Ikuti Blog ini

Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 43Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

petrol hike talk 170406 aruchelvanSetiausaha agung PSM, S Artuchelvan ketika dihubungi berkata parti itu bersedia menggerakkan ahlinya menyertai demonstrasi membantah kenaikan yang sedang diteliti oleh Gabungan Anti-Inflasi (PROTES).

Katanya, bantahan itu adalah hak bagi setiap individu tetapi demonstrasi itu perlu diadakan dengan aman.

“Kita kena mengadakan perbincangan dengan gabungan PROTES terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dihubungi Malaysiakini.

Mungkir janji

Sementara itu, Penyelaras PROTES Dr Hatta Ramli berkata gabungan itu kecewa kerana kerajaan telah memungkiri janjinya untuk tidak menaikkan harga barangan utama keperluan rakyat tahun ini.

NONEBeliau yang sedang bercuti di luar negara berkata, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat di hujung tahun yang memerlukan perbelanjaan bagi menyediakan keperluan untuk anak-anak bersekolah.

“PROTES akan bincangkan langkah seterusnya kemudian,” katanya kepada Malaysiakini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Di Pulau Pinang, setiausaha PAS negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata parti itu sedang memantau kesan kenaikan harga 4-dalam-1 itu sebelum bertindak.

Katanya, sebagai langkah awal, pihaknya menyokong cadangan ketua penerangan PAS, Idris Ahmad yang meminta supaya semua cawangan PAS di seluruh negara menggantung kain rentang membantah kenaikan itu.

"Yang penting, orang nak tahu, orang nak tengok kesan daripada kenaikan harga itu," katanya sambil menambah ia lebih berkesan daripada demontrasi.

NONEIni kerana, katanya, demonstrasi hanya diadakan "di tempat tertentu, fokus tidak sampai dan memerlukan ramai orang supaya ada kesannya".

Menurut Mohd Fadzil, kos bagi menyediakan kain rentang tersebut murah dan ia boleh diletakkan di tempat tumpuan orang ramai seperti di masjid, pasar awam atau jalan yang menjadi tumpuan rakyat.

"Kain rentang diletakkan di kawasan strategik kerana ia lebih berkesan kepada masyarakat terutama bagi mereka yang tidak sedar atau tidak mengetahui kesan kenaikan tersebut," katanya.

Secepat mungkin

Beliau bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada ketua penerangan negeri supaya mengarahkan kawasan dan cawangan menaikkan kain rentang itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Perak Misbahul Munir Masduki berkata cadangan tersebut "baik dan lebih berkesan" sebagai menimbulkan kesedaran kepada rakyat berhubung kenaikan harga 4-dalam-1 itu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 37'Ia mudah dibuat dan menaikkan sepanduk di kawasan strategik di kawasan tertentu di negeri ini... Kita akan laksanakan secepat mungkin kerana isu ini masih baru," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan menggantung kain rentang, bukan satu perkara baru kerana sebelum ini, PAS negeri itu pernah berbuat demikian mendesak DUN Perak dibubarkan.

Beliau akan menyelaras cadangan Idris itu kepada seluruh kawasan di negeri itu yang mempunyai kira-kira 800 cawangan.

Bagaimanapun, pihaknya juga akan berbincang untuk mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut sekiranya perlu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 22Manakala setiausaha PKR Perak Datuk Abdul Halim Husin berkata bersetuju dengan kempen tersebut kerana mendakwa media arus perdana "tidak membuat hebahan berhubung kenaikan harga bahan api dan makanan tersebut".

"Saya menyokong sebarang usaha untuk menghebahkan perkara ini. Kerajaan sebut rakyat didahulukan, tetapi pelaksanaannya berlaku sebaliknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Hebahan bantahan itu melalui kain rentang (perlu) kerana kesan (kenaikan) diterima oleh orang ramai".

Konvensyen Pakatan

Abdul Halim menjangkakan kenaikkan harga itu akan dibicangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini, yang mana beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasanya.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 17Beliau juga setuju supaya diadakan demontrasi membantah kenaikan tersebut bagaimanapun, perkara tersebut perlu kepada perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan tersbut sebagai cara "untuk menunjukkan kerajaan tidak efisen dalam pengurusan penradbiran negara".

Bagi DAP Perak pula, naib pengerusinya A Sivanesan berkata beliau menyokong demontrasi diadakan bagi membantah kenaikan harga itu, sekiranya kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat.

'Kita tidak ada opsyen. Kita bukan demonstrasi suka-suka. Selama ini kita buat demonstrasi, satu pasu bunga pun tak pernah pecah.

Apa salah berdemo?

"Apa salahnya (berdemonstrasi). Kita bukan berada di Kashmir. Kita berhimpun dengan satu tujuan untuk mendapatkan perhatian kerajaan," katanya.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 16Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata beliau akan menggantung sendiri kain rentang di kawasannya dan akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat DAP negeri dua minggu lagi.

"Bukan sahaja murah malah ia untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kerana rakyat tidak ada saluran (untuk membantah). Hanya melalui gantung kain rentang.

"Saya mahu mengajak Melayu dalam Umno atau India dalam MIC mengambil bahagian (dalam usaha ini)," katanya ketika dihubungi.

a sivanesanIni kerana, kata Sivanesan (kanan), rakyat berpendapatan sederhana menerima kesan daripada kenaikkan itu lebih-lebih lagi menjelang sesi persekolahan di buka awal tahun depan.

Sementara itu, Penyelaras Suara Anak Malaysia (Suaram), E Nalini berkata beliau bersama tujuh orang ahlinya bersiap sedia untuk memantau keadaan di lokasi jika demonstrasi itu diadakan.

gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e naliniMenurutnya Suaram menyokong sebarang langkah sama ada menaikan kain rentang, poster atau demonstrasi untuk menyedarkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan.

"Kita akan pantau anggota polis dan meminta bantuan daripada wakil NGO lain untuk berada di lokasi demonstrasi serta balai polis sekiranya ada orang awam ditahan dalam demonstrasi tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahu ubah kuasa, fahamkan kepada anak muda - Samad Said

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Golongan muda perlu diberi faham tentang isu semasa terutama situasi politik kerana mereka sahaja yang boleh merubah bentuk kuasa politik negara, tegas Sasterawan Negara, Datuk (Dr) A. Samad Said.

Menurutnya, harapan tidak banyak boleh diletakkan kepada kalangan dewasa kerana mereka sudah bersikap dan selesa dengan keadaan itu seperti menjadi pengundi Umno atau bukan.

Sebaliknya, jelas beliau lagi, golongan muda merupakan faktor perubah kuasa negara kerana selain ramai, mereka masih belum mempunyai pegangan politik taksub seperti kalangan dewasa.

Pak Samad berkata demikian ketika menjadi panelis forum bertajuk Persoalan Masa Depan Umat Di tanganmu anjuran Teras Pengupayaan Melayu (Teras) di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dekat sini kelmarin.

Turut menyertai forum sempena himpunan tahunan ke 13 Teras itu adalah Editor Majalah Sabili, Indonesia, Herry Nurdi dan Juara Akademi Nasyid 2009, Azhar Atan dengan Saudara Saidi sebagai moderator.

“Hanya melalui undi di dalam pilihan raya sahaja boleh diubah kuasa dalam negara ini dan golongan muda adalah perubah yang mesti diberi faham.

“Antaranya mereka perlu disedarkan, kenapa dalam lebih lima dekad negara merdeka dengan enam perdana menteri, enam timbalan perdana menteri dan kebanyakan menteri adalah Melayu, kenapa keadaan kita masih lagi perlu 'menjerit',” tegas Samad.

