IPOH :- Blogger dari negeri Perak dapat memainkan peranan yang aktif dalam menyebarkan segala maklumat kerajaan negeri turun kepada rakyat. Sambil mengakui terdapat beberapa masalah berkaitan urusan penyebaran maklumat dari kerajaan negeri, beliau meminta para blogger bersikap lebih proaktif dalam membalas fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri oleh pihak musuh. Demikian antara amanat YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin dalam diantara blogger-blogger Pas Perak disini semalam.
Hadir sama dalam pertemuan pertama kali seumpama itu ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim,Setiausaha Politik, Misbahulmunir dan SU Akhbar MB Perak , Anuar Hashim.
Diantara blogger yang hadir ialah Cina-Islam, Alhusseyn, Warta Sg Rapat, Bumi Perak, Anak Sengat, Budak Ipoh Timur, Pas Tambun, Telok Bakong Online, wakil YB Roslan Shaharom (dari Bukit Gantang) dan Ajijoi.
MB sendiri juga mempunyai blog sendiri (kamparinn.blogspot.com), Setiausaha politik dengan blognya, misabah.blogspot.com dan Setiausaha Akhbar MB, Sdr Anuar dengan blog anuarhashim.com.
Kesudian YAB MB meluangkan sedikit masa untuk mendengar sendiri pandangan dan saranan daripada kami demi penambah baikan penerangan dan juga isu-isu yang timbul mengenai kerajaan negeri amat kami hargai.
Perjumpaan antara blogger dengan MBPerjumpaan juga dapat menambahkan lagi ikatan ukhuwwah diantara blogger disamping dapat berkongsi-kongsi pandangan dan idea untuk memantapkan dan menyelaraskan berita-berita serta komentar tentang sesuatu isu didalam blog-blog yang selenggarakan.
Antara keputusan penting yang diambil ialah penubuhan sebuah Jawatankuasa untuk menyelaras sebuah wbsite yang dicadangkan dengan nama perakini.com. jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh ADUN Titi Serong, Timbalannya, Al Husyyen, dan Setiausahanya SU Akhbar MB.