Ikuti Blog ini
Perutusan Dato' Seri Nizar, Calon PAS mewakili Pakatan Rakta di PRK Parlimen Bukit Gantang ,Selasa, Mac 31, 2009 at 31.3.09,
BUKIT GANTANG : Najib Luluskan 10 Lesen Judi , at 31.3.09,
YB Dr Lo'lo' Ghazali ketika membuat pendedahan berkenaan menyatakan inilah contoh bagaimana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menjana pendapatan haram di sisi syarak dan membelanjakan hasil dari pendapatan judi tersebut untuk rakyat terutamanya orang Islam.
Syarikat yang terbabit ialah Magnum, Tanjong dan Berjaya Sport Toto. Ianya tidak didedahkan kepada umum kerana Najib mengetahui ianya akan menimbulkan tentangan dari masyarakat Islam. Namun, akhbar Business Times Singapore telah melaporkannya dengan menyatakan kelulusan itu dibuat selepas sebulan Najib Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Menteri Kewangan ketika menjawab soalan dari YB Saifudin Nasution memberitahu bahawa kerajaan mengutip sejumlah RM77,026,171.04 daripada cukai ke atas cabutan khas itu.
Sebuah blog, malaysiapolitictoday pada bulan lepas pernah melaporkan bahawa wang hasil judi inilah yang digunakan selama ini untuk menumbangkan kerajaan Perak dengan membeli ADUN-ADUN PKR dan DAP supaya mereka meninggalkan parti masing-masing.
Melalui pendapatan yang diperolehi dari cukai judi ini juga Najib telah menggunakannya untuk pelbagai tujuan seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan rakyat.
Menurut seorang penganalisis ekonomi kebanyakan dari pelan ekonomi yang diselesaikan Najib sebenarnya datang dari hasil yang diperolehi dari perjudian selain dari pinjaman. Itu sebab mengapa beliau berani membentangkan mini-badjet yang bernilai RM60 billion baru-baru ini.
Dengan hasil dari judi tersebut beliau dilihat berkemampuan menyelesaikan beberapa masalah ekonomi dan berkemampuan sebagai seorang pemimpin ekonomi termasuklah pemberian subsidi kepada syarikat pembekal ayam baru-baru ini.
"Wajar sangat tindakan Najib itu dikutuk oleh seluruh umat Islam di negara ini," bentak seorang pegawai di sebuah syarikat swasta di ibu kota.
63 Peratus Pengundi di Taman Bandar Baru adalah Pengundi Hantu dan pengundi ragu. , at 31.3.09,
Hantu sudah muncul di Bukit Selambau
RIBUAN Hantu kini muncul di Bukit Selambau bagi membuat kacau dan menimbulkan huru hara kepada penduduk-penduduk di kawasan itu.
Hantu-hantu ini bukanlah hantu yang bertaring atau hantu yang tidak berkepala, tetapi pengundi-pengundi hantu yang dihantar oleh Barisan Nasional untuk menghalang proses demokrasi berlaku pada 7 April ini.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.
“Sebagai contoh, di sebuah rumah bernombor 3 di Taman Bandar Baru, terdapat sehingga 60 orang menetap dalam rumah tersebut. Yang menimbulkan persoalan ialah bukan hanya jumlah yang ramai tinggal dalam sebuah rumah tetapi ada kaum dari melayu, cina dan India menghuni rumah yang sama,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan AMK di Sungai Lalang tengahari tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah calon pilihanraya kecil BUkit Selambau, S. Manikumar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jeyakumar..
Menurut Fariz, pengundi hantu tersebut berjaya dikesan menerusi Sistem Pilihanraya (Sismep) yang dikendalikan oleh KeADILan dan sehingga kini sebanyak 67 buah rumah di kawasan taman perumahan tersebut dikenalpasti terdapat pengundi hantu.
“Berdasarkan kad Pengenalan mereka, terdapat kod-kod yang bukan dari negeri Kedah seperti 04, 06, 07, 08 dan sebagainya,”katanya.
Kata Fariz, AMK kini sedang mengenal pasti beberapa lagi Taman perumahan yang dipercayai wujud pengundi hantu dan akan mengambil tindakan untuk pergi ke rumah-rumah tersebut bagi membuat pengesahan.
“Ini baru satu lokaliti yang berjaya dikesan, bermakna terdapat banyak lagi kawasan perumahan yang masih dalam kajian. Kita akan kenalpasti dan berikan perhatian serius kepada isu ini supaya pada 7 April nanti, pengundi yang keluar mengundi ialah mereka yang betul-betul ‘genuine’,”katanya.
Jesteru itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindaan segera dan membersihkan senarai pengundi hantu yang terdapat di kawasan tersebut supaya proses demokrasi dalam pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar.
“Kita minta SPR ambil tindakan yang drastik untuk membersihkan daftar pengundi dan yang paling penting ialah kita mahukan ketelusan dan biarkan pengundi Bukit Selambau untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk mewakili mereka,” ujarnya.
Berita bergambar dari batang ai! , at 31.3.09,
PKR William Leong (MP Selayang), MB, Selangor Khalid Ibrahim
PAS Dr. Mohd Hatta (MP Kuala Krai)
PKR Sabah showing their support.
Anti-BN slogan from the Dayaks.
PKR supporters raising the stakes.
Start of PKR Procession.
PKR supporters marching to the nomination centre.
Jawah Gerang (PKR), followed by Selangor’s MB Khalid Ibrahim.
PRK BUKIT GANTANG : UMNO MAIN ISU PERKAUMAN, SILA BUAT LAPORAN POLIS!! , at 31.3.09,
Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royal (Raja) menjadi senjata mereka di samping projek 'mee segera', janji-janji manis, habuan dan politik wang yang sudah sebati dengan darah dan daging mereka.
BUKIT GANTANG : SELONGKAR SELOKA BULAN PURNAMA , at 31.3.09,
Rebah jatuh guling telentang
Terlentang terterap didepan laman
Berkampong kita di Bukit Gantang
Pertahankan milik dalam genggaman
Pulau Melaka ke Kota Bharu
Beli jarum bersama benang
Nizar Jamaluddin direstui Tok Guru
Menjadi calun gandakan menang
Lanun buaya di ajar bernang
Dijerat rotan diikat takal
Syarat mutlak mencapai kemenangan
Berusaha iklas, berdoa dan tawakal
Bakar bakau menjadi arang
Masak nira buat manisan
Rapatkan perpaduan, elakkan jurang
Musoh kita Umno Barisan
Berumah di Rasah asalnya Tampin
Simpan padi diatas para
Ketua rasuah turut berkempin
Mengajak pengundi jadi serupa
Bunga kemboja bunga angsana
Harumnya merkah tahanya lama
Melayu India, Siam dan Cina
Undi pangkah bulan purnama
Tong layar memukul padi
Asingkan padi dari jerami
Berkempin merayu setiap pengundi
Tingkatkan majoriti UBN rebah ke bumi
Limau purut limau kedangsa
Nira diperam dibuat cuka
Kepala lanun merampas kuasa
Menubuh kerajaan haram rakyat murka
Kaki bola Bakri Ibni
Tendangan kuat kanan dan kiri
Najib C4 Altantuya takut bini
Tapi rakus nak jadi Perdana Menteri
Meniti menyeberang batang balak
Badang kuno membajak sawah
Calun UBN pengundi kan tolak
Kerana Umno bergelomang rasuah
Air Kuning keruh dikuala
Ikan banyak, udang pun jenoh
Peralihan kuasa sudah bermula
Dari Mr Clean kepada Mr Pembunoh
Mayang mengurai rambut disikat
Rambut berkutu sarang pejat
PAS-Pakatan Rakyat menjadi berkat
Dipimpin Tok Guru bersolat hajat
Ledakan C4 berkecainya tupai
Altantuya rebah di simen
7 April 2009 kemenangan dicapai
YB Nizar Jamaluddin berjuang di Parlimen
BATANG AI : Reformasi - Jeritan Batin Kaum Dayak Inginkan Perubahan , at 31.3.09,
Sarawak yang telah berada di dalam cengkaman Mohd Taib Mahmud yang telah menjadi Ketua Menteri Sarawak melebihi dua dekad, ramai pemerhati politik berpendapat ia satu jangkawaktu yang luarbiasa lamanya.
"Rakyat Sarawak menjadi mangsa penipuan kepada setiap kali datangnya pilihanraya, mereka akan ditaburkan gula-gula, sementelah lagi jika rakyat di sesuatu kawasan itu masih ketinggalan, masih kurang pendidikan dan masih hidup di bawah paras garis kemisikinan," ujarnya.
Pilihanraya kecil Batang Ai adalah pencetus satu reformasi - satu harapan baru bukan sekadar untuk penduduk Batang Ai semata-mata, tetapi untuk sekalian masyarakat bumi Sarawak - tanah Srawak perlu direbut kembali sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta dari tangan perompak yang telah lama merompak hasil mahsul bumi Sarawak untuk kepentingan suku sakatnya. Ayuh REFORMASI!