Tanpa merubah kuasa, tambahnya, tidak ada apa-apa perubahan yang boleh dilakukan dan dalam masa sama, tidak timbul masalah tidak mengenang budi pemerintah yang ada atau tidak mahu kepada kemajuan.

Tambahnya, apa lagi yang boleh diharapkan kepada mereka yang sudah menghilangkan ekuiti Melayu daripada RM50 bilion kini hanya tinggal sekitar RM2 bilion sahaja?

Sebelum itu, Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid telah menyampaikan ucaptama bertajuk Saatnya Generasi Pewaris Bangsa Bersiap Memimpin Kebangkitan Ummah yang telah menggaris agenda bertindak yang perlu disegerakan.

Cikgu Azmi menyatakan negara kini sedang dipacu ke arah pembangunan berasaskan kreteria pertumbuhan ekonomi bukan kepada kualiti keinsanan di mana kemajuan sasaran diukur dengan tahap pendapatan bukan pengkayaan fikiran dan budaya.

“Pencapaian yang dikejar adalah projek berskala mega buka berhemat dan sederhana dalam membangunkan keperluan asas rakyat, tranformasi yang diwar-warkan adalah untuk menyertai persaingan global bukan untuk mengukuhkan tradisi bukan keupayaan diri sendiri sesuai dengan sosio budaya.

“Prasarana kesihatan dibangunkan lebih terdorong untuk menjadikan negara hub pelancongan perubatan bukan untuk mendahulukan kesihatan asasi rakyat.

“Kini riuh rendah dengan projek super mewah dari gedung 100 tingkat kepada hub hiburan malam. Padahal sudah dijeritkan berkali-kali, ada rakyat tidak cukup makan, ada tidak mampu sekolahkan anak, keluarga tinggal di bawah jambatan dan ada kampung bakal dilenyapkan atas nama pembangunan,” tegasnya.

Justeru, beliau mengemukakan pembinaan khairo ummah seperti dasar pegangan hidup kukuh berpaksi soal pengabdian kepada Allah, asas nilai rohani dan keutuhan akhlak, kemajuan dalam meningkatkan taraf hidup mesti memelihara agama, akal, nyawa, harta dan akhlak serta pembangunan dalam apa bentuk mesti berkonsepkan insan sebagai penjaga amanah alam dengan segala sumbernya.

Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin, wakil Abim dan ramai tetamu serta perwakilan dari seluruh negara termasuk luar negeri turut hadir. -Hrkh

'Heret Khir, helah Umno ganti pemimpin'

Tindakan mengheret Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah adalah semata-mata sandiwara politik Umno dan BN bagi menutup salahguna kuasa yang lain, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

NONEKatanya, pendakwaan itu lebih menjurus kepada memberi laluan mudah bagi pimpinan parti itu untuk melantik pengerusi badan perhubungan Umno yang baru.

“Ia juga satu helah untuk Umno Selangor menonjolkan imej bersih dengan mengganti pemimpinnya yang sudah hilang kredibiliti.

“Rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan parti itu menangani masalah rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah berkata rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus.

taman desaria 130905 abandoned flats“Puluhan projek pembangunan yang diluluskan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Akibatnya ia hanya menguntungkan syarikat kroni dan projek pula terbengkalai begitu sahaja. Ribuan pembeli rumah di projek Bukit Botak tertipu dan ramai pula menjadi bankrap.

“Projek Alam Perdana yang melibatkan hartanah seluas lebih 7,000 ekar juga terbengkalai; puluhan ribu pembeli rumah menggigit jari sehingga ke hari ini.

NONE“Hutang Talam sebanyak RM391 juta adalah satu lagi contoh nyata kegagalan pentadbiran Umno-BN. Ribuan ekar tanah telah diagih-agih sesama mereka, baik dalam bentuk pembangunan mahupun sebagai peneroka felda hatta Projek Revolusi Hijau,” katanya.

Menurut Faekah, mendakwa Dr Khir tidak bermakna Umno kini dalam proses pemutihan dan tindakan itu juga langsung tidak mengambarkan keseluruhan kesalahan yang telah dilakukan mantan menteri besar Selangor itu.

NONE“Dosa dan perbuatan rasuah mereka terbongkar selepas Selangor diambil alih kerajaan Pakatan Rakyat yang kini berhempas pulas membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan.

“Memang sukar namun hampir separuh masalah tersebut telah berjaya diselesaikan walaupun baru bertapak di Selangor kurang dari tiga tahun. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan,” katanya.

Menurut Faekah, kesalahan Dr Khir bukan semudah yang digambarkan kerana selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesnya juga membabitkan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

khir toyo mansion 060709 08“Siasatan perlu dilakukan samada cukai hartanah dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai. Begitu juga dengan bayaran duti setem,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan terperinci dilakukanm kerana perbuatan mengelak dari membayar cukai dengan melakukan 'under declare' adalah satu kesalahan yang serius.

Pada 6 Disember lalu, Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

khir toyo mansion 060709 06Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -M'kini

Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di surau

Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 12 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

surau madrasah al falah kg kerinchiSemuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.

"Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi surau Jasni Abdullah.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiMenurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.

Ini kerana, kata Jasni, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka turut menunai solat hajat supaya surau berkenaan tidak dirobohkan.

Menurutnya, pada mulanya, berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut.

Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu.

Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiNamun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.

Penduduk juga kata Jasni, menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum menerima sebarang maklum balas.

"Saya masih lagi dalam proses perundingan dengan DBKL," katanya.

Ditanya sama ada surau ini dicadangkan dirobohkan kerana dilabel sebagai kubu penyokong PAS, Jasni berkata beliau ada mendengar mengenai perkara tersebut.

Namun, beliau menafikan perkara itu dan berkata surau berkenaan bebas daripada dipengaruhi parti politik.

nurul izzah surau madrasah al falah kg kerinchiSebelum itu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata beliau berharap pihak DBKL dan menteri menjawab persoalan aduan pihak penduduk mengapa surau ini mahu dirobohkan.

"Pihak surau menggunakan saluran diplomasi, tetapi tidak surat (mereka) dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan.

Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara ini kepadanya, tetapi Nurul Izzah meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik".

"Tapi surat mereka tidak diendahkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi, di surau berkenaan - yang terletak dalam parlimennya.

Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan.

Setakat jam 10.30 pagi, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat dua pegawai polis di surau ini. -M'kini

Gambar Tok Guru MB Kelantan Sakit Tenat Hari Ini…

MENTERI Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan sihat menunjuk isyarat bagus ketika menaiki kereta selepas keluar dari rumahnya walaupun sebuah blog Umngok mendakwa beliau sakit tenat di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu. 8 Dis. 2010.

Dakwaan yang menyatakan beliau sakit tenat dan dikejarkan ke hospital itu tidak betul – Setiausaha Akhbar MB Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari

PATUT ORANG PANGGIL UMNO NGOK

Isteri Pengerusi SYABAS mohon cerai!! Gaji RM425,000 sebulan pun BINI mintak cerai ?


Konon ceritanya, bini Raja Air Selangor CASANDRA mohon bercerai dari suaminya, TS Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Syabas.

Pelik juga apa pasal bini dia yang comel loteh ni minta cerai, sebab laki dia ni kaya raya hasil jual air kepada rakyat marhaen di Selangor. Dia akan menjadi bertambah kaya jika rakyat selangor yang prihatin terus berdiam diri kerana nak naik kan lagi harga air sebanyak 37%.

Kini dia dah slow sikit dan sonyap bab saman menyaman ni sebab memorundum sudah dihantar kepada YDP Agong, dan Shaziman kata pintu rundingan terbuka luas.
Bini dia fed-up dengan laki dia sebab isu ini ke? Nak Layan berita lagi di sini. ..... Wallahuaklam.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .