenaran yang ada sukar menafikan begitulah polis diperKUDAkan ( jangan baca ANJING. Polis marah).

Bukan tidak percaya kepada pihak polis yang ada. Tapi ternyata tindakan dan keputusan yang diambil selalunya tidak boleh dipercayai dan diyakini. Bukang sangsi dengan kebijaksanaan polis, tetapi selalunya kesangsian yang diperlihatkan oleh pihak polis dalam menangani kes-kes terutamanya melibatkan politik.

Apakah pertukaran Datuk Wira Ayob ke Pulau Pinang tersimpan suatu agenda yang besar? Mungkin Datuk Wira Ayob Yaakob ada jawapannya!

Anwar sanggah fitnah, puji jentera kempen PAS




PERMATANG PAUH, 20 Ogos - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim membidas dengan tegas fitnah bahawa kononnya PAS tidak bersama membantu kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh yang sedang berlangsung semenjak 16 Ogos lalu.


Ini termasuk manipulasi media yang cuba menggambarkan hubungan retak antara KeADILan dan PAS lanjutan perbahasan perwakilan Muktamar PAS yang ke-54 di Ipoh baru-baru ini.
"Di Permatang Pauh ini sendiri sebenarnya mereka fitnah kononnya PAS tidak membantu kempen sedangkan kalau tengok jentera bantuan ketara sekali dan kerjasama PAS cukup baik.
"Dalam satu majlis baru-baru ini ramai pemimpin PAS datang. Saya katakan kepada pemimpin Umno bahawa inilah sokongan yang PAS berikan, tetapi ini tak dilaporkan oleh media arus perdana," katannya ketika diwawancara Harakah secara eksklusif petang semalam di Bangunan Yayasan Aman di Permatang Pauh.
Katanya media milik Umno sudah tentunnya memperbesarkan pandangan dalam muktamar PAS yang berlaku malah tidak terkecuali dalam kongres KeADILan dan DAP yang akan datang seolah-olah KeADILan di Kedah dan Perak merasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
"Seperti juga PAS di Pulau Pinang yang tidak puas hati kepada kerajaan negeri, ini soal biasa yang bukan isu besar yang boleh sebabkan ketegangan, namun ini dilaporkan oleh media arus perdana untuk mencetus kemelut kononnya.
"Isu ini sebenarnya isu yang boleh dirundingkan dan pandangan mereka yang tidak berpuashati itu hanyalah sekadar pandangan mereka dan ini bukanlah mewakili parti secara keseluruhannya," katanya.
Soal adanya kritikan dalam muktamar PAS baru-baru ini adalah terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam pakatan dan beliau menyifatkan kekeliruan yang timbul itu sebab wujudnya kerja fitnah akhbar arus perdana, kata Anwar
"Kalau tengok Nik Aziz telah memberi penegasan terhadap sokongan kepada Pakatan Rakyat di sini dan datang pada hari penamaan calon.
"Selain itu kalau dengar doa oleh Ketua Dewan Ulama, Ustaz Mohd Daud Iraqi, dia berdoa sangat kuat supaya kerjasama dalam pakatan semakin kuat, ini satu signal yang jelas bagi saya, cara mereka hormati kami dalam muktamar cukup baik tetapi media tak perbesarkan," katanya mengakhiri perbualan memandang terpaksa bergegas ke aktiviti selanjut bertemu masyarakat.

POSTER KEMPEN




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .