Ikuti Blog ini

Miskinnya Umno; buat program ‘Juara Rakyat’ terpaksa ‘menumpang’ dan ‘menipu’.

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/JuaraRakyat%20004.jpgKUALA NERUS – Umno negeri Terengganu tidak boleh mendabik dada kerana jelas kini, ia bukanlah sebuah parti yang hebat dan popular lagi.


Ia adalah kerana, dalam menganjurkan program ‘Juara Rakyat’ yang dianggap hebat, Umno terpaksa ‘menumpang’ kemudahan kerajaan dan ‘menipu’ rakyat.


(Gambar kanan - Tiada sambutan, gerai untuk program bertemu pelanggan lengang dan kosong )

Program Juara Rakyat bertemakan pendidikan diadakan pada Jumaat, 22 Januari 2010 (hari ini) di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di sini membuktikan, Umno terpaksa ‘menempek’ di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar yang dianjurkan Yayasan Terengganu.

Dalam masa yang sama, Umno menipu rakyat dengan menghantar surat jemputan (gambar bawah kanan - klik untuk besarkan) kepada ibu bapa dan pelajar melalui Yayasan Terengganu, tanpa memberitahu bahawa program tersebut juga adalah program Juara Rakyat.http://buletinonline.net/images/stories/berita21/surat.gif

Di pihaknya pula, Umno telah menjemput ahli-ahli jawatankuasa bahagian, wanita bahagian, pemuda bahagian, dan jawatankuasa puteri Umno bahagian Kuala Nerus untuk menghadiri program yang sama.

Tindakan Umno tersebut dikesali oleh sebahagian besar ibu bapa pelajar yang hadir.

Mereka tidak tahu-menahu langsung tentang program Juara Rakyat dan terpaksa menunggu selama empat jam untuk menghabiskan agenda program Juara Rakyat.

Agenda penyampaian hadiah sengaja diletakkan sebagai agenda terakhir selepas ucapan-ucapan pemimpin Umno termasuk ucapan Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang tidak kena mengena langsung, dengan program anugerah kecemerlangan pelajar.

Lebih malang lagi, ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka menerima sendiri hadiah daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, sebaliknya hanya wakil-wakil setiap sekolah sahaja yang dijemput naik ke pentas.

Setelah menunggu selama tiga jam setengah, akhirnya agenda pembahagian hadiah tamat dalam masa 20 minit sahaja.

Antara ibu bapa yang memberi komen mengatakan bahawa, Umno mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka dalam program tersebut.
http://buletinonline.net/images/stories/berita21/JuaraRakyat%20014.jpg
”Kalau tak ada ibu bapa dan pelajar yang dating, tak ada orang yang akan hadir dalam program itu,”kata salah seorang dari mereka.

Selain itu, program ‘Juara Rakyat’ Umno dianggap gagal dan tidak mendapat sambutan dari ahli-ahli mereka sendiri.

Pada jam 3 petang, sepatutnya program diteruskan (lihat agenda - gambar kiri) dengan pameran dan hari bertemu pelanggan.

Namun, tinjauan Buletinonline mendapati, bukan sahaja tidak ada pengunjung, malah semua gerai-gerai pameran telah pun menamatkan aktiviti mereka.

Bakar Surau Kerja Orang Tidak Siuman

Kenyataan Media



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman. Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka tidak juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal.

Allah pasti akan menghukum sesiapa sahaja yang cuba memusnahkan rumahNya (Masjid-Surau) sebagaimana yang terkandung dalam Sural Al-Fil ayat1-5 ;

“Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap Tentera- tentera Bergajah? Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan kesesatan (kegagalan)? Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang terbang berpasukan-pasukan. Sambil melontar ke atas mereka batu-batu yang pejal. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun-daun yang dimakan ulat.”

Jika Allah tidak menghukumnya di dunia, Allah telah menyediakan janjiNya untuk menghukum mereka yang melakukan dosa tersebut diakhirat.

“Dan engkau akan melihat pada hari itu orang yang berdosa terikat dengan belenggu-belenggu. Pakaian mereka daripada qatiran (bahan logam) yang panas, dan muka mereka ditutup dengan api neraka. Kerana Allah akan memberi balasan kepada setiap diri menurut apa yang dia usahakan. Sesungguhnya Allah amat cepat membuat hitungannya. “-Surah Ibrahim ayat 49-51

PAS mengingatkan agar pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi dengan membakar rumah-rumah ibadat supaya menghentikan perbuatan bodoh mereka itu. Mereka sepatutnya berusaha untuk hidup dengan aman tanpa menyusahkan orang lain.

PAS mahu kes ini disiasat segera oleh pihak Polis dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke Mahkamah.

PAS juga mengesa supaya jentera Penerangan dan Dakwah bersama Lajnah Perpaduan Nasional mengiatkan ceramah penerangan bersama rakyat serta dialog bagi memberikan penjelasan berhubung isu nama Allah serta memperkukuhkan semangat muhibbah kalangan rakyat pelbagai kaum.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahmad Said Melanjutkan Jenayah Kerajaan Pusat

http://buletinonline.net/images/stories/berita20/satujenayah.jpgBatu Burok, KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah hampir dua penggal, Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu daripada PAS, namun kes tuntutan royalti yang difailkan oleh Kerajaan PAS Terengganu masih ‘tergantung’ di mahkamah.

Menurut Penasihat Undang-undang PAS, Dato’Wan Mutalib Embong, kes tersebut tidak akan ditarik balik oleh kerajaan Umno/BN kerana ia bukan tuntutan biasa, tetapi ia adalah sebuah kes jenayah.

”Walaupun ia ditarik balik atau dihilangkan, kita boleh buka balik kerana kes ini adalah kes jenayah,

”dan mengikut kaedah perundangan akta kewangan, tidak ada satu sen pun dari hasil kerajaan negeri ini, boleh dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan,

”melainkan melalui enakmen perbekalan negeri Terengganu yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri,”katanya dalam Majlis Ceramah Sempenan Tragedi Berdarah Batu Burok yang diadakan disini, semalam.

Oleh itu tegasnya, apa jua yang dipersetuji oleh Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar berkenaan wang royalti merupakan lanjutan kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh kerajaan pusat.

Justeru, walaupun dipersetujui apa-apa juga perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan pusat dengan wang tersebut untuk membangunkan negeri Trengganu, ia masih merupakan satu kesalahan menurut undang-undang.

”Kerajaan pusat mesti mengembalikan hasil (royalti petroleum) kepada negeri Terengganu,”jelasnya.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .